Love is Coming Chapter 11

Love is Coming

 

"Kan saya dah kata ikut jalan tadi?Awak ni degillah,G.O!"marah Ailee.G.O masih meneruskan pemanduannya,sengaja membiarkan Ailee memarahinya.Ailee geram.Dia segera membuka tali pinggang keledar dan berkira-kira mahu membuka pintu kereta itu.G.O yang menyedari tindakan Ailee itu segera memberhentikan keretanya itu.Ailee segera keluar dari situ dan berjalan ke seberang jalan yang agak lengang itu.G.O sekadar membiarkan Ailee begitu.

"Ailee!Awak nak pergi mana?!"jerit G.O.Ailee berhenti di tengah jalan sebelum menoleh ke arahnya.

"Awak duduk jelah kat situ!Awak ni sengaja melambatkan kerja sayalah,G.O!"balas Ailee.

"Habis tu,awak nak pergi mana?"Soal G.O.

"Saya nak naik bas.Biar saya seorang je yang pergi.Awak balik.Lagipun awak ada kerja lain lagi selain awak kacau kerja saya,"kata Ailee.G.O melepaskan keluhan kecil.

"Saya memang sengaja nak kacau kerja awak!Sebab saya nak bersama dengan awak,Ailee!"Ailee terpana saat mendengar kata-kata G.O itu.Perlahan-lahan,G.O berjalan ke arahnya.Dia kemudiannya berhenti di hadapan Ailee dalam jarak dua langkah.

"Ailee ah.."Ailee memandang ke arah G.O.

"Nan..nan neon chowahae..."

Ailee terpaku saat mendengar kata-kata lelaki itu.

"A..a..apa?"Soal Ailee,bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebelum itu.G.O melepaskan nafas berat.

"Nan..."G.O tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila menyedari sebuah kereta putih sedang menuju laju ke arah mereka.Dengan pantas,dia segera menarik Ailee ke dalam pelukannya sebelum terjatuh,bagi mengelak dari dilanggar oleh kereta itu.G.O memeluk Ailee erat.Ailee pula masih dalam keadaan terkejut.

G.O mula merasakan kepalanya sakit semula.Bayang-bayang yang pernah terlintas di fikirannya sebelum ini,kini datang semula.Entah kenapa,dia dapat melihat dirinya sedang menyanyi di hadapan orang ramai sambil diperhatikan oleh Ailee.

 

 

G.O memegang kepalanya.Ailee yang melihat keadaan G.O yang kesakitan itu turut rasa cemas.

"G.O,kenapa ni?!"soal Ailee,cemas.G.O mengerang kesakitan.Dalam bayangan itu juga,G.O turut melihat dirinya sedang berlari ke arah Ailee lalu menolak wanita itu,sebelum dilanggar oleh kereta yang sedang meluncur laju ke arah Ailee.

"Argh!!!!"Jerit G.O.

"ByungHee oppa!Oppa kenapa ni?!"Ailee semakin cemas dengan keadaan G.O itu.G.O memandang ke arah Ailee dalam keadaan separuh sedar.Perlahan-lahan,tangannya cuba menyentuh wajah Ailee.Namun,pandangannya semakin kabur sebelum pandangannya menjadi gelap.

 

****************

 

 

Ailee mengesat air matanya.SeungHo memegang bahu Ailee yang masih bersedih dengan keadaan G.O.Lee Joon,Cheondung, dan Mir turut bimbang dengan keadaan G.O.

"Semua ni salah saya.Kalau saya tak marah tadi...mesti benda ni takkan terjadi,"kata Ailee,sebak.

"Shh..jangan cakap macam tu.G.O tak ada apa-apa.Saya yakin.Awak jangan risau ya,"pujuk SeungHo yang turut bimbang dengan keadaan G.O itu.Dia menepuk-nepuk bahu Ailee,dengan tujuan untuk menenangkan hati wanita itu.Penantian mereka berakhir apabila doktor yang merawat G.O itu keluar dari bilik rawatan.Pantas sahaja,Ailee mendekati doktor itu.

"Doktor,macam mana dengan keadaan G.O.Dia tak apa-apa ke?"soal Ailee,bimbang.Begitu juga dengan yang lain.

"Awak..Cik Ailee ke?"soal doktor itu lagi.Laju sahaja Ailee mengangguk.

"Encik G.O nak jumpa dengan awak,"jawab doktor itu,sambil tersenyum.Ailee terkejut.Perlahan-lahan,SeungHo tersenyum lega.Dia memegang bahu Ailee.Ailee menoleh ke arahnya sebelum mengukir senyuman lega.

 

Ailee memasuki bilik G.O.Dilihatnya lelaki itu sedang menoleh ke arah tingkap.Ailee melangkah mendekati G.O yang sedang terbaring itu.

"G.O..."sapa Ailee.G.O menoleh ke arah Ailee.Dia tersenyum ke arah Ailee.

"Awak tak ada apa-apa?"soal G.O,lembut.Ailee menggeleng.Kemudian,G.O memegang tangan Hanna.

"Syukurlah.Nasib baik,awak tak ada apa-apa.Awak ni memang suka buat saya risau,"kata G.O lagi.Ailee menahan air matanya dari mengalir.

"Miane...saya tak bermaksud nak marah awak tadi,"kata Ailee,penuh rasa bersalah.G.O tersenyum ke arahnya.Perlahan-lahan,dia mengusap rambut Ailee yang panjang itu.

"Bogoshippo..."Ucap G.O,lembut.Ailee semakin sebak.

"Nampaknya...saya kena akui juga kata-kata awak dulu..."kata G.O.Ailee memandang ke arah G.O.

"Lain kali jangan tunjuk hebat.Sebab...nanti menyusahkan orang lain juga,"kata G.O,penuh makna.Ailee terkejut dengan kata-kata lelaki itu.Bukankah itu kata-kata yang pernah diungkapkannya sewaktu tangan ByungHee tercedera kerana mengutip kaca 4 tahun yang lalu?

"ByungHee oppa?"Perlahan-lahan,G.O angguk mendengar panggilan Ailee itu.

"Ailee pergi mana?Selama 4 tahun ni,Ailee pergi mana?Ailee dah tak sayangkan oppa ye?"soal ByungHee,sambil tersenyum.Air mata Ailee mengalir laju.

"Oppa rindukan Ailee.Sangat rindukan Ailee...."ucap ByungHee,sambil mencium lembut tangan Ailee.

"Oppa!"Ailee terus memeluk lelaki itu. ByungHee membalas pelukannya.

"Miane....Ailee tak bermaksud nak tinggalkan oppa...Tapi,Ailee terpaksa,"kata Ailee dalam tangisan.ByungHee tersenyum.

"Oppa,miane,"ucap Ailee lagi.

"Tapi Ailee kena janji yang Ailee takkan tinggalkan oppa lagi.Walau apa pun terjadi,Ailee jangan tinggalkan oppa lagi.Arasso?"Soal ByungHee.Ailee mengangguk dalam pelukannya.ByungHee tersenyum.

"Saranghae,"ucap ByungHee,sebelum mengucup lembut dahi Ailee.

 

Ji Eun menghempas barang-barangnya sebaik sahaja menerima berita mengenai keadaan ByungHee di hospital beberapa minit yang lalu.

"Tak guna!Lain yang aku rancang,lain pula yang jadi!"Ji Eun melepaskan amarahnya.Habis berselerak semua barang di bilik pejabatnya itu.Dia kemudiannya ketawa.

"Aku memang tak faham semua ni.Dari dulu lagi,aku cuba untuk hapuskan kau,Ailee.Disebabkan kau,aku kehilangan cinta ByungHee.Aku cintakan dia sejak dulu lagi.Tapi...dia hanya anggap aku sebagai kawan.Perasaan dia terhadap aku..tak sama seperti perasaan dia terhadap kau."Ji Eun mengalirkan air mata.

"Aku bencikan kau , Ailee..."

Pintu bilik pejabatnya ditolak dari luar.Ji Eun langsung tidak mengendahkannya.

"Aku dah agak yang kau ada kat sini."Ji Eun mengukir senyuman sinis apabila mendengar suara itu.Lelaki itu mengambil tempat  berhadapan dengannya.Ji Eun tidak memandang ke arah lelaki itu.

"Kemalangan 4 tahun yang lepas pun....adalah disebabkan oleh kau juga kan?"Soal lelaki itu.Ji Eun tersenyum sinis.

"Sekarang kau nak gelakkan akulah sebab rancangan aku kali ni turut gagal?Hm?"Ji Eun memandang ke arah itu.KyuHyun tersenyum.

"Aku tak sangka kau begitu tekad untuk hapuskan Ailee.Aku betul-betul tak sangka,"kata KyuHyun.

"Aku cintakan ByungHee.Kalau perempuan tu tak ada...aku tak mungkin buat kerja gila ni,"kata Ji Eun.

"Aku pun cintakan Ailee.Aku pun pernah cuba untuk buat apa yang kau dah buat sekarang ni.Aku pun bencikan ByungHee.Disebabkan dia,aku kehilangan cinta Ailee.Tapi..."KyuHyun berhenti seketika."Bila aku tahu...Ailee sanggup tinggalkan ByungHee demi untuk keselamatan ByungHee sendiri,baru aku sedar.Aku memang dah tak ada tempat di hati Ailee.Jadi,untuk apa lagi aku terus merebut cinta Ailee...kalau memang jelas dia hanya cintakan ByungHee?Dah tak ada makna lagi untuk aku."Kata KyuHyun.Air mata Ji Eun mengalir laju.

"Tapi aku tak sanggup kehilangan ByungHee.Aku cintakan dia,"tangis Ji Eun.KyuHyun sekadar melepaskan keluhan berat.

Ji Eun pula terus menangis.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333