006

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 6 : U N E X P E C T E D  R E A S O N

Di sekolah Myungsoo sering lalu dihadapan kelas Na Eun untuk melihat Na Eun. Kalau boleh dalam sehari mesti ada sekali dia lalu kelas Na Eun. Gossip Na Eun dan Myungsoo bertambah hangat dibicarakan lagi-lagi semenjak mereka tahu yang Myungsoo sering datang kerumah Na Eun setiap pagi untuk menemankannya ke sekolah. 

3 Minggu kemudian--

Perkara yang membuatkan Na Eun sangat sedih apabila Sungyeol sudah berubah. Dia sudah jarang meluangkan masa bersama Na Eun. Apabila Na Eun dan Sungyeol keluar berdua Sungyeol tidak melayan Na Eun seperti kekasih. Na Eun berasa sedikit kecewa dengan kelakuan Sungyeol.

Sehinggalah pada suatu hari. Na Eun minta untuk berjumpa dengan Sungyeol di sekolah.

"Ada apa awak nak berjumpa dengan saya ni? Saya sibuklah..." Kata Sungyeol.

"Kenapa awak dah berubah Sungyeol? Atau awak marahkan saya?" Na Eun bertanya pada Sungyeol. Sebenarnya seseorang sedang melihat Na Eun dari jauh. Myungsoo! Dia memerhatikan Na Eun dan Sungyeol.

"Mana ada saya berubah... awak yang berubah. bukan ke pelajaran awak lebih penting dari saya sehingga tiada masa untuk saya..." Ujar Sungyeol. Na Eun menghampiri Sungyeol dan memegang tangannya. Sungyeol menepis tangan Na Eun.

"Apa awak cakap ni? sebelum ni awak tak kisah pun kalau saya fokus pada study. Kenapa dengan awak Sungyeol?" Na Eun cuba memberi penjelasan pada Sungyeol.

"Look! macam ni lah... kita putus? okay?" Jelas Sungyeol. Na Eun seperti tidak percaya apa yang dikatakan Seungyeol itu. Tanpa disedari air mata Na Eun dah bergenang tunggu jatuh ke pipi. Myungsoo turut terkejut dengan kata-kata Seungyeol. Dia tahu Na Eun pasti sedih.

"Apa awak cakap? Sungyeol... kita boleh bincang kan? Janganlah macam ni" Kata Na Eun sambil memegang tangan Sungyeol. Air mata Na Eun sudahpun jatuh ke pipi. Na Eun sangat hampa dan sedih dengan Sungyeol. Sungyeol menolak tangan Na Eun sehingga membuatkan Na Eun hampir terjatuh. Myungsoo tidak mahu membiarkannya. Dia terus berlari mendapatkan Sungyeol.

"Kurang ajar! berani kau buat Na Eun menangis, Sungyeol!" Jerit Myungsoo sambil memegang kolar baju Sungyeol. Na Eun terkejut dengan kehadiran Myungsoo.

"Aku dah agak kau mesti tengah mengintai aku dengan Na Eun kan? Tak malu!" balas Sungyeol

"Itu bukan masalah kau! Sekarang ni kau sanggup buat Na Eun menangis kenapa?"Myungsoo tidak puas hati. Na Eun hanya menangis tanpa bertindak apa-apa. Na Eun memang sedih dengan sikap Sungyeol.

"bukan kau suka ke aku buat macam ni? kau kan memang nak rampas Na Eun dari aku! Sekarang aku dah lepaskan Na Eun. kau sebenarnya happy kan Myungsoo!" Sungyeol semakin membuat Myungsoo marah. Na Eun tergamam dengan kata-kata Sungyeol. sanggup Sungyeol berkata begitu! Dia memang bukan Sungyeol yang dulu.

"Kurang ajar!" Tangan Myungsoo sudah menyediakan penumbuk! Dia benar-benar ingin memukul Sungyeol. Na Eun melihat keadaan itu. Dia tidak mahu Myungsoo melakukan apa-apa pada Sungyeol. Na Eun cuba menghalang Myungsoo. Na Eun menolak Myungsoo jauh dari Sungyeol.

"Sudah Myungsoo! Jangan kacau kami!" Teriak Na Eun pada Myungsoo. Myungsoo tergamam. Dia melihat air mata sudah membasahi seluruh muka Na Eun. Na Eun terus memalingkan badan kepada Sungyeol.

"Sungyeol... Saya tak tahu kenapa awak berubah begini. Saya tahu saya tiada masa yang banyak untuk awak sebab saya ingat awak tidak kisah dengan semua itu. Rupanya saya salah. Awak langsung tak memahami saya. Awak pergi lah..." Ujar Na Eun dengan nada sayu ditambah pula esakan tangisan Na Eun itu. Sungyeol memandang Na Eun untuk kali terakhir sebagai kekasih. Dia mengangguk.

“okay… selamat tinggal, Son Na Eun…” Kata Sungyeol. Dia memusingkan badan lalu pergi meninggalkan Na Eun.  Myungsoo masih berada di belakang Na Eun. Na Eun sangat sedih waktu itu. Air mata Na Eun tidak berhenti mengalir dan terus mengalir. 

[Sistar – Crying]
 Na Eun ingin pergi dari situ. Na Eun pusing ke belakang dan berjalan. Tiba-tiba secara automatiknya Na Eun terlanggar dada Myungsoo. Na Eun t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)