"Oh Sehun, My Prince"

I'm In Love For The First Time

 

 

Ryan termenung memandang ke luar tingkap biliknya. Hari ni cuti so takde kerja la dia nak buat selain makan, tidur, tengok tv dan sebagainya yang tiada kaitan langsung dengan buku sekolah ! Heol~ cuti so buat cara cuti ye you olls ! Eiuuu.. Gedik pulak hari ni.

 

Pintu bilik Ryan dikuak dari luar. Ryan memandang ke arah pintu biliknya. Dahinya berkerut.

 

 

"Apa abang buat dalam bilik Ryan?" 

 

"Nak masuk bilik adik sendiri pun tak boleh ke?" Baekhyun mencebikkan bibirnya. Ryan tersengih memandang abangnya.

 

"Tak de la.... just ..pelik..tau tak..? hehe" Ryan ketawa kekok.

 

"Ahh.... apa-apa je lah. Ni... petang nanti kawan-kawan abang ajak pergi 'Flower Park'. Nak ikut tak? Sekarang kan musim bunga, mesti banyak bunga-bunga yang cantik. Adik kan suka bunga." Baekhyun mengerlipkan matanya berkali-kali. Sakit mata apa mamat ni.

 

"Tengok lah dulu... orang tak ada mood nak keluar la" Ryan mengembungkan sebelah pipinya dan sambung termenung.

 

" Alaaaaaa~ Ryan ni ! Ikut la.. ikut la~ !" Baekhyun menghentakkan kakinya berkali-kali. Ryan tercengang memandang abangnya. Dah macam budak tak cukup umur dah Ryan tengok abang dia ni. 

 

"Abang ni sihat ke tidak hari ni? Pelik je aku tengok~" Ryan memandang abangnya yang masih protes tu. Dia mengeluh kasar.

 

"Ye laa... Ryan ikut. Abang ni !" Ryan mencebikkan bibirnya. Baekhyun terus tersenyum lebar.

 

"Yehet ! Sayang adik. Muah setepek" hasrat Baekhyun ingin mencium Ryan terbantut apabila dia dibaling dengan bantal busuk milik Ryan. Terkaku sekejap dia.

 

"Keluar lah abang ! adik nak tido. Get out~" Ryan menolak Baekhyun keluar dari biliknya dan terus menutup pintu rapat-rapat.

 

 

Baekhyun yang berada di luar bilik Ryan tersenyum penuh makna. Dia mengeluarkan handphone-nya.

 

" Hello... Ejen Baek88 dah berjaya pujuk Princess Ryan. Sediakan tentera yang lain. Rojer out ! KKaebSong~" Baekhyun menutup telefonnya tanpa menunggu jawapan dari orang itu. Cantik punya perangai !

 

"Yahooo ~~~~ !" Baekhyun menjerit dan terus turun ke bawah.

 

 

"Baekhyun sayang ! Apa jerit-jerit tu ?" Puan Byun  menjerit dari bawah apabila dia mendengar jeritan vokal dari Baekhyun yang super ohsem ni. 

 

"Uppss... Mian mama. Baek seronok gila hari ni. Hehe" Baekhyun menjerit lagi. Memang tak habis-habis si Baek ni -_- .

 

 

 

 

 

 


 

Ryan sudah selesai memanjakan badannya di dalam bilik air. Sekarang ni otak dia tengah berserabut sebab tak tahu nak pakai baju apa. Kalau Baekhyun bagitahu awal-awal kan senang, boleh dia prepare siap-siap barang. Oppss..okay. Sebenarnya bukan salah Baekhyun pun. Ryan yang salah. Boleh pula dia tidur sampai tak sedar dah petang. Ahh..lupakan tentang perkara tu. Perkara tak berfaedah tak usah difikirkan ya readers sekalian yang comel kiut miut lovely honey baby ? Eiuu.. muntah pelangi sebaldi. Hahaha...

 

"Ahh..semak ! aku nak pakai baju apa ni ? Tadi abang cakap 'kawan abang' so mesti ada Sehun sekali ni. Kalau aku salah pakai, mahunya 10 hari kena kutuk tak henti-henti dengan si Sehun tu. Ahh..aku nak pakai apa ni ? Kenapa lah aku ada abang dan bukannya kakak ? Kalau ada kakak senang sikit. Boleh tolong aku pilih baju. Ni abang aku, haram. Main game je yang dia tahu.Mama pun, kenapa tak lahirkan anak perempuan sebelum Ryan. Huhuhu... nasib Ryan lah macam ni. Nasib ada Sehun. Eh jap, Sehun ? Apa kena mengena dengan Sehun ? Teruknya aku bila jatuh cinta. Ke mana pun mesti ada juga nama Sehun. Ryan..Ryan... kau perlukan Doktor ni. Kau dah OVERDOSE. Someone call the Doctor" Ryan merepek sambil tangannya sibuk mencari baju untuk dipakai pada hari itu.

 

Sekarang ni cuma ada tuala je yang menutupi badan Ryan. Budak ni memang tak takut. Kang ada jantan miang intip kang. Menyesal tak sudah si Sehun. Eh, Baekhyun. Sehun masih tiada kaitan dengan Ryan. Sorry... 

 

"Amboi Ryan, kau mengata abang ye ? Sampai hati kau minta kakak. Kau kata kau tak suka ada abang ? Hey, dan kau kata abang cuma pandai main game je ? Abang main game, tapi abang Top 3 tau dalam kelas. Kau tak kenang jasa. Tak pe kau Ryan. Kau lupa yang haritu, abang kau yang hantar buku time Cikgu Kyuhyun nyaris-nyaris nak suruh kau berdiri kat luar kelas. Kau lupa jasa abang, Ryan. Sampai hati kau. Tak nak kawan. Biarlah abang sendirian selamanya~" Baekhyun memulakan sesi dramanya yang penuh dengan feels. Siap pegang dada bagai. Drama betul si Baekhyun ni.

 

"Uhh.. abang ! Sudah lah drama tu. Geli Ryan dengar. Yuckss" Ryan memusingkan bebola matanya ke atas. Menyampah dengan perangai Baekhyun yang terlebih over + gedik ni. Baekhyun menjuihkan bibirnya.

 

"Adik ni kan ! Jahat bebenor. Sampai hati layan abang yang kiut miut ni macam taik. Hmmpp" Baekhyun mencebikkan bibirnya dan membuat muka comel yang terOVERDOSE. 

 

"Eiii... geli lah cakap dengan abang ni. Ada ke patut cakap taik. Abang nak taik ke ? Pergi ambik taik anak anjing kita. Hahaha" Ryan ketawa sambil menutup mulutnya. Cover ayu lah katakan. Rumah Sehun kat sebelah kot. Tak ayulah kalau omma Sehun dengar yang Ryan gelak mengalahkan Puntianak Harum Sundal Malam bunyinya. Kang kena tolak dari 'list' menantu pilihan. Susah nak pujuk balik. Uhuhuhuhu...

 

"Banyak lah kau Ryan. Huh ! Benci abang layan adik ni."

 

"Apa-apa je lah abang. Abang nak apa ni masuk bilik adik ?" soal Ryan sambil tangannya ligat mencari baju yang ingin dipakai. Bila tengok je kain baju ni, serabut balik rasanya kepala si Ryan ni.

 

"Tch..tak boleh ke tanya elok-elok sikit. Ni macam pistol je. Ganas sangat ! Adik tu perempuan. Buat cara perempuan.Jangan---" Belum sempat Baekhyun menghabiskan kata-katanya. Ryan sudah mencelah.

 

"Ya abangku tersayang~ nak apa masuk bilik adik Ryan yang tak seberapa ni. Ada hal penting ke abangku yang hensem ? Macam ni boleh ?" tanya Ryan dengan senyuman di bibirnya. Habis tak nampak mata dia bila dia senyum macam tu. Geram je Baekhyun tengok, rasa nak uli muka Ryan yang putih melepak buat pau. Comel sangat adik dia ni !

 

"Oh sayangku Ryan, abangmu yang handsome terlebih ni berkunjung ke bilikmu atas sebab-sebab tertentu. Hajatku hanya ingin memberikan persalinan...Lol..kelakarnya. Macam kau nak beranak pulak. Hahaha.. Ok stop ! Kita sambung. Ingin memberikan persalinan kepada adikku Ryan tersayang agar boleh menarik perhatian sang Putera Idaman, Oh Sehun. Ini persalinannya wahai sang Puteri Cantik Jelita lagi Rupawan Menawan Comel Cute Miut y Whow~" Baekhyun berkata dengan penuh perasaannya. Siap dengan memek muka lagi. Gila Daebak si Baekhyun ni ! Sape nak abang macam Baekhyun ? Sila tulis nama anda di ruang comment. Akan dihantar secepat mungkin ke rumah anda. Bila dengar loceng ditekan, bukalah pintu dan Baekhyun telas tersedia di hadapan rumah anda. Baekhyun Delivery~ 

 

"Okay... abang dah melebih. But tak pe, Ryan suka. Hahahaha... Cayalah abang !" Ryan membuka kotak yang berisi 'persalinan' bak kata baekhyun. Bibirnya mengukir senyuman comel. 

 

"Omg..cantiknya abang. Tengkiu... adik suka sangat. Abang memang Jjang ! Abang ialah abang yang terbaik seantero dunia. Gomawo Baek~" Ryan memeluk Baekhyun erat. Baekhyun hanya tersenyum dan membalas pelukan Ryan. Tenang rasa hatinya bila Ryan gembira. Terasa ingin mengusik Ryan pula. Tanduk di kepala Baekhyun mula muncul.

 

"Kalau adik dah kahwin dengan Sehun, entah bila pula abang akan rasa pelukan dari adik macam ni eh ?" Baekhyun ketawa di dalam hatinya. Ryan yang berada dalam pelukan Baekhyun mula blushing. Boleh pulak Baekhyun pergi tanya soalan sensitif macam tu. Nak kena cubit Baekhyun ni ! 

 

"Apa abang ni ? Tiba-tiba mention pasal kahwin. Lambat lagi lah..Ishhh.. Dan tak tahu pun yang adik ni akan kahwin dengan Sehun atau tak... Apalah abang ni !" Ryan mencebikkan bibirnya. Tangannya disilangkan. 

 

"Alolo..merajuk pulak. Okay lah, abang minta maaf. Abang gurau je. Ala..citt..citt..citt..." Baekhyun mencuit hidung ryan beberapa kali dan berjaya membuatkan Ryan tersenyum kembali.

 

"Haaa..macam ni lah baru comel. Kalau mulut tu asyik muncung je, abang panggil sehun datang kiss adik. Padan muka. Wekk :P" Baekhyun tersenyum comel.

 

"Kalau adik happy pulak ? Abang nak buat apa ?" tanya Ryan. Sengaja nak bermanja dengan abang dia yang bushuk-bushuk sorang ni. 

 

"Hmmm..kalau adik happy, abang akan....." Baekhyun memandang ke syiling bilik Ryan. Dia menggaru dagunya seakan-akan ada janggut di situ tetapi hakikatnya, sehelai janggut pun tak ada. Baekhyun pakai Nivea(?) Man Okay. Tak smart lah kalau Baekhyun simpan janggut. Tak match dengan dia. 

 

"Akan...?" soal Rya lagi. Matanya disepetkan memandang ke arah Baekhyun. Tak sabar nak dengar jawapan dari Baekhyun.

 

"Akan dukung adik macam ni...Hehehe" Baekhyun mengangkat Ryan dan terus menggendung Ryan. Badan Ryan kini berada di atah bahu(?) Baekhyun manakala kepala Ryan menghadap ke belakang badan milik Baekhyun. Ryan ni ringan je so senang lah Baekhyun nak angkat. 

 

"Ahaahahaha... abang ni. Turunkan Ryan lah !" Ryan ketawa geli hati.

 

"Haha... apa yang abang dapat kalau turunkan adik huh?" Baekhyun masih dengan perangai main-mainnya.

 

"Abang..." Ryan menumbuk-numbuk bahu Baekhyun secara perlahan.

 

"Kalau abang turunkan Ryan, Ryan kena dudkung abang pula sebagai ganti ? Arraso ?" Baekhyun sengaja mengusik Ryan.

 

"Abang berat lah ! Mana Ryan larat nak dukung abang yang dah semakin gemuk ni !" Ryan ketawa kecil.

 

"Gemuk ?! Okay... kalau macam tu, duduklah Ryan sampai esok kat bahu abang ni. Merajuk lah macam ni !" Baekhyun membuat muka merajuk yang comelnya ya ampun~ boleh pengsan siapa yang tengok !

 

"Abang~ jangan main-main dah. Nanti lewat lah..." Ryan meletakkan mukanya ke belakang badan Baekhyun. 

 

"Eishh, nak gurau sikit pun tak boleh. Merajuk lah tu. Okay lah... abang letak ni" Baekhyun mula menurunkan Ryan. Ryan kembali tersenyum. Memahami betul Baekhyun ni ! Syok dapat abang baik macam ni .

 

"Thanks. Sayang abang ketat-ketat" Ryan mencium pipi Baekhyun. Baekhyun hanya tersengih. 

 

"Sayang adik ketat-ketat tak akan pernah longgar jugak. Bersiap cepat sikit tau. lagi 15 minit, turun bawah je sayang." Baekhyun menggosok kepala Ryan dengan penuh kasih-sayang. Ryan hanya tersenyum manis dan mengangguk perlahan.

 

 

Baekhyun keluar dari bilik Ryan dan menunggu Ryan bersiap di bawah. Kalau tunggu dalam bilik nanti, kena cap 'Byuntae' pula . Walaupun Baekhyun ni abang Ryan, dia tetap lelaki. Lelaki dan Perempuan kalau duduk sama dalam satu bilik nanti apa pula orang cakap kan. 

 

 

 

 

 


 

 

Ryan berdiri di bawah pokok yang terletak bersebelahan dengan sebuah bangku . Puas dia menelefon Baekhyun tetapi tidak diangkat langsung panggilannya. Terasa nak patah jari pun ada jugak Ryan rasa sekarang ni.

Sebenarnya Ryan dah 30 minit sampai di 'Flower Park' ni. Baekhyun katanya sakit perut jadi dia suruh Driver hantar Ryan dulu ke Taman Bunga ni. Dia juga cakap yang kawan-kawannya yang lain dah ada kat situ. Tapi satu batang hidung kawan Baekhyun pun Ryan tak nampak. Baekhyun pula kata nak datang secepatnya.Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai. Apa jadahnya ni ? Baekhyun, kau jangan buat Ryan panas. Mampus kau.

 

 

"Baek, mana kau ni ? Kenapa abang tak angkat call adik ni ? Haihh..punyalah penat adik tunggu ni. Nak dekat 30 minit dah ! Hishh... mana abang pergi ni ? Abang... jawaplah !" Ryan merungut sendiri. Dia menunggu dengan penuh sabar agar Baekhyun mengangkat panggilannya. Tetapi hasilnyatetap sama. Yang Ryan dengar sekarang ini cumalah operator telefon yang sudah tua bercakap. Nak muntah rambut Sehun dah Ryan dengar orang tua tu punya suara dari 30 minit sejak dia mula menelefon Baekhyun. 

 

"Yah !" Akibat terlalu marah, Ryan melemparkan telefonnya ke tanah. 

 

Bak kata pepatah, Malang memang tak berbau. Telefon yang Ryan baling terkena pada kepala seorang lelaki yang sedang duduk termenung menghadap tasik.  Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil menggosok belakang kepalanya. Entah kenapa Ryan rasa macam belakang badan lelaki ni familiar sangat. Jantung Ryan dup dap dip je dari tadi.

 

"Sakitnya. Woi, kau ingat kepala aku ni tong sampah kitar semula ke ?" Lelaki tadi mula melenting. Telefon Ryan kini berada pada lelaki tersebut. Hah, suara pun familiar jugak. Macam suara Oh Sehun ! Ryan tak dapat nak pastikan sama ada lelaki di hadapannya sekarang ini Oh Sehun atau bukan kerana lelaki ni asyik tunduk je. Nak je Ryan tolak kepala lelaki ni. Tapi nanti apalah orang akan kata. Tak sedap pula dipandang orang. Lelaki ni pun satu, janganlah tunduk je ! Tahu lah Ryan ni pendek. Ohmy.. sadis betul Ryan ni sampai sanggup kutuk diri sendiri. Tak pe Ryan, pendek is comel. Hahaha...

 

Orang yang lalu-lalang mula berbisik sesama sendiri apabila melihat lelaki tersebut menjerit ke arah Ryan. Ryan terasa nak masuk je dalam tandas awan dan pam muka dia kat situ jugak. Malunya bila ada orang tengok ~ Diorang ni pun satu, tak pernah dengar orang jerit ke ? Jakun betul lah ! Hishh... lelaki ni pun satu ! Bukannya benjol pun kepala tu. Action je lebih ~

 

 

"Kau buta ke hah ?" lelaki tersebut mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Ryan. Membuntang mata Ryan melihat lelaki itu. Lelaki itu juga terkejut melihat Ryan yang comel di hadapannya.

 

( Ni lah Ryan dan 'persalinan' yang Baekhyun bagi. lews XD )

 

"Sehun ?" panggil Ryan perlahan.

 

"Ryan ? Apa kau buat kat sini ? Ni telefon kau ke ? Jadi, kau lah yang baling phone kat kepala aku ?" tanya Sehun dengan laju tanpa ada tanda noktah pun pada ayat yang diutarakan olehnya. 

 

"Okay... saya yang baling. Sorry Sehun. Saya marah sangat sebab abang tak angkat call saya jadi saya baling lah handphone tu. Tak sangka pula ada awak kat bawah . Sorry Sehun~ saya betul-betul tak sengaja" ujar Ryan perlahan. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Dia bermain-main dengan jarinya yang kecil . Takut kalau-kalau Sehun melenting lagi. Memang Ryan menagis kat sini nanti !

 

"Hmmm... tak pe lah. Aku maafkan. Lagipun kau tak sengaja kan ? Nak handphone kau. Jaga baik-baik" sehun menyerahkan telefon tersebut kepada Ryan. Ryan mengambil telefonnya dari tangan Sehun dengan berhati-hati. Jari mereka bersentuhan dan Ryan cepat-cepat menarik tangannya. Sehun tersenyum kecil memandang ke arah jarinya yang bersentuhan dengan jari Ryan. 

 

Suasana Awkward !

 

"Mana semua orang ? Tak kan kita berdua je kat sini ?" tanya Sehun untuk memecahkan suasana tegang di antara dia dan Ryan. Jarang betul Sehun nak bercakap. Ni dah kena rasuk apa ni sampai dia dulu yang mula kan perbualan ni ?

 

Ryan yang sedang duduk bercangkung sambil mencabut rumput segera mendongak untuk memandang ke arah Sehun. terpukau dia melihat Sehun yang disinari dengan cahaya matahari berkilau bak Putera . Oh, bercahayanya ~ handsome nya Sehun. Macam Putera. Ohmy, nak jadi Princess. nak jadi Princess. Entah  kenapa, gedik pula si Ryan hari ni. Berangan nak jadi Princess untuk Prince Sehun. Mentang-mentanglah pakai Dress cantik.Cis, masih ramai Exostan yang nak Sehun. Kalau Cik Ryan kita ni tak takut dengan sasaeng fans, sila lah melamar Sehun sekarang. Hahaha ...

 

 

"Hello Ryan~ dengar tak apa aku cakap ni ? Ryan~" Sehun melambaikan tangannya yang putih melepak di hadapan muka Ryan. Risau juga kalau-kalau Ryan ni mati keras dek muka dia yang terlampau kacak disinari cahaya matahari yang hening petang ni. Tak pasal-pasal Sehun pun mati sekali sebab kena pancung oleh Baekhyun. Uishh... tak nak Sehun mati katk macam tu ! Taubat~ Taubat~ 

 

"Eh, ye..ye. Saya dengar. Err.. abang cakap dia sakit perut jadi dia sampai lambat sikit. Tapi dah 30 minit saya tunggu. Dia tak sampai-sampai pun. Batang hidung kawan dia yang lain pun saya tak nampak sekarang ni. Mana lah diorang merayau. Hishh... tak tahu lah saya" Ryan merungut sendiri. Sehun yang melihat Ryan merungut hanya mampu menahan senyumannya. Comelnya kau ni Ryan. Nak je aku picit-picit muka kau yang gebu tu. Haishh... sabar Sehun. Nanti kena ketuk dengan penyapu sebab kacau anak dara orang. Kau jugak yang susah. Sabar Sehun... Sabar ! 

 

 

Tiba-tiba lagu Exo 'Xoxo' berkumandang di udara. Lol ayat~ kelakar lah~ haha... macam kling je. 

 

Ryan melihat ID call pada screen handphone miliknya. Tertera nama abang kesayangan Ryan pada screen handphone tersebut. Ryan segera mengangkat call dari abangnya.

 

 

Hah ! Baru tahu nak call ke abang oiii~ - Ryan

Ehehehe.. sorry lah adik. Abang sakit perut sangat ni. So abang tak boleh teman Ryan pergi Taman Bunga tu. Sorry ye Sweety - Baekhyun

Hmm... ye lah, Ryan maafkan. Hah abang, mana kawan abang ? Abang kata diorang dah ada kat sini. Tapi bila Ryan sampai, satu batang hidung pun Ryan tak nampak lah - Ryan

Hah, ni lah sebab abang telefon ni. Abang nak bagitahu yang kawan-kawan abang semuanya ada hal. Suho kena ikut family dia pergi London. Chanyeol kena tolong omma dia jaga cafe. Kai kena denda siapkan kerja rumah dia. Kyungsoo kena masak untuk anak sedara dia. Luhan kena study sebab Exam dah dekat. Yang lain semuanya busy hal sendiri. Abang tak nak ambik tahu. Yang tinggal sekarang ni cuma Sehun je. Dia ada kan ? - Baekhyun

-_- Macam-macam lah kawan abang ni ! cafe lah... apa lah... Ya, Sehun ada sebelah adik ni. Kitorang tengah tunggu abang dan semua sampai la. Tapi abang cakap abang dengan kawan-kawan abang tak datang pulak. - Ryan

Hehe... Sorry Ryan ! - Baekhyun

Tak pe lah. Sekarang ni sehun dengan Ryan nak buat apa ni ? Balik terus ke ? - Ryan

EHHH... NO NO NO NO ! JANGAN BALIK DULU !!! - Baekhyun

Abang..! Janganlah jerit. Sakitlah telinga orang ! Ishh - Ryan

MIan . Hish Ryan ni, ni lah masanya Ryan nak keluar berdua dengan Sehun. Kalau tak, bila lagi...? Gunakan peluang ni sebaiknya. Janganlah hampakan usaha yang abang dan kawan-kawan abang dah buat. Opss... - Baekhyun

Usaha...apa maksud abang ni ? Jangan kata yang abang..... rancang semua ni ?! - Ryan

Ehh, tak ada lah. Apa pulak sampai ke situ. Dah lah, abang sakit perut ni. Tak tahan dah ni. Adik ajaklah Sehun jalan-jalan kat situ ye. Bye~ Aduh..duh..duh... - Baekhyun

Abang ! - Ryan

Tut... tut... tut... - Baekhyun

 

 

Ryan mengeluh apabila Baekhyun meletakkan panggilannya. Betul ke abang ni ? Bukan boleh percaya sangat dia ni. Kadang-kadang suis putus dalam kepala dia. Entah-entah dia yang rancang semua ni ! 

 

Sehun hanya setia duduk berdiam diri di sebelah Ryan. Dia memandang ke arah wajah Ryan yang masam. Comel lah Ryan ni !

 

 

"Baekhyun hyung cakap apa Ryan?" tanya Sehun apabila dia melihat Ryan mencebikkan bibirnya. Mesti Baekhyun punya pasal ni !

 

"Abang kata dia tak datang. Kawan-kawan dia pun sama. Diorang ada hal masing-masing. Abang suruh kita jalan-jalan dulu pusing satu Taman Bunga ni.Hishh... Baekhyun ni~" Ryan mengeluh lagi.

 

 

Sehun hanya senyum dan mula bangun.Dia mengibas-ngibas belakang seluarnya jeansnya. Ryan melihat Sehun yang sedang berdiri dengan mata terkebil-kebil.

 

 

"Awak nak pergi mana Sehun ?" tanya Ryan. Sehun memandang ke arah Ryan dan tersenyum comel.

 

"Nak pergi jalan-jalan lah Princess. Tak nak ikut ke cik Princess ? Atau nak saya si kuli ni tolong angkatkan ?" Sehun berkata dengan comelnya. Matanya dikerlipkan beberapa kali. Urkkk.. Exostan, anda dibenarkan pengsan sekarang ! Bias anda akan datang sebagai Doktor penyelamat anda~ satu..dua..tiga pengsan ! Okay, janganlah buat betul-betul. Author-nim gurau je lah ! Hehehe...

 

Oh Sehun, berhenti buat muka baby macam tu ! Kalau kau tak berhenti, nyawa aku mungkin tercabut sekarang jugak. Berhenti atau aku Kiss kau tak henti-henti karang. >.< . Ohmy... Ohmy... Ohmy... Kyaaaaahing ~

 

 

"Nak ke tak nak Ryan ? Or aku kena angkat kau ?" soal Sehun lagi apabila Ryan kembali berangan.

 

"Eh, tak payah. Ahahaha" Ryan ketawa pelik sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. 

 

"Jom" Sehun menyuakan tangannya kepada Ryan. Ryan serba salah nak sambut or tak. Dia memandang ke wajah Sehun yang kacak. Sehun mengangkat keningnya berkali-kali seperti Baekhyun selalu buat. Sekarang Ryan pelik. Adakan Sehun Ori di depan dia sekarang ini ? Ataupun jelmaan Baekhyun sebagai Sehun ? Pening Ryan dibuatnya.

 

"Jom ?" Lagi sekali Sehun bertanya. Nak tak nak, kena jugalah Ryan sambut huluran si sehun yang terlebih gula sangat hari ni. Makan apa lah mamat ni sampai jadi sweet macam ni ? Tolong tampar dia sekarang. >.< .

 

"Err..J-Jom." Ryan menyambut huluran tangan Sehun dan mereka berjalan beriringan sambil melihat bunga-bunga yang indah memekar di Taman Bungan tersebut.

 

 

Tanpa mereka sedari, Baekhyun dan kawan-kawannya yang lain sedang mengekori mereka sambil membawa camera. Lol bebudak ni xD Jahat betul perangai... nak spy sehun dan Ryan lah tu ! Kesian Sehun dengan Ryan percaya bulat-bulat apa yang Baekhyun kata. Baekhyun ni memang boleh jadi King Of Drama ni !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Yo Yo Yo man ~ Sorry lama tak update. Hari ni update sikit je. Esok kalau ada masa, saya update moment RyanHun Dating okay ? Sabarlah wahai Readers ku sekalian. Comment tau. Saya dah sakit belakang sebab update story ni. Jangan sia-siakan usaha saya, bak kata Baekkie . Thanks kepada Subscribers baru. Yehet ! Hehe... Byebye~

 

 

p/s : Sorry kalau ada typo. Malas nak check balik   T_T

 

 

 

 Sehun's Secret Crush 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Aisyatul
I;m back. Aloha ~

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: a/n ppali update jusseyo...cite ni dah buat hati saya trtwn gitu
exopcyexo #2
Chapter 12: newbie reader here ~ sye skelaa dgn ff ni ..please keep update juseyo!!sye data jatoh cinte dgn ff nie :*
ainsuho #3
Chapter 12: Please update unnie im begging you:'(
sha13101999 #4
Chapter 12: wahhh . awesome awesome awesomeeeee . update soon please ♥
AuziSalsabila #5
Chapter 12: Kelakar + sengal + sweet....hahaha...
update cepat yea
JeonAra #6
Chapter 12: Unnie daebak!!!! Sume ff unnie best ! ^^
MaryLulu209 #7
Chapter 12: Sweet gile!!author -nim ppali update !!!
Khailin2626
#8
Chapter 12: Sweet+Lawak=Daebak!!!!
Best!!! XD
Palli update,,,,:3
happyvirus_113
#9
Chapter 12: Kyaa update lagi >< boleh berdarah hidung baca chapter ni >< sweet sgt