008

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

B A B 8 : K E N A   R O T A N

Tiba-tiba Na Eun terdengar bunyi tapak orang berlari dari belakang. Na Eun sedikit terkejut. Bunyi tapak itu semakin dekat dan cepat. Jantung Na Eun berdegup laju. Sangat laju.

Na Eun cuba menoleh kebelakang tetapi tangan Na Eun disambar dengan pantas. Na Eun terpana. Terkejut melihat lelaki yang menrik tangan Na Eun itu. Dia masih tak berhenti berlari membuat Na Eun pun turut berlari.

“Cepat Na Eun! Bas dah sampai!” teriak lelaki itu.

[ Now is seasons of Love OST Puberty Medley]

Na Eun masih mengecam lelaki itu. Myungsoo! Tanganya masih memegang tangan Na Eun. Sayangnya tiba di perhentian bas, bas yang sepatutnya Na Eun dan Myungsoo naik itu sudah pergi. Myungsoo melepaskan pegangan itu dan memecut lebih laju mengejar bas itu.

“Tunggu! Pakcik! Tunggu!” jerit Myungsoo dengan kuat. Aish! Dia marah. Dia menendang tiang papan tanda disitu. Dia menghempaskan beg sekolahnya kerana marah. Dia seperti lupa Na Eun berada di situ menyaksikan panas barannya.

Beberapa saat kemudian Myungsoo semakin tenang dia memalingkan pandangan kearah Na Eun. Na Eun masih memandang Myungsoo. Myungsoo terpana. Dia sedikit malu atas kelakuan dia tadi. Dia menghampiri Na Eun. Tetapi Na Eun terus pergi dari situ.

Hari itu Na Eun dan Myungsoo berjalan ke sekolah dengan berjalan kaki. Dari rumah Na Eun mengambil masa 20 minit menuju ke sekolah. Myungsoo setia mengikuti Na Eun dari belakang. Na Eun tidak menyalahkan Myungsoo langsung. Na Eun tahu dia juga salah kerana menunggu Myungsoo tadi. Tapi, Myungsoo asyik menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau aku tak bangun lambat tadi mesti tak kena jalan kaki. Aishh!

Na Eun sempat mengerling ke tepi kerana ingin melihat apa yang Myungsoo sedang buat.

Dia okay ke? Takut pulak aku tengok dia marah tadi. Bisik Na Eun.

Hampir 20 minit Na Eun dan Myungsoo tiba di sekolah. Dari jauh Myungsoo ternampak kelibat cikgu Sunggyu. Myungsoo mengeluh. Cikgu Sunggyu terkejut melihat Na Eun dan Myungsoo dibelakangnya.

Macam aku kenal budak ni? Bukan ke Na Eun tu? Yang belakang tu memang aku kenal sangat.

Langkah Na Eun terhenti tepat sebelum melangkah pagar besar sekolah itu. Na Eun melihat cikgu Sunggyu sambil memegang rotan keramatnya.

“Haa awak berdua!” tegas cikgu Sunggyu. Na Eun dan Myungsoo tersentak dengan suara Cikgu Sunggyu.

“Ikut ke bilik saya.” Katanya lagi. Na Eun dan Myungsoo hanya menurut. Ini adalah kali pertama Na Eun melangkah kebilik disiplin itu.

“Boleh saya tanya kenapa awak berdua lambat?” Tanya Cikgu Sunggyu.

“Tertinggal bas.” Jawab Myungsoo.

“Kenapa mesti awak berdua?” Tanyanya lagi.

“Kebetulan.” Jawab Myungsoo lagi. Na Eun masih berdiam.

“ini kesalahan pertama awak kan, Son Na Eun?” Cikgu Sunggyu bertanya.

“sebenarnya…” Myungsoo masih mahu mempertahankan Na Eun. Tetapi belum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

“Boleh tak awak diam?! Dari tadi awak je bersuara. sekarang Saya tak tanya awak!” bentak Cikgu Sunggyu sambil memukul meja menggunakan rotannya. Bunyi rotan itu membuatkan Na Eun dan Myungsoo terkejut.

“Ya… betul. Maafkan saya, Cikgu. Saya tak akan melakukannya lagi.” Kata Na Eun dengan sedikit takut. Selama ini Na Eun tidak pernah berhadapan dengan Cikgu Sunggyu sebegini.

“Walaupun awak pelajar paling top dalam sekolah ni. Salah tetap salah. faham?” Na Eun menganggukan kepala. Myungsoo memandang Na Eun yang berada ditepinya. Dia dapat rasa Na Eun sedang takut.

Cikgu sunggyu merotan punggung Myungsoo. Sakit bukan kepalang. Sudah lama dia tidak merasa sakit itu.

“Sakit ke? Bukan dah biasa?” peril cikgu Sunggyu. Myungsoo hanya tunduk sambil mengusap punggungnya yang sakit itu.

“awak pulak Na Eun. Tangan!” kata Cikgu Sunggyu. Myungsoo tersentak.

“bagilah dia peluang, cikgu. Dia tak bersalah!” Pujuk Myungsoo. Dia benar-benar ingin melindungi Na Eun. Cikgu Sunggyu pura-pura tidak mendengar. Perlahan Na Eun menadah tangan Na Eun tanda sedia untuk merotan. Mata Na Eun pejam rapat. Cikgu Sunggyu menghayun rotannya dan—

PPAAAMMM!! Rotan hinggap diatas tangan pesalah. Na Eun pelik kerana tak merasa sakit sedikit pun. Na Eun buka mata Na Eun dan ternampak tangan Myungsoo berada sedikit jarak diatas tangan Na Eun. Na Eun tergamam. Cikgu Sunggyu pun terkejut dengan tindakan Myungsoo.

[ IU – Heart OST Producer ]

Na Eun memandang Myungsoo disebelah Na Eun. Dia sedang menahan kesakitan.

Kenapa…kenapa dia sanggup sakit untuk aku… Myungsoo…

“Apa awak buat ni Kim Myung Soo!” kata Cikgu Sunggyu.

“Saya dah cakap cikgu. Dia tak bersalah. Tadi saya buli dia. Saya campak beg dia dalam rumah orang dan dia terpaksa mencari beg dia. Saya tolak dia sewaktu perjalanan tadi sampai dia terjatuh. Saya minta dia belikan saya biskut di kedai…” Myungsoo berbohong!

“apa?!” bentak Cikgu Sunggyu. Na Eun juga turut terkejut den

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)