001

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

C H A P T E R 1 : F I N D   W H E R E   I S   I T

Kyunggi Highschool--

"Kau jangan nak bagi alasan lah budak 'nerd'! Cepat siapkan kerja sekolah aku ni!" Kata Myungsoo sambil menunjal kepala Sung Jong. Sung Jong tidak berani memandang muka Myung Soo. Dia hanya tunduk dan mengangguk. Sung Jong mengeluarkan bekas pensilnya dan mula menulis pada buku Myung Soo. Tak lama lepas itu Hoya dan Dong Woo datang.

"Nah buat ini sekali!" Ujar Dong Woo sambil mencampak buku sekolah pada Sung Jong. Sung Jong hanya tunduk. Sung Jong berasa sangat takut.

Macam mana nak siapkan semua ni... Ujar hati Sung Jong.

"Tapi... sekolah dah nak mula... saya..." Sung Jong berkata dalam ketakutan. Belum sempat kata-katanya habis Hoya menepuk kepalanya.

"Hoi! bila masa kau belajar bagi alasan ni? Cepatlah siapkan!" Kata Hoya. Sung Jong mengerutkan dahinya. Sedikit rasa geram tersirat dihatinya. Dia terus menulis dan menyiapkan kerja-kerja itu.

Selepas beberapa minit Sung Jong masih menyiapkan kerja rumah 3 orang pelajar itu. Sementara itu mereka sedang duduk dihadapan Sung Jong sambil berbual kosong. Mereka ketawa mesra. Sung Jong melihat mereka yang sedang leka ketawa. sesuatu bermain dalam fikiran mereka.Bila korang nak berhenti kacau aku?

"Saya sudah siap..." Kata Sungjong perlahan. Mereka menoleh memandang Sungjong. Mereka bangun dan menghampiri Sungjong.

"Bagus betul Lee Sung Jong ni kan?" Ujar Myungsoo sambil mengusap kepala SungJong.

"Keturunan keluarga Lee memang bagus!" Kata Hoya. Mereka ketawa kecil kecuali Sung Jong.

"Sekarang bagi aku 2500 won." MyungSoo menadah tangan pada Sungjong. Sungjong terkejut.

"Saya... tak ada duit!" Jawabnya perlahan. Air muka Myungsoo berubah. Dahinya berkerut.Tiba tiba-tiba DUSHHHHH! Cermin mata Sungjong tercampak.

"Kan aku dah cakap... Jangan bagi alasan!" Myungsoo menumbuk muka Sungjong. Sangat sakit! Sungjong tidak melawan dia hanya memandang bawah. Merah kemerahan sudah timbul di muka Sungjong. Kesakitan itu membuatkan dia hampir menangis.

"Cepatlah bagi!" Jerit Myungsoo. Hoya dan Dongwoo ketawa kecil dibelakang.Tiba-tiba--

"Hoi!" Jerit seseorang. Mereka memandang orang itu. Cikgu Sunggyu! Cikgu disiplin Kyunggi Highschool berseluar slack hitam. berkaca mata seperti datuk datuk. Cikgu Sunggyu tidak pandai bergaya. Pakaian yang dia pakai langsung tidak kena dengan umurnya yang jauh lebih muda dari sangkaan orang. Myungsoo mengeluh. Dia kembali memandang depan.

Aduhh sibuk betul cikgu Sunggyu ni! Ujar hati Myungsoo. Dia melepaskan Sungjong.

"Kau orang buat apa? nak belasah orang lagi? Kau orang ni memang tak ada kerja ke? Kelas dah nak bermula ni!"Jerit Cikgu Sunggyu lagi. Cikgu Sunggyu menghampiri mereka. Belum sempat cikgu Sunggyu tiba...

"Weh jom lah kita blah!" Ujar Myungsoo. Hoya dan Dongwoo hanya ikut. mereka pergi dari situ.

"Hoi aku tak habis cakap dengan kau orang ni!" Mereka tidak mempedulikan Cikgu Sunggyu dan pergi dari situ.

"Kurang ajar betul! Nasib baik lah tiga orang saja budak macam mereka dalam sekolah ini. Kalau 300 orang seperti dia orang, berhenti kerjalah aku" Cikgu Sunggyu mengomel dihadapan Sungjong. Sungjong hanya berdiam diri menahan sakit.

"Sungjong awak okay tak? mari saya bawa awak ke bilik guru. saya minta cikgu Yoon ubatkan luka awak." Kata Cikgu Sunggyu.

"Err... tak apa lah cikgu. saya nak masuk kelas. kelas dah nak bermula" Balas Sung Jong. Sungjong mencapai beg sekolahnya dan mengambil ceermin mata yang tercampak tadi.

"Terima Kasih Cikgu" Sambung Sungjong sambil tunduk hormat pada cikgu Sunggyu.Cikgu Sunggyu memandang  Sungjong sehingga Sungjong hilang daripada pandangannya.

...

Sungjong masuk dalam kelas dan duduk ditempat biasanya iaitu dibelakang Na Eun. Na Eun yang sedang mengulangkaji pelajaran itu perasan kehadiran Sungjong. Dia menoleh belakang melihat muka Sungjae yang lebam. Na Eun terkejut.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)