Who's That?

My Husband Is Bad Boy 2

 

Akhirnya sampai jua dibilik resort yang mewah lagi besar ini.Ah,Rai tidak kira,dia nak rehat,tak kisahlah kecil ke besar ke besar tempurung ke.Dia terus mendarat seperti helicopter keatas katil manakala Chanyeol sibuk memeriksa peralatan dan bilik air.Ya,fakta bagi manusia kalau bercuti,mesti check bilik air.Hahaa…

 

Rai tergolek ke kiri dan ke kanan katil sambil tersenyum lebar.Ah,boleh tak kalau dia biarkan katil ini menjadi miliknya seorang?Pergh,isteri yang minta penampar!Dalam bahagia mengelamun tentang katil,tiba-tiba badannya terasa seperti terbang.Eh?

 

“Chanyeol?Apa awak buat ni?”Soal Rai dengan muka yang keliru dan penuh persoalan.Kenapa tiba-tiba dirinya didukung seperti puteri tarzan?(wujudkah?)Chanyeol sekadar tersenyum senget dan mengerdip-ngerdipkan matanya.Alahai,comel,kan?Kan?Haha..

 

Chanyeol menurunkan Rai keatas sofa empuk bewarna pastel sambil mengurut pinggangnya dengan wajah berkerut-kerut.

 

“Aduh..sakitnya pinggang”

 

Pantas jari jemari Rai mencubit lengan Chanyeol.

 

“Tak suruh pun dukung…”

 

“Eh..untung aku dukung”

 

“Eh..kenapa pulak?Katil dengan sofa ni tiga langkah aja kut”

 

Chanyeol menekup kedua belah pipi Rai dan mendekatkan dahinya pada dahi Rai.Eh Eh Eh,apa pulak dia nak buat?Rai cuba mengelakkan diri daripada bertembung mata.Muka dia dah macam tomato.Tomato yang masak ranum.

 

“Wah..hebat”

 

“Hah?”

 

“Memang masterpiece”

 

Kening Rai bertaut.Apa yang masterpiece?

 

“Apa yang masterpiece”

 

“Jerawat kau”

 

Rai menolak bahu Chanyeol dengan geram.Jerawat!Dengan pantas Rai masuk kedalam bilik air.Terus cermin ditatap dengan wajah yang geram.

 

“Alamak!Jerawat masak plak tuuuuu!!!”Rai mungkin diserang gila Barbie dek terlampau sakit hati dan bercampur malu.Sepatutnya percutian antara suami isteri adalah manis dan penuh romantic ala-ala diParis walhal hanya disebuah pulau yang sunyi.

 

“Aduh..malunya….aku ingat dia nak cium aku tadi”Rai berceloteh sendiri.Lama termenung dengan penuh perasaan bercelaru akhirnya dia membuat keputusan untuk mandi.Bagi segar sedikit badannya yang dah melekit-lekit rasanya.

 

“Haha…bestnya kenakan dia”Chanyeol ketawa terkekek-kekek sambil berjalan kearah beranda.Angin dari pantai mendamaikan Chanyeol untuk seketika.Memori Kris tetap dibawa bersama.Dia rindu akan Kris.Sahabat yang sanggup berkorban demi dirinya.Chanyeol tersenyum senget teringat perkara-perkara lalu.

 

Paip dipulas sehingga airnya berhenti mengalir turun ke badan.Rai menarik nafas yang panjang.Leganya!Sayangnya waktu sudah menghampiri senja,mungkin mereka boleh ronda-ronda esok.Rai mencapai tuala putih dan mengesat rambutnya yang basah.Baju tuala dipakai.Oh ya,dia lupa pula nak ambil baju dari beg.

 

Tombol pintu perlahan-lahan dipulas.Kepalanya dikeluarkan sedikit dan suasana didalam bilik sunyi.Entah kemana pula si Chanyeol merayap.Bagus juga,taklah dia segan sangat.Rai terjengket-jengket menuju kearah bagasinya.

 

“Baru sudah mandi ke?”

 

Rai terkejut kerana mendengar suara yang tiba-tiba muncul.Dia terus berdiri dan memandang kearah Chanyeol yang berjalan menuju kearahnya.

 

Chanyeol tidak dapat menghalang dirinya daripada merenung setiap pelusuk diri Rai (omo..byuntae2)Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Rai yang terkebil-kebil sambil mengelus lengan Rai lembut.Mata mereka kini bertembung.Entah kenapa,sepatutnya dia akan berasa tergoda dengan renungan Chanyeol namun apa yang dirasa adalah,dia mahu mencubit pipi Chanyeol yang comel tersebut.Terminum air laut ke?

 

Dengan lembut Chanyeol mengucup lembut bibir bahagian atas Rai dengan matanya terpejam.Perlahan-lahan badan Chanyeol seolah-olah menolak Rai kearah katil.Rai boleh jadi gila,dahlah dia hanya berbaju tuala.Pelukkan menjadi semakin erat.Bibir Chanyeol mulai bertindak sedikit ganas dan agresif.Takut pun ada Rai dibuatnya.Rambut Rai yang berada diatas tulang selangka diselak.Mata Chanyeol yang terpejam kini dibuka dan dia mempamerkan senyuman yang menggoda.Rai tak tahu nak buat apa.Rasanya,dah tiba masanya,kalau tak,mesti datuk takkan berhenti membebel.Tapi,Rai belum bersedia nak mengandung dan beranak,ah,beranakkan sakit walaupun dia belum merasainya.Rai menggeleng kepalanya.Boleh pula dia mengelamun jauh.Chanyeol masih setia merenung.Entah kenapa,renungan tersebut seolah-olah mengatakan ‘muahahahha habislah kau!!’.Oh My.

 

Chanyeol menundukkan kepalanya dan tiba-tiba bibir Chanyeol yang basah hinggap pada bawah telinga Rai.Gelinya yang teramat.Rai menekup mulutnya menahan rasa.

 

Tiba-tiba telefon Chanyeol berdering rancak.Rai seperti ahli pasukan sorak yang kegembiraan melompat-lompat.Sesungguhnya dia belum bersedia.Sekarang dia mengharapkan  Chanyeol akan bangun dari menghimpit badannya dan akan menjawab panggilan tersebut.

 

18 saat telah berlalu,deringan masih menguasai kesunyian ruang.Chanyeol langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.Rai pula yang resah tak tentu hala.Kini baju tuala tersebut dibahagian dada dibuka perlahan-lahan.

 

Bunyi deringan telefon Rai pula yang menyelamatkan dirinya.Deringan telefon Rai dan Chanyeol saling berlawan.Pantas Rai membangunkan sedikit badannya dan mencapai telefon.

 

“Hello”Baju tuala dibetulkan.Bahagian leher dan dadanya sedikit basah.

 

Chanyeol perlahan-lahan menjawab panggilan yang tidak henti-henti dan berjalan ke beranda.

 

“Rai..kamu dekat dalam bilik ke?”

 

“Ya atuk..kenapa?”

 

“Tak..saja aja tanya..okaylah..letak dulu”

 

Rai mengerutkan kening.

 

“Ya..ya…okay….atuk yang mengganggu”

 

Rai curi-curi dengar perbualan Chanyeol.Mengganggu,Chanyeol marah ke?Rai tidak mahu kisah,asalkan dia berasa selamat sekarang.Rai menekup bibirnya.Atuk?Chanyeol bercakap dengan atuk?Habistu,dia bercakap dengan….

 

Rai melihat kearah skrin dan melihat nombor yang mendail tadi

 

000000000000

 

Rai terkedu.Nombor apa yang pelik sangat ni?

 

“Chanyeol..siapa yang call tu?”

 

“Hmm..atuk hah..dia tanya khabar”

 

Telefon di tangan terlepas.Chanyeol pantas mengambil telefon tersebut dan merenung wajah Rai.

 

“Hey…kenapa?”

 

“Tadi…atuk pun call saya..masa saya dah sudah berborak dengan dia…dia still berborak dengan awak”

 

Chanyeol mengangkat kening dan mencari nombor datuknya pada Log.Tiada pun nombor datuknya dan yang paling penting tiada sesiapa yang mendail Rai.

 

“Takde pun nombor orang call tadi”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurSabrina123 #1
Chapter 17: Author-nim kasihani lah kami huhuhuuuuuu nak sambungan yer pleaseeeeee uhukhuhuks
NurSabrina123 #2
Author-nim . Please lah update sampai completed huhuhu... pitied us pleaseeee sobsob
got7imsungri #3
Chapter 17: deabak...best la ff ni....authornim....update juseyo....
parkneulgi_ #4
Chapter 17: update la lagi author-nim uwaaa T.T lama gila sya tunggu nk baca sambungan fanfic ni huhuh T.T

btw, fanfic ni JJANG! DAEBAK! NEOMU JOHAHAE! >3<
harryniel
#5
Chapter 17: omg kai nampak diorang keeeee
aquariusxpisces
#6
Chapter 17: waaaahh!!! updatelah lagi huhu (ಥ_ಥ)
chacha_ieyra
#7
Chapter 17: hahahahahahahahxD..update again!hehe
wifeparkcapang61 #8
Chapter 17: huhuhu.............................ppali update

*drama sinetron*
lugege_
#9
Chapter 17: Lama tunggu finally update T.T kenapa pendek sangat?