004

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 4 : T H E   G A M E   S T A R T

"Aku bukan pengecut macam kau lah!" Sungyeol masih melawan.

Tangan Myungsoo sudah menyediakan penumbuk. Tiba-tiba telefon Sungyeol berdering. Mereka berhenti seketika. Myungsoo melepaskan Sungyeol. Sungyeol melihat nama pemanggil-- Na Eun My Love calling... Sungyeol mendapat idea. Dia menjawab panggilan Na Eun.

"Hello sayang..." Sungyeol menyapa dengan nada manja. Myungsoo yang di hadapan Sungyeol menjadi tidak keruan. Dia memandang tempat lain kerana menyampah dengan muka Sungyeol. Myungsoo sedikit cemburu.

"ya... saya on the way ni... ya..." Kata Seungyeol. Myungsoo berkerut dahi.

"okay... i love you too, Na Eun...." Sungyeol bertambah manja berbual dengan Na Eun. Myungsoo bertambah cemburu. Sungyeol menamatkan panggilan.

"Na Eun yang cintakan aku tengah tunggu aku dekat rumah dia. Aku cuma nak cakap, Na Eun dengan kau bagai bumi dengan Planet Pluto. Jauh kan?" Sungyeol memerli Myungsoo. Myungsoo geram.

"Aku tak tahu pula yang Boyfriend Na Eun ni mulut jahat! Kesian Na Eun. Aku pun nak cakap something. Kau jaga Na Eun baik-baik jangan sampai aku..." ujar Myungsoo. Sungyeol tertanya-tanya.

"apa?" tanya Sungyeol. Myungsoo senyum sinis.

[Junhyung B2ST - Flower]

"Jangan sampai dia jadi milik aku, kau yang merana." Kata-kata Myungsoo membuatkan Sungyeol ketawa besar. Myungsoo hanya melihat Sungyeol waktu itu. Tiba-tiba Sungyeol berhenti dari ketawa dan menghampiri Myungsoo. 

"Kalau kau memang tak nak hidup lagi kau cubalah. Jangan fikir kau gangster dekat sekolah, aku takut dengan kau..." Kata Sungyeol perlahan membisik ke telinga Myungsoo.

Sungyeol terus memalingkan badan dan pergi meninggalkan Myungsoo. Pandangan Myungsoo menghantar Sungyeol pergi. Myungsoo memandang ke tempat. 

Kenapa?! Kenapa aku berani cakap macam tu? Aku sendiri dah tahu yang Na Eun tak akan jadi milik aku! Ahhhh kenapa confident sangat ni Myungsoo! Myungsoo memarahi dirinya sendiri. Hoya dan Sungyeol masuk kembali dan menghampiri Myungsoo.

"kau okay tak? Apa budak Sungyeol tu cakap dekat kau?" Tanya Hoya. Myungsoo menggeleng.

Kejap. Sungyeol nak ke rumah Na Eun? Aku kena ikut untuk tahu rumah Na Eun! Bisik hati Myungsoo. Dia terus pergi.

"Aku ada hal nanti aku call!" Jerit Myungsoo kepada Hoya dan Dongwoo. Mereka berpandangan pelik pada Myungsoo. 

Myungsoo memang ikut Sungyeol daripada belakang sehinggalah tiba di rumah Na Eun. Sungyeol memasuki pagar rumah Na Eun. Myungsoo melihat dari jauh. Na Eun keluar dari rumah dan menyambut Sungyeol. Myungsoo mengerutkan dahinya. Memang bohong kalau Myungsoo tidak berasa cemburu. Senyuman Na Eun itu benar-benar dia ingin miliki. Myungsoo pandang sekeliling untuk ingat kawasan perumahan Na Eun. Myungsoo terus pusing dan pergi dari situ. 

Na Eun... patut ke saya tunggu awak atau ... lupakan awak... Ujar hati kecil Myungsoo. Dia menarik nafas panjang.

...


Beberapa minggu kemudian, gossip Myungsoo menyukai Na Eun sedang hangat dikatakan di sekolah. Kadang-kadang Na Eun berasa sangat marah tapi Na Eun percaya pada Sungyeol yang dia tidak akan berfikir bukan-bukan. 

Myungsoo tidak pernah berhenti memerhatikan Na Eun dari jauh walaupun dia masih buat kerjanya yang lampau. Sungjong berjalan seorang diri dengan membawa buku.Dia tidak sengaja melintasi Myungsoo, Hoya dan Dongwoo.

"Hoi budak nerd! lalu saja ke?" Hoya menegur Sungjong. Sungjong tidak menoleh mereka langsung dan hanya menunduk ke bawah sambil berjalan. Dongwoo sengaja mencari pasal dan menghalang Sungjong.

"kau nak pergi mana. Macam biasa bagi kita orang duit!" Kata Dongwoo. Myungsoo hanya melihat tanpa bertindak apa-apa. Waktu itu di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)