Shoelace ♥

I'm In Love For The First Time

 

Ryan berjalan masuk ke dalam kelasnya dengan muka yang monyok macam tempoyak basi. Dia masih marah dengan Sehun. Merajuk la katakan. Pergi mana pun muka sentiasa masam. Ji Eun dan Jungkook sedang galaknya bergaduh. Jungkook siap tarik rambut Ji Eun lagi. Sampai tak sedar yang Ryan tu dah masuk kelas. Ryan bergerak ke sebelah Ji Eun dan duduk di sebelahnya. 

 

"Woi mamat poyo. Jangan lah usik rambut aku yang precious ni!" Ji Eun menepis tangan Jungkook. Jungkook masih berdegil.

"Pororo...rambut kau ni macam sarang tebuan dah aku tengok. Kembang sana sini" Jungkook menggelengkan kepalanya. Tangannya masih menguis-nguis rambut Ji Eun. Ji Eun memasamkan mukanya. Mulutnya dicebikkkan.

"Biar aku lah nak buat style rambut sarang tebuan ke, busut ke, sarang semut ke. Kau kisah apa?" Ji Eun menjeling Jungkook tajam. Jungkook tersenyum sinis.

"Aku ni sayang tau tak kat sepupu pororo aku ni. Kau lah satu-satunya sepupu aku tau tak. sebab tu aku CARE gila kat kau!" Jungkook menayangkan mukanya yang dibuat cute. Ji Eun membuat muka nak muntah pelangi macam rambut Sehun.

"Eiiii... geli aku dengar. Nak muntah pelangi 5 hari 5 malam rasanya" Ji Eun mencebikkan bibirnya. Geli dengar Jungkook cakap macam tu. Jungkook ketawa terkekek-kekek. Ryan memandang kedua-dua sepupu tersebut. Dia mengeluh berat. Automatik Jungkook dan Ji Eun memandang ke arah Ryan. Dahi mereka berkerut.

 

 

"Kenapa Ryan? have any problem? Share with me. Come on!" Jungkook tersenyum ke arah Ryan. Ryan tersenyum kelat dan menggelengkan kepalanya. Kepalanya dilentokkan di atas meja. Ji Eun mengangkat sebelah keningnya memandang Ryan yang macam ada masalah negara mengalahkan Perdana Menteri Kangkung xD 

"Woii...kau kenapa Ryan-ah? sakit ke?" Ji Eun meraba-raba dahi dan leher Ryan. Tak panas pun.

"Tak de apa-apa. Aku okay je cuma....." 

"Cuma apa?" Ji Eun dan Jungkook bertanya serentak.

"Tak de mood. Hehe" Ryan tersengih comel. Matanya dikerlipkan berkali-kali. Ji Eun dan Jungkook berpandangan antara satu sama lain. Bibir mereka menguntum senyum yang dapat mencairkan hati sesiapa je yang memandangnya.

"Ohh..ye ke. Patut lah! hahaha" Jungkook ketawa kecil.Ji Eun memandang Jungkook dengan pandangan yang tajam. Jungkook memandang Ji Eun dengan pandangan -kau-kenapa-pororo-.

"Ishh kau ni poyo. Jangan gelak lah! kau tahu tak sekarang ni, kau je lelaki yang ada dalam kelas ni. Tak malu ke?" Ji Eun menolak bahu Jungkook kasar. Jungkook tersentak kecil dan memandang ke sekelilingnya. Memang dia je lelaki dalam kelas sekarang ni. Belakang lehernya digaru. Macam mana aku boleh tak sedar. Hahaha...

 

Jungkook bangun dari kerusinya. Dia nak keluar la sebab sekarang ni cuma dia je lelaki yang ada dalam kelas. Semasa Jungkook ingin bangun dari kerusi, seorang lagi murid lelaki masuk ke dalam kelas. Terus Jungkook tak jadi nak bangun. Ryan dan Ji Eun memandang Jungkook pelik.

 

"Aikk...asal tak berambus lagi?" Ji Eun menyepetkan matanya memandang Jungkook. Jungkook hanya tersengih comel. Mata Ryan dah terkebil-kebil memandang Jungkook.

"Tu dah ada lelaki masuk. So aku tak payah la pergi kan. Hehehe" Jungkook mengangkat keningnya berkali-kali.

 

Ji Eun dan Ryan memusingkan kepala mereka untuk memandang murid yang masuk tadi.Mood Ryan yang dah nak baik terus bertukar buruk balik bila nampak wajah lelaki tu. Ryan mencebikkan bibirnya. Lelaki tu sebenarnya Sehun. Sehun dengan sambalewanya jalan dengan muka pokernya. Tak pandang Ryan langsung. Sehun ni robot ke apa eh? Semalam bukan main lagi minta maafnya. Hari ni dah bertukar balik ke perangai asal dia. Ryan memandang Sehun dengan pandangan tak puas hati. Sehun sempat memandang Ryan dengan ekor matanya. Tetapi dia buat 'derk' je. Saje je la tu nak uji emosi Ryan. Si Jungkook ni pulak sempat lagi usha muka Ryan. Bibirnya menguntum senyum. Asal lah kau ni comel sangat Ryan?? Jungkook ralit memandang wajah Ryan sampai tak sedar yang Ji Eun dah pandang dia dengan pandangan yang membunuh. Ji Eun menyepak kaki Jungkook dan menyebabkan Jungkook mengaduh kesakitan. Jungkook memandang ke arah Ji Eun dengan muka garanganya.

 

"Jangan nak usha anak dara orang! Lagi-lagi Ryan, dia dah ada crush okayh!" Ji Eun membisikkan sesuatu di telinga Jungkook. Jungkook hanya mencebikkan bibirnya.

"Kisah apa aku. Selagi dia belum kahwin. Dia bukan milik sesiapa." kali ni Jungkook pula membisik di telinga Ji Eun. Ji Eun dah berasap dah.

"Aku cakap tak boleh Tak boleh lah!" Ji Eun memukul bahu Jungkook. Jungkook mengaduh kesakitan. Bahunya digosok perlahan. Sakit gila bila kena tampar dengan minah Ji Eun ni. Tangan perempuan kan berbisa. Lagi-lagi kuku. Huhu.

"Padan muka !" Ji Eun menjeling Jungkook. Jungkook menjelirkan lidahnya. 

 

Sedang mereka galak bergaduh, sampai tak sedar yang Ryan asyik pandang je dari tadi. Ryan memandang wajah Ji Eun dan Jungkook silih berganti. 

 

"Errr..korang ni memang suka bergaduh eh?" tanya Ryan. Jungkook dan Ji Eun berhenti bergaduh dan pandang ke arah Ryan.

"Tak ada lah. Dia ni lah yang suka cari pasal dulu!" Ji Eun menolak kepala Jungkook. 

"Dengar lah cakap pororo ni! Bohong je kerja dia. Dia yang menimbulkan topik untuk kitorang bergaduh. So dialah yang mulakannya dulu" kali ni Jungkook menunjal dahi Ji Eun. Ji Eun mengaduh kesakitan dan menggosok dahinya yang memerah akibat ditunjal oleh jari Jungkook yang besar.

"Sudah lah tu. Jangan bergaduh lagi. Korang ni~ pantang jumpa, terus gaduh" Ryan menggelengkan kepalanya. Nak tergelak dia tengok pergaduhan antara Ji Eun dan Jungkook ni.

 

 

KRINGGGG

 

Loceng pada pagi itu berbunyi menandakan kelas akan bermula. Semua murid masuk ke kelas masing-masih. Mata pelajaran pertama untuk hari ni ialah PJK. Ji Eun dan Ryan paling minat bila waktu PJK. Budak lelaki dan budak perempuan diasingkan. Ho yeah! 

 

"Ehh...saya pergi dulu lah. Nak tukar baju. Daa~" Jungkook turun dari meja yang dia duduk dan terus keluar dari kelas. Menuju ke stor sukan untuk lelaki. Ryan menganggukan kepalanya perlahan.

 

Ryan bergerak ke meja guru untuk mengambil buku kelas. Buku kelas tu mesti dibawa ke mana sahaja bila waktu PNP berjalan. Setiap cikgu yang mengajar pada hari itu kena turunkan tanda tangan dalam buku tu. So sebagai penolong kelas, Ryan bertanggungjawap untuk membawa buku tersebut. Setelah mengambil buku tersebut, Ryan bergerak semula ke mejanya. Keningnya dijongketkan sebelah. Ada notis warna oren terlekat betul-betul cantik atas meja dia. Ryan memandang sekeliling. Kosong. Tak kan hantu yang lekat kot. Ryan meneguk sir liurnya. Dia memberanikan diri untuk baca notis tu.

 

Jumpa aku kat tepi stor budak lelaki

     - Oh Sehun -

 

Ryan mengeluh lega. Dadanya digosok perlahan. Fuhh~ ingatkan hantu yang lekat. Sehun rupanya! Ryan memusingkan kepala memandang ke tempat Sehun. Kosong. Sehun ni memang yang tak suka cakap depan-depan eak? asyik dengan notis dia je. Naik bosan aku. Ryan menjongketkan bahunya. Notis tadi diambil dan disimpan di dalam pokot baju. Buat kenangan xD . Ryan bergerak keluar dari kelas dan menuju ke bilik stor perempuan.

 

 


 

Ryan beru habis tukar uniform sekolah ke baju untuk PJK. Dia lah orang terakhir yang tukar baju. Si Ji Eun ni dah menghilang ke mana entah. Sanggup dia tinggalkan Ryan seorang kat stor tu. Mahunya jadi apa-apa nanti. Menangis tak berlagu dia. 

Ryan berjalan sambil menyanyi kecil. Lagu apa yang dia nyanyi? Nak tau? Dia menyanyi lagu 'My Student Teacher'. Alaa..yang NC.A nyanyi tu. Tu la lagu favourite Ryan. Ryan membetulkan rambutnya yang serabut sedikit. Tiba-tiba lengannya ditarik ke belakang dinding tepi stor lelaki. Mata Ryan membuntang akibat terlampau terkejut. 

Sehun memandang Ryan dengan muka poker dan langsung tak ada perasaan. Ryan masih terkebil-kebil memandang Sehun.

 

"Ehh, awak nak buat apa kat saya hah?" Ryan menjauhkan sedikit dirinya dari Sehun. Matanya disepetkan. Sehun memandang Ryan dengan muka -_-'

"Nak buat apa? Kau jangan merepek lah! Aku kan dah tampal notis atas meja kau. Tak baca ke?" dingin je suara Sehun. Ryan mengerutkan dahinya.

"Ohh..notis tu. Dah baca lah!" Ryan menjeling Sehun manja.

"Kalau dah baca, kenapa jalan melolong je? Kan aku nak jumpa kau kat sini. Nasib aku sempat tarik kau" Sehun memandang Ryan dengan wajah tak puas hati. Ryan tersengih sambil membuat pose 'peace'.

"Hehehe...lupa lah. By the way, kenapa nak jumpa ni?" Ryan membuat muka comelnya. Matanya dikerlipkan berkali-kali.

"Aku...nak minta maaf je." ujar sehun tanpa memandang wajah Ryan. Ryan mencebikkan bibirnya.

"Macam tak ikhlas je minta maaf tu" Ryan mengumam perlahan. Sehun memandang Ryan.

"Aku ikhlas lah...!" Sehun terjerit kecil. Ryan mencebikkan bibirnya.

"Kalau ikhlas, kenapa minta maaf macam tu?" Ryan bertanya kepada Sehun. Sehun mengerutkan dahinya.

"Habis tu nak buat macam mana?" soal Sehun. Kepalanya digaru.

"Sekurang-kurangnya pandang la muka saya waktu nak minta maaf tu. Ni tidak, cakap kat lain, pandang kat lain . Macam mana saya nak tahu yang awak ni betul-betul ikhlas" Ujar Ryan sambil tersenyum. Sehun mendapat satu idea nakal.

 

"Aku minta maaf" Sehun memandang wajah Ryan depan-depan. Dekat sangat. Mata mereka bertentangan. Sehun ayik memandang anak mata Ryan yang berwarna hazel. Ryan terkebil-kebil memandang Sehun. Dia terkejut gila sebab Sehun tiba-tiba je dekatkan diri dia. Jantung aku nak meletup! tolong !!!

 

"Boleh macam ni?" tanya Sehun lagi. Ryan meneguk air liurnya. Dia pandang ke arah lain. Sehun dah naikkan balik muka dia. Ryan ni pendek je. Takat cuping teling Sehun je. So kalau sehun nak cakap dengan Ryan, kena la tundukkan sedikit badan dia.

"Errr..n-nae!" Ryan menggarukan belakang leher dia. Sehun dah mula berjalan ke arah padang. Ryan mengeluh perlahan. Ohh hati. Kenapa lah dengan aku ni? Sehun ni pun satu, makin hari makin berani pulak dia. Hishh! Ryan mengeleuh perlahan. Dadanya digosok perlahan. Ryan memusingkan badannya ke belakang dan ingin berjalan ke padang. 

 

Tiba-tiba

 

"Ryan!!" Sergah Sehun secara mengejut.

"Ehh mak kau jatuh basikal tergolek-golek" Ryan melatah laju. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan. Sehun hanya sengih menampakkan eye-smilenya. Ryan memandang Sehun dengan muka yang masam mencuka.

"Laaa..kau melatah ke? Hahah.. lawak..lawak.." Sehun menggelengkan kepalanya. Badannya disandarkan ke dinding. 

"Ishh awak ni! terkejut saya tahu tak. Nasib saya tak de lemah jantung. Kalau tak mati saya." Ryan membuat muka garangnya. Sehun dah bertukar macam asal, muka poker dia lah.

"Apa-apa lah. Nah! Abang kau bagi." Sehun menyerahkan tali kasut berwarna biru muda kepada Ryan. Ryan mengerutkan dahinya.

"Untuk apa ni?" Ryan bertanya kepada Sehun. 

"Ambik je lah. Nanti berguna jugak untuk kau!" Sehun masih memegang tali tadi. Ryan mengambil tali kasut tersebut dari tangan Sehun.

"Aku pergi dulu!" Sehun berjalan menuju ke padang sekolah. Tangannya diletakkan di dalam poket. Ryan memandang Sehun sambil terkebil-kebil. Abang bagi? Buat apa eh? Tak perasan pulak yang abang ada tali kasut ni. Hurmm...nevermind lah! Ryan berjalan menuju ke padang sekolahnya. Baru lima langkah Ryan melangkah. Kasut dia terasa longgar. Ryan memandang ke arah tali kasutnya. Dia mengeluh perlahan.

Tali kasut putus pulak dah. Haishh.... masa-masa ni lah nak buat hal ! 

Ryan memandang ke tali kasut yang diberi oleh sehun. Bibirnya mengukir senyum. Patut lah Sehun kata tali kasut ni ada guna. Hahaha... Ryan ketawa kecil. Tali kasut yang diberi oleh sehun diikat di kasutnya. Walaupun nampak pelik sebab sebelah tali kasut warna putih, sebelah lagi warna biru. Sehun pun satu, lain kali bagi lah sepasang terus. Ni tak, ada ke bagi satu je. Ryan berjalan dengan senang hatinya menuju ke padang.

 

 


 

Waktu PJK hari ini, budak perempuan akan main  bola baling manakala budak lelaki main bola keranjang. Guru PJK untuk budak perempuan ialah Cikgu Tiffany iaitu guru penyelaras bagi AJK Sukan. Guru untuk budak lelaki pula ialah Cikgu Choi Siwon ataupun lebih selesa dipanggil Cikgu Siwon. Cikgu Siwon dan Puan Tiffany ni sama spesis lah dengan Ji Eun dan Jungkook. Pantang jumpa, beradu mulut. Tak pun, lawan mata. Juling kang baru tahu! 

 

"Baiklah Girls! Hari ni kita akn tunjuk skill kita yang Daebak!" Cikgu Tiffany menjerit ke semua budak perempuan.Sebenarnya niat dia nak bagi Cikgu Siwon yang berada di sebelah padang tu dengar. Nak menunjuk la katakan.

"Ne!!!" Murid perempuan menjerit dengan bersemangatnya.

 

 

Cikgu Siwon memandang jengkel terhadap Cikgu Tiffany. Cikgu Tiffany menjeling ke arah Cikgu Siwon. Cikgu Siwon mengukir senyum sinis.

 

"Boys! ambil tempat masing-masing. Kita dah nak mulakan permainan. Hari ni kita kan tunjuk otot-otot dan abs kita kat budak perempuan bersama cikgu diorang yang PERASAN tu. Biar mereka menjerit histeria sampai berbuih mulut. So sekarang bukak baju kamu semua!" Cikgu Siwon menjerit ke arah murid lelaki. Semua murid lelaki mengeluh dan bersungut.

 

"Alaaa....malaslah"

 

"Sejuk lah cikgu!"

 

"Cikgu je lah yang bukak"

 

Bermacam-macam rungutan yang diberi oleh budak lelaki. Cikgu Siwon memandang budak lelaki dengan pandangan yang tak puas hati.

"Bukak sekarang!" Cikgu Siwon menjerit dan menyebabkan padang bergegar sedikit. Semua murid lelaki patuh dan buka baju mereka. Kalau tak ikut juga arahan Cikgu Siwon, mahunya patah tulang setiap murid. Semua murid perempuan menjerit macam orang gila bila nampak budak lelaki buka baju mereka. Ada yang perutnya six pack, macam papan dan yang boroy pun ada. Cikgu Siwon tersenyum bangga ke arah Cikgu Tiffany. Cikgu Tiffany menggigir bibir bawahnya. Ryan hanya pandang Cikgu Tiffany dan Cikgu Siwon silih berganti. Kepalanya digelengkan. Aku rasa sesuai sangat dah Cikgu Siwon dan Cikgu Tiffany ni. Ryan tergelak kecil.

 

"Apa yang kamu gelakkan tu Ryan?" Cikgu Tiffany memandang Ryan pelik. Ryan mengangkat mukanya dan memandang ke muka Cikgu Tiffany. Dia tersengih sumbing.

"Hehe...tak ada apa-apa lah cikgu" Ryan menggaru belakang lehernya. Cikgu Tiffany memandang Ryan dengan mata yang disepetkan. Nak dicerita, Ryan ni anak murid kesayangan Cikgu Tiffany. Ryan dah anggap Cikgu Tiffany macam kakak dia. Diorang ni boleh dikatakan rapat jugak lah.

"Kamu ni...Mari sini. Kita dah nak mula pertandingan ni. And Girls! Stop staring at the boys !!" Cikgu Tiffany menjerit lagi. Semua murid perempuan yang sedang angau tengah pandang murid lelaki yang bermain bola keranjang sambil buka baju tersentak dan cepat-cepat berkumpul semula. 

 

"Kamu semua ni memang miang lah! Budak lelaki tu bukannya seksi pun!" ujar Cikgu Tiffany dalam nada berbisik kepada murid-muridnya. Semua murid perempuan ketawa perlahan.

 

"Haihh cikgu. Bergossip ke? Ni kelas PJK, bukannya kelas bergossip !" Cikgu Siwon menjerit ke arah Cikgu Tiffany. Cikgu Tiffany buat-buat tak dengar je. Cikgu Siwon mencebikkan bibirnya.

 

 

"Baiklah. Ambil tempat masing-masing" Cikgu Tiffany mengarahkan murid-murid perempuan dengan ayunya.Semua murid perempuan mengambil tempat masing-masing. Ryan jadi pemain utama untuk kumpulan B dan lawan dia ialah Ji Eun untuk kumpulan A. 

"Sedia.....Go!" Cikgu Tiffany membaling bola ke atas. Maka bermula lah sesi rebut merebut antara kumpulan A dan kumpulan B. Ryan berjaya mendapatkan bola dari Ji Eun. Bola itu diserahkan kepada pemain lain yang pastinya mesti lah kumpulan B. Pemain tadi berjaya memasukkan bola dan sekaligus mendapatkan satu gol untuk kumpulan B. Ryan dan pemain kumpulan B berpeluk antara satu sama lain. Permainan diteruskan lagi selepas berehat 5 minit, kali ni makin sengit. Kumpulan A dengan mata sebanyak 3 dan Kumpulan B dengan mata sebanyak 4. Semuanya bermain  dengan bersemangat.

 

Murid lelaki hanya leka menonton perlawanan bola baling 'Antarabangsa' dari gelanggang mereka. Ada yang bermain dengan otot-otot. Ada jugak yang buat pose seksi. Siap teguk air sampai bercurah-curah. Nak buat budak perempuan tergoda la tu. Dah tau waktu rehat tu, pakai la baju. Ni tak, gatal sangat nak tunjuk abs tu. Tau la baru lepas bersukan, memang nampak la abs tu. Jungkook dan Sehun pun sama. Tak pakai baju. Panas katanya. Cehh, tadi waktu Cikgu Siwon suruh buka baju mengeluh. Kata sejuk lah, apa lah. Tapi sekarang ni diorang yang tak nak pakai baju. Sehun berdiri dan mencapai botol air mineralnya. Penutup botol dibuka dan dia meneguk air mineral tersebut dengan seksinya. Habis meleleh air tadi ke leher dia. Sampai terkena muka. Sehun memusingkan mukanya dan menyebabkan rambutnya yang basah akibat berpeluh melayang-layang. Habis air terpercik keluar. Dengan muka dia mabcam tu. Memang seksi gila!

Murid perempuan meleleh air liur memandang Sehun yang super duper seksi. Semuanya angau tak bertempat. Ryan pelik melihat perubahan dari budak-budak perempuan. Ni dah kenapa ni? Angau pulak? Haishh Ryan menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh perlahan. Dia pandang ke arah Ji Eun. Ji Eun pun sama, masih angau. Ryan tersenyum bila dia nampak bola di tangan Ji Eun. Peluang emas! Ji Eun mesti tak sedar yang aku ambik bola dari dia. Hehe... Go Ryan ! Ryan berlari ke arah Ji Eun. 

 

Tiba-tiba

 

"Aaahhh" Ryan menjerit sambil memegang lututnya. Cikgu Tiffany dan semua murid perempuan mengerumuni Ryan. Termasuk lah Ji Eun yang dah macam cacing kepanasan tengok Ryan kesakitan macam tu. Murid yang terlanggar dia tadi terkejut dan cepat-cepat menunduk dan meminta maaf.

"Ryan-shi. Mianhamnida. Saya tak sengaja" takut-takut murid perempuan tadi berkata.Ryan menggelengkan kepalanya.

"Aniyo...kwenchana" Ryan tersenyum kelat ke arah murid tadi.

"Kamsahamnida Ryan-shi. Lagi sekali, saya minta maaf" murid tadi menundukkan sedikit mukanya dan berlalu pergi dari situ.

 

Ryan cuba untuk bangun tetapi tak boleh sebab lutut dia rasa sakit sangat. Dah luka. Ryan menggigir bibir bawahnya.

 

"Ouchh" Ryan mengaduh kesakitan. Dia jatuh balik.Jungkook dah bersedia nak bangun untuk tolong Ryan. Tetapi dia lambat sikit je, sebab Sehun dah meluru dulu ke arah Ryan. Jungkook mengerutkan dahinya memandang Sehun. Sehun ni suka Ryan ke?? 

 

"Oh Sehun ! Kamu nak pergi mana tu? Datang ke sini semula" Cikgu Siwon berjerit memanggil Sehun. Sehun buat pekak je sebaliknya dia terus berlari untuk menolong Ryan. Dengan tak pakai bajunya. Abs pun masih ada. Kalau ye pun nak tolong, pakai lah baju tu dulu -.-

 

Sehun membantu Ryan untuk bangun. Ryan ikut je. Muka Ryan dah bertukar warna ke warna pink. Malu gila dia. Omgee Sehun ni, kalau ye pun nak tolong. Pakai lah baju tu dulu. Aku betul-betul nak pengsan sekarang ni. Ahhhhh >_< Ryan menundukkan kepalanya. Masih malu nak pandang Sehun. Sehun memapah Ryan dengan berhati-hati dan membawanya ke bangku. Ryan berjalan tekedek-kedek macam anak itik. Tangan Sehun pulak masih ada kat pinggang dia. Sehun meletakkan Ryan di atas bangku. Ryan masih menundukkan kepalanya. Sehun memandang Ryan pelik.

 

"Kenapa kau tunduk?" Tanya Sehun. Ryan tersentak kecil dan cepat-cepat dia menaikkan wajahnya memmandang ke arah Sehun. Kepalanya digelengkan laju.

"Tak de lah. haha" Ryan ketawa pelik. Sehun mengerutkan dahinya.

"Kenapa muka kau pink gila? Kau tersalah pakai blusher lebih ehh?" Sehun mendekatkan mukanya ke muka Ryan. Ryan terkejut dan cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Sehun.

"M-mana ada!" Ryan memalingkan wajahnya ke arah lain. Sehun tersenyum kecil. Sangat kecil. 

 

"Meh sini kaki tu. Aku nak tengok!" Sehun membongkokkan badannya di hadapan Ryan. Dia duduk macam orang nak melamar di depan Ryan. Terkejut la Ryan. Semua murid perempuan menjerit histeria tengok adegan swasta tu. Cikgu Tiffany dan Ji Eun memandang Ryan dengan pandangan yang semacam. Masing-masing senyum penuh makna. Ryan menggigit bibir bawahnya. 

 

 

Sehun P.O.V

Sehun membongkokkan badanya memandang ke arah kaki Ryan. Dia tersentak kecil.

Tali kasut tu? 

Sehun sedaya upaya cuba menyembunyikan senyumnya. Tali kasut yang dia bagi tadi. Ryan pakai. Sebenarnya tali kasut tu bukan Baekhyun yang bagi. Sehun lah yang bagi actually. Pagi tadi dia nampak tali kasut Ryan dah nak putus. So dengan rela hatinya, Sehun bagi lah tali kasut kesayangan dia kepada Ryan. Untuk tanda minta maaf jugak sebenarnya. 

Sehun malu nak cakap yang tali tu dia yang bagi. So terpaksa lah guna nama Abang kesayangan Ryan sekejap, Byun Baekhyun.

Mianhae Hyung !! :)

 

-----------------------

 

 

Sehun menarik seluar Ryan ke atas sedikit. Lutut Ryan luka. Sehun mengeluh perlahan. Ryan tersenyum di dalam hati. Kau ni sweet la Sehun :) Ryan ralit memandang Sehun. Tanpa sedar, kali ni bibirnya mengukir senyum yang sangat indah.

 

"Hurmm...lutut kau luka lah." Sehun mengerutkan dahinya. Ryan tersentak kecil dan mengangguk kepalanya laju. Ryan pelik tengok Sehun mengeluarkan sapu tangan dari poketnya. Sehun meletakkan sapu tangan miliknya di lutut Ryan yang luka. Ryan memandang Sehun pelik.

"Kena hentikan darah ni daripada mengalir dulu. Kalau tak nanti darah hilang banyak!" Sehun tersenyum kecil ke arah Ryan. Ryan tergoda dengan senyuman Sehun. 

"Kau tunggu kejap ! Aku nak ambik kotak kecemasan" sehun berlari keluar dari padang dan menuju ke bilik kesihatan. Terdengar suara-suara sumbang pelajar menjerit histeria. Mesti sebab nampak Sehun tak berbaju gitu. Gatal betul ! 

 

Ji Eun dan Cikgu Tiffany bergerak mendekati Ryan. Ryan hanya buat muka tak tahu je. Merekja senyum penuh makna.

 

"Sweetnya dia. Jealous aku tahu tak! Untunglah kau!" Ji Eun mencuit bahu Ryan. 

"Kamu berdua ni secocok la. Cikgu ship RyanHun couple. Hihihi" Cikgu Tiffany ketawa kecil. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan.

"Betul tu cikgu. Saya pun ship RyanHun couple jugak!" Ji Eun membuat high-5 dengan cikgu Tiffany. Ryan hanya memandang dengan muka -_-'

"Apalah cikgu dengan JI Eun ni!" Ryan mencebikkan bibirnya. Ji Eun dan Cikgu Tiffany hanya ketawa.

 

 

"Excuse me!" Sehun bergerak di antara murid-murid perempuan dan terus ke arah Ryah yang masih duduk. Automatik Ji Eun, Ryan dan Cikgu Tiffany memandang ke belakang.

 

"Putera kau dah sampai ! Wuuuu" Ji Eun membisikkan sesuatu di teling Ryan. Ryan membuat muka comelnya.

"Banyak ahh kau!" Ryan menjeling Ji Eun manja. Ji Eun dan cikgu Tiffany mengundur sedikit ke belakang. Nak beri ruang untuk Sehun dan Ryan.

 

Sehun duduk macam tadi semula. Kotak kecemasan dibuka dan dia mengambil cecair yang berwarna kuning dan seputik kapas. Cecair kuning ataupun Iodin tadi diletakkan di atas seputik kapas. Sehun memandang ke arah Ryan.

 

"Tahan tau. Maybe pedih sikit" Sehun menyapu Iodin tadi di luka Ryan. Ryan menggigit bibir bawahnya.

"Ouchh" Ryan mengaduh kesakitan. 

"Sikit je lagi..." Sehun masih setia menyapu ubat tadi di lutut Ryan. Kaps itu dibuang ke dalam bakul sampah. Lantas Sehun mencapai plaster dan menampalnya pada lutut Ryan. 

"Okay. Dah siap!" Sehun bangun dan mengemas semula kotak kecemasan tadi. 

"Terima kasih!" Ryan menundukkan kepalanya. Sehun berjalan pergi je dari situ. Ryan memandang sapu tangan Sehun yang kemas digenggam olehnya. Ryan menghantar Sehun dengan pandangan matanya. Bibirnya mengukir senyum.

 

 

"Uitt.. angau dah ke?" Ji Eun melambaikan tangannya di hadapan muka Ryan. Ryan tersentak kecil.

"Ehh...tak de lah!" Ryan cubauntuk bangun sambil dibantu oleh Ji Eun.

"Nak pergi mana?" Ji Eun bertanya kepada Ryan.

"Kelas la. Aku nak simpan something" Ujar Ryan. Ji Eun menganggukkan kepalanya dan membantu Ryan untuk berjalan. Dia memapah Ryan keluar dari padang.

 

Sedang asyik Ji Eun membantu Ryan untuk berjalan, Ji Eun terlanggar batu dan menyebabkan dia hilang kawalan. Ji Eun jatuh tersembam. Nasib baik tak tertolak Ryan. Kalau tak makin parah la Ryan ni. Semua murid perempuan berlari ke arah Ji Eun dan membantunya untuk bangun. Ryan pun bantu Ji Eun jugak.

 

"Wahahahahhahahahhahaha" Kedengaran budak lelaki sedang ketawa dengan galaknya. Yang paling kuat ketawanya si Jungkook la. Tak habis-habis nak sakat Ji Eun. Muka Ji Eun dah memerah akibat terlampau malu. 

 

"Macam mana kau boleh jatuh ni? Aku yang sakit kaki, kau pulak yang jatuh. Serious aku cakap, malu gila wehh!" Ryan mebuat muka prihatinnya. Ji Eun mencebikkan bibirnya.

"Aku malu wehh..Ahhhhh..!! " Ji Eun menekup muka dengan tapak tangannya. Ryan hanya ketawa kecil memandang rakan baiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Panjang tak ?? Hohoho....  Thanks to @AdikComel sebab bagi Idea ni. Actually kejadian ni memang betul-betul berlaku haritu waktu kelas kitorang PJ. Huhuhu.... Kan Illya kan ?? Kelakar masa ang jatuh. Wahahaha xD By the way, comment Juseyo. Jangan jadi silent reader ~ ^^

 

 

p/s : Mian kalau ada 'Wrong Spelling'. Sangat berterima kasih kepada sesiapa yang sudi SUBSCRIBE dan COMMENT  :)

 

 

 Kamsahamnida 

 Thalanghae 

 

 From,  

 Yehet94's Girlfriend 

 

 

 

 

 

 


 


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Aisyatul
I;m back. Aloha ~

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: a/n ppali update jusseyo...cite ni dah buat hati saya trtwn gitu
exopcyexo #2
Chapter 12: newbie reader here ~ sye skelaa dgn ff ni ..please keep update juseyo!!sye data jatoh cinte dgn ff nie :*
ainsuho #3
Chapter 12: Please update unnie im begging you:'(
sha13101999 #4
Chapter 12: wahhh . awesome awesome awesomeeeee . update soon please ♥
AuziSalsabila #5
Chapter 12: Kelakar + sengal + sweet....hahaha...
update cepat yea
JeonAra #6
Chapter 12: Unnie daebak!!!! Sume ff unnie best ! ^^
MaryLulu209 #7
Chapter 12: Sweet gile!!author -nim ppali update !!!
Khailin2626
#8
Chapter 12: Sweet+Lawak=Daebak!!!!
Best!!! XD
Palli update,,,,:3
happyvirus_113
#9
Chapter 12: Kyaa update lagi >< boleh berdarah hidung baca chapter ni >< sweet sgt