Chapter 10

Beautiful Stranger
Please Subscribe to read the full chapter

 

Selepas selesai berbual dan menghabiskan masa di dalam wad hospital bersama Sehun, mereka semua meminta diri untuk pulang kerana esok masih hari sekolah. Luhan berasa sedikit tidak puas hati kerana Sehun diberi cuti selama tiga hari dan menampar lembut dari Sehun sebelum berlari anak keluar dari bilik bersama Chen dan Tao. Baekhyun dan Yana hanya menggeleng kepala.

''Kau nak aku hantar kau balik ke?'' Baekhyun tanya setelah melangkah keluar hospital. Baekhyun rasa agak sikit janggal. Maklumlah, awek dia baru je bagi amaran jangan dekat dengan Yana. Walaupun Yoora acting like a totally -hurt, dia still girlfriend dia. Tapi Yana kawan baik dia. 

''Takpe lah, aku boleh balik sendiri. Aku dah familiar dengan Seoul ni.'' Yana semyum tapi dia tidak berani untuk memandang mata Baekhyun. Kata-kata Yoora didalam bilik janitor masih terngiang-ngiang. 

''Yana, pasal Yoora-''

''Aku rasa baik kau jauhkan diri dari aku lah, Baek. Apa yang Yoora cakap tu ada betulnya juga.'' Yana mengeluh dan akhirnya memandang mata Baekhyun. Baekhyun berkerut. ''Yoora ada jumpa kau ke?'' 

Yana menjulingkan matanya ke atas. ''Just, kita jangan terlalu rapat. Aku masih anggap Yoora kawan baik aku dan Yoora masih girlfriend kau. Kita kena hormat perasaan dia. Dia cuma terlalu sayangkan kau je thats why dia anggap aku ni sebagai threat dalam relay korang ni.'' 

Baekhyun terdiam dan terkebil-kebil. 

''But we can still keep in touch, right? Sebab kau still seatmate aku.'' Yana ketawa kecil. Dia menepuk lembut bahu Baekhyun dan berlari ke arah bas. Baekhyun hanya mengeluh. ''Tapi aku pun sayang kau..'' dia mengumam perlahan. 

 

----

 

Chanyeol ketawa mengejek manakala Minseok hanya membuat muka blurnya. Jiyeon membuat muka sambil memeluk tubuh. Walapun Chanyeol lebih tinggi dari dia dan Minseok hanya berdiri disebelah Chanyeol, dia tidak takut. 

''Kau datang dari jauh just nak tanya aku soalan bodoh macam ni?'' Jiyeon mendengus. 

''At least aku tanya baik-baik.'' Chanyeol mengangkat bahu, muka comel. 

''Yang aku tahu Baekhyun ada awek.'' Jiyeon buat muka jijik. ''Tapi bukan Yana.'' 

''Yana? Siapa Yana?'' Minseok tanya, mata terkebil-kebil. Bagi Jiyeon, dia terlalu comel untuk dirinya. Tapi Jiyeon diam je dan mengeluh. ''Park Yana. Perempuan yang selalu lepak dengan dorang lah.'' 

Chanyeol mengganguk dan menepuk bahu Minseok. ''Yang semalam tu lah.'' dan Minseok mengeluarkan bunyi 'Ah...' 

''So, siapa awek Baekhyun tu?'' 

Jiyeon menggangkat kening. ''Kalau aku bagitau, aku dapat apa?'' 

Chanyeol sudah tersenyum sinis dan merapatkan dirinya dengan Jiyeon tapi Jiyeon hanya berdiri dengan muka berlagaknya. Jiyeon tergelak kecil apabila lengan panjang Chanyeol sudah melingkari pinggangnya dan mengucup lembut leher Jiyeon. 

''Okay.'' 

Minseok hanya menggeleng dan menjulingkan matanya keatas sambil melihat Chanyeol dan Jiyeon beredar, mungkin mencari bilik kosong untuk melepaskan 'needs'

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
biedom #1
Chapter 11: Update lagi,..citer nie best lh...
JeonAra #2
Chapter 11: Update soon!! Daebak!!
kyungsoo-myungsoo #3
Chapter 11: Author-nim plez updte soon
#love ur story
_shuhidah
#4
Chapter 10: Ppalli2 author nim.tk sabr ni nk thu chap seterusnyaa...
JeonAra #5
Chapter 9: Palli update!! Seriously ff ni sngt2 best!!!!!! >_<
_shuhidah
#6
Chapter 9: Woahh best saya Suka!authornim update lgi yee :)
330nai #7
Chapter 8: Chapter 8: waiting ~~… btw autor-nim huhu. (T.T) Nai nak start buat ff gak. Tpy x rety nak masukkn gmbr kt pngenalan watak tu cne.???? Klu sudi tlg ajarkn plz.
fazreen #8
Chapter 8: Update soon
asyikin94 #9
Chapter 8: Palli upadate this story!!! Saya baca dri chapter 1 smpai chapter 8 saya hbiskan mlm ni,you story so good.pls upadet soon.