Love is Coming Chapter 3

Love is Coming

 

"Omma...appa!"jerit Ailee gembira sebaik sahaja melihat kelibat ibu bapanya sedang berbual-bual dengan ByungHee di ruang tamu.Pantas sahaja dia memeluk kedua-dua orang tuanya itu.ByungHee sekadar mengukir senyuman manis."Cepatnya sampai.Ailee ingat omma dengan appa nak datang esok,"kata Ailee,teruja.

"Omma kamu nie...dah tak tahan rindu sangat dengan Ailee.Sebab tu dia beriya-iya pujuk appa datang tengok Ailee dengan ByungHee sekarang.Nasib baik ByungHee ada kat rumah.Kalau tak,berkhemahla kami kat luar,"kata Mr.Won sambil berseloroh.Ailee pura-pura ketawa.

"Ailee keluar dengan kawan dia kejap tadi.Sebab tu lah dia lambat balik dari kolej,"kata ByungHee,cuba membela Ailee.Ailee sekadar memandang ke arahnya.

"Tak apalah,yang penting semua ada kat sini.Apa kata kita adakan makan malam yang teristimewa khas untuk pengantin baru kita ni,kan sayang?"cadang Mrs.Won sambil memaut bahu anaknya.Ailee pura-pura tersenyum.ByungHee ketawa kecil.

"Ok juga tu.Appa pun ada banyak benda nak bersembang dengan ByungHee ni.Menantu kesayangan appala katakan..."kata Mr.Won,sambil menepuk bahu kanan ByungHee.ByungHee sekadar senyum.

 

"Ailee,tolong bagikan omma gula tu,"pinta Mrs.Won.Ailee sekadar menurut.Kemudian,dia menyambung kerjanya semula.Setakat ini,hanya makanan yang ringkas sahaja yang mampu disediakan olehnya.Lagipun,dia dan ByungHee lebih senang makan di luar.Ops,kebetulan!Mereka lebih senang membeli makanan dari luar sebenarnya.Sambil Ailee melakunya kerjanya di dapur,matanya curi-curi melihat dan mendengar perbualan ByungHee dengan appanya.Setakat ini,lakonan ByungHee sangat cemerlang.Langsung tidak terpacul dari mulutnya mengenai keadaan mereka yang sebenar.Apatah lagi mengenai surat perjanjian perkahwinan mereka yang disediakan sendiri oleh Ailee tanpa pengetahuan ibu-bapanya.Ailee terus memandang ke arah ByungHee tanpa disedari oleh lelaki itu.

 

Sedang Ailee leka memerhati kearah ByungHee,tiba-tiba pandangan mereka bertembung.Ailee terkejut.Apatah lagi,apabila melihat ByungHee mengukir senyuman yang cukup menawan ke arahnya.Jantungnya berdegup kencang.ByungHee ketawa kecil melihat Ailee yang berdiri seperti patung di situ.Comella Ailee ni,bisik hatinya.ByungHee kemudiannya menoleh semula ke arah bapa mertuanya.Tapi tidak bagi Ailee.Matanya masih tertumpu ke arah ByungHee.Entah kenapa,sejak dari peristiwa semalam,sangat sukar baginya untuk melupakan mata ByungHee yang cukup menawan itu.Ahh,kenapa ni,Ailee?!!!Ailee resah.Mrs.Won menyedari kelakuan pelik anaknya itu.Seperti ada yang tak kena.

"Ailee,"sapa ibunya.Ailee tidak menjawab."Ailee!"Mrs.Won mengulangi  panggilannya namun Ailee masih berdiri kaku di situ.Mrs.Won berdiri di sebelah Ailee.Cuba melihat apa yang sedang diperhatikan oleh Ailee sehinggakan tidak menyedari panggilannya itu.Mrs.Won tersenyum nakal apabila megetahui perkara sebenarnya.Patutla tak sedar,rupa-rupanya...

"ByungHee tu..memang comelkan,Ailee?"soal Mrs.Won.Ailee sekadar angguk,lagaknya seperti dipukau.Mrs.Won tersenyum."Ailee...suka tak dekat ByungHee tu?Dia baik,kan?"Mrs.Won cuba memancing lagi.Kali ini,Ailee terdiam.Aku..sukakan ByungHee ke?Bisik hatinya.Pantas dia menggeleng.Kini.dia sudah kembali ke alam nyata.

"Omma!Tak baik tau,"Ailee pura-pura marah,apabila menyedari dirinya sudah dipermainkan oleh ibunya sejak dari tadi.Perasaan malu kian menebal.Mrs.Won ketawa kecil.

 

Ailee menundukkan wajahnya apabila duduk bersebelahan dengan ByungHee.Masih malu dengan kejadian tadi.ByungHee pasti menyedari perubahan wajahnya sebentar tadi.Ish,malunya!!!

"Ailee,kenapa diam je ni?Tadi bising sangat..."soal bapanya,seakan-akan megusik.Ailee menggeleng laju.

"Mana ada!Appa ni..."Pantas sahaja Ailee menjawab.

"Ailee,tak sihat ke?"soal ByungHee,risau.Ailee menggeleng lagi.

"I'm okay..."balas Ailee.Ailee cuba berlagak biasa.Bimbang malunya bertambah tebal lagi.

 

 

Ailee kusyuk membasuh pinggan di dapur tanpa menyedari seseorang melangkah ke arahnya.

"Biar oppa tolong Ailee,"kata ByungHee,tiba-tiba.Ailee terkejut lalu terlepas pinggan yang bersabun itu dari tangannya.Prang!!!Terdengar sahaja bunyi bising dari dapur itu,pantas sahaja Mr.Won dan isterinya melangkah ke arah dapur.

"Ailee!"panggil Mrs.Won ,cemas.Namun,hatinya kembali lega apabila melihat ByungHee sedang memeriksa kaki Ailee,bimbang kakinya luka.Perlahan-lahan,Mrs.Won mengajak Mr.Won kembali semula ke ruang tamu.

"Nasib baik,tak luka.Miane,Ailee,"kata ByungHee.Ailee sekadar diam.Masih terkejut dengan kejadian tadi.Entah bagaimana pinggan itu boleh terlepas dari tangannya hanya kerana teguran ByungHee yang cukup gentleman pada pendengarannya.

"Dah.Ailee tak payah buat kerja lagi.Biar oppa buatkan.Ailee pergilah berbual dengan omma dengan appa,okey?"kata ByungHee,sambil mengukir senyuman manis.Senyuman yang amat 'digeruni 'oleh Ailee.Ailee berpaling dari menatap senyuman 'membunuh' itu.

 

Ailee dan ByungHee merehatkan diri di ruang tamu setelah sahaja Mrs.Won dan Mr.Won pulang.ByungHee menyandarkan dirinya di atas sofa sambil menonton televisyen.Seketika dia ketawa apabila melihat cheapdance yang dilakukan oleh Jang Woo Young 2PM.Ailee sekadar memandang kosong rancangan itu.Kemudian,dia meninggalkan ByungHee keseorangan disitu.ByungHee tidak menoleh ke arahnya.

Tidak lama selepas itu,Ailee kembali semula ke ruang tamu dengan membawa ubat sapu.Kemudian,dia melabuhkan punggung di sebelah ByungHee.Perlahan-lahan,dia menarik lembut tangan kanan ByungHee.ByungHee terkejut dengan tindakan Ailee yang tiba-tiba itu.Tetapi terkejut lagi Ailee apabila melihat luka yang agak panjang di jari telunjuk ByungHee.Darahnya sudah kering.Pasti kerana mengutip kaca tadi.

"Ailee,apa awak buat ni?"soal ByungHee.

"Kalau awak tak kutip kaca tadi,mesti tangan awak tak luka macam ni,"balas Ailee,selamba.Perlahan-lahan,dia menyapu ubat itu di atas jari telunjuk ByungHee yang luka itu.ByungHee sekadar memerhati perbuatan Ailee yang cukup aneh baginya.Bukankah Ailee amat membencinya sebelum ini?

 

Ailee tersenyum apabila melihat jari ByungHee yang selesai dibalut itu.

"Lepas ni,awak tak payahla nak tunjuk gentleman awak tu.Tengok,baru kutip kaca dah luka besar macam tu.Apalah awak ni.Macam perempuan je,"kata Ailee,sambil ketawa kecil.ByungHee tersenyum.Dia sangat senang dengan kelakuan Ailee ketika ini.

"Kamsahamida,Ailee,"ucap ByungHee,ikhlas.Ailee sekadar angguk.

"Okeyla,saya nak masuk tidur dulu.Good night,"ucap Ailee sambil tersenyum.Kemudian dia melangkah perlahan menuju ke arah biliknya.

"Sweet dream,"balas ByungHee.Hatinya berbunga riang.Dia menatap jarinya yang berbalut itu.Dia tersenyum lebar.Perlahan-lahan,dia menutup matanya sambil mengucup jarinya yang berbalut itu.Hadiah yang cukup bermakna baginya.

 

Ailee berjalan pantas menuju ke kelasnya kerana terlewat.Bimbang dimarahi oleh pensyarahnya nanti.Sebaik sahaja dia melalui kelas muzik yang tidak berapa jauh lagi dari kelasnya,langkahnya terhenti.Kelam-kabut dia menyembunyikan dirinya agar tidak terlihat oleh ByungHee.

"Tangan awak luka ni...Macam mana awak nak main gitar hari ni?"soal Ji Eun,risau sambil membelek-belek jari ByungHee yang berbalut itu.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

"Ala,takpe.SeungHo kan ada.Dia boleh main piano,"balas ByungHee.Ji Eun kelihatan tidak puas hati.

"Ni mesti sebab Ailee kan?"soal Ji Eun,geram.

"Eh,apa awak cakap ni?Luka saya ni tak ada kena mengena langsung dengan Ailee.Saya yang cuai.Ni pun Ailee yang tolong balutkan,"balas ByungHee,pantas sahaja dia menafikan tuduhan Ji Eun yang agak melulu itu.

"Ailee balutkan?Awak biar betul?Bukan Ailee tu tak suka dekat awak ke?"duga Ji Eun.

"Ji Eun ah,apa salahnya kalau betul yang Ailee dah sudi terima saya dalam hidupnya.Sekurang-kurangnya sebagai kawan.Tak salahkan?"soal ByungHee,mulai rimas dengan prasangka buruk Ji Eun itu.

"Saya bukan apa,ByungHee.Saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak.Sebab saya sayang kan awak.Awak pun tahu kan?"kata Ji Eun.

Ailee terkejut.Ji Eun sayangkan ByungHee?Seriuskah?Dia meletakkan tangannya di dada.Cuba menahan sebak.

"Ji Eun..."Ailee tidak sanggup mendengar lagi perbualan di antara dua kekasih itu.Pantas sahaja dia beredar dari situ.Niatnya untuk mengikuti kelas pada hari itu batal.Dia ingin pergi dari situ.

 

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333