Love is Coming Chapter 8

Love is Coming

 

4 tahun kemudian...

 

 

JunHyung atau Jay memasuki bilik adik perempuannya tanpa disedari oleh wanita itu yang sedang kusyuk melukis pakaian rekaannya itu.Jay kemudiannya mengawang-awangkan surat putih di hadapan Ailee.Ailee mendongak kemudian menyambung kerjanya semula.

"Tak payahlah,oppa.Orang tengah busy ni,"kata Ailee,selamba.Jay yang hampa itu  melabuhkan punggung di hadapan meja Ailee.Kemudian dia meletakkan surat putih kepunyaan Ailee itu di atas meja.

"Apa tu?"soal Ailee.

"Suratlah.Takkan pizza kot,"jawab Jay,selamba.Ailee mencebik.

"Ish,oppa ni.Bergurau pula,"balas Ailee.Jay tersenyum.

"Ai...nak marah oppa pula.Dah tu surat Ailee,takkan oppa nak baca,"kata Jay.Kening kanan Ailee terangkat.

"Surat Ailee?"soal Ailee,meminta kepastian.Jay angguk,sebagai membalas pertanyaan adiknya itu.

"Rasanya surat tu dari Korea,"kata Jay.Ailee berhenti melakukan kerjanya.Hatinya terusik.Jay menyedari riak wajah Ailee yang berubah muaram itu.

"Bacalah dulu surat tu.Em...mungkin dari omma ke..."Jay cuba memulihkan suasana yang suram itu.Ailee angguk lalu membuka surat itu.Jay sekadar memerhati Ailee yang sedang membaca surat itu.Tidak lama kemudian,Ailee meletakkan semula surat itu di atas meja.

"Kenapa?"soal Jay,namun tidak dijawab oleh Ailee.Jay terus mengambil surat itu lalu membacanya.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman manis.

"Wah,Ailee dapat offer jadi fesyen designer katJTC Entertainment Agency!Tahniah!"ucap jAY sambil mengusap kepala adiknya itu.Ailee sekadar tersenyum nipis.

"Lah...kenapa ni?Macam tak happy je?"soal Jay.

"Mana ada.Ailee cuma..."

"Sampai bila Ailee nak bersembunyi macam ni?"soal Jay.Ailee diam.Jay sudah maklum mengenai masalahnya.Semuanya.Tiada satu pun yang dirahsiakan.Demi kebahagiaan ByungHee,dia rela membawa diri ke New York dan tinggal bersama dengan abangnya yang turut bekerja dan bermastautin di sana.Sehingga kini,hanya Jay yang memahami masalah sebenarnya.Hatta omma dan appanya turut dirahsiakan dari mengetahui masalahnya.

"Hanna..bukan bersembunyi.Cuma,Ailee seronok duduk kat sini.Oppa pun suka kan kalau Ailee duduk sini,temankan oppa?"jawab Ailee,pura-pura tersenyum.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Jay melepaskan keluhan berat.

"Masalahnya oppa tak suka tengok Ailee sedih macam ni.Apa salahnya kalau Ailee balik semula ke Korea?Korea kan tempat Hanna.Lagipun,ramai kawan-kawan Ailee kat sana,"pujuk Jay.

"Tapi Ailee kan dah ada kerja kat sini.Takkan Ailee nak berhenti?Nanti apa pula Miss Ella cakap?"Ailee cuba memberi alasan lagi.

"Miss Ella tu kawan oppa.Pandai-pandailah oppa nak berdialog dengan dia,"balas Jay.Ailee diam.Jay nampaknya bersungguh-sungguh mahu dia menerima tawaran itu dan pulang ke Korea.Jay mendekati Ailee.Bahu adiknya itu disentuh.

"Setiap masalah ada penyelesaiannya.Tapi menyembunyikan diri macam ni,bukannya menyelesaikan masalah,menambahkan masalah adalah.Lagipun,takkan Ailee tak nak tahu sikit perkembangan ByunGhee?Dia sihat ke...sakit ke..."pujuk Jay.Ailee menundukkan wajahnya.Jay mendongakkan wajah Ailee.

"Oppa nak adik oppa yang dulu.Ailee yang suka ketawa,bergurau,manja...nakal...tapi bukan Ailee yang lemah macam ni.Oppa tak nak masuk campur hal Ailee dengan ByungHee.Cuma,oppa nak Ailee tak takut hadapi masalah.Setiap masalah tu,ada hikmahnya.So,just think about it,"kata Jay,lalu beredar meninggalkan Ailee keseorangan di situ.

"Mungkin ini adalah peluang kedua untuk Ailee betulkan balik kesilapan Ailee 4 tahun yang lalu."Kata abangnya lagi.

 

************

 

"Bilik Cik Ailee di sini.Jadi,kalau Cik ada masalah,Cik bolehlah berurusan terus dengan saya,ya?"kata setiausaha itu.

"Oh,kamsahamida,"ucap Ailee.Kemudian,setiausaha itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Ni jadual kerja MBLAQ untuk minggu ni.Awak kena peka dengan jadual mereka.Setiap kali mereka hendak buat persembahan atau apa-apa agenda luar,awak kena sediakan pakaian baru yang sesuai dengan event yang mereka hadiri.Ni jadual mereka untuk minggu ni.Dan,apa yang penting...awak kena ambil ukuran mereka setiap kali awak nak design baju baru.Bos tak suka kalau mereka pakai baju baru dengan ukuran lama.Awak faham kan?"soal setiausaha itu.Ailee angguk.

"Arasso..."jawab Ailee.

"Tapi...awak kena tahan sikit dengan perangai seorang ni.Dia tu agak ...cerewet...Dah ramai fesyen designer kami yang berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia.Bos betul-betul harap yang awak boleh bekerja di sini dengan lebih lama.Jangan risau,kalau ada masalah,jumpa terus dengan bos pun tak apa,"kata setiausaha itu.

"Okey,"kata Ailee.Pada waktu yang sama,jantungnya berdegup pantas.Bimbang dengan pekerjaan barunya yang mencabar itu.

 

****************

 

Ailee memasukkan duit ke dalam mesin,lalu menekan butang untuk memilih air yang ingin diminumnya.Dia meneguk jus oran itu bagi membasahkan tekak yang kian dahaga itu.Telinganya menangkap nyanyian seorang lelaki yang kedengaran merdu sekali.Ailee mengukir senyuman manis.Suara lelaki itu sangat merdu.Suara itu membuatkan ingatannya beralih kepada seorang lelaki yang amat bermakna dalam hidupnya suatu ketika dahulu.Lelaki itu ialah Jung byung hee.Jung Byung Hee?Ailee menoleh ke arah datangnya suara lelaki itu.Dengan pantas dia segera berlari ke arah itu.Namun,lariannya terhenti apabila tubuhnya terlanggar seseorang.Habis tumpah jus orennya pada baju orang yang dilanggarnya itu.

"Maafkan saya!Saya betul-betul minta maaf.Saya tak sengaja,"kata Ailee,mengakui atas kesalahannya yang cuai itu.Ailee memandang ke arah orang yang berada di hadapannya itu.Matanya terbuka luas apabila mendapati orang itu mempunyai rupa yang betul-betul seiras dengan Byung Hee.Jung Byung Hee kah?!

 

"Op..Oppa?"Soal Ailee,tidak percaya.Lelaki itu memandangnya pelik.Ailee berasa teruja.Bibirnya mengukir senyuman manis.Pantas sahaja tangannya memegang tangan lelaki itu.

"ByungHee oppa kan?Oppa,ni Ailee.Oppa ingat lagi tak?"Soal Ailee,teruja.Namun tangannya dilepaskan kasar oleh lelaki itu.Ailee terkejut.

"Kau siapa?"Soal lelaki itu.Ailee terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.

"Oppa,ni Ailee.Oppa tak ingat ke?"Soal Ailee.

"Aku memang tak kenal kau la.Kau siapa?Apa kau buat kat sini?Dahlah kotorkan baju aku,pastu nak pegang-pegang tangan orang lak,"kata lelaki itu.

"Tapi..."

"Apa?Kau ni tak reti nak minta maaf ke?Kau ni pekerja baru kat sini ekh?"Soal lelaki itu.Ailee terdiam.Benar-benar terkejut dengan kelakuan lelaki yang menyerupai ByungHee itu.Lelaki itu memandang bajunya yang kotor itu sambil merungut sesuatu yang kurang jelas didengari oleh Ailee.Dia kemudiannya memandang ke arah Ailee.

"Aku akan perhatikan kau,"kata lelaki itu,serius.Ailee menelan air liurnya.Lelaki itu kemudiannya beredar dari situ dengan oerasaan marah.Ailee memandang ke arah lelaki itu.

"Benarkah lelaki itu adalah Byung Hee yang aku kenali 4 tahun yang lalu?"Bisik hatinya

 

********************

 

Ailee mengetuk pintu sebelum memasuki bilik rehat MBLAQ itu.Hari ini,dia perlu mengambil ukuran badan mereka untuk direkakan baju yang baru.Jantungnya berdegup kencang apabila menyedari pintu bilik itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah seorang lelaki berambut perang muncul di hadapannya.Wajahnya seiras dengan penyanyi terkenal Korea yang dikenali sebagai Rain.

"Ya,awak siapa?"soal lelaki itu.Ailee menundukkan sedikit badannya.

"Selamat pagi.Saya Ailee,pereka baju MBLAQ yang baru,"jawab Ailee,sedikit gagap.

"Oh,awaklah pereka baju yang baru tu.Masuklah,"pelawa lelaki itu.Ailee tersenyum.

"Eh,siapa ni?"soal seorang lagi lelaki yang berambut kuning keemasan apabila melihat Ailee melangkah masuk ke dalam bilik mereka.

"Kenalkan,ni Cik Ailee,pereka baju baru kita.Cik Ailee,kalau Cik Ailee masih belum mengenali kami,kamilah Music Boys Live in Absolute Quality,MBLAQ!"kata lelaki berambut perang itu dengan penuh semangat.Lelaki berambut kuning keemasan itu mendekati Ailee lalu menghulurkan salam perkenalan.

"Hi,saya CheonDung.Rapper dan vocal yang paling comel sekali dalam MBLAQ,"kata Cheondung,mesra.Salamnya disambut Ailee.Kemudian,tubuh Cheondung ditolak oleh seorang lelaki yang kelihatan bagaikan seorang kanak-kanak kecil.

"Saya Mir.Rapper paling hot dan comel,"kata Mir sambil ketawa.Ailee turut menyambut tangan yang dihulur Mir.Kemudian,Ailee menoleh ke arah lelaki yang seiras dengan Rain itu.

"Awak?"soal Ailee.

"Oh...saya Lee Joon.Watak utama dalam MBLAQ,"kata Lee Joon,penuh bangga.Ailee tertawa kecil.

"Oh ya,kami ada dua orang lagi ahli.Yang leader kami tengah bercuti sekarang ni.Jadi,buat masa ni dia tak adalah dengan kami.Yang seorang lagi..."

"Yang seorang lagi macam biskut.Kejap ada kejap tak ada,"kata Mir,memotong kata-kata Cheondung.Ailee sekadar angguk.Dia tertanya-tanya bagaimana pula dengan dua orang lagi ahli MBLAQ yang tiada bersama mereka ketika itu.Entah mengapa fikirannya melayang kepada lelaki misteri yang dijumpainya semalam itu.

 

"Terima kasih,Cik Ailee.Jomlah,makan sekali.Boleh kita kenal-kenal lagi,"pelawa Mir setelah selesai diambil ukuran bajunya.Ailee tersenyum.

"Tak apalah.Awak pergilah dulu.Lagipun,saya banyak kerja lagi ni,"kata Ailee, sambil menolak lembut ajakan dari Mir.

"Okeylah,kalau macam tu.Kami pergi dulu,"kata Mir.Hanna mengemaskan barang-barangnya sebelum beredar.Diperhatikannya bilik rehat MBLAQ yang mewah itu.Hatinya berdetik sendiri.

Fikirannya melayang jauh terhadap seseorang yang amat dirinduinya.ByungHee.Melihat peralatan-peralatan muzik yang terdapat di bilik itu,mengingatkannya kepada ByungHee.Lelaki itu amat mencintai muzik.Seperti menyanyangi nyawanya sendiri.

"Kau siapa?"Ailee menoleh ke belakang.Ailee terkejut apabila melihat lelaki yang menyerupai ByungHee itu berdiri di belakangnya.

"Ah...ma..ma"

"Kau ikut aku ye?"soal lelaki itu.Ailee enggan bertentang mata dengan lelaki itu.Matanya sangat menakutkan.

"Maaf...saya cuma buat kerja saya.Tak ada niat apa-apa..."kata Ailee,masih ketakutan.

"Oh...kau ni...pereka baru ke?"soal lelaki itu selepas menyedari barang-barang Ailee yang masih belum dikemas di situ.Ailee perlahan-lahan angguk.Lelaki itu tersenyum sinis."Baik kau berhenti je.Aku rasa kau tahu kan sejarah pereka baju kat syarikat ni.Kau tak kenal aku lagi siapa kan?Oh,tak...mustahil kau tak kenal aku..."kata lelaki itu.Ailee menundukkan wajahnya.

"Saya nak ke bilik saya semula..."kata Ailee lalu beredar.Namun niatnya dihalang apabila lelaki itu dahulu dapat mencapai tangannya.

"Aku tak habis cakap lagi.Jadi,kau tak boleh pergi dari sini,"kata lelaki itu.Kemudian,dia mendekati Ailee.Ailee cemas.Kali ini,bayangan ByungHee pada lelaki itu hilang sama sekali.Mereka amat berlainan.Sangat berbeza.

"Aku...orang yang paling penting dalam kumpulan ni.Aku...G.O!"Ailee terkejut apabila mendengar pengakuan lelaki bernama G.O itu.Walaupun jauh di sudut hati,sukar untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu bukan ByungHee,namun dia cuba berfikiran waras.Mungkin pelanduk dua serupa.Apatah lagi perangai mereka berdua sangat berbeza.Penampilan juga berbeza.ByungHee lebih lembut dan baik hati  jika mahu dibandingkan dengan G.O.Rambutnya merah keperangan,matanya sedikit bercelak,menunjukkan perwatakannya yang sombong dan kasar.

"Jadi..kau dah kenal aku kan?"'soal G.O.Kemudian dia melangkah ke arah pintu.

"Hati-hati.Perjalanan kau di sini...tak semudah yang kau sangkakan...Selagi aku ada,kau takkan rasa senang,"kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.Kemudian,dia beredar dari situ.Ailee terasa kakinya lemah untuk berdiri.Terasa amat sukar mempercayai kenyataan yang baru diterimanya.Kalau dia bukan ByungHee...jadi...di mana ByungHee?

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333