003

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 3 : S T A R T I N G   F A L L  F O R   Y O U <3

"Kau jangan banyak cakap cepat bagi aku 3000 won!" Teriak Myungsoo pada pelajar Junior sekolahnya.

"tapi..." junior itu masih memohon kepada Myungsoo. Myungsoo tidak berkata apa-apa. DUSHHHH! tumbukan itu singgah di pipi pelajar junior itu. Sangat sakit! Myungsoo puas.

"Aku tahu esok ada duit itu. Hoya Dongwoo blah jom!" Kata Myungsoo. Pelajar itu menangis. Kebetulan Na Eun lalu disitu dan ternampak pelajar itu. Na Eun mengahmpiri dia.

"adik, okay ke?" Tanya Na Eun. Pelajar itu mendiamkan diri tetapi matanya melirik ke arah Myungsoo dan rakannya yang sedang berjalan meninggalkan lokasi itu. Na Eun turut menoleh pada Myungsoo. Dahi Na Eun berkerut memikirkan sesuatu.

Kim Myungsoo... tak guna betul jadi manusia... aku benci kau Kim Myungsoo! Bisik hati Na Eun dengan nada marah sambil memerhati langkah Myungsoo. Hati Na Eun penuh dengan kemarahan melihat Myungsoo.

"Mari noona tolong sapukan ubat..." Na Eun membantu pelajar junior itu. Dia hanya menurut kata-kata Na Eun.

...

Myungsoo dan rakan-rakannya berjalan menyusuri kaki lima. Semua pelajar disekelilingnya memandang tidak puas hati. Mereka tidak senyum sedikitpun melihat Myungsoo,Hoya dan Dongwoo. Mereka berasa menyampah dan benci! Walaupun Myungsoo mempunyai wajah yang kacak dan manis tetapi oleh kerana kelakuannya membuatkan orang tidak suka. Myungsoo juga sangat sombong dan bongkak kerana tidak pernah senyum pada sesiapa.

Myungsoo lalu di hadapan kelas Na Eun. Tiba-tiba kakinya berhenti dan kepalanya memandang kedalam kelas Na Eun. Semua murid dalam kelas Na Eun memandang Myungsoo kecuali Na Eun. Na Eun hanya tunduk dan membaca buku. Myungsoo masih merenung wajah cantik Na Eun semasa sedang membaca buku.

Cantiknya. Bisik hatinya setelah melihat Na Eun. Hoya dan Dongwoo hairan.

"Hoi kau tengok apa? jom lah balik kelas nanti cikgu Sunggyu datang!" Teriak Hoya.

Tiba-tiba seseorang tiba dari belakang--

"Haaaa! korang buat apa disini? nak kacau kelas budak pandai ni pula?" Jerit cikgu Sunggyu. Mereka bertiga berasa terkejut. Myungsoo mengalih pandangannya kepada cikgu Sunggyu. Na Eun mendengar suara Cikgu Sunggyu terus memandang ke luar kelas. Na Eun ternampak Myungsoo. Na Eun memandangnya dengan jelingan tajam.

"Kan aku dah cakap! Panjang umur cikgu Sunggyu! Jomlah!" Sambung Hoya lagi. Myungsoo sempat memadang Na Eun sebelum pergi. Kecewanya dia apabila Na Eun membalas pandangannya dengan jelingan. Myungsoo meninggalkan kelas itu. Matanya masih melirik kearah Na Eun.

...

Sepanjang sesi pembelajaran Myungsoo memang tak boleh fokus dan hanya memikirkan Na Eun. Na Eun memandang buku pelajaran tetapi fikiran Na Eun memikirkan Myungsoo. Tiba-tiba mata Myungsoo menjadi berat seperti mahu tertutup.

"Myungsoo saya suka kan awak!" Ujar Na Eun.

"Betul ke Na Eun? Saya juga..." Kata-kata Myungsoo tidak dapat disambung.

"Tapi awak berlagak yang awak tu perfect!" Kata Na Eun dengan tegas.

"Huh?" Myungsoo tertanya-tanya. Na Eun menggeleng kepala. Bayangan Na Eun semakin hari semakin hilang. Myungsoo cuba mengejar.

"Na Eun! Na Eun! Son Na Eun!" Myungsoo menjerit memanggil Na Eun.

Cikgu Sunggyu mengetuk meja Myungsoo yang terlena. Tukk! Tukk! Tukk!! Myungsoo masih tidak bangun dari tidur. BAAAMMMMMMMMM! Rotan Cikgu Sunggyu hinggap di meja Myungsoo. Tanpa disedari.

"Na Eun Jangan Tinggalkan Saya!!!!!!!!" Myungsoo menjerit satu kelas mendengar apa yang dikatakan Myungsoo. Mereka tergamam. Kelas senyap. KRIKKK... KRIKKK... KRIKKK...3...2...1... satu kelas ketawa termasuk Cikgu Sunggyu Hoya dan Dongwoo. Cikgu Sunggyu ketawa sehingga terduduk di lantai. Muka Myungsoo menjadi merah.

"Hoi! kau mimpi Na Eun ke?" Usik Dongwoo lalu sambung ketawa.Myungsoo bangun dari tempat duduknya.

"Hoi! jangan ketawakan aku lah! Nak kena belasah ke?" jerit Myungsoo kepada rakan kelasnya yang lain. Mereka te

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)