Sweet Sehun

I'm In Love For The First Time

 

 

Sehun dan Ryan berjalan-jalan di sekitar Taman Bunga sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak lupa juga Baekhyun and The Gang yang sibuk men'stalker' Ryan dan Sehun. Tak ada kerja. Ya, memang tak ada pun. Dorang masih sekolah, tak kerja pun lagi. 

Suasana antara Ryan dan Sehun sungguh terasa janggal sekali. Sehun dan Ryan, masing-masing memilih untuk mendiamkan diri menyebabkan suasana pada waktu itu menjadi sunyi antara mereka berdua. Hanya kedengaran suara burung-burung berkicauan dan kanak-kanak menjerit keseronokan. 

Sehun terasa seperti ingin menjerit dan menyebut perkataan 'yehet' banyak kali. Dan tidak lupa juga 'Kkaebsong' kerana keadaan sekarang yang terlampau 'awkward' ini. Dia memilih untuk memulakan bicara antara dia dan si Princess Ryan yang sedang asyik dengan dunianya sendiri itu.

 

 

Sehun memandang terus ke wajah Ryan yang berada di sebelah kanannya. "Cantik kan ... ?" Ujar Sehun sepatah sebelum dia kembali memandang ke hadapan semula. Ryan yang sibuk mengelamun, cepat-cepat menoleh ke arah Sehun apabila menyedari Sehun sedang bercakap dengannya.

 

"Hurmm.. apa yang cantik ?" Soal Ryan kembali. Dia agak janggal berdua-duaan dengan Sehun. Selalunya Sehun senyap, hari ini dia terlebih 'Hyper' sikit. Terlebih makan ubat cacing kot. Itu yang Ryan jangkakan.

 

"Bunga yang mekar kat sini. Cantik kan ?" Sehun mengulangi semula ayat yang diutarakan sebelum ini. Dia tersenyum kacak. Ryan bagaikan terkena kejutan elektrik apabila Sehun senyum seperti itu dan senyuman itu 'khas' buat dirinya. Terasa nak terjun dalam tasik Bunga Lili ni pun ada.

 

"A'ah.. Haa, cantik. Ya, cantik sangat." Ryan agak kekok apabila ingin menjawap soalan Sehun. 

 

"Sama macam kau ...." Sehun berkata dengan sangat perlahan. Sengaja je dia tak nak bagi Ryan dengar apa yang dia cakapkan. Kantoi lah nanti !

 

"Apa dia Sehun ?" Ryan terpinga-pinga memandang ke arah Sehun. Dia tidak dapat menangkap ayat yang Sehun cakap tadi. 

 

Sehun menggelengkan kepalanya sambil tersenyum manis. "Tak ada apa-apa lah..." Sehun menggosok rambut Ryan secara lembut. Ryan rasa nak pengsan ! Someone Call The Doctor ~

 

 

 

 


 

Sehun dan Ryan duduk di bangku berdekatan dengan tasik. Memang malang betul nasib Ryan, sudah lah ditinggalkan abang kesayang, sekarang ni tumit kasut dia patah la pula. Malang memang tak akan tercium sampai bila-bila. Cuma Sehun je yang akan cium Ryan kalau dia dah tak tahan. Lews xD maafkan saya. 

 

 

"Ryan, kau okay ?" Sehun dengan penuh prihatinnya, bertanya dengan lembut. Dia risau melihat Ryan yang asyik mendiamkan diri sejak tadi. Selalunya minah ni lah paling 'Hyper' kalau dekat dengan Sehun. Sekarang ni, terbalik pula.

 

"Sa..saya okay. Awak jangan risau lah, Sehun" Ryan membalas dengan senyuman, menampakkan lagi lesung pipitnya. Sehun mengangguk lemah.

 

Sedang Sehun asyik memandang ke arah Ryan yang sebuk dengan kasutnya, mata Sehun menangkap sebuah figura badan orang tua, agak berisi mungkin, dikelilingi oleh kanak-kanak dan ibu kepada kanak-kanak tersebut. Baru Sehun tahu mengapa Ahjussi yang tua itu lebih mendapat perhatian dari dirinya yang 'Hot and Fresh' ini. Rupa-rupanya Ahjussi tu jual ais-krim.

Sehun menganggukkan kepalanya perlahan. Matanya seibuk ke arah penjual ais-krim tersebut. Jari telunjuknya pula berada di dagu sambil Sehun membuat perbandingan antara dirinya dan Ahjussi tua itu. Ryan yang tengok pun dah pelik.

 

 

"Sehun, awak tengok apa ?" Ryan menoleh ke belakang mengikut pandangan Sehun.

 

"Tak. Ryan, kau tak rasa pelik ke ?" Sehun bertanya dengan serius. Ryan mengerutkan dahinya.

 

"Pelik pasal apa ?" tanya Ryan pelik.

 

"Kau tengok sana tu, ahjussi yang tua dan berkedut tu, lebih mendapat sambutan berbanding aku yang 'Hot' dan 'Fresh' ni. Kau tak pelik ?" Ujar Sehun dengan tidak malunya. Mukanya dibiarkan kekal tanpa reaksi dan matanya tetap ke mata Ryan. 

 

Ryan mengerlipkan matanya berkali-kali. Dia melentukkan kepalanya ke kanan. Suasana senyap sehinggalah terdengar suara kecil sedang ketawa perlahan sebelum ketawa itu berubah menjadi semakin kuat dan galak. Ryan berasa kelakar dengan soalan Sehun yang terlampau 'cerdik' itu. Tidak pernah disangkanya, Sehun akan bertanya sebegitu. Ryan ketawa sambil memegang perutnya. Badannya disandarkan pada bangku.

 

"Hah..Hahahahahahahaha.. Sehun, apa punya soalan lah yang awak tanya ni. Kelakar betul ! saya tak boleh berhenti ketawa. Hahahahaha" Ryan ketawa dengan kuat sehinggakan banyak mata-mata menoleh ke arahnya dan Sehun. Sehun dan Ryan tidak ambil kisah tentang itu. 

 

"Haaa.. macam ni lah Ryan aku ! Ketawa, hyper, comel. Ni tidak, senyap je. Tak syok ah !" Sehun tersenyum. Dia sengaja mengutarakan soalan yang berbunyi 'pelik' itu. Sengaja lah tu nak bagi Ryan ketawa. Nakal betul Sehun ni !

 

Ryan berhenti ketawa apabila dia mendengar Sehun memanggilnya 'Ryan aku'. Ryan aku ?! 

 

" 'Ryan aku' ..... ? " soal Ryan sambil memandang ke arah Sehun.

 

"Errr.. tak..tak. Maksud aku, Ryan Baekhyun. Hah, Ryan Baekhyun ! Kau kan adik hyung. Tu la apa yang aku maksudkan" Sehun menjawap dengan laju. Belakang lehernya digaru kekok.

 

 

Sementara itu ...

 

"Ryan aku ?!?!?! Sehun cakap macam tu ! Waaahh... 'fanboying' aku dengan RyanHun ni !" Tao menutup mukanya dan memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Naik meluat Kris melihatnya.

 

"Kan Sehun dah tukar tadi, dia kata Ryan Baekhyun ! Ryan Baekhyun lah !" Luhan mengetuk perlahan kepala Tao. Tao mencebik dan bergerak ke arah Kris. 

 

"Dah la Luhan, kita restu je lah Ryan dengan Sehun. Aku tahu kau tak boleh terima tapi itulah kenyataan. Kenyataan, wahai Luhanku yang manly" Xiumin berpura-pura menangis bersama Luhan. Erkk, Drama !

 

"Ishh korang ni, senyap lah ! Tak kisah lah Ryan Sehun ke.. Ryan Baekhyun ke. Yang penting, kalau diorang tahu kita intip diorang, mati korang aku kerjakan ! Ingat tu !" Baekhyun menjeling tajam ke arah Tao, Luhan, Xiumin dan Kris.

 

"Apa ? Aku tak masuk campur okay. Kau jangan nak jeling macam tu ! Jeling-jeling is not my style." Kris berkata dengan penuh diva nya. Baekhyun menaikkan bebola matanya ke atas. Meluat dia dengar !

 

"Hahahahahahaha... apa punya soalan lah yang Sehun bagi. Hahahahahaha" Apabila semuanya sudah senyap, si Goblin Chanyeol pula ketawa dengan kuat dan galak. Dia mendapat jelingan daripada semua orang.

 

"KAU DAH KETINGGALAN ZAMAN !"

 

"JANGAN LAH MARAH DIA !" Baekhyun membela Chanyeol menyebabkan yang lain semuanya tercengang. BaekYeol again ! 

 

Mereka kembali bertekak tidak habis-habis.

 

*****************

 

Sehun yang sedang memerhatikan Ryan ketawa. Dia berasa pelik apabila mendengar bisikan-bisikan halus di sebalik semak-samun. Dengar macam suara hyung semua. Eh, tak kan lah. Imaginasi aku je kot ! Sehun mengangguk laju. Sekali lagi, dia pelik apabila melihat daun pada semak-samun itu bergerak. Angin tu.. angin

 

 

"Sehun, awak termenung apa ni ?" soal Ryan laju. Sehun tersedar dan menggelengkan kepalanya laju.

 

"Tak ada apa-apa. Hah, kau nak ais-krim ? Aku belanja." Sehun menukar topik.

 

"Boleh jugak. Saya nak satu"

 

"Perisa ?"

 

"Strawberry !" Ryan menepuk tangannya. Sehun tersenyum.

 

"Tunggu tau ! Aku pergi beli kejap. Kau jangan pergi mana-mana. Nanti hilang, susah pula" 

 

Sehun berlari ke arah lori ais-krim. Ryan tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ke mana lagi boleh aku pergi dalam keadaan kasut aku yang macam ni, Sehun-ah. Hahaha.. lawak lah kau ni. Mata Ryan sibuk tertancap pada badan Sehun yang dikelilingi oleh kanak-kanak. Kelakar pula rasanya. 

 

 


 

Sehun kembali sambil membawa dua kon ais-krim berperisa strawberry dan coklat. Sehun berlari mendapatkan Ryan dan duduk di sebelahnya.

 

"Nah, kau punya. Strawberry kan ?" Sehun menyerahkan ais-krim berperisa strawberry itu kepada Ryan.

 

"A'ah, Strawberry my Berry !" Ryan mengangguk laju sambil tangannya mengambil ais-krim miliknya dari tangan Sehun. jari mereka bersentuhan. Ryan agak kekok tetapi tidak bagi Sehun. Sehun seperti sudah terbiasa dengan situasi sebegitu.

 

"Dan aku punya, Chocolate the best ! Yeah ..." Sehun menjilat ais-krim coklat miliknya. Ryan yang kaku tidak bergerak itu memandang pelik ke arah Sehun. Kemudian, dia menjilat ais-krim nya. Mals nak fikirkan pasal perasaan tadi. Biarkan je lah !

 

"Sehun, awak memang suka perisa coklat ke ?" tanya Ryan dengan tiba-tiba dan membuatkan Sehun berjaya memandang ke arahnya.

 

"Yup. Mana kau tahu ?"

 

"Alaa.. hari tu, time saya belanja Bubble Tea, awak kan pesan perisa coklat juga. And now, awak pilih perisa coklat juga untuk ais-krim ni" Ryan menunjuk ke arah ais-krim milik Sehun.

 

"Hahaha.. memang pun. Coklat sedap !" Sehun menyambung menjilat ais-krimnya.

 

"Tapi nanti jadi hitam macam Kai. Ahahahaha" Ryan ketawa sambil menutup mulutnya.

 

"Betul tu, betul ! Tapi aku lagi putih. Lepas ni aku akan kurangkan makan coklat dah. Hahahaha" Sehun ikut ketawa. Kesian Kai jadi topik 'utama' hari ini.

 

 

"Kurang asam !" Kai menjerit kuat dan keluar dari semak, tempat persembunyian mereka. Baekhyun 'smack-down' kepala Kai menyebabkan Kai kembali masuk ke dalam semak.

 

Ryan dan Sehun menoleh ke arah semak di mana suara Kai kedengaran. Tetapi pelik, tiada sesiapa pun di situ.

 

 

"Aku rasa aku dengar suara Kai tadi." Sehun mengerutkan dahinya.

 

"Saya pun ! Tapi tak ada pun Kai kat situ. Pelik lah .. " Ryan menyokong Sehun.

 

"Ahh.. biarkan je lah. Mungkin suara ahjussi tua-tua tu kot. Suara Kai kan macam orang tua." Dengan selambanya, Sehun berkata tanpa memikirkan perasaan Kai yang sedang menangis di bahu milik Kyungsoo akibat dibelasah oleh Baekhyun.

 

Ryan masih berasa pelik tetapi dia biarkan sahaja. Ais-krim miliknya dimakan sehingga habis. Sehun dah lama tamatkan urusannya dengan ais-krim coklatnya. 

 

"Alahai Ryan, macam baby je lah kau ni. Makan ais-krim pun boleh comot. Comel je !" Sehun mengelap hujung bibir Ryan yang comot dengan bekas ais-krim berwarna merah jambu. Ryan memandang Sehun sambil matanya berkelip-kelip. Dia terkaku di tempatnya. Terkejut dengan jari Sehun yang tiba-tiba mengelap hujung bibirnya mungkin. Ataupun terkejut kerana sikap Sehun yang agak pelik hari ini.

 

"Siap ! Dah bersih pun. Kan lagi comel macam ni, haaa... " Sehun tersenyum menampakkan eye-smile miliknya. Ryan masih lagi kaku tidak bergerak.

 

"Ryan, kau okay ?" Sehun bertanya apabila dia menyedari yang Ryan asyik senyap sahaja.

 

"O..okay. Terima kasih ya Sehun." Ryan tersenyum kekok.

 

"No problem lah !" Sehun tersenyum lagi. Kenapa Sehun banyak sangat senyum hari ni !

 

 

Suasana kembali awkward. Sehun dah tak tahu macam mana nak buat Ryan jadi 'Hyper' balik.

 

Mata Sehun tertangkap ke arah sebuah pantai. Dia kembali tersenyum dan memandang ke arah Ryan. Idea gila mula menerjah ke dalam kotak fikirannya.

 

"Hana..dul..set !" Sehun mencempung Ryan dan berlari sambil membawa Ryan ke arah pantai.

 

Mata Ryan terbuntang luas. "Sehun !" Ryan menjerit kerana Sehun dengan selamba badak mengangkatnya.

 

 


 

Sehun menurunkan Ryan apabila mereka sampai ke destinasi yang dituju, Pantai ! Yeah...

 

"Sehun, awak ni jahat lah ! Eiii..." Ryan menampar dada Sehun berkali-kali. Tak lah kuat sangat, perlahan je. Kalau Sehun mati nanti, siapa susah ? Ryan juga. Tak ada 'calon suami' yang sesuai. Dah la Ryan ni jenis memilih. Berangan pula Ryan ni !

 

"Hahahaha.. aduh.. sakit lah. Eii, budak kecik ni ! Aku tak jahat, aku nakal je yaa. Lain tu ! Hahaha" Sehun ketawa sambil tangannya cuba menepis tangan kecil milik Ryan dari memukul dadanya.

 

"Sama je !" 

 

"Lain lah !" Sehun tidak mahu mengalah. Ryan mencebikkan bibirnya.

 

"Ishh.. pantang mangalah betul lah mamat ni !" Ryan menjeling ke arah Sehun. Matanya dikecilkan.

 

"Haruslah ~" Sehun menjelirkan lidahnya ke arah Ryan.

 

"Yah !" Ryan ingin memukul Sehun tetapi Sehun lebih pantas berlari. Ryan mengejar Sehun.

 

Maka bermula lah adegan kejar-mengejar antara Ryan dan Sehun.

 

 

"Sehun, saya letih. Dah la lari tu." Ryan membongkok sambil memegang lututnya. Sehun masih berlari, tetapi agak perlahan. Dia menoleh ke belakang. Rambut Sehun yang lembut beralun menikut angin. Sehun menolak rambutnya ke belakang. Matanya hampit tertutup dek angin yang agak kencang itu.

 

"Lemah la kau ni, kata atlet. Kejar aku pun tak boleh !" Sehun sengaja ingin membuat Ryan marah. Baginya, muka Ryan marah tersangatlah comel. Dengan hidung kecilnya yang merah. 

 

"Yah ! Awak lelaki, saya perempuan. Mana sama !" Ryan bercekak pinggang. Bibir bawahnya digigit kecil. Sehun ketawa melihat Ryan marah. Rancangannya sudah berjaya !

 

"Sama je. Hahaha... dah lemah tu, mengaku je lah ~" Sehun kembali berlari.

 

"Sehun !!!" Ryan menjerit memanggil Sehun tetapi Sehun hanya buat tidak dengar. Nakal ! Oh, kau nak main ya Sehun, Okay ! No Problem. Jom kita main ! Start .

 

 

"Aduh .." Ryan menjerit kuat. Sengaja nak bagi Sehun dengar. Sehun menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat Ryan yang jatuh terduduk. Sehun ingin mendekari Ryan tetapi dia takut Ryan hanya berpura-pura.

 

"Ryan, kau betul-betul sakit ke tu ?" Sehun bertanya. Ryan tidak menjawap sebaliknya dia hanya menitiskan air matanya. Sehun mula cuak apabila melihat Ryan menangis. Dengan pantas, dia berlari mendekati Ryan yang sedang terduduk di atas pasir pantai.

 

"Ryan, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku lupa yang kau tak pakai kasut. Bodohnya aku ! Sorry, Ryan. Jangan menangis lagi" Sehun menepuk lebut belakang badan Ryan. Ryan tersenyum kecil. Rancangannya berjaya untuk mengenakan Sehun. Ryan dan Baekhyun memang sama sahaja. Dua-dua kaki berlakon. Terlebih tengok drama lah ni !

 

 

Tanpa menunggu sedikitpun, Ryan menolak Sehun ke dalam air pantai. Sehun terjerit macam pondan. Err.. bukan pondan lah actually. Suara Sehun terlampau garau.

 

Kini Sehun sepenuhnya basah dek air pantai yang menyapa tubuhnya.

 

"Ryan !" Sehun memnadang tajam ke arah Ryan.

 

"Haaaa ! Tu la akibatnya sebab main-main dengan saya. Berseronoklah awak dalam tu ! Hahaha" Ryan ketawa sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Sehun. Sehun mencebikkan bibirnya. Amboi, nak tunjuk manja ke, wahai Oh Sehun ?

 

"Okay. I will !" Sehun 'berseronok' di dalam air pantai itu. Memang dah lama dia tak mandi pantai. Tahu-tahu Ryan dah tolaknya ke dalam air, apa lagi. Mandi lah dia ! Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air' tetapi bagi Sehun, 'sambil ber-kkaebsong, kita ber-yehet' . Merosakkan pepatah je si Sehun abe 'Hot' ni !

 

 


 

 

Ryan duduk di atas pasir pantai beralaskan plastik. Kotorlah kain dia kalau duduk atas pasir macam tu je. Ryan tersenyum sambil memerhatikan Sehun yang sedang berenang di dalam air pantai. Dia tersenyum sambil menggeleng-genlengkan kepalanya. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Boleh pula Sehun berseronok mandi pantai. 

 

Ryan acapkali ketawa apabila Sehun membuat gaya yang pelik ketika berenang. Mana lah dia belajar berenang macam tu. Encik Oh kah yang ajar anaknya berenang sebegitu ? Lews xD

 

 

Apabila sudah puas mandi, Sehun naik ke atas. habis basah lencur seluruh badannya. Sehun berdiri di sebelah Ryan. Dia menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Ryan yang mendongak memandang Sehun itu terkaku. Kacak betul ciptaan Tuhan ni ! Tolong bunuh Sehun sekarang juga sebelum Ryan terkam dan makan si Sehun ni.

 

"Apa tengok-tengok ?" Sehun bertanya. Sengaja Sehun rapatkan mukanya ke muka Ryan. Ryan yang terkejut segera mengalihkan wajahnya ke arah lain. Blushing Ryan dibuatnya apabila muka Sehun berada begitu dekat dengan mukanya. Nyaris-nyaris bibir mereka hampir bersentuhan. Kalau orang lain pandang, mungkin mereka kelihatan seperti sedang bercumbu di tepi pantai itu.

 

"Ma..mana ada !" dalih Ryan. Sehun mencebikkan bibirnya.

 

"Ceh, malu pula. Aku tahu lah aku ni handsome. Tak payah la sampai pandang macam tu sekali. Lepas pandang, tak mengaku pula. Aku boleh saman kau tahu tak. Pandang orang tanpa kebenaran ! Haaa... tak takut ? Tak takut ?" Sehun sengaja mengusik Ryan.

 

"Perasan" Ryan memandang Sehun dengan wajah '-_-' . Sehun hanya ketawa comel.

 

"Dah la, aku nak cari kedai berdekatan sekejap. Nak beli baju. Baju ni dah basah, nanti aku demam. Mama yang susah. Hah, kau tunggu sini ! Jangan merayau pula. Nanti kena culik, susah tu." Sehun memberikan nasihat kepada Ryan seperti Ryan ini budak yang berumur 8 tahun walhal dia sekarang ni 18 tahun. 

 

"Aii Aii Capten !" Ryan mengangkat tabik ke arah Sehun. Sehun tersenyum dan menggosok kepala Ryan dengan lembut. Kemudian, dia berjalan meninggalkan Ryan berseorangan di tepi pantai itu. Ryan mengeluh sambil jarinya bermain-main dengan pasir pantai. Suasana sangat bosan tanpa Sehun di situ.

 

 

 


 

Sehun selesai membeli dan menukar bajunya yang baru. Barulah dia rasa selesa dan bersih sedikit. Sehun masih berada di dalam kedai. Dia melihat  barang-barang yang berada di dalam kedai tersebut. Sehun pergi ke arah bahagian yang menjual kasut. Banyak kasut yang cantik-cantik di situ. Sehun baru teringat tentang Ryan dan kasutnya. 

 

Sehun mencari kasut untuk diberikan kepada Ryan.

 

"Memandangkan aku tak bagi lagi hadiah Birthday Ryan. Apa kata aku beli kasut untuk dia. Kasut dia pun dah rosak. Hmm.. okay jugak tu" Sehung mengangguk perlahan. Dia mula memilih kasut yang sesuai untuk Ryan.

 

"Yes. Boleh saya bantu ?" seorang pekerja perempuan mendekati Sehun. Pekerja perempuan itu tersenyum manis di hadapan Sehun. Sehun membalas dengan anggukan.

 

"Saya nak cari kasut yang sesuai untuk remaja." Jawap Sehun. Dia tidak tahu kasut apa yang Ryan suka, jadi dia memilih untuk bertanya kepada pekerja perempuan tersebut.

 

"Untuk lelaki atau perempuan ?"

 

"Perempuan" Sehun berkata dengan sopan.

 

"Baiklah, sila ikut saya." Pekerja perempuan itu berjalan mendahului Sehun. Sehun hanya mengikut pekerja perempuan itu dari belakang.

 

*********************

 

Pekerja perempuan itu kembali dengan sekotak kasut yang berada di tangannya. Sehun yang duduk tadi kembali bangun apabila melihat pekerka perempuan tersebut menuju ke arahnya.

 

"Bagaimana dengan yang ini ? Ini fesyen terkini tau." Pekerja tersebut membuka kotak kasut dan membiarkan Sehun melihat kasut yang berada di dalam kotak tersebut.

 

Sehun terpegun apabila dia melihat kasut yang dipilih oleh pekerja tersebut. Sehun yakin Ryan pasti suka dengan kasut yang ingin dihadiahi oleh nya. Apabila sudah mengagak saiz kasut Ryan, Sehun membuat keputusan untuk membeli kasut tersebut.

 

"Saya ambil yang ini. Terima kasih ya cik...."

 

"Naeun" pekerja perempuan itu menjawap sopan.

 

"Oh ya. Terima kasih ye cik Naeun" Sehun tersenyum kacak.

 

"Sama-sama. Memang kerja saya. Awak tak perlu berterima kasih. Err.. boleh saya tanya sesuatu ?" soal pekerja yang bernama Naeun tersebut. 

 

"Tanya apa cik Naeun ?"

 

"Aishh.. panggil saya Noona je" jawap Naeun.

 

"Oh... Tanya apa noona ?"

 

"Awak beli ni kasut ni, untuk girlfriend ke ?" soal Naeun dengan senyuman. Sehun agak terkejut dengan soalan Naeun.

 

"Tak ada lah. Lagipun saya mana ada girlfriend. Ni saya beli untuk kawan lah. Saya tak bagi lagi hadiah birthday untuk dia. Hahaha... kelakar lah noona ni" Sehun tersenyum kekok.

 

"Aisey... awak ni kacak, tak kan lah tak ada perempuan yang nak jadi girlfriend awak kot" Naeun mencebikkan bibirnya.

 

"Betul lah noona. Tak ada sebab saya nak bohong noona" Sehun mengerutkan dahinya.

 

"Tak apalah. Noona doakan awak dan kawan perempuan awak tu akan jadi pasangan kekasih suatu hari nanti." Naeun bergerak ke kaunter diikuti oleh Sehun.

 

"Tchh.. noona ni" ujar Sehun di dalam hati.

 

 

 


 

Ryan bermain dengan pasir pantai, Puas dia menunggu Sehun dari tadi. Hampir 30 minit Sehun menghilang. Mamamt Sehun ni, berhias mengalahkan perempuan. Lama betul. Sama je macam Baekhyun. Ryan mengeluh berat apabila dia terfikirkan Baekhyun. Tiba-tiba dia berasa rindu akan abangnya yang seorang itu. Entah Baekhyun rindu ke tidak kat Ryan ni. 

 

Sehun yang melihat Ryan mengeluh itu ketawa kecil. Sebenarnya dari tadi lagi Sehun dah ada di belakang Ryan. Princess ni je yang tak sedar akan kewujudan Sehun, sibuk mengelamun lah katakan.

 

"R Y A N !" Sehun mengejutkan Ryan yang sedang berangan itu.

 

"Baekhyun meletup, eh mak kau !" Ryan melatah dengan laju. Sehun hanya ketawa mendengar latahan Ryan. baekhyun ? Meletup ? Gila ke Ryan ni.

 

Sehun bergerak ke sebelah Ryan.

 

"Kau ni Ryan, melatah lagi ? Ingatkan dah hilang sumpahan tu. Rupanya masih ada. Kena cari Putera cepat-cepat ni ! Biar Putera tu kiss kau dan hilangkan sumpahan. Kau dan Putera tu hidup bahagia ~ Hahaha" Sehun mula mengarut. Ryan mencebikkan bibirnya.

 

"Salah awak lah. Kenapa terkejutkan saya. Ishh... Lepas tu, merepek pula. Entah apa lah." Ryan memuncungkan bibirnya ke hadapan. Merajuk dengan Sehun.

 

"Dah. Tak payah nak manja sangat. Aku cium bibir tu kang baru tahu langit ni tinggi ke rendah !" Ryan segera menutup mulutnya dengan tapak tangan apabila mendengar ugutan yang tidak masuk akal dari Sehun. Eii... menyampah betul dengan Sehun !

 

"Tch.. dah la lambat. Mengalahkan perempuan" Ryan menjeling Sehun.

 

"Hehe... sorry lah. Urgent tadi."

 

"Urgent lah sangat kan ..."

 

"Ryan... nah !" Sehun menyerahkan sebuah kotak yang berbalut cantik ke arah Ryan. Ryan mengerutkan dahinya.

 

"Apa ni ?" Ryan bertanya.

 

"Ni lah 'urgent' yang aku cakap tu. Buka lah"

 

 

Ryan membuka kotak yang diberi oleh Sehun. Terkejut dia melihat isi di dalam kotak tersebut.

 

"Kasut ? Cantiknya... untuk saya ke ?" Ryan bertanya sambil memandang ke wajah Sehun yang kacak. Sehun tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

 

"Yup. Untuk kau. Anggap ni hadiah birthday dari aku. Kan hari tu aku bagi kasut bola, aku mana tahu yang tu Birthday kau. Baekhyun Hyung cakap Birthday dia time tu. Tengok, aku salah beli hadiah dah. Tak kan lah kau nak pakai kasut bola. Buang tabiat namanya tu. Hahaha" Sehun menerangkan keadaan yang sebenarnya.

 

"Thanks Sehun. Dah la kasut saya rosak. Awak pula beli kasut yang cantik ni. Thanks." Ryan tersenyum dan memakai kasut tersebut. Dia berdiri diikuti Sehun.

 

"Jom ?" ajak Ryan.

 

"Jom" Sehun membalas.

 

 

 


 

Ryan dan Sehun berjalan sambil melihat bunga yang mekar indah. Sehun terlebih dahulu berjalan ke hadapan, meninggalkan Ryan berseorangan di belakang. 

 

"Ryan, cepat la jalan. Kau ni lambat lah !" Sehun mendekati Ryan. Ryan hanya mendiamkan dirinya.

 

"Sorry. Jom lah..." Ryan ingin melangkah. Belum sempat dia melangkah, dia hampir sahaja terjatuh. Nasib ada Sehun yang sempat menagkap tubuh Ryan dari jatuh menimpa tanah.

 

"Ryan, kau okay ke tak ni ? Jom lah duduk dulu" Sehun memapah Ryan ke arah bangku yang berdekatan. Ryan berjalan terhinjut-hinjut.

 

 

Mereka duduk di atas bangku. Sehun membiarkan Ryan duduk di atas bangku manakala dia duduk bercangkung di hadapan Ryan.

 

"Ryan, kau okay ? Kau nampak letih lah" Sehun bertanya. Jelas kelihatan yang dia sangat risau akan keadaan Ryan. Takkan lah aku nak kata yang kasut ni kecil pulak. Nanti mesti Sehun sedih. Apa aku nak buat ni ~ Ryan mendiamkan dirinya.

 

"Atau.... kasut ni kecil ?" Ryan terkejut apabila Sehun dapat meneka apa yang sedang difikirkan olehnya. Ryan menunduk sambil menggigit kecil bibir bawahnya.

 

 

Sehun membuka kasut Ryan secara berhati-hati. Terbuntang matanya akibat melihat ibu jari kaki Ryan sedikit merah dan melecet. Timbul perasaan bersalah dalam dirinya.

 

"Ryan, kenapa tak cakap awal-awal yang kasut ni kecil ? Tengok apa dah jadi kat kaki kau sekarang ni" Sehun berkata dengan lembut.

 

"Saya takut awak kecewa...." Jawap Ryan dengan sangat perlahan tetapi Sehun dapat menangkap kata-kata Ryan. 

 

"Tak ada sebab saya nak kecewa lah Ryan" Sehun merenung ke anak mata milik Ryan.

 

"Mianhae ~" 

 

"Tak pe lah. Bukan salah awak pun yang kasut ni tak muat. Jangan fikirkan sangat lah. Jom balik. Hari pun dah petang. Nanti Baekhyun hyung risau yang adik kesayangan dia tak balik lagi." Sehun berdiri di hadapan Ryan. Ryan mengangguk lemah. Ryan ingin berdiri tetapi cepat-cepat ditegah oleh Sehun.

 

"Eh..eh, kau nak ke mana ni ?" Ryan mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan yang agak pelik dari Sehun.

 

"Balik lah. Ke mana lagi... pelik lah awak ni, Sehun"

 

"Jangan mengada nak jalan kaki. Kaki kau tu dah la melecet, nanti patah siapa yang susah ? Aku juga. Tak pasal-pasal aku kena bunuh dengan Baekhyun hyung. Tak nak aku." Sehun menggelengkan kepalanya dengan penuh dramatik sekali. Ryan memandang Sehun denga pandangan '-_-'

 

"Habis tu, tak kan saya kena mengesot pulak ? Nanti semua orang menjerit pula sebab ingatkan saya ni Suster Ngesot." Ryan mula loya buruk.

 

"Kalau macam tu, kau naik belakang aku. Biar aku 'piggy back' kau." Sehun duduk membelakangi Ryan. Ryan kaku memandang ke bahagian belakang tubuh Sehun.

 

"Aku tak suruh kau mengelamun, aku suruh kau naik belakang aku. Ppali juseyo wahai Princess Ryan." Sehun berkata lagi. Ryan tiada pilihan lain selain naik ke atas belakang Sehun. Kalau nak berjalan, memang tak lah. Kaki dia rasa sakit plus berdenyut-denyut ni.

 

 

Ryan naik ke belakang Sehun. Sehun tersenyum tetapi cepat-cepat senyuman itu dibuang ke dalam tasik. Risau jika Ryan melihat senyumannya yang kacak ter'overload' itu. "Fangirling' pula Ryan nanti. 

Orang ramai memandang ke arah Sehun yang menggendong Ryan. Ryan menyembunyikan mukanya di belakang leher Sehun. Dia malu apabila orang ramai melihat ke arahnya dan Sehun. Habislah mereka kalau ada budak sekolah SM High kat situ. Mahunya gosip 'Ryan dan Sehun Dating' tersebar di sekolah esok. Mampus Ryan nak jawap dengan Pengetua SooMan nanti. Kena cekik lah jawapnya.

 

"Sehun, saya malu. Ramai tengok kita" Ryan berbisik di telinga Sehun.

 

"Ishh.. kau ni. Sakit-sakit pun masih nak fikirkan orang ramai. Biarkan lah dorang nak tengok ke, ambil gambar ke. Itu dorang punya suka. Yang aku tahu, kau mesti sampai ke rumah dengan selamat ! Tu je yang aku nak sekarang ni." Sehun menjawap dengan suara yang serius. Blushing sekejap Ryan dengar apa yang Sehun katakan. Oww~ So sweet. nak cubit pipi Sehun. >< .

 

Sehun berjalan sambil membawa Ryan di belakangnya. Kepala Ryan terhangguk-hangguk. Mungkin Ryan terlampau letih dan belakang badan Sehun terlalum selesa, jadi Ryan mengantuk. Sehun tersenyum lagi.

 

 

"Ryan..." panggil Sehun.

 

"Ya...?" 

 

"Kalau kau nak tidur, tidur je atas bahu aku. Aku tak kisah" ujar Sehun.

 

"Hmm..baiklah" Ryan melentokkan kepalanya pada bahu kanan Sehun. Ryan memilih untuk menerima sahaja pelawaan Sehun dek kerana matanya yang berat dan dah tak mampu nak bertahan lagi. Bak kata orang, Rezeki jangan ditolak. Bukan selalu Ryan dapat buat macam ni dengan Sehun. Jangan sia-siakan peluang yang Sehun beri !

 

 

Sehun menoleh ke belah kanannya. Dia tersenyum melihat wajah Ryan yang mulus apabila tidur. Terasa tenang hatinya melihat wajah Ryan. 

 

Baekhyun and The Gang terkejut dan terlopong melihat Drama yang berlaku antara Ryan dan Sehun. Mereka tak pernah sangka Sehun akan jadi se'Sweet' sampai macam itu sekali. 'Bakal Suami Mithali' betul Sehun ni !

 

 

 

 

 

 


 

 - Di Rumah - 

 

Gang Exo sibuk bergaduh untuk 'meraikan' Ryan sempena pulang ke rumah dengan selamat. Masing-masing nak ada 'part'. 

 

 

"Aku nak greet dia !"

 

"Tak boleh. Biar aku yang greet dia ! aku abang dia !" dalih Baekhyun.

 

"Aku Leader, aku yang kena cakap 'Hai' !" Suho dengan bangganya, bercakap.

 

"Aku lah !"

 

"Aku !"

 

 

Sedang sibuk mereka bergaduh, Ryan masuk ke dalam rumah. Dia pelik melihat member Exo sedang menjerit dan bergaduh.

 

"Exo Oppa pun ada ?" soal Ryan.

 

"Hai Sehun ! Hai Ryan !" mereka berkata tanpa memusingkan kepala memandang ke arah Ryan.

 

"Sehun ? mana ada Sehun... apa yang korang merepek ni ?" Ryan mengerutkan dahinya.

 

"Errr... tak tak. Maksud kitorang, Semut ni. Kitorang bagi nama Sehun sebab muka dia macam Sehun !" Baekhyun ketawa kekok. Yang lain hanya mengangguk bersetuju.

 

"Err... okay. Ryan naik dulu. Bye ~" Ryan mula melangkah naik ke tangga.

 

"Bye !" member Exo menjawap serentak. 

 

 

Apabila Ryan hilang dari pandangan, mereka mengeluh lega.

 

 

"Fuhh~ nasib tak kantoi !" kata mereka serentak.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Aisyatul
I;m back. Aloha ~

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: a/n ppali update jusseyo...cite ni dah buat hati saya trtwn gitu
exopcyexo #2
Chapter 12: newbie reader here ~ sye skelaa dgn ff ni ..please keep update juseyo!!sye data jatoh cinte dgn ff nie :*
ainsuho #3
Chapter 12: Please update unnie im begging you:'(
sha13101999 #4
Chapter 12: wahhh . awesome awesome awesomeeeee . update soon please ♥
AuziSalsabila #5
Chapter 12: Kelakar + sengal + sweet....hahaha...
update cepat yea
JeonAra #6
Chapter 12: Unnie daebak!!!! Sume ff unnie best ! ^^
MaryLulu209 #7
Chapter 12: Sweet gile!!author -nim ppali update !!!
Khailin2626
#8
Chapter 12: Sweet+Lawak=Daebak!!!!
Best!!! XD
Palli update,,,,:3
happyvirus_113
#9
Chapter 12: Kyaa update lagi >< boleh berdarah hidung baca chapter ni >< sweet sgt