Dear Friend 6 *Last

Chingu...Gajima!! (Friend..Don't Go!!)
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Sebulan telah berlalu, semenjak kejadian aku terserempak dengan EunHye di taman hospital ini. Aku telah dapat menerima serba sedikit tentang penyakit yang di hadapi oleh sahabatku itu. Seminggu yang lalu, Lay telah di benarkan keluar dari hospital setelah Doktor Xiumin sahabatnya dan juga merupakan bekas senior sekolah lama aku dan EunHye. Kecil sahaja alam ini. Lay datang sekali-sekala melawat EunHye di hospital dan menemankan aku menjaga EunHye. Petang itu, Kris datang membawa buah-buahan untuk EunHye. Aku yang baru menukar bunga di sebelah katil EunHye hanya tersenyum melihat Kris berbual dan melayang kerenah manja EunHye.

 

“Saya nak keluar sekejap dari hospital ni boleh tak?” tanya EunHye secara perlahan. Aku hanya memandang Kris dan Kris pula memandang EunHye semula. Dia menarik nafas perlahan. Riak serba salah terpapar di wajahnya.

 

“Bukan Oppa tak bagi, keadaan kamu ni tidak mengizinkan untuk Oppa bawa kamu keluar. Oppa tak mahu terjadi apa-apa kepada kamu.” pujuk Kris perlahan. Aku memilih untuk berdiam diri dan mendengar sahaja dahulu.

 

“Boleh lah Oppa, ShinHye. Aku nak sangat pergi tempat kesukaan kita berdua. Aku nak pergi Teen’s Café. Rasa rindu dengan Suho, D.o, Luhan, Chanyeol, dan Baekhyun Oppa. Ni tempat last yang nak sangat aku pergi. Lepas ni aku tak mintak pergi mana-mana lagi. Boleh yea. Sekejap pun jadilah.” rayu Eunhye kepada aku dan Kris.

 

“Baiklah, mari kita pergi tetapi sekejap sahaja tau.” hampir nak terkeluar biji mata Kris mendengar kata aku. Aku hanya menepuk bahunya dan berbisik ‘ Tak mengapa Kris, biarlah. Masa yang ada ini sepatutnya kita menggembirakan dia’. Kemudian Kris mengangguk lemah. EunHye pula menunjukka 'Eyes Smile' sambil melompat-lompat riang kerana dapat keluar.

 

EunHye meluru laju masuk ke dalam Teen’s Café setelah Kris meletakan kereta tidak jauh dari café itu. Aku hanya berjalan beriringan dengan Kris sambil ketawa melihat telatah EunHye yang masih tidak berubah. Masuk sahaja ke dalam café, telinga aku di sapa dengan jeritan milik Chanyeol dan Baekhyun Oppa. Luhan, D.o dan Suho pula berbual dengan EunHye. Kris hanya senyum melihat wajah ceria milik gadis yang bertakhta di hatinya berbual galak. Walaupun hampir setahun tidak bersua dengan mereka, keletah mereka masih tidak berubah. Ada sahaja yang ingin di sakat oleh Chanyeol oppa dan Baekhyun oppa pula sibuk memukul Chanyeol.

Kami semua terdiam apabila EunHye terbatuk kuat dan berlarutan. Kris pantas membawa EunHye duduk tetapi EunHye menolak, dia ingin duduk di tempat kesukaan dia dan aku. Kris hanya menurut. D.o mula bertanya aku, aku hanya menjawab yang EunHye tidak sihat. Aku membuntuti langkah Kris yang memapah EunHye duduk. Aku menghenyakkan punggung di kerusi sebelah kanan EunHye. Kris pula sebelah kiri.

 

“ShinHye, nampaknya aku tak dapat mengotakan janji yang pernah kita buat di sini. Maafkan aku, yea. Tak merasa kau jadi pengapit aku dan duduk rumah sebelah menyebelah lagi. ShinHye, kalau aku pergi nanti, aku nak kau janji pada aku. Buka hati kau untuk memberi peluang lelaki menyayangi kau. Tidak semua lelaki serupa dengan dia, contohnya macam sebelah aku ni” kata EunHye dengan senyuman dan sambil tangan dia meramas tangan aku perlahan. Aku hanya kelu untuk bersuara. Kris aku pandang sedang menahan riak di wajahnya. Aku tahu dia sedih.

 

Kemudian EunHye mengapai tangan Kris pula. “ Oppa, boleh tolong jaga ShinHye untuk EunHye. Jaga dia sebaiknya. Oppa juga jangan sedih dan tutup hati Oppa untuk orang lain macam ShinHye ni. Entah mana kunci hati dia, dia buang pun tak tahu. Suatu hari nanti akan ada yang datang 10 kali lebih baik daripada EunHye untuk oppa, eoh. Maafkan EunHye.” kepala Kris bergerak ke kiri ke kanan. Pegangan tangan EunHye di lepaskan, Kris meminta diri ke tandas. Aku tahu dia ingin melarikan diri.

 

“ShinHye boleh pesan aiskrim Vanilla dan Wafel Butter untuk aku. Aku teringin nak rasa wafel buatan D.o oppa.” aku mengangguk dengan senyuman nipis dan melangkah ke kaunter pesanan. Aku menahan Kris yang baru keluar dari tandas. Kris berhenti di tempat aku berdiri dan membuat pesanan juga.

 

 

 

 

 

 

EunHye POV

‘Maafkan aku, Kris. ShinHye.’

 

‘Aku sangat gembira mengenal kau yang baik hati serta sentiasa melindungi aku di penghujung hidup aku sekarang ini, ShinHye. Aku sangat-sangat sayang dengan kau my Choco-ah’

 

‘Aku harap kamu berdua boleh memaafkan aku. Aku hanya boleh berdoa yang kamu berdua boleh kecapi bahagia bersama.’ desis hati EunHye, matanya mengilas ke tempat EunHye dan Kris membuat pesanan.

 

EunHye mengeluarkan sepucuk surat dan meletakkan di atas meja café itu. Dia merasa yang matanya sangat berat.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Heartz_Ilayda
Yooooooo...Idea datang..tapi dalam mood sedih..

Comments

You must be logged in to comment
ayeshahreina2402 #1
Chapter 10: Sedih
lilipoetry
#2
Chapter 10: Sad.... tapi saya suka :) thanks
mika_lou #3
Yoon eun hye❤❤❤ jrang org wat ff untuk yoon eun hye unnie. Upvote untuk awak