007

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 7 : W H A T  I F 

Sungjong berjalan seorang diri menuju ke kelas. Tiba-tiba dia terserempak dengan Myungsoo yang berjalan seorang diri, Sungjong menjadi takut! Buku yang berada di dakapannya terus terjatuh semuanya. Myungsoo terus memandang Sungjong. Sungjong mengutip buku-bukunya. Myungsoo ingin membantu Sungjong. Dia menghampiri Sungjong. Myungsoo membantu Sungjong mengutip bukunya.

"Nah! buku kau..." Kata Myungsoo sambil menghulurkan buku Sungjong. Sungjong masih ketakutan. Sungjong mengambil buku itu.

"Aku tahu kau dah kenal aku tapi hari ni... boleh kau anggap yang kau  tak pernah kenal aku?" Tanya Myungsoo. Sungjong tergamam.

Apa yang Myungsoo mengarut ni?

"huh?!" Sungjong tidak faham.

"Hai. aku Myungsoo. Kim. Myung. Soo. Selamat berkenalan..." Myungsoo menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Sungjong. Sungjong terkejut. teragak-agak dia ingin bersalaman dengan Myungsoo. Perlahan-lahan tangannya diangkat lalu bersalaman dengan Myungsoo. Myungsoo tersenyum. tangan dileraikan.

"Aku minta maaf atas apa yang aku lakukan sebelum ni pada kau..." Kata Myungsoo.

Myungsoo ke depan aku ni... kenapa baik pula? bisik Sungjong. Myungsoo menepuk bahu Sungjong lalu beredar dari situ. Sungjong memerhati. Tiba-tiba mulutnya berasa ringan untuk memanggil.

[Kim Tae Woo - High High OST A Gentlemen's Dignity]

"Myungsoo-yah" panggil Sungjong menggunakan banmal. Myungsoo berhenti. Myungsoo menoleh belakang memanjang Sungjong.

"Lets be friends..." Kata Sungjong dengan berani. Myungsoo sedikit terkejut. Myungsoo mengukir senyuman. Sungjong turut senyum.

...

Setelah pulang dari sekolah, Na Eun terasa sangat dahaga dan bercadang ingin membeli Americano.  Myungsoo hanya menuruti langkah Na Eun. Dia tidak pernah jemu melindungi Na Eun.

Tiba-tiba Myungsoo terpandang sepasang kekasih dalam café itu. Myungsoo mengecilkan matanya kerana dia sedikit rabun. Sungyeol dan Krystal! Langkah Na Eun semakin menghampiri café itu.

Alamak! Na Eun tak boleh nampak mereka… Kalau Na Eun nampak mesti sedih… Kata Myungsoo dalam hati. Tiada cara lain. Dia berlari menuju kearah Na Eun lalu menghalang perjalanan Na Eun. Na Eun terkejut.

“Apa awak buat ni, Myungsoo?” Na Eun berkata dengan nada yang kasar. Myungsoo serba salah.

“Awak tak boleh masuk café ni…” Jawab Myungsoo.

“Huh?!” Na Eun seperti hilang sabar. Myungsoo hanya berdiam diri.

“Awak boleh ikut saya ke mana saya nak pergi, tapi awak tak boleh halang ke mana saya nak pergi. Faham?” Kata Na Eun. Myungsoo menundukkan kepalanya. Dia cuba bersabar.

Tiba-tiba pintu café itu terbuka. Na Eun dan Myungsoo memalingkan kepala kearah pintu café itu. Sungyeol dan Krystal! Mata Na Eun terpana melihat mereka berdua terutama melihat Sungyeol, lelaki yang Na Eun sangat cintakan suatu ketika dahulu.

“Whoa… kau dengan Myungsoo nak dating di café ni ke, Na Eun?” Perli Sungyeol. Na Eun menahan sebak. Krystal yang berada di sebelah Sungyeol tersenyum sinis.

“Weh! Sungyeol! Jaga sikit mulut kau!” Teriak Myungsoo marah.

“Kenapa? Salah ke apa aku cakap? Bukan ke…” Ayat Sungyeol tergantung.

“Sudah!!” jerit Na Eun.

Na Eun masih menahan air mata daripada mengalir. Na Eun tidak memandang mereka lalu beredar dari situ. Myungsoo Memandang Sungyeol dengan pandangan yang tajam. Myungsoo juga beredar dari situ. Sungyeol menoleh kepalanya kearah Na Eun yang sedang meninggalkan tempat itu. dia cemburu mungkin.

Myungsoo mengejar Na Eun. Dia tidak mahu mengganggu Na Eun yang sedih. Tapaknya berjalan tanpa bunyi. Tiba-tiba langkah Na Eun berhenti. Na Eun tahu Myungsoo berada di belakangnya. Na Eun berpaling tubuh dan mengahadap Myungsoo. Na Eun dan Myungsoo saling berpadangan.

[EXO – Moonlight]

“sebab tu awak nak halang saya masuk ke café tu?” Tanya Na Eun dengan nada yang sedikit serak. Myungsoo mengangguk perlahan lalu padang ke bawah.

“Jangan buat begitu lagi."

"Biarlah saya nampak mereka sekalipun. Saya dah tak kisah. Mulai hari awak jangan i

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)