Start

My Husband Is Bad Boy 2

 

 

Seminggu telah berlalu,mereka selamat tiba di bumi Seoul dan kenangan dipulau Cheonsa ibarat dilupakan begitu sahaja,mereka memulakan kehidupan mereka sebagai pelajar universiti yang sungguh bergaya dan berstailo gitu. Haha..

Rai mengikat rambutnya kemudian melirik kearah Chanyeol yang sedang mengusap-ngusap kucing dengan tapak tangannya yang besar beserta senyuman yang manis melirik diwajahnya. Rai menuju kearah suaminya itu lalu melabuhkan punggung disebelah Chanyeol.

“Awak,saya pergi kelas dulu,ek?,” Rai tersenyum nipis sambil menyelit rambut yang menyisir ditepi telinganya lalu tersengih,menunjukkan sebaris giginya. Chanyeol menoleh kearah Rai dan mengucup dahi gadis itu dengan lembut.

“Serius tak nak saya hantarkan?”

“Yep,saya dah pandai memandu,awak dah lupa?,” Rai tersenyum bangga,dia sudah pun memiliki lesen memandunya dengan gambar yang cantik dihadapannya. Chanyeol ketawa sendiri melihat gelagat isterinya itu dan mengusap kepala gadis tersebut.

“Ingat..Belajar elok-elok..Dan jangan mengurat,sebab awak milik-

“Milik Park Chanyeol sejak sekolah menengah tinggi dan selama-lama-lama-lama

“Selamanyaaaaaa,tiada titik,” Chanyeol ketawa kecil.

“Okay,saya Park Rai,tidak akan sesekali berlaku curang!,” Rai melambai-lambai tangannya dan berjalan pergi keluar dari bilik dengan riang. Dia kelihatan sempoi dan anggun dengan blazer light salmon,kemeja cream dan juga skirt labuh kuning. Chanyeol menyesal pula suruh isterinya itu ambil lesen memandu,asyik nak bawa kereta sendiri aja,sehingga dia tidak berpeluang menjadi pemandu tidak berbayar.

“Saya sayang awak,memandu elok-elok,” Chanyeol mengucup dahi Rai dengan lembut sebelum melambai tangan dengan tangan kirinya mendukung kucing. Tadi dah berlambai tangan,nampaknya belum habis lagi salam perpisahan sebelum ke kelas.

“Saya pergi dulu,” Rai melangkah masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari pekarangan rumah.

Dia memandu keretanya dengan tenang sambil telinganya dihidangkan lagu Epik High Spoiler,kadang kala kepalanya terangguk-angguk. Matanya memerhati sekilas ke cermin belakang kemudian dia melihat sebuah trelar memandu dengan laju. Matanya terbeliak dan dia dengan serta merta,belakang kereta ditempuh dan berpusar diatas jalan sehingga merempuh kearah tiang lampu jalan.

Pandangannya semakin kabur dan kabur. Kepalanya berputar-putar serta dia dapat rasakan cecair merah mengalir diatas hidungnya dan semuanya menjadi gelap. Dia tidak menyedarkan diri lagi.

 

 

“Awak..Bangunlah awak…Awak..Janganlah tinggalkan saya,awak tahukan,saya sayang gila dekat awak”

Kelopak matanya berat,nafasnya menjadi agak terbeban dan sesak. Dia mampu dengar sayup-sayup suara Chanyeol yang serak.  Dia dapat rasai sesuatu yang berat pada badannya. Dia mahu bersuara,namun dia tidak mampu,dia mahu bergerak,namun dia tidak mampu.

Perlahan-lahan kelopak matanya dapat dibuka. Namun,ada perkara yang mengejutkan dirinya seusai matanya dicelik,dia dapat lihat seorang wanita berwajah pucat serta kebasahan diatas badannya,merenungnya lama. Dia tidak mampu bersuara atau memanggil Chanyeol yang sedang menghembamkan wajah pada lengannya. Adakah Chanyeol tertidur?

Didalam hatinya,bertubi-tubi dia memanggil nama suaminya,namun dia tidak punya keupayaan. Wajah yang pucat serta suram itu merenungnya tajam dengan lama,bukankah wajah ini yang dilihatnya di Pulau Cheonsa?

Perlahan-lahan,perempuan itu bertukar menjadi kepulan asap dan menyerapkan dirinya didalam tubuh Rai tanpa bersuara mahupun memberi apa-apa sebarang tanda.

“Rai!Awak dah sedar??,” Chanyeol tersenyum dengan air mata yang bergenang,dia terburu-buru memanggil doktor bagi memeriksa keadaan diri Rai yang sudah tiga hari tidak menyedarkan diri setelah kemalangan.

Anak mata Rai mula berubah menjadi hitam yang pekat sehingga tiada pembahagi pada bulatannya. Selang beberapa saat,anak matanya berubah menjadi normal dan bayangan perempuan itu mula menghilang dari pandangannya. Dia dapat lihat seorang doktor lelaki sedang memeriksa keadaan retina matanya dan juga menulis sesuatu diatas kertas dan berbual mengenai perkara yang tidak dapat ditafsir oleh dirinya.

“Awak…”

“Rai..Jangan bergerak..Awak kena banyak berehat,” Chanyeol bergegas menuju kearah Rai dan mengusap dahi gadis tersebut.

“Semua ini salah saya,sebab saya,awak jadi macam ni..Kalaulah saya yang…”

“Chanyeol..Janganlah menangis..Muka awak macam Shin Chan”

Chanyeol ketawa nipis mendengar gurauan Rai lalu menyeka air matanya dan mendakap Rai dengan lembut. Tidak jauh dari situ,perempuan yang memerhati dengan wajah pucatnya,merenung lama Chanyeol dan tersenyum panjang tanpa henti dan menghaibkan diri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurSabrina123 #1
Chapter 17: Author-nim kasihani lah kami huhuhuuuuuu nak sambungan yer pleaseeeeee uhukhuhuks
NurSabrina123 #2
Author-nim . Please lah update sampai completed huhuhu... pitied us pleaseeee sobsob
got7imsungri #3
Chapter 17: deabak...best la ff ni....authornim....update juseyo....
parkneulgi_ #4
Chapter 17: update la lagi author-nim uwaaa T.T lama gila sya tunggu nk baca sambungan fanfic ni huhuh T.T

btw, fanfic ni JJANG! DAEBAK! NEOMU JOHAHAE! >3<
harryniel
#5
Chapter 17: omg kai nampak diorang keeeee
aquariusxpisces
#6
Chapter 17: waaaahh!!! updatelah lagi huhu (ಥ_ಥ)
chacha_ieyra
#7
Chapter 17: hahahahahahahahxD..update again!hehe
wifeparkcapang61 #8
Chapter 17: huhuhu.............................ppali update

*drama sinetron*
lugege_
#9
Chapter 17: Lama tunggu finally update T.T kenapa pendek sangat?