Love is Coming Chapter 4

Love is Coming

 

Ailee mengesat air matanya yang mengalir.Benarkah apa yang didengarnya sebentar tadi?Ji Eun...sayangkan ByungHee?Kalau benar,apa reaksi ByungHee?Tapi,bukankah mereka dahulu pernah bercinta sebelum ByungHee dipaksa berkahwin dengannya?Ailee pantas menggeleng.Mengenai status sebenar hubungan mereka dahulu tidak diketahuinya dengan pasti.Malah,dia berasa tidak senang hati sekiranya hal itu adalah benar.Kenapa perlu ada perasaan sebegini?Hatinya menyoal sendiri.Kalau dahulu,Ailee tidak kisah jika ByungHee sering meluangkan masa bersama-sama Ji Eun.Mungkinkah...aku sudah jatuh cinta dengan ByungHee?Ailee menelan air liurnya.Bimbang.Takkan hanya kerana pandangan mata ByungHee dan senyumannya sudah cukup untuk menjatuhkan egonya?

"Tak mungkin.Aku masih cintakan KyuHyun oppa.Ya,mungkin aku sudah selesa berada dekat dengan dengan ByungHee.Tapi hanya sebagai teman,tak lebih dari tu,"katanya perlahan,cuba menyenangkan hatinya.

 

"Ailee?"Ailee menoleh apabila menyedari namanya dipanggil dari belakang.Sangkaannya adalah ByungHee.Namun senyumannya mulai mengendur apabila melihat KyuHyun sedang melangkah ke arahnya.Ailee berlagak biasa.

"Kenapa sorang-sorang kat sini?Tak ada kelas ke?"soal KyuHyun sambil mengambil tempat di sebelah Ailee.Ailee sekadar membiarkannya."Kenapa ni?Ailee tak sihat ke?"soal KyuHyun sekali lagi.

"Takdelah.Ailee okey je.Cuma...tak ada mood nak masuk kelas,"kata Ailee,berbohong.

"Ni mesti tak siap kerja ni?"duga KyuHyun.Ailee ketawa kecil.

"Hello...sebab Ailee dah siap kerja la,Ailee malas nak masuk kelas hari ni.Boringla..."balas Ailee.

"Kata nak jadi fesyen designer yang terkenal.Tapi kalau tak masuk kelas,macam mana nak jadi terkenal nanti?"soal KyuHyun,sambil membelai rambut Ailee yang panjang itu.Ailee tersenyum.

"Tak apa.Ailee memang dah ada bakat yang terpendam.So,tak perlula kelas-kelas ni semua,"balas Ailee sambil bergurau.KyuHyun ketawa.

"Oh,yela...Ailee ni kan memang hebat orangnya,"kata KyuHyun sambil megusap kepala Ailee.Ailee tersenyum."Bagusla kalau Ailee dah senyum balik macam ni,"kata KyuHyun.Ailee menoleh ke arahnya.

"Apa maksud oppa?"soal Ailee,tidak mengerti.KyuHyun megesat air mata Ailee yang masih berbaki.Ailee terkejut.

"Mesti ByungHee buat Ailee menangis ni,"duga KyuHyun,tiba-tiba.Ailee melepaskan tangan KyuHyun yang masih megesat air matanya.

"Oppa tak baik tuduh orang macam tu tau.Tak semestinya kalau Ailee menangis...semuanya disebabkan ByungHee.Ada banyak alasan lain yang boleh buat Ailee menangis,"balas Ailee,tidak puas hati dengan tuduhan KyuHyun.

"Okey,kalau macam tu..apa alasannya?"soal KyuHyun,ingin tahu.Ailee terdiam.Matanya memandang ke arah lain.

"Tak semua benda Ailee boleh berkongsi dengan oppa.Lagipun hubungan kita masih belum jelas pengakhirannya,"kata Ailee.KyuHyun memegang kedua-dua bahu Ailee.

"Apa maksud Ailee?Apakah Ailee dah yakin untuk hidup bersama dengan ByungHee ke?"soal KyuHyun.Ailee rimas.

"Apa oppa ni?Lepaslah.Tak malu ke kalau orang lain nampak?"balas Ailee,rimas.

"Ailee jangan lupa pasal perjanjian tu.Jangan lupa dengan apa yang Ailee dah janjikan dengan oppa.Oppa tak suka Ailee mungkir janji,"kata KyuHyun,tegas.

"Perjanjian tu hanya sah di antara Ailee dengan ByungHee.Bila-bila masa perjanjian tu boleh terbatal,cuma tak tahu bila dan kemungkinannya untuk berlaku.Jadi oppa tak boleh ugut Ailee macam ni!"marah Ailee."Sekarang lepaskan Ailee atau..."belum sempat Ailee menghabis kata-katanya,pantas sahaja mulutnya dikucup oleh KyuHyun.Ailee terkejut.

 

"Wah,best jugak lagu yang kau gubah tadi,"puji SeungHo sambil menepuk bahu ByungHee.ByungHee tersenyum.

"Tak adalah.Biasa je..."balas ByungHee,rendah diri.

"Kalau Mr.El dengar lagu kau tu,aku yakin kau terpilih untuk ke pertandingan tu nanti.Aku berani potong jari tau,"kata SeungHo bersungguh-sungguh.

"Best jugak kalau dapat kan.Dapat jugak aku tengok jari kau kudung,"kata ByungHee sambil ketawa.Begitu juga dengan SeungHo.Namun,tawa ByungHee terhenti apabila melihat sesuatu yang sukar dipercayainya berlaku di hadapannya.SeungHo pelik dengan perubahan ByungHee yang tiba-tiba menjadi senyap itu.

"ByungHee,kenapa ni?"soal SeungHo.Namun ByungHee masih membisu.Matanya masih tidak bergerak dari situ.SeungHo turut melihat ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh SeungHo.

"ByungHee,kau...kenal ke dengan perempuan tu?"soal SeungHo,tidak mengerti.

 

Ailee terkejut apabila menyedari ByungHee sedang memerhatikannya tidak jauh dari tempatnya berdiri.Muka ByungHee kelihatan tegang.Ailee cuak.KyuHyun tersenyum sinis.ByungHee pantas menggeleng.

"Jom,SeungHo,"ajak ByungHee sambil menarik tangan SeungHo.SeungHo sekadar menurut.Ailee  terduduk.Terasa pipinya basah.KyuHyun sekadar tersenyum.

"Jangan risau.Oppa yakin ByungHee faham...dengan hubungan kita,"kata KyuHyun,sinis.Perlahan-lahan,dia berjalan meninggalkan Ailee yang sedang menangis itu.

"Jeongmal miane,ByungHee,"ucapnya dalam sebak.

 

Ailee menunggu ByungHee di ruang tamu.Hatinya dilanda bimbang apabila melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 11 malam.Namun,bunyi enjin motosikal ByungHee masih belum kedengaran dari luar,petanda ByungHee masih belum pulang.

"Mana dia ni?"soalnya sendiri.Hatinya dilanda bersalah yang teramat.Pasti ByungHee sudah salah sangka mengenai perkara yang sebenar.

 

Ailee terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi motosikal dari luar.Kelam kabut dia melihat jam tangannya.Sudah pukul satu pagi.Ailee terkejut apabila melihat ByungHee melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang teramat letih.Pantas sahaja dia melangkah mendekati ByungHee.

"ByungHee,"panggilnya,namun tidak dilayan oleh ByungHee.Ailee tidak puas hati.Dia terus menghalang ByungHee dari menaiki tangga menuju ke biliknya.ByungHee mulai rimas.

"Biarkan saya naik.Saya letih ni,"kata ByungHee,cuba mengawal emosinya yang kian bercelaru itu.

"Mana awak pergi?Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?"soal Ailee,bimbang.Namun kebimbangannya tidak dirasai oleh ByungHee.

"Esok je la saya jawab soalan awak.Saya dah penat sangat ni,"balas ByungHee,lalu meneruskan langkahnya.Namun,cepat-cepat Ailee mencapai tangannya.

"Awak marahkan saya?"soal Ailee.ByungHee melepaskan keluhan berat.Dia melepaskan genggaman Ailee dengan kasar.Dia benar-benar tiada mood untuk bersoal jawab ketika ini.

"Saya akan jawab semua pertanyaan awak esok,ok?"kata ByungHee,lalu meninggalkan Ailee keseorangan di situ.Ailee terdiam.Hatinya kian dilanda bersalah.

 

 

Ailee menuruni tangga sambil membawa beg kertas yang berisi dengan bahan-bahan perbentangannya dengan tenang.Langkahnya terhenti apabila melihat motosikal ByungHee masih terparkir di luar.Dia menjenguk ke arah dapur untuk memastikan sekiranya  ByungHee berada di situ.Ailee berasa hairan.Kemudian,dia melihat jam tangannya.Dah pukul 8 ni,dia tak ada kelas ke hari ni?Soalnya sendiri.Pantas sahaja kakinya menaiki semula tangga menuju ke arah bilik ByungHee.

"ByungHee!"panggil Ailee sambil mengetuk pintu bilik ByungHee yang terkunci rapat itu.Berulang kali dia memanggil nama ByungHee,namun tiada satu pun yang disahut oleh lelaki itu.Ailee cemas.Otaknya ligat berfikir untuk melakukan tindakan yang seterusnya.

"Kunci pendua!"Ailee segera beredar dari bilik ByungHee untuk mencari kunci pendua bilik ByungHee itu.Setelah mendapatkan kunci pendua itu,Ailee segera membuka pintu bilik ByungHee.Ailee terkejut apabila melihat ByungHee masih terbaring sambil berselimut hampir keseluruhan dari tubuhnya.Ailee segera melangkah mendekati ByungHee.

"ByungHee..."Ailee cuba mengejutkan ByungHee dengan lembut."ByungHee..."kejutnya lagi apabila tiada respon dari lelaki itu.Ailee cuba meyelak selimut yang menyelimuti tubuh lelaki itu.Ailee terkejut apabila melihat ByungHee masih memakai baju semalam.

"ByungHee..."Ailee cuba mengejutkan ByungHee lagi.Pantas sahaja Ailee meletakkan tangannya pada dahi ByungHee apabila ByungHee menarik semula selimutnya kerana kesejukan.Mata Ailee terbeliak apabila mendapati dahi ByungHee terasa panas.

"ByungHee demam?Panas sangat ni..."Ailee cemas.Dia segera turun semula ke dapur.

 

ByungHee membuka matanya perlahan apabila merasakan dahinya terasa sedikit sejuk.Matanya terbuka luas apabila mendapati Ailee sedang membasahkan tuala putih kecil dengan air.Apabila Ailee menyedari ByungHee sedang melihat ke arahnya,terus sahaja dia mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.ByungHee terasa wajahnya panas apabila melihat senyuman manis Ailee itu.

"Badan awak panas sangat tau.Jadi saya dah buatkan bubur panas untuk awak biar awak rasa lega sikit.Tengok tu,muka awak nampak merah,"kata Ailee sambil menyapu wajah ByungHee dengan tuala putih itu.Jantung ByungHee berdegup pantas apabila tangan lembut Ailee mengenai wajahnya.Perlahan-lahan,ByungHee memegang tangan Ailee.Ailee tergamam.

"Saya okey.Awak pergi je la kolej.Saya boleh jaga diri sendiri,"kata ByungHee,perlahan.Riak wajah Ailee berubah.Apakah ByungHee masih memarahinya sehinggakan tidak sudi dijaga olehnya?ByungHee menyedari riak wajah Ailee itu.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman manis ke arah wanita yang kian disayanginya itu.

"Saya bukan marahkan awak.Cuma tak selesa...em..seganla,bila awak tengok saya lembik macam ni,"kata ByungHee,berseloroh.Ailee tersenyum.

"Tak apa.Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak ni masih manusia biasa,"kata Ailee.ByungHee tersenyum.

"Saya betul-betul okey.Awak pergi jela kolej,okey?Awak tak perlu risau pasal saya,"balas ByungHee.

"Malaslah nak pergi.Dah pukul 9.30 pun.Lagipun saya dah beritahu Miss Lyne yang saya tak sihat hari ni,"kata Ailee sambil meletakkan tuala basah di atas dahi ByungHee.

"Kesian,Ailee.Dahla tak sihat,tapi kena jaga saya pula,"kata ByungHee sambil tersenyum.Ailee ketawa kecil.ByungHee memandang tubuhnya.Matanya terbeliak apabila mendapati bajunya sudah ditukar.Otaknya ligat berfikir.Bukankah semalam dia masih memakai baju semalam?Takkanlah...

"Em,ByungHee...saya yang tolong tukarkan baju awak...sebab baju awak kotor...tak elok untuk demam awak tu.Maafkan saya,"kata Ailee sambil menundukkan wajahnya.

"O..ok..okey...Tak apa..."balas ByungHee,gagap.Dia cuba mengawal perasaan malunya.ByungHee meraup wajahnya.Dia menoleh ke arah Ailee apabila menyedari tangannya disentuh oleh wanita itu.

"Saya nak minta maaf...pasal semalam,"ucap Ailee,perlahan.ByungHee terdiam."Saya tak nak awak salah faham pasal semalam.Semua tu bukannya seperti yang awak sangkakan,"kata Ailee lagi.ByungHee sekadar mendengar.

"Apa yang pasti,semua tu bukannya kehendak saya,"katanya lagi.

"Tapi,Ailee...kenapa awak cakap semua ni kat saya?Bukanke awak dengan KyuHyun tu...memang bercinta?Kenapa saya nak marah?"soal ByungHee.

"Sebab...saya rasa tak selesa...dengan awak,"balas Ailee.Dia yakin ByungHee pasti pelik dengan kelakuannya.ByungHee tersenyum nakal.

"Awak sukakan saya ye?"soal ByungHee,mengusik.Ailee terkejut.

"Mana ada!Jangan nak perasanlah,"balas Ailee,malu.Segera sahaja dia beredar dari situ namun tangannya sempat dicapai oleh ByungHee.Ailee menoleh ke arahnya.

"Awak kata,yang awak nak jaga saya.Jadi awak tak boleh pergi dari sini.Awak duduk sini,ya?"soal ByungHee.Ailee tergamam.Genggaman ByungHee yang kuat itu amat sukar untuk dilepaskannya.Perlahan-lahan,Ailee mengambil tempat di sebelah katil ByungHee.Dia tersenyum.

"Gomawo..."ucapnya perlahan,sambil menutupkan matanya.Namun genggamannya masih tidak dilepaskan.Ailee tersenyum.Dia teragak-agak untuk mengusap rambut ByungHee yang hitam itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut ByungHee apabila sudah yakin bahawa lelaki itu sudah tidur.

"Saya...dah kalah dengan awak,ByungHee..."bisiknya.Kemudian,dia mencium lembut dahi ByungHee.Seolah-olah menumpahkan seluruh kasih sayangnya kepada lelaki yang kian mendapat tempat di hatinya itu.

 To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333