Prologue

Unexpected

 

Malam yang agak suram dan kawasan yang agak terpinggir itu tidak menghancurkan semangatnya untuk mencari sebarang bukti tentang khabar angin mengenai aktiviti yang dijalankan disekitar itu.Aiza berjalan perlahan dengan penuh senyap agar kehadirannya tidak dihidu oleh mana-mana makhluk di pinggir hutan itu.Namun...nyamuk yang mengigit kulit tangannya tidak memberi peluang langsung untuk dia merasa aman itu segera ditampar dengan penuh geram.

 

'Aish..kau gigit aku, nyamuk?Kau memang nak kena bunuh dengan aku..mati kau!mati!Yah!!Yah!! '

 

Aiza mengosok bangkai nyamuk itu diantara dua jarinya sehingga dia berpuas hati dan tersenyum lebar melihat nyamuk yang menjadi arwah .Kemudia dia menepis bangkai lumat itu dari jejarinya.

'Najis~'

Kemudian dia memandang sekeliling sebelum berdehem kecil untuk mengembalikan kewarasannya.Dia perlu fokus dengan misinya itu.Dia teruskan berjalan sehingga nampak sebuah gudang lama berdekatan situ.Aiza segera berlari anak dan sembunyi disebalik anak pokok.Dia mengeluarkan alat perakam suaranya dan mendekatkan dibibirnya kearahnya sambil merenung gedung lama itu.

"12 haribulan 1 tahun 2014 pada pukul ..10:30 malam.." Aiza berbisik menarik glove hitamnya sedikit bagi melihat jam tangannya.

"Saya berdiri berdekatan gudang yang terbina secara haram dikawasan pinggir hutan yang jarang orang lalu..Lokasi yang sangat bagus dan tempat sangat strategik untuk membuat jenayah..Kita akan lihat lebih dalam lagi kedalam dan siasat apa yang ada didalam gudang itu.." Aiza segera menutup suis alat perakamnya sambil memasukkan kedalam poket seluarnya.Dia membuka camera DSRL hitamnya dan menangkap gambar sekitar situ.Sehingga dia terdengar suara orang menjerit.

"Woi!!Sapa tu??!" 

Aiza membulatkan matanya dan segera berlari sambil mengantungkan camera DSRL itu disekitar lehernya.sehingga dia sampai kesuatu kawasan.Dia ternampak seorang lelaki sedang sibuk mengambil gambar dikawasan situ.mungkin dia wartawan juga kot?

"Awak!"Aiza menjerit memanggil lelaki itu.Lelaki itu berpaling kepadanya dan ketika itu lah Aiza merasa angin sejuk menyapa mukanya dan mengibas sedikit rambutnya.Dia memandang wajah bersih kacak bercampur comel milik lelaki itu dan jantungnya berdebar.Lelaki itu juga terkaku memandang wajahnya dan terus memandangnya.

"Woi??Mana kau perempuan??!Siap lah kalau aku jumpa kau!!!" 

Aiza tersentap bila mendengar suara orang yang mengejarnya itu berdekatan denganya dan segera berlari dekat lelaki itu lalu memegang kedua belah bahu lelaki itu.

"Awak!!Lari!!"Aiza mengocang bahu lelaki itu.

"Hurm?"Lelaki itu memandang Aiza dengan wajah agak pelik.

"Lari nanti diorang kejar kita!"Aiza menujukan arah suara itu.

Lelaki itu hanya kaku memandang wajahnya tanpa sebarang tindakbalas membuatkan Aiza menghela nafas frust sebelum berlari meninggalkan lelaki itu.Dia harus menyelamatkan dirinya dahulu.

Aiza terus berlari sehingga dia sampai dikawasan hutan itu.Dia berhenti seketika disitu dan pandang sekeliling sebelum tersenyum.

"Aku selamat..."Aiza mengumam perlahan sambil menarik nafas menahan semput.

 

"Ye ker?" 

Sebelum Aiza menoleh kearah suara lelaki garau dibelakangnya itu, hidungnya ditekup oleh sapu tangan dan selepas berapa kali meronta , dia pengsan didalam dakapan lelaki itu.

 

************

Aiza membuka matanya perlahan sebelum memandang persekitaran gudang itu dengan kerutan di dahinya.Dia cuba bergerak tetapi tangannya dan kakinya diikat disetiap penjuru katil itu mencuakkan dirinya.Dia  mengingati sebab apa dia diikat sebegitu sebelum mengeluh panjang.

'Aku tertangkap.'

Pelbagai fikiran dan andaian buruk bermain dimindanya sekarang ini.Dia meronta tetapi rontaan itu makin menyakitkan dirinya.Dia menoleh sekeliling dan tiada orang didalam bilik itu.Hati Aiza berdoa agar ada orang menyelamatkan dirinya yang agak ketakutan itu.

Pintu bilik itu dibuka membuatkan Aiza segera menoleh kearah pintu itu.Dia ternampak lelaki yang dia jumpai di hutan sedang memandang kearahnya dan memberi isyarat senyap sebelum segera masuk kedalam bilik itu.

"A-awak..." Aiza gugup.Dia rasa macam nak nangis dan peluk sahaja lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Shuh..cepat..kita takde masa banyak lagi.." Lelaki itu mengeluarkan pisau dari poket seluarnya dan memotong tali yang mengikat tangan kanan Aiza.Selepas memotongnya ,Aiza terus membuka ikatan tali belah kiri sambil lelaki itu memotong tali dibahagian kaki.Selepas habis , Aiza segera bangun dari katil dan memandang lelaki itu untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki itu memegang tangan Aiza erat sambil perlahan-lahan mereka keluar dari bilik itu secara senyap dan teliti.Walaupun beberapa kali hampir terserempak dengan gangster-gangster yang berkawal disitu.Lelaki itu seakan-akan tidak mudah panik dan mencari jalan arah lain sehingga mereka keluar dari gudang dan berlari keluar dari kawasan hutan itu.Sepanjang waktu perkara itu berlaku , lelaki itu tidak pernah sekalipun melepaskan gengaman tangannya terhadap Aiza membuatkan hati Aiza makin berdebar-debar.

Mereka sampai ditepi lebuh raya dan Aiza terpandang sebuah kereta biasa berwarna biru gelap .

"Awak naik kereta saya ..saya bawa awak balik rumah"kata lelaki itu sambil memandang wajah Aiza.Aiza mengelengkan kepalanya.Dia rasa kekok buat sebegitu.

"Kenapa..Awak malu nak naik kereta tak seberapa saya tu?"Lelaki itu merendah diri.

"T-tak ahh..saya tak berniat pun..Saya nak ambil kereta saya balik.."kata Aiza memperbetulkan kenyataan.

"Maaf awak..saya rasa mereka dah ambik kereta awak..awak naikla dengan saya.."Lelaki itu berkata sambil tersenyum.Aiza terpegun melihat senyum yang begitu comel dan innocent milik lelaki itu.Aiza menganggukkan kepalanya bersetuju walaupun hatinya agak geram dengan kenyataan keretanya itu.

 

**************************

 

Kereta biru milik lelaki itu berhenti dihadapan rumah Aiza.

"Terima kasih...erk.." Aiza bercakap sambil memandang lelaki itu.

"Nama saya Minseok..Kim Minseok.."lelaki itu tersenyum.

"Saya..Aiza...Lee Aiza..wartawan bebas untuk dailytimes Korean ..Awak wartawan juga kan?"Aiza memperkenalkan dirinya kepada Minseok.Minseok mengelengkan kepalanya sebelum ketawa.

"Bukan lah...Kenapa Aiza kata Minseok wartawan juga?"Ketawa kecil Minseok yang comel itu  dan Minseok spontan mengosok perlahan rambutnya membuatkan Aiza agak panik.Hatinya berdebar kencang.

"Jadi a..awak apa??Sebab..sebab awak pegang camera..dan..tengah tangkap gambar.."Aiza menerangkan dengan tersasul sedikit.

"Saya sebenarnya ...freelancer photoghapher..sahaja ke hutan tu sebab nak tangkap gambar permandangan.."Minseok berkata sambil tersenyum.

"Oh..really.."Aiza tersenyum.Mereka membalas senyuman agak lama sehinggalah Aiza melihat waktu didashboard di kereta Minseok.

"Saya..patut pergi dahulu.."Aiza membuka pintu kereta dan ingin melangkah keluar dari kereta sebelum Minseok mencapai tangan Aiza.

"Tunggu.."

Jantung Aiza berdebar-debar mendengar suara yang agak serak basah itu memanggil dia.Aiza berpaling dan melemparkan senyumannya.

"Ya?"

"Mungkin..Kita boleh jumpa selepas ini..?di tempat yang lebih elok..saya belanja awak makan kat mana-mana?"Minseok bercakap sambil mengosok tengkuknya untuk menghilangkan rasa malu dihatinya.

Aiza mengangguk dan tersenyum.

"Idea yang baik..Saturday..pukul 9 pagi "Aiza bercakap nada tenang sambil melangkah ke pagar rumahnya dan membukanya.

"Baiklah!Sabtu nanti saya tunggu kat sini!"Minseok menjerit keriangan sebelum tersenyum dan segera membawa keretanya meluncur laju meninggalkan rumah Aiza.

Aiza perlahan-lahan masuk kedalam dan menutup pagar sebelum berlari membuka kunci rumah dan segera masuk sambil menutup pintu itu.Dia bersandar pada pintu dengan senyuman tidak lengkang dari bibirnya.

"Yes!!!"Aiza menjerit keriangan sambit fistpump diruang tamu dan menari secara gila disitu sebelum terbaring atas sofa dengan membayangkan wajah Minseok sambil tersenyum.Ya..Dia sudah jatuh cinta dengan hero yang menyelamatkan dia itu.

 

******

 

Pada masa yang sama ..kereta Minseok berhenti ditepi jalan dan telephonenya berbunyi.Minseok menjawab telephonenya dengan senyuman tidak lengkang dari bibirnya semenjak bertemu dengan gadis bernama Aiza itu.

"Ya??"

" Mr.X....gadis yang ceroboh masuk tempat kita itu terlepas dan tidak dijumpai..Perlukah kami cari dia dan bunuh dia?"

"Hurm..Aku tahu..Kau takyah cari dia..anggap dia tidak pernah datang ke gudang kita tu..Hantar keretanya semula dirumahnya..Hantarkan orang suruh ambik aku kat tepi jalan ni..Aku tunggu.."

Minseok segera menamatkan telephonenya dengan nada dingin sebelum kembali termenung dan tersenyum mengimbas saat dia memegang tangan Aiza dan berkenalan dengan gadis itu.

 

 

                                                                                                                                                                                                                                   EsperanzaZawa || Ask.FM


 

Anyeong you !!!

Prologue for Unexpected !!!

Seriously...Diorang Cute la..

Ai rasa cemburu pulak kepada XiuZa ini..hehehe

Hope korang enjoy dengan cerita Unexpected ini!!! ><

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EsperanzaZawa
miahnae...Ai akan update naik cuti nanti...

Comments

You must be logged in to comment
merpatisweet
#1
Chapter 7: Saya reader yg baru dan saya sangat minat ff yg d'garap oleh authornim.. Hope dpt smbung cerita nie lg.... Betol2 berharap (sambil buat baozi)
aquariusxpisces
#2
Chapter 7: walaupun agak byun tapi so far ff ni best xD fighting authornim!!
capati #3
Chapter 6: author nim bila nk smbung
palliwa x sabaq dh ni nk tau what happen next
Nabieyhah #4
Chapter 6: Updatee pliase
ffzreen
#5
Chapter 6: Palli update ><
aisyashuhada
#6
Chapter 6: UPDATE CEPAT!
LHBusanBoy #7
Glad u.u finally found yr story yg x rated xDDD
rashidahrazid #8
Chapter 6: Palli update
khaleedapark61 #9
Chapter 6: Palli update
kiminni #10
Chapter 6: ai...ai..ai..napa setiap citer awk..mesti bwk dy ad nama kita..malu kita...tp kita suka...ai sambungan lg..best la..tp xiumin jahat...benci umin..tp sayang umin jugak..love u aii