Love is Coming Chapter 6

Love is Coming

 

"Kenapa kau tak pernah cakap dengan aku sebelum ni?"soal SeungHo,tidak puas hati.ByungHee sekadar melemparkan pandangannya jauh ke langit malam yang suram itu.Hatinya dilanda rasa bersalah yang teramat terhadap Ailee kerana meninggalkan wanita itu keseorangan tanpa memberikan peluang padanya untuk memberikan penjelasan.Jauh di sudut hatinya,dia gembira kerana Ailee sudah terbuka hatinya untuk menerima dirinya.Namun,apabila mengenangkan kembali ugutan KyuHyun beberapa hari yang lalu,fikiran ByungHee kembali buntu.Dia tidak rela membiarkan Ailee berada di dalam bahaya hanya disebabkan oleh keegoannya untuk melepaskan gadis itu seperti yang telah dijanjikan.

"Hei,kau okey tak ni?"soal SeungHo lagi sambil menyentuh lembut bahu rakannya itu.

"Hah?"ByungHee seolah-olah baru tersedar dari lamunannya.SeungHo melepaskan keluhan berat.

"Kenapa kau simpan semua ni dari aku?Kita kan kawan baik.Masalah kau,masalah aku juga..."kata SeungHo,sedikit kecewa dengan tindakan ByungHee yang suka memendam masalah itu.

"Tak apa.Aku cuma tak nak menyusahkan orang lain.Tapi...kali ni...aku terpaksa.Miane,"kata ByungHee,sambil mengukir senyuman tawar.SeungHo menggeleng lemah.Dia sungguh terkejut dengan kehadiran ByungHee yang tiba-tiba itu.Apatah lagi apabila ByungHee menceritakan mengenai perkahwinan rahsianya bersama Ailee.Lebih tepat lagi,perkahwinan kontrak!Masalah mulai timbul apabila rasa cinta mulai hadir dalam hati masing-masing.

"Kau tak risaukan Ailee ke,ByungHee?"soal SeungHo.ByungHee angguk lemah.

"Aku bukan apa.Aku cuma nak kau betulkan balik keadaan.Mungkin Ailee sedang tunggu dan risaukan kau.Kau harus berbincang balik dengan dia.Mana tahu,mungkin boleh diselesaikan,"pujuk SeungHo.ByungHee menggeleng lemah.

"Aku dah ada jalan penyelesaian.Dah tak ada benda yang perlu dibincangkan lagi,"kata ByungHee,lemah.

"Apa?"soal SeungHo,ingin tahu.ByungHee menarik nafas panjang.

"Aku...aku dah bersedia untuk melepaskan Ailee,"jawab ByungHee,yakin.SeungHo terkejut.Dia memegang kedua-dua bahu ByungHee sambil berdiri menghadapnya.

"Kau dah gila ke?Kau cintakan dia.Takkan kau sanggup lepaskan dia macam tu je?"soal SeungHo,ternyata tidak bersetuju dengan keputusan ByungHee itu.

"Sebab aku cintakan dialah...aku sanggup lepaskan dia.Aku tak nak dia diapa-apakan hanya disebabkan oleh kedegilan aku,"balas ByungHee,pasrah.

"Tak.Mesti ada cara lain punya.Kalau kau buat macam tu,Ailee tetap tak bahagia,"kata SeungHo.

"Sekurang-kurangnya,dia masih boleh teruskan hidup dia.Perasaan dia pada aku boleh hilang perlahan-lahan.Aku yakin KyuHyun boleh jaga dia seperti sebelum kewujudan aku dalam hidup Ailee dulu,"balas ByungHee.Entah mengapa,SeungHo terus menumbuk muka ByungHee seusai sahaja lelaki itu habis berkata-kata.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?!"marah SeungHo.ByungHee terkejut dengan tindakan SeungHo itu."Ya,memang dia boleh hidup kalau kau lepaskan dia seperti yang KyuHyun mahukan.Tapi hatinya nanti kosong,ByungHee.Dalam hatinya bukan lagi ada KyuHyun.Tapi kau...Jung Byung Hee.Kau tak boleh terus mengalah macam ni.Kau dah tak macam ByungHee yang aku kenal."Kata SeungHo,cuba mengubah pendirian ByungHee.Dia amat yakin bahawa pasti ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memastikan mereka boleh terus bersama.ByungHee tunduk.SeungHo melangkah mendekati ByungHee.Perlahan-lahan,dia memeluk tubuh lelaki itu.

"Miane...Tapi...aku cuma nak yang terbaik untuk kau...dan juga Ailee.Jangan mudah mengalah.Kalau kau betul sayangkan Ailee,bukan ini caranya.Kau mesti balik.Dia perlukan kau,"pujuk SeungHo sebelum melepaskan pelukannya.

"Aku akan tolong kau,"kata SeunHo.ByungHee sebak.Hatinya benar-benar tersentuh dengan keikhlasan SeungHo untuk membantunya.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit ByungHee berdering.Dilihatnya nama Ailee tertera pada skrin telefon bimbit itu.ByungHee memandang ke arah SeungHo.SeungHo memberi isyarat supaya ByungHee menjawab panggilan itu.

"Hello..."Riak wajah ByungHee berubah selepas menerima panggilan itu.Dia segera melangkah keluar dari rumah SeungHo selepas sahaja menamatkan panggilan itu.
"ByungHee!!!"jerit SeungHo.Dia turut mengekori ByungHee dari belakang.

 

ByungHee mengusap lembut kepala Ailee.Hatinya sebak melihat Ailee yang terbaring lesu itu.Dia menyalahkan dirinya.Andai dia tidak terlalu mengikut perasaan,Ailee mungkin tidak jadi seperti ini.

"Miane..."ucap ByungHee sambil mencium lembut tangan Ailee.Air matanya mengalir.Dia tidak sanggup melihat Ailee berkeadaan lemah seperti itu.Saat itu,dia amat merindukan senyuman dan tawa Ailee yang sentiasa menceriakannya.

"Ailee...saya pun tak nak kehilangan awak.Sa..saya..."ByungHee tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia menatap wajah Ailee yang lesu itu.

"Ya,memang dia boleh hidup kalau kau lepaskan dia seperti yang KyuHyun mahukan.Tapi hatinya nanti kosong.Dalam hatinya bukan lagi ada KyuHyun.Tapi kau...Jung ByungHee."Kata-kata SeungHo kembali bermain-main di fikirannya.

Dia kembali menatap wajah Ailee.

"Walaupun saya tak patut cakap macam ni tapi..."ByungHee mendekatkan bibirnya pada telinga Ailee.

"Sa..saranghae,"ucapnya,lembut."Tolong buka mata...saya betul-betul perlukan awak,Ailee..."kata ByungHee lagi.Dia yakin.Dia benar-benar perlukan Ailee dalam hidupnya.Kerana...dia benar-benar mencintai wanita itu.Wanita yang hadir dalam hidupnya secara tiba-tiba.Mereka disatukan atas pilihan keluarga masing-masing.Bapa mereka merupakan sahabat baik sejak dari kecil.Demi persahabatan mereka yang amat rapat itu,mereka bersetuju untuk menyatukan ByungHee dan Ailee.Semestinya,Ailee membantah rancangan itu memandangkan hatinya sudah dimiliki oleh KyuHyun pada waktu itu.Namun,dia terpaksa juga bersetuju dengan pilihan keluarganya kerana tidak sanggup menghampakan ayahnya.Apatah lagi,ByungHee pula hidup sebatang kara selepas kematian ayahnya.Mr.Won merasakan adalah satu tanggungjawab baginya untuk menjaga ByungHee yang sudah dianggapnya seperti anak kandungnya sendiri itu.

 

Ailee membuka matanya perlahan.Ditolehnya ke arah kanan.Matanya terbuka luas apabila melihat ByungHee sedang tidur di sebelahnya.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut hitam lelaki itu.ByungHee tersedar dari tidurnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Ailee yang sedang melihat ke arahnya.

"Ailee..."ByungHee mencium lembut tangan Ailee,meluahkan perasaan gembiranya apabila melihat Ailee sudah sedar."Syukurlah,awak dah sedar,"katanya lagi.Ailee tersenyum lemah.

"Saya.."Mulut Ailee ditutup oleh jari telunjuk ByungHee apabila dia mahu berbicara.

"Awak baru sedar...berehatlah dulu..."kata ByungHee,tenang."Tapi...saya nak awak dengar kata-kata saya,Ailee,"kata ByungHee.Hanna memandang mata hazel ByungHee itu.

"Miane..."ucap ByungHee."Saya tak patut buat awak macam ni.Saya betul-betul minta maaf,Ailee..."sambungnya lagi.Kemudian,dipegangnya tangan Ailee erat.

"Awak tahu tak,bila saya tengok awak lemah macam ni,saya jadi takut.Takut untuk kehilangan awak.Saya takut...saya tak sempat nak membetulkan keadaan.Takut tak sempat nak minta maaf dari awak..."kata ByungHee.Mata Ailee mulai berair.Kata-kata ByungHee itu benar-benar menyentuh hatinya.

"Apa yang penting...saya takut yang awak masih belum tahu yang...saya..."ByungHee memandang Ailee."...saya amat mencintai awak,Ailee..."ucap ByungHee.Ailee terpana saat mendengar ungkapan cinta ByungHee yang amat dinantikannya itu.

"ByungHee..."Air mata Ailee mengalir.ByunHee mengesat air mata Ailee.

"Saya akan sentiasa melindungi awak...walaupun nyawa saya menjadi ganti..."kata ByungHee sambil mencium tangan Ailee.

"Saranghae."

 

****************

 

"Kenapa,ByungHee?Tiba-tiba je nak jumpa..."kata KyuHyun sambil membuka cermin mata hitamnya.ByungHee memandang KyuHyun, tajam.Dia kemudiannya meletakkan kontrak perkahwinannya di atas meja,kasar.KyuHyun memandang kontrak itu sambil tersenyum sinis.

"Wow...surat perjanjian!!!Kenapa kau nak tunjukkan kat aku?Nak aku bacakan untuk kau ke?"soal KyuHyun,diikuti dengan tawanya.ByungHee turut mengukir senyuman sinis.Dia kemudiannya mengeluarkan lighter lalu membakar surat perjanjian itu.KyuHyun terkejut.

"Apa kau buat ni?!"jerkah KyuHyun sambil menarik kolar baju ByungHee.

"Perjanjian tu dah tak ada...jadi tak ada apa yang kau boleh tuntut lagi.So...just forget about her.She's mine,"balas ByungHee.KyuHyun menolak tubuh ByungHee ke lantai.

"ByungHee..ByungHee..ByungHee.Nampaknya,kau dah berani bermain dengan api.Kau tak sedar ke?Kau ingat ugutan aku tu main-main?"soal KyuHyun,marah.

"Ya.Memang aku tahu kau serius.Tapi...aku sanggup jadi pengganti Ailee.Itupun kalau kau setuju,"cabar ByungHee.KyuHyun terkejut dengan kata-kata lelaki itu.Tetapi,KyuHyun ketawa kecil selapas itu.

"Aku harap...kau takkan tarik balik 'tawaran' kau tu,ByungHee,"kata KyuHyun.

"Ya.Memang aku takkan tarik balik 'tawaran' aku tu.Sebab,aku yakin...kalau aku mati sekalipun,Ailee takkan mahu kembali ke sisi kau,"kata ByungHee,sambil mengukir senyuman sinis.KyuHyun menumbuk muka ByungHee."Kau jangan kurang ajar!Okey,aku akan tunaikan keinginan kau tu,"kata KyuHyun lalu beredar dari situ.ByungHee sekadar tersenyum.Dia mengesat bibirnya yang berdarah itu.Dia nekad.Dia rela mengorbankan nyawanya demi Ailee.Demi Ailee yang dicintai...

 

*****************

 

Ailee tekun melihat dan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh ByungHee di studio tanpa menghiraukan orang lain yang memerhatikan mereka dari luar.Ailee tidak kisah lagi berita mengenai status hubungannya dengan ByungHee kini berubah dari musuh hinggalah sebagai pasangan kekasih.ByungHee mengukir senyuman manis kepada Ailee selepas sahaja menamatkan latihannya.Ailee menghulurkan botol air kepada ByungHee.

"Gomawo,"ucap ByungHee.

"Oppa dah banyak berlatih hari ni.Rehat-rehatlah lepas ni,"kata Ailee.Muka ByungHee bertukar merah apabila mendengar panggilan Ailee terhadapnya.Ailee menyedari riak wajah ByungHee yang berubah merah itu."Oppa malu ye?Hahahaha...comelnya,"usik Ailee sambil mencubit lembut pipi ByungHee.ByungHee mengusap pipinya.Ailee masih dengan senyuman nakalnya.Seronok pula dapat mengusik ByungHee!

"Ala...Tak payahlah oppa-oppa ni,seganlah.Panggil macam biasa jela,"balas ByungHee.

"Segan?Eh,dulu bukan oppa ke yang panggil diri oppa..OPPA?Lepas tu,oppa tukar 'saya-awak' dengan Ailee.Tak best lah macam tu.Rasa macam biasa sangatlah panggil nama-nama ni,"kata Ailee sambil ketawa.ByungHee turut ketawa.Dia mengusap kepala Ailee.

"Wah...banyak cakaplah budak ni hari ni.Saya tahu macam mana nak diamkan Ailee ni,"kata ByungHee.Perlahan-lahan,dia mendekatkan bibirnya pada telinga Ailee."Saranghae..."ucap ByungHee penuh romantik.Ailee tergamam.ByungHee tersenyum nakal."Hah...kan dah diam,"usik ByungHee.Dia kemudiannya meninggalkan Ailee sambil ketawa.Ailee memegang mukanya yang panas itu.Dari luar,Ji Eun sekadar memerhatikan mereka dengan perasaan yang sukar untuk diertikan oleh dirinya sendiri.Mungkin cemburu...mungkin juga tidak...

"Hei,Ji Eun,"sapa ByungHee.Ji Eun terkejut.

"ByungHee..."balasnya.

"Awak okey ke?"soal ByungHee,sedikit bimbang.Ji Eun tersenyum sambil menggeleng.

"Saya okey.Jangan risaulah.Wah...patutlah asyik tersengih-sengih je.Rupa-rupanya...musim bunga dah tiba ya,"usik Ji Eun.

"Musim bunga?Tapi...sekarangkan musim luruh..."ByungHee pura-pura tidak faham.

"Tak payah nak buat-buat tak fahamla.Menyampah!"balas Ji Eun sambil mencebik.ByungHee menggaru kepalanya yang tidak gatal itu."Tahniah,"sambung Ji Eun lagi.

"Gomawo..."kata ByungHee.Mereka terdiam seketika."Em...awak bila lagi?"soal ByungHee.Ji Eun menoleh ke arah ByungHee.

"Apa?"soal Ji Eun,tidak faham.

"Awak dengan SeungHola...bila lagi?"soal ByungHee,mengusik.

"Hah?SeungHo?Yang SeungHo tu?Sejak bila pula saya dengan dia pula ni?Mengarut je la.Tak payah nak sibuk hal saya.Awak sibuk-sibukkan dulu hal awak dengan Ailee tu.Baru bahagia sikit,dah berlagak.Fine,"balas Ji Eun.ByungHee ketawa.

"Mana ada.Saya seriusla,"kata ByungHee.

"Masalahnya saya dengan SeungHo tu tak ada apa-apalah,ByungHee,"kata Ji Eun.

"Oh...awak tak pernah tahu rupanya,"kata ByungHee.

"Apa?"soal Ji Eun.

"SeungHo pernah cakap dengan saya dulu..yang dia...adalah mengharapkan sesuatu dari awak.Gaya dia macam dah angau sangat kat awak je,"balas ByungHee,tersenyum.Kening Ji Eun terangkat sebelah.

"Tak payah nak mengada-ngada kat sini.Dahlah...pergilah kat Ailee awak tu,"kata Ji Eun sambil menolak tubuh ByungHee masuk ke studio itu.

 

****************

 

 

ByungHee memunggah baju-bajunya dari dalam almari.Dia cuba untuk mencari baju yang sesuai dipakai untuk pertandingan pada esok hari.

"Opp...eh,kenapa bersepah ni?"soal Ailee,pelik dengan keadaan bilik ByungHee yang bersepah itu.

"Cari baju nak pakai esok,"jawab ByungHee,tanpa menoleh ke arah Ailee.Ailee melabuhkan punggung di atas katil ByungHee.

"Oppa ni,macam perempuanlah,"kata Ailee.

"Kenapa pula?"soal ByungHee yang masih leka memunggah baju itu.

"Yela,selalunya perempuan yang selalu gelisah nak pakai baju lawa-lawa untuk apa-apa event macam ni,"jawab Ailee.

"Esok penting tau.Tak guna kalau oppa nyanyi sedap tapi imej tak okey.Ailee tak nak saya dapat biasiswa untuk sambung study kat Seoul ke?"soal ByungHee.

"Mestilah nak.Sebab Ailee boleh ikut sekali,"jawab Ailee sambil ketawa.ByungHee melabuhkan punggung di sebelah Ailee.Dia melepaskan keluhan.

"Oppa mesti dapatkan juga biasiswa tu,"kata ByungHee.

"Kenapa?"soal Ailee.

"Sebab...impian oppa adalah untuk menjadi penyanyi yang bukan sahaja pandai menyanyi,malah pandai dalam semua bidang muzik.Oppa nak jadi yang terbaik ,"jawab ByungHee sambil melemparkan pandangannya ke luar,seolah-olah melihat masa hadapannya.Ailee tersenyum mendengar kata-kata ByungHee yang penuh bersemangat itu.Jauh di sudut hatinya,dia turut mendoakan kejayaan ByungHee dalam pertandingan esok hari.

"Tapi,kalau ditakdirkan...oppa tak dapat menang esok,oppa terima seadanya,"sambung ByungHee lagi.

"Oppa tak boleh cakap macam tu.Belum cuba belum tahu,"kata Ailee.

"Oppa betul-betul maksudkan kata-kata oppa,Hanna,"kata ByungHee.

"Tapi,Oppa kata nak jadi yang terbaik?"kata Ailee.ByungHee menoleh ke arah Ailee.Tangan wanita itu digenggamnya erat.

"Asalkan Ailee sentiasa ada di sisi oppa,itupun dah cukup buat oppa rasa bertuah.Oppa boleh capai cita-cita oppa bila-bila masa je,asalkan Ailee ada untuk sokong oppa,"kata ByungHee.Ailee tersenyum.

"Oppa,Ailee ada satu hadiah nak bagi kat oppa untuk bagi oppa semangat,"kata Ailee.Kening ByungHee terangkat.

"Oh ya?Apa dia?"

Perlahan-lahan,Ailee memeluk tubuh lelaki itu.Belakang ByungHee itu ditepuknya perlahan.ByungHee tersenyum,berasa tenang berada dalam pelukan Ailee itu.

"Sampai bila-bila pun,Ailee tetap ada di sisi Oppa.Oppa tak perlulah risau.Ini janji Ailee untuk oppa,"kata Ailee.ByungHee membalas pelukan Ailee.

"Ailee janji?"Soal ByungHee.Ailee angguk.

"Ailee janji."

 

"Wah...handsomenya kawan aku ni!"puji SeungHo sambil menepuk bahu ByungHee.ByungHee tersengih malu.

"Ala...Ailee yang pilihkan.Okey kan?Sesuai tak dengan lagu yang aku nak perform ni?"soal ByungHee berkali-kali.

"Aku speechless...seriously.Daebaklah!"kata SeungHo.

"Tak payah nak over lah,"balas ByungHee.SeungHo ketawa."So..semua okey tak?"soal ByungHee.SeungHo angguk.

"Don't worry,buddy.Aku okey dan bersedia,"kata SeungHo.

"Bagus,"kata ByungHee.

"Ailee datang tak?"soal SeungHo.ByungHee angguk sambil tersenyum."Tahniah,"ucap SeungHo.

"Kenapa?"soal ByungHee.

"Keputusan kau tepat sekali.Aku bangga dengan kau,"kata SeungHo.ByungHee tersenyum.Ya,memang keputusan aku tepat sekali,bisik hatinya.

 
 

Ailee sabar menanti giliran ByungHee dan SeungHo untuk membuat persembahan.Hatinya amat teruja.Pasti persembahan mereka sangat hebat.Peluangnya untuk menang pasti cerah.

"Peserta seterusnya,dipersilakan Jung Byung Hee dan Yang Seung Ho dengan lagu mereka yang bertajuk 'My Dream' ,"kata pengacara majlis itu.Ailee menjerit.

"Hwaiting,Oppa!!!"

ByungHee tersenyum ke arah Ailee.Ailee turut membalas senyuman ByungHee.Dia melambaikan tangannya ke arah ByungHee,sebagai tanda sokongan.

 

 

Nyanyian ByungHee dan SeungHo mendapat tepukan gemuruh.Ailee tersenyum lebar saat mendengar lagu yang dinyanyikan oleh mereka itu.Dia begitu bangga melihat ByungHee yang dapat memberikan persembahan yang terbaik.

"My dream, Ailee..."kata ByungHee.Ailee terkejut apabila namanya disebut oleh ByungHee.

"Saya ada satu perkataan yang nak saya katakan pada awak.Saya akan mengulanginya sampai bila-bila...SARANGHAEYO..."Ucapan ByungHee mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.Ailee terpana.ByungHee mengakui cinta padanya di khalayak ramai.Air matanya mengalir.Terharu dengan keberanian ByungHee.

"Saranghae,oppa..."ucapnya dalam tangisan.

 

 

Ailee menunggu ByungHee dari luar.Dia yakin mesej yang dihantar kepada lelaki itu pasti sudah sampai kepadanya.Ailee melihat jam tangannya.Dia malas hendak berasa-asak dengan orang ramai yang mahu berjumpa dengan penyanyi yang mereka minati itu.Mata Ailee terpandang pada sebuah kereta hitam yang terparkir agak jauh dari tempatnya berdiri.Namun,dia mengalihkan semula pandangannya pada pintu masuk stadium kecil itu.

"Mana Oppa ni?"soal Ailee.Dia bersandar pada dinding sambil bernyanyi kecil.

 

"Ailee!"Ailee menoleh ke depan apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat ByungHee sedang melambai ke arahnya.Ailee mulai melangkah ke arah ByungHee tanpa menyedari kereta hitam yang diperhatikannya sebentar tadi sedang meluncur laju ke arahnya.

Ailee berhenti seketika apabila melihat kereta hitam itu hampir mendekatinya.Fikirannya seolah-olah kosong.Tiba-tiba,dia terasa badannya ditolak dari depan.Semuanya berlaku dengan pantas.

Mata Ailee terbeliak apabila melihat tubuh ByungHee terbaring lesu di atas jalan raya.Kepalanya berdarah.Ailee mendekati ke arah ByungHee.Dia mengangkat kepala lelaki itu.Tangannya menggigil apabila melihat banyak darah pekat mengalir dari kepala ByungHee.

"O..p..oppa..."Ailee cuba menyedarkan ByungHee.Namun,panggilannya itu tidak berbalas."Oppa..."Ailee tetap tidak berputus asa.Matanya bergenang."Oppa..bangunlah..."Air matanya mengalir.ByungHee masih kaku."OPPA!!!!!!!!!!!!"

 

 

To be continued...

 
 
 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333