Never Let It

My Husband Is Bad Boy 2

“Oh tidak!!! Saya dah mati!! Tapi kenapa saya tak ingat pun cara saya mati! Tidak!!!”

 

“Rai,sabar. Bawak bertenang,” Kris cuba menenangkan gadis yang bernama Rai yang kelihatannya sudah hilang kawalan.

 

“Bertenang? Macam mana saya nak bertenang? Awak,Kris..Kawan Chanyeol yang saya tak pernah lihat didunia realiti dan..Alamak,” Rai menekup kedua belah pipinya. “Tidak,nampaknya saya memang dah mati”

 

“Rai?”

 

“Saya belum sempat ucapkan selamat tinggal pada Chanyeol,” air matanya mula bergenang. Sadis,dia sendiri tidak tahu punca kematiannya. Kini dia berada disebelah Kris.

 

“Rai,sebenarnya awak belum mati”

 

Apa yang diungkapkan oleh Kris membuatkan Rai terkebil-kebil dengan kening terjongket. “Hah? Saya belum mati?,” dia seolah-olah tidak percaya. Adakah itu fakta atau auta? Jika dia belum mati,bagaimana dia dapat lihat orang yang sudah mati?.

 

“Habistu..Saya ni apa?”

 

“Jasad awak..Telah digunakan oleh roh lain,yang tidak tenang”

 

Semakin terkebil-kebil dan tercenganglah Rai dibuatnya. “Roh? Roh yang tidak tenang,” dia menjegilkan mata. “Biar betul..Mana awak tahu?”

 

Kris menarik nafas panjang. Seperti sukar untuk menerangkannya. Ibaratkan bakal memakan masa lebih kurang dari pukul tujuh pagi hingga tujuh malam. Seperti bekerja di Seven Eleven. Begitulah perumpaannya.

 

“Semuanya bermula di Pulau yang awak dan Chanyeol pergi bercuti bersama”

 

Rai menganggukkan kepala. Ya,dia masih ingat. Masakan dia tidak ingat memori pahit lawak dan pelik disana. Ish,sekarang kena throwback keapa? Tak sukanya,tak sukanya. Alahai gedik.

 

“Kenapa? Pulau tu ada zombie,roh tu zombie ke? Alamak,dia nak makan otak Chanyeol ke???”

 

Rai terbuntang mata. Dia sudah mula terbayang.

“Otakkkkk!Otakkkkkk”

 

Chanyeol berlari sepantas pelari terkenal dunia yang namanya Rai sudah lupa,namun namanya seperti anak anjing. Dimana,roh yang tidak tenang yang telah mengambil jasad Rai tanpa membuat sebarang perjanjian win-win situation mengejar Chanyeol.

“Aewdhqwqe otak!!otak!!”

 

“Tolong-tolong!Tolong saya,otak saya tak sedap,banyak kedut-kedut!,” jerit Chanyeol,dengan tiba-tiba kakinya tersungkur dan..

 

“Tidak!! Saya takkan benarkan hantu jahat tu makan otak suami saya!,” opps,suami. Rai tersipu-sipu sendiri. Entah mengapa dia malu sendiri pula.

 

“Rai,Rai?”

 

“Oh,maafkan saya”

 

“Roh tu bukan zombie,dia tak ada kena mengena dengan anak beranak zombie”

 

“Sekejap..Saya rasa..Saya tahu siapa,” Rai mengusap dagunya. “Perempuan tu”

 

--

 

“Awak boleh berjalan?,” soal Chanyeol dengan prihatin,sungguh senang hatinya kerana Rai yang sebenarnya bukan Rai dimana hantu jahat yang Rai original fikir akan memakan otak Chanyeol. Sungguh berbelit penerangan ini. Namun Chanyeol sungguh gembira.

 

“Saya boleh berjalan je..Kalau tak boleh,takkan awak nak papah pulak,” Rai yang bukan Rai,okay marilah kita anggap itu adalah Rai dengan menggunakan Rai kerana jika tidak,ia menjadi semakin sukar,seperti memasak asam pedas yang penulis yang sedang menaip ini langsung tidak pandai memasaknya. Kerana penulis ini berasal dari Terengganu dibawah naungan Pantai Timur. Jadi asam pedas untuk dia tiada dalam kamus gadis Terengganu ini. Hahhaha,apa kaitan dengan fanfic sebegini?. Tolonglah,orang makan kimbap dan kimchi. Tak pun rice cake ke.Hhahahaha.

 

“Tak,saya takkan papah awak. Saya akan dukung awak”

 

Rai ketawa sendiri. “Ish,ada ke patut,” dia tergeleng-geleng.

 

“Saya tak kisah..,” Chanyeol tersenyum lebar. Tangannya menjinjing beg yang berisi pakaian manakala tangan disebelahnya lagi menggenggam erat tangan Chanyeol.

 

“Olololo,suwiitnya abang ipar dengan kakak ipar kita,kan? Hunnie?,” Kai menguis-nguis dada Sehun dengan jari telunjuknya.

 

“Agak-agakkan..Bilalah diorang akan menimang cahaya mentol lampu??”

 

Chen menarik nafas panjang. Bagaimanalah dia mahu menghancurkan hubungan ‘suci’ tahap minyak masak Saji Murni berseri-seri ni. Buat masa ini,biarkan terlebih dahulu,mungkin mereka ini terlebih kromosom atau apa.

 

--

 

Chanyeol telah ponteng kelas untuk petang itu agar dia dapat meluangkan masa bersama isterinya yang baru sahaja pulang dari hospital. Dia harus memberikan perhatian sepenuhnya serta prihatin terhadap gadis tersebut. Sejak kemalangan tersebut telah berlaku,perasaan risau dan cuak akan keselamatan gadis itu semakin menjadi-jadi. Kalau boleh,dia mahu membungkus Rai didalam kotak kecil dan simpannya kedalam poket.

 

“Apa awak nak makan? Saya boleh masakkan”

 

“Betul ke? Macam mana kalau dapur terbakar atau apa?,” Rai menjongketkan kening. Menginginkan kepastian.

 

“Alah..Tengok resepi,masukkan bahan dan secubit kasih..Tak..Sesenduk kasih sayang serta tiga cawan cinta,semuanya akan menjadi”

 

Rai ketawa dengan kepalanya tergeleng-geleng. Lama kemudian dia bangkit dari duduknya dan berdiri menghadap Chanyeol dengan matanya merenung ke dalam anak mata lelaki tersebut. “Chanyeol”

 

“Ya?”

 

“Awak betul-betul sayangkan saya?”

 

Chanyeol mengangguk laju lalu menekup kedua-dua belah wajah gadis itu dengan lembut. “Semestinya,detik ini,esok lusa dan selamanya,” ujarnya dengan suara yang begitu menusuk kalbu. Eces.

 

“Kalau macam tu..Kucuplah saya”

 

Permintaan Rai membuatkan Chanyeol terkebil-kebil. Wajahnya kemerahan serta senyumannya menjadi kaku.

 

“Whattt??? Kris,dia mintak ciuman dari Chanyeol saya! Saya takkan benarkan!,” Rai menggoncang-goncangkan bahu Kris dengan semaksimun yang mungkin. Kris tidak sangka bahawa Rai sekuat ini. Patutlah mereka masih belum dikurniakan cahaya lampu mentol. Hhahahhahahhahahhaa.

 

Rai menyising lengan bajunya. Dia tidak akan membenarkan adegan sebegini terjadi,bibir Chanyeol hanya akan mendarat dibibirnya sahaja. Walaupun itu adalah jasad dirinya sendiri,dia tidak dapat merasai kucupan tersebut kerana ada hantu jahat yang merampasnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurSabrina123 #1
Chapter 17: Author-nim kasihani lah kami huhuhuuuuuu nak sambungan yer pleaseeeeee uhukhuhuks
NurSabrina123 #2
Author-nim . Please lah update sampai completed huhuhu... pitied us pleaseeee sobsob
got7imsungri #3
Chapter 17: deabak...best la ff ni....authornim....update juseyo....
parkneulgi_ #4
Chapter 17: update la lagi author-nim uwaaa T.T lama gila sya tunggu nk baca sambungan fanfic ni huhuh T.T

btw, fanfic ni JJANG! DAEBAK! NEOMU JOHAHAE! >3<
harryniel
#5
Chapter 17: omg kai nampak diorang keeeee
aquariusxpisces
#6
Chapter 17: waaaahh!!! updatelah lagi huhu (ಥ_ಥ)
chacha_ieyra
#7
Chapter 17: hahahahahahahahxD..update again!hehe
wifeparkcapang61 #8
Chapter 17: huhuhu.............................ppali update

*drama sinetron*
lugege_
#9
Chapter 17: Lama tunggu finally update T.T kenapa pendek sangat?