Exam Mood ON !

I'm In Love For The First Time

Minggu exam merupakan minggu yang paling dibenci oleh semua pelajar. Ya, bila dilabel 'semua pelajar', Ryan juga antara salah satunya. Tak tidur la gamaknya perempuan ni. 

 

"Aduh...Exam pertengahan tahun dah nak mula. Ni yang nak kena study gila-gila ni. Haish tak sukanya !" Ryan merungut dan mengumam perlahan. Baekhyun yang sedari tadi memerhatikan Ryan terlopong sebentar.

 

"Amboi...best student pun merungut jugak ke? Abang ingat minggu exam tu minggu 'kegemaran' Ryan.Hahaha" Baekhyun ketawa dengan sambalewa. Ryan yang berada di belakangnya hanya memandang dengan tajam. Nak kena jugak abang aku ni. Sibuk je nak mengata aku. Nak lawan ke hah !

 

"Best student tak best student... Kalau dah minggu exam ni, mesti kena strugle lebih ni. Penatlah adik" Ryan mencebikkan mulutnya sambil mengacau susu panas yang baru dibancuh olehnya. Dia merancang untuk memulakan aktiviti menelaah pelajaran bermula minggu ini. Jadi, tak adalah kelam-kabut bila exam dah nak mula next week. 

 

"Takyah study la kalau camtu. Kau kan pandai hahaha" Baekhyun ketawa lagi. Suka benar dia mengusik adiknya yang seorang itu.

 

"Wah..wah..wah.. senang cakap ! Orang pandai pun kalau tak buka buku, mana nak pandainya. Menyampah la cakap dengan abang ni ! Dahlah, Ryan nak pergi toilet jap. Tepi lah !" Ryan menolak Baekhyun ke tepi sebelum menerobos ke dalam tandas. Baekhyun mengerutkan dahinya.

 

"Marah sangat ni kenapa. Bulan dia datang lah tu" Baekhyun menutup mulutnya dan ketawa terkekek-kekek. Ketawa dia terhenti apabila matanya tertangkap segelas susu yang berada di atas meja. Tak tahu kenapa dia rasa nak sangat minum susu itu. Baekhyun memandang ke kiri dan kanan sebelum mula melangkah secara berjengket-jengket.

 

"Sorrylah Ryan. Abang rasa sikit eh" Baekhyun sengih dan dengan segera tangannya mencapai susu di atas meja. Dia pantas meneguk susu tersebut sebelum Ryan sempat keluar dari tandas.

 

"Wahh...naluri aku tak salah. Susu buatan Ryan memang top lah !" Baekhyun tanpa sedar telah meminum susu itu sehingga tinggal separuh.

 

"Lalalala..." Ryan keluar dari tandas sambil mengelap tangannya pada kain yang tergantung di sebelah pintu tandas. Matanya membulat dan nyanyiannya terhenti apabila terpandangkan susunya di atas meja telah habis diminum oleh Baekhyun. BAEKHYUN ! Satu nama yang memang membuatan dirinya hangin satu badan. 

 

"Woi lelaki ! Kau buat apa dengan susu aku hah?! Waaaaaa" Ryan segera ke arah Baekhyun dan menarik lengan Baekhyun.

 

"Uish..uish apa ni . nanti pecah la gelas ni" Baekhyun mengangkat gelas tersebut daripada dapat dicapai dek tangan Ryan. Muka Ryan sudah merah. Marah dan geram menjadi satu.

 

"Abang buat apa ni. Tu susu Ryan lah !"

 

"Can't you tell by looking, my dearest sis?" Baekhyun tersengih.

 

"Why abang Why? Tak boleh ke bancuh sendiri. Ryan nak study la lepas ni. Abang ni kan !" Ryan mencebik mulutnya. Terasa Baekhyun yang  berada di hadapannya kini kecik besar kecik besar je.

 

"Sorry lah. Susu yang adik bancuh ni goda abang. Dia memanggil-manggil abang dengan gayanya yang menggoda tu. Uhmpp" Baekhyun memejamkan matanya sambil menggelengkan kepalanya. Ryan termangu sebentar. Pantas lengannya menampar belakang badan Baekhyun.

 

"Adoi..." Baekhyun mengaduh kesakitan.

 

"Loyar buruk lah abang ni ! Ryan baru je tinggal sekejap susu tu kat situ, pastu abang dah minum. Haih... apalah" 

 

"Finder keeps, Looser " Baekhyun menayangkan muka bangganya. Ryan menayangkan muka bosannya. Lantaklah kau Baekhyun. Malas aku nak layan.

 

"Malas la Ryan layan. Naik bilik lah macam ni. Hish...tepi !" Ryan menindih bahu Baekhyun sebelum bergerak naik ke bilik. Baekhyun hanya mencebik.

 

"Nak manja-manja pun tak boleh. Itu tak boleh...ini tak boleh...Semua tak boleh ! Apa yang boleh? Nasib-Nasib~" Baekhyun membuka peti ais lalu mencari makanan yang boleh memenuhkan perutnya.

 


 

Sementara di rumah Sehun pula...

 

"Ya Tuhan Anak bertuah ni ! Boleh relax je depan tv ni? Dengan shirtless lagi. Haish kamu ni Oh Sehun, pergi study ! Nak exam dah kan" Puan Oh menggelengkan kepala melihat anak terunanya yang sedang menonton televisyen dengan muka yang tidak beriak. Sehun mendang ke arah mamanya sebelum mengerutkan dahinya. Exam ke? Bila?

 

"Bila pulak Examnya ma? Sehun tak tahu pun" Sehun menguap tanpa menutup mulutnya. Puan Oh menjegilkan matanya .

 

"Kamu kata kamu tak tahu, Oh Sehun ?! mama yang habis sekolah ni pun tahu yang kamu exam nest week ! Apalah kamu ni...pening kepala mama tahu" Puan Oh duduk di atas sofa yang terletak bersebelahan Sehun. Dia memicit sambil menggelengkan kepalanya yang mula terasa berdenyut.

 

"Ala... chilax la ma. Sehun study sehari sebelum exam je. Masa masih panjang ma~" Sehun tersengih mendengar kata-katanya sendiri. Puan Oh menjeling Sehun tajam.

 

"Banyaklah kamu masa masih panjang. Tak boleh ke kamu jadi macam Ryan tu? Mama tengok dia dah mula study tu. Kamu ni lah..." 

 

"Mana ma tahu yang Ryan dah mula study? Mama upah spy ke apa?" Sehun pelik. Sejak kebelakangan ni, mamanya tahu sahaja perihal keadaan yang berlaku di sekitar perumahan mereka. Nak kata yang mamanya ikut serta 'mesyuarat tingkap' dengan jiran-jiran, mama bukan orang macam tu. Ni tak sah lagi lah ni, mesti mamanya upah penyasat ni. Wah...boleh jadi mama upah Undercover juga. Confirm! Haha. Sehun ketawa dalam diam.

 

Pap!

 

"Adoiii...sakitlah ma" Sehun menggosok belakang badannya yang ditampar oleh Puan Oh. Sampainya hatimu~ 

 

"Spy apa benda kamu ni ! Mengarut je. Mama tengok tadi lah kat bilik dia. Kamu ni... lantak kamu lah. Mama dah nak masuk tidur ni. Nanti masa depan hancur jangan nak salahkan mama" 

 

Zzzapp! 

 

Kata-kata itu berlegar dalam kepala Sehun. Amboi ma... tajamnya bahasa. Sentap duh. Sehun mendecit perlahan. Puan Oh hanya tersengih apabila mengingat kembali kata-katanya.

 

"Mama gurau je. Hahaha. Mama tahulah kamu ni macam mana. Style kamu apa semua tu. Mama yang besarkan kamu. Jangan risau lah. Mama saja je nak bergurau dengan kamu. Mama masuk dulu ya. Good night, Sehun" Puan Oh segera masuk ke dalam biliknya. 

 

Sehun menggelengkan kepala melihat langkah mamanya. Gurau ya ma? Baru nak sentap. Tak jadi sentap lah macam ni. 

 


 

Sehun bermain PSP tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Exam? Masih ada masa untuk itu. 

 

"Haish bosannya..." Sehun menguap untuk kesekian kalinya. Malam yang sungguh membosankan. Study? Sorry ! Sehun memang dah letak tepi perkataan 'study' itu. Dia masih tidak punya mood untuk study. 

 

Tiba-tiba kepalanya teringatkan perihal Ryan. Ryan...Ryan..Ryan... minah tu study awal gila. Semangatnya. 

 

Sehun bergerak ke balkoni rumahnya. Dia duduk bersila sambil memegang majalah yang diambil di atas meja kecil. Buat cover bila terkantoi yang dirinya nak usha Ryan dari jauh. 

 

Tanpa sedar, Sehun tersenyum kecil melihat Ryan yang sedang membaca buku. Terangguk-angguk kepalanya menghafal fakta-fakta yang terdapat di dalam buku. Siap dengan pelbagai gaya lagi. Tutup mata lah, angguk lah, geleng lah... Sehun menggelengkan kepalanya sedikit.

 

"Comel awek ni." Sehun mengumam perlahan tanpa sedar.

 

 

Ryan yang terasa dirinya diperhatikan sejak tadi mula rasa tak selesa. Ju-On kah? Minta-mintalah bukan makhluk yang seangkatan dengan tu ! Ni yang seram sejuk ni. Time nak study, ada je halangan. 

 

Ryan mwnoleh perlahan ke arah balkoni biliknya. Dahinya dikerutkan.

 

"Oh Sehun ?" Ryan menyebut nama Sehun tanpa sedar. Apa yang mamat tu buat dengan majalah kat tangan dan bersila macam tu? How weird...

 

Sehun yang sedar dia telah terkantoi cepat-cepat bangun dan masuk ke biliknya.

 

"Aduh...kantoi usha anak dara jiran sebelah." Sehun menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia menyambung aktivitinya bermain PSP tanpa menghiraukan kejadian tadi. Lantaklah.

 

 

Sementara Ryan pula...

 

"Oh Sehun ke jelmaan Oh Sehun tu?" Ryan menggosok matanya. Betul ke tak apa yang aku nampak. 

 

"Nevermind" Ryan mengangkat bahunya dan matanya kembali terarah pada buku yang berada di hadapannya.

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Aisyatul
I;m back. Aloha ~

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: a/n ppali update jusseyo...cite ni dah buat hati saya trtwn gitu
exopcyexo #2
Chapter 12: newbie reader here ~ sye skelaa dgn ff ni ..please keep update juseyo!!sye data jatoh cinte dgn ff nie :*
ainsuho #3
Chapter 12: Please update unnie im begging you:'(
sha13101999 #4
Chapter 12: wahhh . awesome awesome awesomeeeee . update soon please ♥
AuziSalsabila #5
Chapter 12: Kelakar + sengal + sweet....hahaha...
update cepat yea
JeonAra #6
Chapter 12: Unnie daebak!!!! Sume ff unnie best ! ^^
MaryLulu209 #7
Chapter 12: Sweet gile!!author -nim ppali update !!!
Khailin2626
#8
Chapter 12: Sweet+Lawak=Daebak!!!!
Best!!! XD
Palli update,,,,:3
happyvirus_113
#9
Chapter 12: Kyaa update lagi >< boleh berdarah hidung baca chapter ni >< sweet sgt