Can You See?

My Husband Is Bad Boy 2

 

Kawasan rumah agam Datuk Chanyeol teramatlah sunyi dan sepi.Anak dan menantunya ke luar negara atas urusan perniagaan.Tinggallah dirinya sendiri.Dia berjalan ke balkoni didalam biliknya dan menghirup udara.

 

“Cheonsa-do…”Dia mengangguk-angguk kepala.

 

“Kejap…”Matanya terbeliak.

 

“Cheonsa-do?Bukan Cheonsa-do II?”Datuk Chanyeol terkelip-kelip dengan fikiran yang bercelaru.Nampaknya,cucu dan isteri cucunya telah pergi ke pulau yang salah,pulak dia hantar 3 kanak-kanak riang yang tidak bersalah tersebut.

 

“Alamak!Tu pulau mati!Macam mana aku boleh tertukar pula ni!”Datuk Chanyeol menggigit bibir.Habislah,pulau itu adalah pulau mati kerana disumpah.Nanti dengan diri-dirinya mati.

 


 

 

Selesai menikmati hidangan makan malam yang menyelerakan,jika mereka tahu hal sebenar,sudah semestinya mereka tidak akan makan.Waktu malam mulai tiba dan bintang-bintang berkelipan dengan indahnya.Dua pasangan comel tersebut tergedek-gedek berlari ditepi pantai,tidak ubah seperti didalam scene filem.Namun kenyataannya teramatlah jauh,mereka berlari-lari kerana mengadakan perlawanan.Siapa lambat,dia kena masuk dalam air laut.Seronok,bukan?Tengah malam-malam macam ni.Basah kuyup bagai.Apa nak buat kalau masih belum bersedia untuk jadi matang.Tetapi,kalau tak keanak-anakkan,tak best juga.Dunia terasa seperti indah dan berwarna –warni sedangkan pencemaran alam semakin meng’improve’kan dirinya buat ketika ini.

 

“Haha!Kau kalah”Chanyeol menyorak kegembiraan.Okay,kalau pertandingan,memang pertandingan.Tidak akan wujud rasa simpati dan kasih sayang buat lelaki yang gentleman kepada gadis yang lemah.Memang itu undang-undang bagi mereka berdua.

 

Rai tercungap-cungap dibuatnya.Mahkamah!Ini tidak adil!Chanyeol mempunyai sepasang kaki yang panjang macam pelita(?)sedangkan Rai macam mancis!Pelita lawan mancis,cubalah teka siapa yang menang!

 

“Okay..saya tahu saya kalah…sayakan seorang yang bertanggungjawab..jadi saya akan jalankan hukuman yang di..

 

“Sudah-sudahlah tu..dah macam pengetua bekas sekolah kita dah gayanya..cepat-cepat..masuk dalam laut..karang aku terjah kau kang”

 

Mendengar amaran tersebut,dengan pantas Rai memecat kasutnya dan tergedek-gedek tak ubah macam anak ayam bangun tidur.

 

“Uish…dahlah laut gelap gila…kenapalah nak buat perlawanan bodoh macam tu..tak romantik!”Rai memberontak didalam hati.Lainlah kalau mereka sama-sama masuk laut,ala-ala Titanic gitu,tapi jangan sampai mati beku sudahlah.

 

Perlahan-lahan Rai berjalan dan kakinya sudah pun dibasahi air laut.

 

“Okay..saya dah masuk dalam laut…saya naik,ek?”

 

Chanyeol menggelengkan kepala.Amboi,tak puas hati lagi?

 

“Sampai paras paha”Sesenang hatinya dia beri jawapan.Kalaulah Chanyeol yang kalah tadi,nak aja Rai suruh dia masuk dalam laut sampai paras kepala dan lari laju-laju tinggalkan dia dekat sini.

 

“Paha?Ok..Okay”Berjalan didalam laut yang gelap macam duduk dalam kolam dakwat hitam.Dengan penuh misteri apa yang duk berenang-berenang didalam air disekeliling kaki.Kalau jumpa mermaid bagus juga,jangan jumpa yang muka buruk sudahlah.

 

“Okay…dah sampai paha..saya keluar,okay?”

 

Rai dengan pantas berlari keluar dari air laut menuju kearah Chanyeol.Tak sanggup lagi dia berada disitu.

 

“Gotcha”Chanyeol seolah-olah membuat aksi dapat menangkap Rai.

 

“Seronok mandi laut?”

 

“Perli nampak…”

 

“Siapa suruh kalah”

 

“Dah kaki saya pendek”

 

“Siapa suruh kau pendek?”

 

Rai menepuk dahi.Kalau bergaduh mulut macam ni,sampai 10 dekad tak sudah.Rai terus mengambil kasutnya diatas pasir.

 

“Rai…”

 

Rai mengangkat wajahnya sedikit.Dia melihat seorang gadis didalam laut.Wajahnya pucat kebiruan.Tenungannya amat tajam.

 

“Rai…kau tengok apa tu??”

 

“Chanyeol..awak nampak apa-apa tak tadi?”Soal Rai sambil menggoncang lengan Chanyeol dan jari telunjuknya pada arah gadis tersebut.

 

“Ya…ada..kenapa?”

 

“Apa perempuan tu buat dekat situ malam-malam tu..menakutkanlah”Rai memalingkan wajahnya daripada melihat perempuan tersebut.

 

“Mungkin dia kena denda sama macam kau kut..dahlah…jom kita masuk bilik”Chanyeol memeluk bahu Rai dan berjalan pergi.

 

Beberapa saat kemudian dia berpaling kebelakang.Bibir bahagian bawahnya digigit sambil keningnya bertaut.

 

“Aku..tak nampak apa-apa pun”Chanyeol berbisik sendiri.Dia sengaja menjawab bahawa dia nampak apa yang Rai nampak.Dia bimbang kalau dia memberikan jawapan yang sebaliknya,Rai akan takut.

 

 


 

 

Rai membaringkan badannya diatas katil sambil memeluk comforter dan mengurut-ngurut bahagian diantara bulu keningnya.

 

“Hmm..tak ada signallah..petang tadi ada pula”Chanyeol merungut seorang diri diatas sofa dengan kaki bersilang.Gaya tak ubah macam CEO.

 

Rai terkebil-kebil memandang siling kapur.Wajah gadis tadi tidak dapat dilupakannya.Masakan perempuan tersebut tahu namanya.Tak pula dia pakai name tag atau jerit ‘Hei pulau!Nama aku Rai!Dan yang macam zirafah ni laki aku!’.

 

“Kau nak minum coklat?”

 

“Boleh jugak”Rai masih setia memeluk comforter.Macam comforter itu adalah kekasih hatinya.Mungkin lelaki simpanan.Hahaha.Bear pula anak ikan emas(Tahu tak maksudnya?)

 

“Kau tahu tak dari mana coklat itu dibuat?”

 

Rai menggeleng.

 

“Coklat tu tahi…tahi orang yang sembelit..seketul-seketul tu…kemudian dia proses jadi habuk ..haha!”Chanyeol ketawa terbahak-bahak sehingga tidak sedar,serbuk coklat yang berada didalam bekas tertumpah sedikit akibat badannya yang bergoyang-goyang bagai pokok ketika angin taufan melanda.

 

Rai ternganga dengan berasa jijik yang tidak dapat digambarkan.Gila,tahi dia samakan dengan coklat”

 

“Tak lawaklah..kotor adalah”

 

“Ek?”Chanyeol mengangguk-angguk dengan bibir masih bersisa senyumnya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurSabrina123 #1
Chapter 17: Author-nim kasihani lah kami huhuhuuuuuu nak sambungan yer pleaseeeeee uhukhuhuks
NurSabrina123 #2
Author-nim . Please lah update sampai completed huhuhu... pitied us pleaseeee sobsob
got7imsungri #3
Chapter 17: deabak...best la ff ni....authornim....update juseyo....
parkneulgi_ #4
Chapter 17: update la lagi author-nim uwaaa T.T lama gila sya tunggu nk baca sambungan fanfic ni huhuh T.T

btw, fanfic ni JJANG! DAEBAK! NEOMU JOHAHAE! >3<
harryniel
#5
Chapter 17: omg kai nampak diorang keeeee
aquariusxpisces
#6
Chapter 17: waaaahh!!! updatelah lagi huhu (ಥ_ಥ)
chacha_ieyra
#7
Chapter 17: hahahahahahahahxD..update again!hehe
wifeparkcapang61 #8
Chapter 17: huhuhu.............................ppali update

*drama sinetron*
lugege_
#9
Chapter 17: Lama tunggu finally update T.T kenapa pendek sangat?