Basketball with Jungkook

I'm In Love For The First Time

 

 

Ryan melalui koridor dengan muka tertunduk-tunduk. Malu sebab dia diperhatikan oleh orang. Gosip tentang 'RyanHun' dah tersebar dalam SM.High. Ni semua sebab kejadian Sehun yang tolong Ryan hari tu lah. Habis status Ryan dah bertukar di mata orang. Sape tak malu ? 

 

"Tu..tu..Ryan. Aku ship ahh dia dengan Sehun ! Comel gila wehh !" satu bisikan halus yang dapat didengar oleh Ryan. Senyuman kecil diukir oleh Ryan. Gembira sebab ada yang menyokong hubungan dia dan Sehun walaupun benda tu bukannya betul pun. Itu gosip yang elok, yang ni tak elok pulak. Contohnya....

 

"Tengok tu, mentang-mentang lah 'Ratu Sekolah' , dia ingat dia boleh dapat semua lelaki ? Playgirl betul..!" Ryan mengeluh berat mendengar gosip yang dilempar melulu itu. Bukannya dia nak sangat pun pada si Sehun tu. Okay, nak sebenarnya tapi...bukan dia playgirl. Ni baru first time dia minat lelaki. Diorang ni pun, bagi la Green Light ! Hishh...

 

 

Ryan berjalan dengan laju seperti halilintar. Malu dan takut kalau-kalau terserempak dengan Peminat Fanatik Sehun. Lupa nak kasitahu, Sehun ni ada Fanclub sendiri tau. Hebat tak dia ? baru berapa hari masuk sekolah dah ada Fanclub. Maklumlah, orang handsome ni banyak yang nak. Siapa yang bertuah je lah yang dapat. Okay, back to story.

 

Sedang Ryan berlari tanpa melihat depan, kiri dan kanan. Ryan terlanggar seseorang. Nasib barang yang dibawa oleh orang tu tak jatuh. Dah la tinggi menggunug benda yang dibawa tu. Ryan menaikkan wajahnya memandang tuan empunya barang yang banyak itu. Dia mengeluh lega. Bibirnya mengukir senyum.

 

"Puan Son rupanya.... Maaf ye puan. Saya tak sengaja" Ryan menunduk 30darjah ke arah Puan Son. Puan Son hanya tersenyum sambil membetulkan cermin matanya yang sudah meleret ke hidung.

"Tak apa. Bagus juga kamu ada di sini. Tolong hantar barang ni ke Bilik Gerakan ye. Cikgu ada kerja sikit" Tanpa menunggu persetujuan Ryan, Puan Son dengan selambanya menyerahkan fail yang banyak itu ke tangan Ryan. Hampir jatuh Ryan dibuatnya. Mata Ryan terkebil-kebil memandang ke arah fail yang tinggi menggunung itu.

"Tapi cikgu...lepas ni saya ada kelas" ujar Ryan dengan pandangan yang minta simpati. Puan Son tersenyum manis dan menghampiri Ryan.

"Jangan risau. Encik Kyuhyun hari ni cuti. So dia tak akan marah kamu. Hah ! Jangan lupa hantar ye ! Tata~" Puan Son melambaikan tangannya dan berjalan keluar dari bangunan SM.High. Ryan mengeluh berat memandang fail itu. Nak buat macam mana, nak menolak dah tak boleh. So dia terpaksa la hantar juga.

 

 


 

Ryan bersiul kecil sambil melihat sekeliling. Dia tersenyum melihat Junior di bawah. Terasa diri ni macam senior pulak. Haha... 

Sedang asyik Ryan mengelamun, bahunya dicuit oleh seseorang dari belakang. 

 

"Omma....!" Ryan berkata denagn nada terkejut. Matanya membulat mengalahkan mata D.o . Nafas Ryan turun naik akibat sergahan tadi. Dadanya diusap perlahan. Dengan perasaan yang bercampur-baur, Ryan menoleh ke belakang untuk melihat orang yang 'berani' itu. Dahinya berkerut tatkala melihat wajah orang itu. 

"Se..Sehun? Apa awak buat kat sini ?" soal Ryan sambil mengerutkan dahinya. Sehun masih dengan muka pokernya. Haihh... apa mamat Sehun ni buat kat sini ? Spy aku ke ? 

"Kau ni..... penyakit melatah kau tak hilang lagi eh ? Haha" Sehun ketawa geli hati. Ryan memandang Sehun dengan ekor matanya. Dia tersenyum kecil. Matanya dipejam rapat dan dia menggigit kecil bibir bawahnya. First time aku tengok Sehun ketawa. Kyaaaaa !!!! Comelnya >.< Ryan menggeleng kepalanya laju. Senyumannya masih melekat pada bibir.

"Ada ke kata saya macam tu. Awak la punya pasal ni. Dia yang segah orang.....Eiiii" Ryan membuat suara cute. Sehun mencuba untuk menahan senyumnya. 

"Ye ek? Sorry... tak sengaja. Hah ! Kau ni nak ke mana? Dengan bawak fail yang bertimbun ni lagi....Lepas ni ada kelas kan ?" Sehun mengerutkan dahinya memandang ke arah fail yang dipegang oleh Ryan. Ryan mengeluh perlahan.

"Encik Kyuhyun cuti hari ni. Fail ni pulak saya kena hantar pergi Bilik Gerakan. Ni milik Puan Son" ujar Ryan. Sehun mengangguk perlahan. Sehun berjalan di sebelah Ryan dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Lagi cold bila dia buat macam tu.

 

Mereka berjalan ke bilik Gerakan bersama-sama. Ryan yang dari tadi pelik melihat Sehun asyik ikut dia je. Nak tanya, takut dimarah. Kalau tak tanya, curious pulak. Serba salah ni. Tanya ke tak....tanya ke tak...tanya ke tak... Alahai~ Kau ni buat aku jadi tak keruan bila kau ada dekat aku la Oh Sehun ! Ryan menggigit bibir bawahnya. Sehun memerhatikan Ryan dengan ekor matanya. Bibirnya mengukir senyum kecil.

 

"Kau ni macam nak tanya something je. Tanya je lah~" ujar Sehun dengan tenang. Aikk....macam tau-tau je apa yang aku tengah fikirkan. Sehun ni ada kuala telekomunikasi macam Luhan Exo kah ? Haha... By the way, bagus jugak dia tanya kat aku. Nak mengharapkan aku bukak mulut, memang tak lah jawapnya! Ryan mengeluh lega dan memandang ke arah Sehun.

"Kalau saya tanya, awak jangan marah ek.... Kenapa awak ikut saya ke Bilik Gerakan ni?" takut-takut Ryan mengutarakan soalan itu kepada Sehun.

"Hurmm..dah agak dah soalan tu. Tak de lah, aku pun ada urusan jugak. Sebab tu la aku jalan sekali kau ni. Aku takut tersesat. Aku kan budak baru kat sini.Bukannya aku tau sangat selok-belok sekolah ni" ujar Sehun. Ryan mengangguk perlahan. 

"Urusan apa ?" soal Ryan lagi. Memang banyak bertanya betul si Ryan ni.

"Nak jumpa cikgu..and..........." Sehun diam untuk seketika dan itu membuatkan dia menerima satu pandangan pelik dari Ryan. 

"And what..?" Ryan bertanya kepada Sehun. Sehun tersenyum dan merampas fail di tangan Ryan.

"And aku kena tolong kau angkat fail ni. Kalau tangan kau putus nanti...aku jugak yang kena bunuh dengan Baekhyun Hyung sebab tak jaga adik kesayangan dia ni elok-elok. Tak nak aku...Uishh, menakutkan~" Sehun menggeleng perlahan. Ryan ketawa kecil melihat gelagat Sehun. Sehun yang memerhatikan Ryan ketawa tersenyum dalam hati. Well..comel jugak kau ni. Haha... Baekhyun Hyung, maafkan Thehun sebab terpaksa guna nama hyung lagi kali ni. Mianhae >.< Hehe.... 

"Haha...ada-ada je lah awak ni. Abang tu bukannya pernah bunuh orang. Cakap besar je dia tu." Ryan masih bersisa ketawa. Dia memandang ke wajah Sehun yang sedang membawa fail dengan manly-nya itu. Thanks ye Sehun sebab tolong. Walaupun dah nak sampai ke Bilik Gerakan. Hehe.... saya sangat menghargainya~ Ryan tersenyumm manis menampakkna lesung pipitnya yang indah menawan itu.

 

Sehun dan Ryan berjalan menyusuri koridor untuk ke Bilik Gerakan. Sempat juga diorang bergurau senda. Ada la juga murid-murid yang lalu lalang kat situ bergosip dan berbisik-bisik sikit. Tetapi Sehun dan Ryan buat tak endah je. Sehun dengan Ryan kan jenis yang sama spesis sikit. 

 

 


 

 

Ryan keluar dari Bilik Gerakan. Dia menggeliat kecil. Letih betul dia pagi tu. Dah la kena bawak fail yang tinggi menggunung, bila dah masuk dalam Bilik Gerakan ni pulak, ramai cikgu yang minta tolong. Buat air lah, agihkan kertas lah, tolong bagitahu murid-murid supaya senyap lah dan macam-macam lagi lah !  Patutlah murid-murid ramai duk bersidai tayang muka kat koridor. Rupanya hari ini ada mesyuarat guru. Tak ada cikgu yang masuk kelas untuk mengajar sebelum waktu rehat ni. So murid-muris bebaslah.

 

"Eh, aku lupa ! Mana Sehun ? Tadi rasanya ada. Tak kan dah pergi kot ? Hurmm..tak pe lah" ryan mengeluh perlahan. Dia melangkah keluar dari Nilik Gerakan dan membuka langkah untuk menuju ke kelasnya semula.

 

Seang Ryan asyik berjalan sambil mendengar earphone-nya. Seorang guru lelaki iaitu Encik Jung mendekati Ryan. Haihh sudah. Apa lagi kali ni ? Ryan menggigit kecil bibir bawahnya.

 

"Baguslah kamu ada kat sini Ryan. Tolong saya letak bola sepak ni dalam stor sukan kejap. Saya dah lewat untuk mesyuarat guru ni. Tolong ye ! Kamsahamnida Ryan manis" Encik Jung memberi kata-kata manis kepada Ryan. Ryan hanya menyeringai kegeliaan. Nak ambik hati aku suruh tolong dia la tu. Ciss... 

 

Ryan berjalan masuk ke arah stor sukan sambil memegang dua biji bola sepak. Dia memandang bola sepak itu. Bibirnya mengukir senyum. Dia teringat peristiwa Baekhyun waktu menegah rendah dulu. Nak sepak bola masuk gol, alih-alih kasut yang disepakknya. Kesian Kris oppa kena makan kasut tu. Habis lebam mata kanan dia. Seminggu jugak lah dia merajuk dengan Baekhyun. Haha.... 

 

Ryan menggelengkan kepalanya. Dia ketawa kecil. Orang-orang yang ada di situ hanya memandang ke arahnya. Ryan berhenti ketawa dan pandang ke mereka. Dia mengukir senyum. Murid yang memandangnya tadi membalas senyum Ryan. Lega sikit hati Ryan lepas tengok murid tu senyum. Ryan masih meneruskan langkahnya untuk ke stor sukan.

 

 


 

 

Pintu stor sukan dibuka perlahan. Ryan melangkah masuk setapak demi setapak. Matanya meliar ke dalam stor tersebut. Sunyi sikit. Mulutnya terkunci tatkala melihat stor sukan itu. Banyak gila alatan sukan. Dari yang penting sampai ke sampingan. Saiz pun tak kurang besarnya. 1/2 saiz padang. Besar tu. Dalam ni pun ada jaring gol untuk bola sepak dan bola keranjang. Bercahaya mata Ryan bila nampak jaring bola keranjang tu. Wahhh~ Bola keranjang ! Aku tak pernah cuba main. Nak main lah ! But... kena simpan this ball dulu ! 

 

Ryan berlari anak ke tempat penyimpanan barang untuk bola sepak. Dua biji bola tadi dilempar masuk ke dalam sebuah bakul yang penuh dengan bola sepak. Selepas itu, Ryan kembali teralih ke jaring bola keranjang itu. Dia tersenyum manis bak gula-gula candy. Pantas matanya meliar untuk mencari bola keranjang. Ryan ternampak sebiji bola keranjang yang berada betul-betul di hadapan jaring bola keranjang. Ryan berlari ke arah jaring tersebut. Dia mencapai bola keranjang itu lalu bergerak sedikit ke belakang. Matanya tajam memandang ke arah jaring tersebut. Bola di tangannya dipegang kemas.

 

"Hana...dul...set ! Yah !" Ryan meleparkan bola keranjang itu masuk ke dalam jaring. Jebal~ masuk ! masuk ! Dia sangat mengharap agar bola keranjang tu akan masuk dalam jaring tetapi nasib tak menyebelahi dia, Bola keranjang ti entah macam mana boleh tersasar dari sasaran. Bola itu melantun-lantun ke kaki Ryan semula seperti pandai mencari tuannya. Ryan mengeluh berat.

 

"Wae bola? wae? Kenapa Ryan tak boleh main kau sedangkan Ryan boleh je main semua sukan ! Wae ??" Ryan menjerit marah. Untuk kedua kalinya, dia mencapai bola keranjang itu dan mencuba untuk menjaringkan gol tetapi masih sama, tetap gagal. Ryan mengeluh berat. Bola itu diambil dan Ryan merenung jaring bola keranjang itu dengan pandangan yang tajam seperti helang. ryan memegang kemas bola keranjang itu. Tunggu masa je nak jaringkan bola tu. 

 

Tiba-tiba

 

"Ryan !" Entah datang dari mana suara garau seorang lelaki.

"Ehhh.....bola terbang !! " Ryan melempar bola keranjang itu ke arah lelaki tadi. Kuat betul lemparannya.

"Shoot !" Lelaki tadi menahan bola yang terbang ke arahnya. Bola tu berada 3cm dari wajah lelaki itu. Nasib tak kena. Kalau tak, lebam lah jawapnya muka hensem tu. Ryan ni pula dah la jenis yang kuat melatah, kalau dah melatah memang dia tak sedar la apa yang dia buat.

 

Lelaki tadi menggerakkan bola keranjang itu dari mukanya dengan perlahan-lahan. Dia mengukir senyum yang dapat mencairkan hati perempuan yang memandangnya. Ryan mengerutkan dahinya dan mengecilkan mata memandang ke arah lelaki itu. Ryan ni rabun jauh. Memang tak nampak lah muka lelaki tu. Perlahan-lahan Ryan menapak mendekati lelaki itu. Baru dia boleh nampak dengan jelas muka lelaki tu.

 

 

"Laaa....Jungkook ke? ingatkan sape lah tadi..." Ryan mengeluh lega. Dia tersenyum comel.

"Hehe... Jungkook la. Sape lagi lah yang selalu datang kemas stor ni kalau bukan Jungkook. Hah ! Apa awak buat kat sini ?" Jungkook memeluk erat bola keranjang itu. Ryan sedikit tersentak dengan soalan Jungkook. Dia nampak ke apa yang aku buat tadi ?? Alamak ! malunya... andwae ! 

"Err...sa..saya hantar barang. A'ah. Hantar barang" Ryan tersenyum menampakkan eye-smilenya. jungkook membalas senyuman Ryan.

"Jungkook pulak buat apa kat sini?" Kali ini giliran Ryan pulak untuk bertanya. Jungkook memandang ke arah Ryan.

"Jungkook kan dah cakap tadi. Jungkook datang sini sebab nak kemas stor sukan ni la. Waktu saya masuk tadi, saya nampak perempuan. Ingatkan sape lah kat dalam ni. Rupanya Ryan.Hahaha" Jungkook ketawa comel >.< . 

"Erkk..haha" Ryan menggaru belakang lehernya. Dahinya berkerut tatkala melihat Jungkook sedang mengukur jarak antara bola keranjang di tangannya dan jaring gol.Tajam aja pandangan Jungkook masa tu. Nak buat apa ni? Tak kan lah dia nak........ JARINGKAN GOL dari sini kot o.O ??

 

Bola keranjang di tangan Jungkook selamat masuk ke dalam jaring gol. Perlahna-lahan bola keranjang itu melantun ke kaki Jungkook. Jungkook membongkok sedikit untuk mengambil bola itu. Ryan terpana melihat kebolehan Jungkook menjaringkan bola keranjang dengan jarak yang jauh macam tu. Gila DaeBak !!!

 

"Awak ni kenapa Ryan ?" soal Jungkook hairan melihat Ryan yang berdiam diri dari tadi.

"Ehh..haha.. tak ada apa-apa lah. Cuma awak ni hebat betul. Jauh kot jaring gol tu. Saya ni dah banyak kali cuba tapi tak masuk-masuk lagi. fed-up jadinya." Ryan menceritakan kelemahannya. Jungkook hanya tersenyum menawan tertawan.

"Biasa je. Jungkook ni pemain bola keranjang masa sekolah kat Los Angeles dulu. Kalau Ryan nak tahu, kalau nak mahir main bola keranjang ni kena sabar dan berlatih banyak kali tau. Susah sikit dari sukan biasa. Ia perlukan stamina yang kuat. Sebab tu la Ryan susah sikit nak jaringkan gol tadi." Jungkook tersengih meleret. Ryan speecless. So Jungkook nampak la apa aku buat tadi ? Ahhh..malunya ! >.< Ryan menundukkan kepalanya.

 

"Tak payah nak malu lah. Normal la tu. Ryan nak main ke? Meh Jungkook tolong ajarkan" Jungkook dengan rela hatinya meng-offer-kan dirinya untuk membantu Ryan yang lemah dalam sukan bola keranjang itu. Terus mata Ryan bersinar-sinar macam bintang. Tetapi bila pandang wajah Jungkook, hilang terus sinarnya. Jungkook ni...lelaki. Aku malu la.... Ryan menggigit bibir bawahnya. Dia memang nak main bola keranjang tapi sekarang ni dia malu sebab Jungkook yang akan ajar dia. Nanti timbul pulak gosip lain kang.

"Relax je lah Ryan. Kalau nak belajar tak perlu ada rasa malu" Jungkook berkata dengan tenang. Tau betul apa yang difikirkan oleh Ryan waktu tu. Ryan tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Okay. I'm ready !" ujar Ryan dengan penuh bersemangat. Jungkook tersenyum dan berlari ke arah jaring gol diikuti Ryan dari belakang.

 

 

Macam-macam teknik yang diajarkan oleh Jungkook kepada Ryan. Dari yang paling penting sehingga yang paling ringkas. Seronok betul diorang. Sampai tak sedar yang mereka dah berada dalam stor sukan selama 1 jam. Ryan ni dari tadi tak dapat-dapat lagi nak jaringkan gol. Nasib la si Jungkook ni jenis penyabar orangnya. Dia sabar je melayan Ryan punya perangai. 

 

"Fighting Ryan !" Jungkook memberikan kata semangat kepada Ryan. Ryan mengangguk perlahan. Jaring gol diperhatikan dengan teliti. Setiap inci tidak terlepas. Bola di tangan dipegang erat. Ryan mengundurkan sedikit bola itu ke belakang. Pantas bola itu dilemparkan ke jaring gol. Mata Ryan dan Jungkook sama-sama mengharap. Ryan menggigit bibir bawahnya. Jungkook menggenggam erat tangannya. Tetapi....masih sama. Kali ni bola tu terkena besi jaring gol. Ryan mengeluh berat. Jungkook hanya tersenyum tawar. 

 

Jungkook berjalan mendekati jaring gol dan mengambil bola yang melantun. Dia berlari ke arah Ryan. Ryan dah terduduk di atas lantai stor sukan itu. Jungkook duduk mencangkung di hadapan Ryan. Kepala Ryan diusap lembut.

 

"Tak pe la Ryan. Masih percubaan. Nah ! cuba lagi sekali" Jungkook tidak bosan-bosan memberikan Ryan semangat. Ryan memandang ke arah Jungkook yang tersenyum. Dia menggeleng perlahan.

"Tak nak lah. Sekuat mana pun saya cuba, tetap tak aka dapat jaringkan gol punya" ujar Ryan dengan lemah. 

"Mana ada ! Kalau terus berusaha mesti dapat punya. Jungkook pun macam Ryan jugak dulu. Tapi Jungkook tak putus asa tahu. Jungkook tetap berusaha dan akhirnya....Jungkook berjaya !" Jungkook menceritakan kisah tentang dirinya. Ryan memandang ke arah Jungkook. Dia tersenyum kecil.

"Jom Jungkook tolong !" Jungkook menawarkan tangannya untuk membantu Ryan. Ryan mencapai tangan Jungkook dan berdiri tegak di hadapan Jungkook. Jungkook tersenyum uas.

 

"Mula-mula tangan kena macam ni. Kaki pulak pusing macam ni. Pandang jaring gol tu elok-elok. Fokuskan pandangan. Jungkook berdiri di belakang Ryan. Tanganya menyentuh jari-jemari Ryan pada bola keranjang itu. Ryan hanya menurut sahaja. Tak pulak dia rasa berdebar macam bila tangan dia dan Sehun bersentuh.

"Ready Ryan?" Jungkook memandang tepat ke muka Ryan. Ryan tersenyum manis.

"Ready !" Jawap Ryan bersemangat.

 

Bola keranjang itu dilempar ke arah gol. Ryan memandang dengan epnuh harapan. Harap-harap ini lah gol yang dinanti-nantikan oleh dia dan Jungkook. Tekaan mereka tepat, bola keranjang itu masuk ke dalam jaring gol dengan dibantu oleh Jeon Jungkook yang baik hati ni. Bersyukur Ryan dapat kawan macam Jungkook ni.

 

"Yeay !!!!" Ryan terlompat-lompat seperti kanak-kanak yang baru mendapat lollipop. Jungkook hanya tersenyum meleret melihat Ryan yang terlebih gembira tu. Kepalanya digeleng perlahan. 

 

 

Tiba-tiba pintu bilik stor dibuka dari luar. Ryan berhenti melompat dan memandang ke arah pintu yang terkuak itu. Jungkook juga pelik melihat ke arah pintu itu. Sepasang kaki yang panjang melangkah masuk ke dalam stor sukan tersebut. Membuntang mata Ryan apabila melihat lelaki itu.

 

"Sehun ? buat apa kat sini?" soal Ryan dari jauh. Sehun berjalan mendekati Ryan dan Jungkook.  

"Puan Son dah masuk kelas. Dia suruh aku tolong panggil kau and Jungkook. Kat sini rupanya korang ye. Puas aku cari." Sehun duduk di atas lantai stor. Jungkook dan Ryan berpandangan antara satu sama lain. Muka mereka penuh dengan riak pelik. 

"Bukan ke cikgu ada mesyuarat ?" Jungkook bertanya kepada Sehun.

"Entah..." ujar Sehun sepatah. Bahunya diangkat tanda tidak tahu.

 

"Jom lah !" Ryan berdiri dan berjalan keluar dari stor sukan. Jungkook dan Sehun pantas bangun dan berlari ke arah Ryan.

 

Mereka bertiga keluar dari stor bersama-sama.

 

 


 

 

Sampai je depan papan kenyataan. Penuh murid-murid sedang mengerumuni papan itu seperti semut yang sedang mengerumuni gula. Ryan, Sehun dan Jungkook bergerak ke arah murid-murid itu. 

 

"Kenapa ni?" soal Ryan hairan.

"Entah...sesaknya. Ada berita penting ke?" Jungkook mengerutkan dahinya. Dia berjalan ke sebelah Ryan dan meninggalkan Sehun berseorangan di belakang.

"Aku tak nak masuk campur. Kurang oksigen je kalau terus ada kat sini" Sehun berjalan ke arah kelas dengan machonya. Kedua tanagannya diletakkan ke dalam poket seluar. Jungkook dan Ryan hanya memandang Sehun dari jauh. Ishh Sehun ni. Selamba badak je pergi. Melampau ni ! 

 

Ryan mencuit bahu salah seorang pelajar perempuan yang ada di situ. Pelajar itu menoleh ke belakang dan memandang ke arah Ryan dengan senyuman.

 

"Ada apa ni ye?" soal Ryan sopan. Jungkook hanya memerhatikan Ryan dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Ryan.... walaupun popular, dia tak sombong macam sesetengah Queenka. :) 

"Oh... ni ada maklumat tentang acara sekolah." ujar pelajar itu. Ryan mengangguk perlahan.

"Terima kasih" Ryan mengucapkan terima kasih kepada pelajar itu.

"Ne. Sama-sama." pelajar itu berjalan pergi dari situ. Murid-murid mula beredar dari kawasan itu. Hanya tinggal beberapa orang je kat situ. 

 

 

Ryan berjalan ke hadapan papan kenyataan dan melihat notis yang ditampal di papan itu. Dia membaca notis itu. Jungkook yang berada di sebelah Ryan juga turut membaca notis tersebut.

 

 

 

SM HIGH SCHOOL 

( Dancing and Singing Competition )

 

Date : 27 September 2014

Category : All of SM.High Student

Place : School's Hall

 

 

"Oh..pertandingan ni rupanya~" ujar Ryan. Jungkook menoleh memandang ke arah Ryan.

"Setiap tahun memang ada ke pertandingan macam ni?" soal Jungkook. Ryan memandang ke arah Jungkook dan mengangguk perlahan. 

"A'ah.. pertandingan ni memang mendapat sambutan yang hangat !" Ryan tersenyum memandang ke arah notis tersebut. Jungkook curi-curi melihat Ryan dari tepi. Cantik betul gadis ni dari pandangan tapi. Bibir Jungkook mengukir senyum.

 

"Saya akan buat surprise untuk awak time Music's Day tu Ryan" ujar Jungkook di dalam hatinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Chapter seterusnya maybe akan diupdate malam ni or esok. Bersabar ye.. Hehe ^^  maaflah sebab dah lama tak update. Takde mood + banyak homework + otak kosong. Hehe..

 

Comment Juseyo ~

 

 

p/s : Maaf kalau ada Typos ~ 

 

 - Kamsahamnida - 

 - Thalanghae - 

 

 From, 

 Little Sehun's CandyCrush 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Aisyatul
I;m back. Aloha ~

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: a/n ppali update jusseyo...cite ni dah buat hati saya trtwn gitu
exopcyexo #2
Chapter 12: newbie reader here ~ sye skelaa dgn ff ni ..please keep update juseyo!!sye data jatoh cinte dgn ff nie :*
ainsuho #3
Chapter 12: Please update unnie im begging you:'(
sha13101999 #4
Chapter 12: wahhh . awesome awesome awesomeeeee . update soon please ♥
AuziSalsabila #5
Chapter 12: Kelakar + sengal + sweet....hahaha...
update cepat yea
JeonAra #6
Chapter 12: Unnie daebak!!!! Sume ff unnie best ! ^^
MaryLulu209 #7
Chapter 12: Sweet gile!!author -nim ppali update !!!
Khailin2626
#8
Chapter 12: Sweet+Lawak=Daebak!!!!
Best!!! XD
Palli update,,,,:3
happyvirus_113
#9
Chapter 12: Kyaa update lagi >< boleh berdarah hidung baca chapter ni >< sweet sgt