Love is Coming Chapter 9

Love is Coming

 

Ailee melangkah lesu menuju ke lif .Tugasnya masih belum selesai.Ukuran baju G.O dan dan seorang lagi ahli MBLAQ yang masih belum dikenali itu belum diambil lagi.Dalam diam,dia geram dengan perangai G.O yang suka memperlekehkan kelebihannya.Apa yang penting,G.O amat suka menangguhkan tugasnya.Pintu lif terbuka.Ailee terus melangkah masuk ke dalam lif tanpa melihat orang yang berada di dalam lif itu.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan berat memikirkan masalah yang dihadapinya.Semuanya kerana G.O!!!

"Mengeluh nampak?Penat ke?"soal orang yang berdiri di belakangnya itu.

"A'ah.Benda yang tak patut penat jadi penat.Benda yang patut seronok,jadi tak seronok,"balas Ailee.Fikirannya seolah-olah masih melayang.Orang itu tersenyum.

"Takkan dah putus asa?Dengar kata,awak baru mula kerja minggu lepas,"kata orang itu lagi.Ailee mencebik.

"Nama je minggu lepas.Tapi,rasa macam dah sepuluh tahun terseksa kerja kat sini,"jawab Ailee,geram.

"Kenapa?"soal orang itu.

"Si Sombong tulah...macamlah hebat sangat.Berlagak je lebih,"kata Ailee,merujuk kepada G.O.

"Siapa?"soal orang itu lagi,berminat untuk tahu.

"G.O.Tapi...yang Leader tu pun sama,"kata Ailee,masih dengan emosinya.

"Kenapa dengan Leader pula?"soal orang itu lagi.Tiba-tiba,pintu lif terbuka.Ailee melangkah keluar.Orang itu turut mengekorinya.

"Ailee,kenapa dengan Leader tu?Saya nak tahu juga,"kata orang itu,sengaja menyebut namanya.Ailee berhenti melangkah.Dia menoleh ke belakang apabila terasa seperti namanya dipanggil.Lama dia memandang ke arah orang itu.Seperti sedang cuba mengingati sesuatu.Tidak lama kemudian,matanya terbeliak kerana terkejut.

"SeungHo shi?!!!"

 

"Marah sangat ke dekat G.O dengan Leader tu?"soal SeungHo lagi.

"Yelah.Saya nak siapkan kerja ni cepat.Geram betullah!Lagi-lagi dekat G.O tu,"kata Ailee.SeungHo tertawa kecil.

"Dah ramai sangat dah berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia.Kalau mood dia ok,so okla.Kalau tak,tahan jela telinga tu dengar kata-kata pedas dia,"kata SeungHo.

"Em..SeungHo shi.."SeungHo menoleh ke arah Ailee.

"G.O tu...dia..memang bukan ByungHee oppa ke?"Soal Ailee,inginkan kepastian.SeungHo tidak terus menjawab pertanyaan Ailee itu.

"SeungHo shi..."Ailee berdegil mahukan penjelasan daripada SeungHo.

"Apa yang dah terjadi sebenarnya?Kenapa G.O tak kenal dengan saya?Mustahil,mereka adalah orang yang berbeza.Sebab mereka tu seiras sangat,"kata Ailee.SeungHo melepaskan keluhan kecil.Dia memandang ke arah Ailee sebelum tersenyum ke arahnya.

"Dia memang G.O...bukan ByungHee,"kata SeungHo,tenang.Ailee terdiam mendengar jawapan SeungHo itu.

"Kalau macam tu...ByungHee oppa kat mana?Saya nak pergi jumpa dia.Saya nak betulkan balik kesilapan saya terhadap dia 4 tahun yang lalu,"kata Ailee,memaksa SeungHo untuk berterus terang dengannya.SeungHo bingung.

"Nanti kita bincang pasal hal ni,okey?Kita masuk bilik latihan budak-budak tu dulu.Lagipun..."SeungHo melihat sekilas jam tangannya."MBLAQ ada kerja lain lagi lepas ni,"katanya.Ailee terpaksa akur walaupun dia masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh SeungHo itu.

 

Tidak lama selepas itu,mereka tiba di hadapan pintu bilik latihan MBLAQ.

"Awak nak jumpa mereka juga ke,SeungHo?"soal Ailee,yang menyangka SeungHo adalah pengurus kepada MBLAQ.

"Mestilah.Saya nak kena bagi jadual baru kat mereka,"kata SeungHo,berlagak biasa.Ailee angguk.

 

"Guys!"jerit SeungHo apabila melangkah masuk ke bilik itu.Cheondung yang sedang berlatih menari itu menoleh ke arahnya.Begitu juga dengan yang lain.

"Hyung!!!Our Yang Leader is back!"jerit mereka.Ailee terkejut.Dia menoleh ke arah SeungHo yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Awak...Leader?"soal Ailee,tidak percaya.SeungHo sekadar tersenyum sumbing.

"Betul tu.Nilah Leader kami...SeungHo Hyung namanya.Orang yang paling sabar dengan G.O hyung.Sebab tu,G.O hyung sangat suka buli Leader,"jelas Joon,penuh semangat.

"Bukan G.O hyung suka buli Joon hyung ke?"Soal Mir.Joon mengetuk kepala Mir,tidak puas hati.Mereka yang lain sekadar ketawa.

"Mak...maknanya..awak pun...ahli MBLAQ juga?'soal Ailee lagi.

"Awak dah kenal SeungHo hyung ke sebelum ni?"soal Cheondung.

"Dah...dah...Ailee ada kerja nak buat.Korang pergi buat kerja masing-masing,"arah SeungHo."Em...awak kata nak ambil ukuran baju saya.Jadi...jomlah,'kata SeungHo.Muka Ailee merah."Lagi satu,saya minta maaf sebab...melambatkan kerja awak,Ailee,"kata SeungHo lagi,sambil tersenyum.Ailee tidak tahu untuk membalas apa lagi.

 

"Hah,G.O!Mana kau pergi?"soal SeungHo apabila melihat gerangan G.O memasuki bilik latihan itu.Ailee buat tidak tahu.G.O sekadar memandang Hanna sekilas.

"Lepak kat atas bumbung tadi,"jawab G.O,tenang.

"Beranganlah tu,"usik SeungHo.

"Berangan untuk kebaikan,tak apakan?"balas G.O sambil menyandarkan dirinya di kerusi.Pantas sahaja Mir mendekati G.O.

"Hyung dapat ilham buat lagu baru ke?"soalnya,tidak sabar.G.O angguk."Wah,baguslah macam tu.Cepatlah nyanyi,Hyung!"pujuk Mir,bersungguh-sungguh.

"Tapi...aku tak nak ada orang lain kat sini,"sindir G.O.Ailee terasa.Siapa lagi 'orang lain' kalau bukan dirinya sendiri.

"Ala,biar jelah.Mungkin Ailee boleh bagi pendapat untuk lagu tu.Kita anggap dia sebagai peminat kita.Okey tak?"kata SeungHo,cuba mengawal keadaan.

"Betul juga tu.Ailee,boleh tak?"soal Cheondung pula.G.O tersenyum sinis.

"Peminat?Aku pun..dia tak kenal.Entah dari hutan mana dia datang,"sindir G.O,sengaja menyakitkan hati Ailee.

"G.O!Janganlah kasar sangat.Logikla kalau ada yang belum kenal kita lagi.Kitakan baru lagi,"kata SeungHo,cuba membela Ailee.G.O mencebik.

"Ala...hyung.Cepatlah...tak sabar nak dengar ni,"desak Mir.

"Awak anggap je saya tak ada kat sini.Lagipun...saya bukannya penting pun kan."Tiba-tiba,Ailee bersuara.SeungHo terkejut mendengar kata-kata Ailee yang mempunyai makna yang tersembunyi itu.G.O tersenyum kecil.

"Kau tak cakap pun...aku tahu,"balas G.O,sinis.Ailee menahan air matanya dari mengalir.G.O mula mengambil gitar yang terletak di sebelah sofa itu.Dia mula memetikkan gitar itu.Ailee menoleh ke arah G.O.Cara G.O memetik gitar itu membuatkan dia teringatkan ByungHee.Mereka sungguh mirip sekali.Cara penghayatan G.O terhadap lagu yang dimainkannya itu begitu mirip dengan cara ByungHee menghayati lagunya.Air mata Ailee mulai mengalir apabila mendengar nyanyian merdu G.O itu.Sungguh dia amat merindui ByungHee.Sebaik sahaja,G.O selesai menyanyikan lagunya,semua yang berada di situ bersorak.

"Wow,best sangat!Kita masukkan dalam album baru kita nak?"Cadang Mir.G.O tersenyum.

"Kita masukkan rap dalam lagu ni,boleh tak Hyung?"Soal Mir lagi.

"Boleh je.Kau uruskanlah lirik tu,"kata G.O.

"No problem!"

SeungHo tersenyum sambil menoleh ke arah Ailee.Senyumannya pudar apabila melihat Ailee yang kelihatan sugul itu.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah wanita itu.

"Ailee,awak okey ke?"Soal SeungHo,bimbang.Ailee segera mengesat air matanya.

"Saya okey,"kata Ailee."Lagu dia sedap sangat.Saya suka,"kata Ailee lagi.SeungHo sekadar tersenyum nipis.Ailee kemudiannya mengambil barangnya,berniat mahu beredar dari situ.

"Awak nak pergi mana?"Soal SeungHo.

"Saya nak pergi bilik saya kejap.Ada kerja lain nak buat,"kata Ailee.Langkah Ailee terhenti apabila G.O memanggil namanya.

"Kau kena bagi komen dekat lagu aku tu dulu sebelum kau keluar dari sini,"kata G.O.Mereka yang lain turut menanti jawapan dari Ailee.Ailee menoleh ke arah G.O.Ditatapnya wajah lelaki itu.Wajah yang amat dirinduinya selama 4 tahun itu.

"Saya..saya suka sangat dengan lagu awak..sejak dari dulu lagi,"kata Ailee,sebak.Dia kemudiannya terus beredar dari situ.

SeungHo turut mengekori langkah Ailee dari belakang.

"Kenapa dengan Ailee ye?"Soal Joon,sedikit pelik.Mir dengan Cheondung hanya mendiamkan diri.Mereka sendiri tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku itu.G.O pula membisu.Pelik dengan kata-kata Ailee itu.

 

"Saya..saya suka sangat dengan lagu awak...sejak dari dulu lagi."

"Sejak dari dulu lagi?"Soal hati G.O.Apa maksud dia?Kelihatan seperti wanita itu begitu mengenalinya suatu ketika dulu.Wanita itu juga bersikap pelik terhadapnya ketika pertemuan mereka yang pertama kali di JTC.Mungkinkah Ailee mengenalinya suatu ketika dahulu?Entah kenapa,dia langsung tidak dapat ingat mengenai hal itu.G.O memegang kepalanya.Adakah dia ada sesuatu kenangan dengan Ailee suatu ketika dahulu yang sudah hilang dari ingatannya semenjak kemalangan 4 tahun yang lalu?G.O runsing.

"Hyung,waeyo?"Soal Cheondung,bimbang apabila melihat G.O yang sedang memegang kepalanya itu."Hyung sakit kepala lagi ke?"Soalnya lagi.G.O menggeleng.

"Aku nak keluar jap,"kata G.O , sebelum beredar dari situ.

 

 

"Ailee!!!"jerit SeungHo,cuba mendapatkan Ailee.Tangan wanita itu dicapainya.Ailee melepaskan tangan SeungHo,kasar.SeungHo terkejut.

"Ailee,kenapa ni?"soal SeungHo,risau.Ailee tidak menjawab."Ailee..."

"Apa yang awak sembunyikan dari saya,SeungHo?"soal Ailee,sebak.SeungHo terkejut.

"Apa awak cakap ni?'soal SeungHo.

"Siapa G.O sebenarnya?"soal Ailee,tanpa berselindung.

"Ailee,saya tak faham maksud awak,"kata SeungHo.

"Tolong jangan sembunyikan sesuatu daripada saya,SeungHo.Tolonglah berterus terang dengan saya.Siapa G.O sebenarnya?"balas Ailee,berdegil.SeungHo membisu.Ternyata dia tidak mampu menyembunyikan hal yang sebenar daripada Ailee.

"Ailee..."

"Cakaplah,SeungHo.Apa sebenarnya dah berlaku?Apa yang dah berlaku dekat ByungHee oppa lepas kemalangan tu?"rayu Ailee.Tangisannya makin kuat.SeungHo mengeluh.Rahsia sudah terbongkar.Dia terpaksa mengakuinya.Sesuatu yang mungkin pahit bagi Ailee untuk menerimanya.

"Awak benar...G.O yang banyak melukakan hati awak sebelum ni...adalah ByungHee...Lelaki yang banyak membahagiakan awak dulu,Ailee..."akui SeungHo,berat hati.Ailee terkejut.Tekaannya benar.G.O dan ByungHee adalah orang yang sama....

 

Imbasan 4 tahun yang lalu...

 

"Apa?ByungHee kemungkinan akan hilang ingatan?"Soal SeungHo,tidak percaya.Dr Jo mengangguk lemah.SeungHo bersandar pada kerusi yang diduduknya.

"Tapi..macam mana boleh jadi macam ni,Dr?"Soal SeungHo.

"Kecederaan pada kepalanya sangat parah.Dan mungkin kecederaan tu boleh menjejaskan ingatannya."Kata Dr Jo.

"Takkan tak ada apa-apa rawatan untuk kembalikan ingatan dia,Dr?"Soal SeungHo.

"Buat masa ni,memang tak ada rawatan khusus untuk itu,encik.Kita hanya boleh menunggu sahaja ingatannya pulih.Mungkin encik boleh trigger balik ingatan dia dengan perkara-perkara yang dia pernah buat atau yang dia suka.Tapi,jangan terlalu memaksa dia untuk ingat semua itu.Benda tu memang kadang-kadang mengambil masa yang lama.Hanya itu saja yang saya boleh jamin.Selain dari tu,saya minta maaf.Kami memang tak dapat nak buat apa-apa dengan ingatan dia,"kata Dr Jo.

 

"Jadi,ByungHee oppa hanya boleh ingat peristiwa yang berlaku sebelum dia mengenali saya?"Soal Ailee.SeungHo angguk,lemah.Ailee mengesat air matanya yang masih bersisa itu.

"Nampaknya,macam tulah.Saya dengan ByungHee memang dah lama berkawan.Jadi,ByungHee dapat mengenali saya sebaik saja dia sedar dari koma.Lepas dia dah betul-betul sihat,saya bawa dia ke Seoul untuk sambung belajar.Dan...dua tahun lepas tu,kami dilatih menjadi trainee di sini,"kata SeungHo,menceritakan serba sedikit mengenai hal yang berlaku 4 tahun yang lepas.

Ailee melepaskan keluhan kecil.

"Apa yang saya perlu buat?Apa yang saya perlu buat supaya ingatan ByungHee oppa kembali pulih?"Soal Ailee."Saya tahu...semua ni salah saya.Saya yang buat ByungHee oppa jadi macam ni.Mungkin inilah balasan untuk saya.Dulu,saya nekad untuk tinggalkan ByungHee oppa,di saat dia memerlukan saya.Sekarang ni...ByungHee oppa dah lupakan semua kenangan saya dengan dia.Dia langsung dah tak ingatkan saya,"kata Ailee,sebak,menyesali kesilapannya 4 tahun yang lepas.

"Dia pasti dapat ingat awak balik.Saya yakin.Yang penting,kita kena sama-sama bantu dia.Saya pun...rindukan kawan baik saya yang dulu,"kata SeungHo,cuba menyenangkan hati Ailee.Ailee tersenyum sambil angguk.

"Gomawo,SeungHo shi,"kata Ailee,sambil memeluk SeungHo.SeungHo terkejut dengan pelukan wanita itu.Dia tersenyum kecil sambil menepuk perlahan belakang Ailee.

"Gwenchana.Semuanya akan kembali macam dulu,"kata SeungHo.Ailee angguk.

 

*********************

G.O termenung di katilnya,memikirkan sikap Ailee yang berlainan sekali dari biasa tengahari tadi.Kenapa Ailee berlari keluar selepas sahaja aku habis menyanyikan lagu tadi?Hatinya menyoal sendiri.Kelakuan Ailee benar-benar pelik sejak dari pertemuan pertama mereka lagi.Apatah lagi,gadis itu terus memanggilnya ByungHee.Siapa pula ByungHee?Apa kaitan ByungHee dengan dirinya?G.O melepaskan keluhan berat.Sungguh dia tidak dapat berhenti daripada memikirkan hal itu.

 

"Buat apa aku pening-pening fikir pasal perempuan tu?Buang masa je..."G.O bangun dari katilnya, bersiap-siap untuk mandi.Kemudian,dia menanggalkan jam tangannya lalu memasukkan ke dalam bekas.Matanya tertangkap pada sesuatu objek yang agak asing baginya.Dia mengeluarkan dua bentuk cincin yang berlainan saiz,kelihatan seperti cincin perkahwinan.

"Eh,kenapa aku baru perasan pasal cincin ni?Tak pernah nampak pun sebelum ni,"fikirnya,hairan.G.O cuba menyarungkan cincin yang besar itu pada jari manisnya.Em,muat!Aku punya ke?Dia melihat pula pada cincin yang lebih kecil itu.Semestinya pemilik cincin itu adalah wanita.G.O duduk semula.

"Apa ni?Macam mana cincin ni boleh ada kat tempat aku?"G.O buntu.Dia cuba mengingati sesuatu.Terus cuba mengingati sesuatu.

 

"Miane...ByungHee Oppa...."

 

G.O membuka matanya.Jantungnya berdegup pantas.Suara siapa yang baru didengarinya itu?Siapa ByungHee?ByungHee mengusutkan rambutnya.

"Apa ni?Kenapa aku nampak macam...satu bayangan..."fikirnya.ByungHee memegang kepalanya yang mulai sakit itu.Pantas sahaja dia menanggalkan cincin itu.Kepalanya masih sakit.

 

"ByungHee oppa..."

 

"Argh..!"G.O menahan kesakitan.Dia terbaring di katil.

"Argh!!!!"

 

Tumpuan SeungHo terganggu apabila terdengar jeritan G.O dari biliknya.Pantas dia bergerak ke bilik G.O.

"G.O!"SeungHo terus menerpa ke arah G.O yang kesakitan itu.G.O masih memegang kepalanya.

"G.O,kenapa ni?"soal SeungHo,cemas.G.O mengerang kesakitan.

"Diamlah!Aku bukan ByungHee!"jerit G.O.SeungHo terkejut.ByungHee?Takkanlah....

"G.O yah!"SeungHo cuba menenangkan G.O.G.O menggeleng.

"Argh!!!"jerit G.O.Air matanya mengalir.Lagaknya seperti dalam ketakutan yang teramat.

"Hyung!!!"Joon terkejut melihat keadaan G.O yang kesakitan itu.

"Joon,telefon doktor sekarang!"arah SeungHo.Joon segera patuh.

 

SeungHo membetulkan selimut yang membaluti tubuh G.O itu.Dia benar-benar simpati dengan keadaan G.O itu.Sudah hampir 4 tahun,ByungHee hilang identitinya.Sudah 4 tahun,ByungHee hidup sebagai G.O.G.O yang sombong dan kasar personalitinya.Jauh berbeza dengan dirinya yang sebenar.SeungHo melepaskan keluhan.Tiba-tiba,matanya tertangkap sesuatu objek yang berada di atas meja G.O.

"Cincin?"soalnya.Tidak lama selepas itu,SeungHo mengukir senyuman lega.

"Akhirnya kau nampak juga cincin ni.Aku dah letak cincin ni dalam simpanan kau 4 tahun yang lalu.Apa yang membuatkan kau ternampak pada cincin ni,ByungHee?"soal SeungHo kepada G.O yang masih lena itu.SeungHo tersenyum lagi.

"Miane...aku pun tak nak kau hidup sebagai G.O.Sebab tu aku buat macam ni.Aku nak ByungHee yang dulu.ByungHee yang sentiasa tersenyum.Kau berhak dapatkan kehidupan kau semula.Berhak kecapi kebahagiaan dengan Ailee.Tolong ingat kenangan kau bersama Ailee,ByungHee.Dia sedang menunggu kau.Aku tak nak tengok korang terseksa lagi.Tolonglah ByungHee...tolonglah..."rayu SeungHo.Dia mulai sebak.Benar-benar mengharapkan agar lelaki itu dapat mendengar luahan hatinya yang sebenar.

 

**********

 

Ailee curi-curi memandang G.O yang sedang merakamkan lagu itu.Dalam diam,dia bersyukur kerana kini dia begitu dekat dengan ByungHee walaupun ByungHee bukan lagi seperti ByungHee yang dulu.Walaupun begitu,dia masih dapat melihat bayangan ByungHee dalam diri G.O .Penghayatannya terhadap lagu yang dinyanyikan tetap tidak berubah.Cara nyanyian G.O tetap tak ubah seperti ByungHee.Andai lagu yang dinyanyikan itu sedih,maka riak wajah G.O tetap berubah sedih.Hilang wajah bengisnya sama sekali.

"Okey,bagus.Rakaman kita dah selesai."Lamunan Ailee terhenti saat terdengar suara penerbit itu.Ailee segera beredar dari situ.

"Ahjumma!"panggil G.O.Ailee terkejut.Ditolehnya ke arah G.O.G.O tersenyum sinis.Perasan pula dia tu ahjumma,bisik hatinya.

"Ambilkan air kat atas meja tu,"arah G.O,selamba.Ailee sekadar menurut.Dihulurkan air suam itu kepada G.O.Ailee berkira-kira untuk beredar dari situ.'"Siapa suruh kau pergi?Duduk sini,"kata G.O lagi.Ailee tergamam.Duduk sekali?

"Duduk jelah!"kata G.O lagi.Ailee menurut.Kemudian,G.O menyelak majalah yang ada di atas meja itu.Sesekali,dia meneguk air suam itu lagi.Ailee sekadar menundukkan wajahnya.

"Macam mana kerja kat sini?"soal G.O,tiba-tiba.

"Hah?"Ailee terkejut.

"Aku tanya...macam mana kerja kau kat sini?"soal G.O lagi.

"Okey,'jawab Ailee,sepatah.

"Tak rasa nak berhenti ke?"soal G.O,masih tidak memandang ke arah Ailee.

"Kenapa saya nak berhenti pula?Kan saya baru lagi kat sini.Lagipun saya suka dengan kerja saya,"kata Ailee.

"Kau tak penat kena buli dengan aku ke?"soal G.O,cuba menguji Ailee.Ailee memandang wajah G.O.Sungguh dia amat merindui lelaki itu.

"Tak apa...asalkan saya boleh dekat dengan oppa..."hatinya berbisik.Dia mengukir senyuman 

tawar.Sudah tentu,G.O tidak mendengar bisikan hatinya.

"Kau dengar tak soalan aku?"Soalan G.O mematikan lamunan Ailee yang baru singgah seketika itu.

"Dengar...em..awak kan orang hebat.So,bukannya selalu dapat kena buli dengan orang hebat macam awak.Apa salahnya kan?"balas Ailee.G.O tertawa.

"Oh...baru kau tahu aku ni hebat.Bagus bagus,"kata G.O sambil ketawa.Hati Ailee senang melihat tawa G.O...atau ByungHee,yang amat dirinduinya itu.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar suara Cheondung memanggil nama G.O.

"Apa?"soal G.O.

" Skandal dah datang,hyung,"kata Cheondung,tersengih.G.O melepaskan keluhan berat.Ailee tertanya-tanya sendiri.

"Skandal?"fikirnya.

"Ish,kacau jelah dia tu.Panggil jelah dia masuk,"arah G.O,malas.Jantung Ailee mulai berdegup kencang.Bimbang.

"G.O yah!"Mata Ailee terbeliak luas saat melihat wajah wanita yang memanggil G.O dengan manja itu.Ailee berdiri.

"Ji Eun?!"soal Ailee,terkejut.Ji Eun turut terkejut dengan kehadiran Ailee di situ.

"Ailee?"

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333