005

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 5 : P L E A S E  N O T I C E  M E

Sungyeol nampak gembira bersama Krystal. Dia seolah-olah melupakan Na Eun. Dia hanya ingin berseronok bersama Krystal waktu itu. Telefon Sungyeol berdering. Na Eun menelefonnya. Sungyeol melihat nama teman wanitanya itu dia terus menjadi takut dan bersalah.

Dalam masa yang sama dia melihat Krystal yang sedang tersenyum di hadapannya. Dia keliru untuk menjawab teleon Na Eun atau membiarkan saja. Sungyeol membuat keputusan untuk menjawab saja.

"hello? Sungyeol, mana awak?" Na Eun bertanya pada Sungyeol.

"Saya sedang tengok wayang dengan Joong San" Sungyeol menipu. Krystal terkejut kerana Sungyeol sanggup menipu Na Eun. Na Eun mengangguk tanda faham. Joong San adalah pelajar sekelas dengan Sungyeol.

"Awak nak saya datang? saya sedang free ni." Ujar Na Eun. Sungyeol terkejut dengan pertanyaan gadis itu.

"Awak nak datang? er... tak payah lah sebab lepas ni saya nak ke tempat lain dengan Joong San. nanti awak penat pula." Sungyeol menipu lagi. Krystal tersenyum melihat Sungyeol yang sanggup menipu Na Eun.

"baiklah. kita jumpa di sekolah esok" Kata Na Eun. 

"okay. bye!" Sungyeol mematikan panggilan dengan segera. Na Eun memandang skrin telefon bimbitnya. 

Peliknya Sungyeol... selalu dia suka bila aku free... hati kecil Na Eun berasa yang tidak baik. Tetapi Na Eun tidak mahu bersangka buruk dengan Sungyeol. Na Eun terus ingin melupakan perkara ini.

"Kenapa you tipu Na Eun?" Tanya Krystal. Sungyeol memandang Krystal.

"I tak nak dia kacau I dengan you" balas Sungyeol tanpa memikir apa-apa. Krystal sangat terkejut dengan jawapan Sungyeol.

Tak akan lah Sungyeol... Tch! Na Eun memang bodoh! Krystal senyum sinis teringatkan nasib Na Eun. Krystal dan Sungyeol berjalan ke tempat lain untuk berseronok.

Sementara itu Na Eun sedang mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon Na Eun berbunyi. Na Eun melihat nama pemanggil. Joong San.

"hello Na Eun, kau ada di rumah tak?" Joong San menanyakan sejurus Na Eun menjawab panggilannya.

"... aku di rumah" balas Na Eun.

"Baguslah! aku nak pinjam buku 'Taekwondo Steps' dari kau. lagi lima minit aku sampai" Ujar Joong San. Na Eun pelik.

"Eh, kau bukan tengok wayang ke sekarang?" tanya Na Eun.

"apa? daripada aku tengok wayang baik belajar taekwondo. Lagipun aku kena jaga adik aku di rumah sebab Mak Ayah aku tiada." Jelas Joong San. Tiba-tiba Na Eun berasa tidak sedap hati.

"Ahhh yakah. kau datanglah aku tunggu" kata Na Eun. perbualan tamat disitu. Na Eun sangat pelik.

Tak mungkin Sungyeol tipu aku. tak! Sungyeol tidak akan menipu aku. Na Eun meyakinkan diri sendiri. Dia sambung mengulangkaji pelajaran.

...

Keesokkan paginya seperti biasa Na Eun pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Semasa Na Eun sedang keluar dari rumahnya, dia terasa seperti seseorang mengekorinya dari belakang. apabila Na Eun pandang belakang orang itu terus bersembunyi. Dia berasa sangat panik. 

Na Eun mula menyorok di balik tiang besar. Apabila orang itu keluar dia kehilangan jejak Na Eun. Dia mula berjalan ke hadapan. Na Eun ingin melihat wajah orang itu. Rupanya... Myungsoo! Na Eun terus keluar dari tempat persembunyiannya. Myungsoo pandang ke belakang lalu terkejut melihat Na Eun disitu.

"Kenapa awak ikut saya?" Na Eun bertanya pada Myungsoo. Na Eun sangat menyampah untuk melihat wajahnya.

"Er... tadi... saya... saya..." Myungsoo menjadi gagap dihadapan Na Eun. Na Eun ketawa kecil. Myungsoo melihat Na Eun sangat comel ketika sedang ketawa. Tiba-tiba Na Eun menjadi serius.

"Nama saja g

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)