Love is Coming Chapter 5

Love is Coming

 

Ailee terjaga dari tidurnya apabila terdengar sesuatu dari bawah.Dia terkejut apabila mendapati dirinya sedang berada di biliknya sendiri.

"Eh,bukan aku kat bilik ByungHee ke tadi?Bila pula aku ada kat sini?"soalnya sendiri.Ailee berfikir seketika."Em...entahlah...Biarlah,"katanya perlahan sambil turun dari katilnya.Dia melihat jam yang tergantung kemas pada dinding biliknya itu."Dah pukul 6 petang..."katanya sambil berjalan lemah menuju ke bilik air.Namun langkahnya terhenti seketika selepas beberapa saat.Matanya terbeliak."6 petang??!!!"Pantas sahaja kakinya menuju ke bilik ByungHee.Namun lelaki itu tiada di biliknya.Hatinya masih bimbang terhadap kesihatan ByungHee,pada masa yang sama dia turut memarahi dirinya sendiri apabila masih boleh selesa berehat di biliknya sendiri.

"Dia pergi klinik sendiri ke?"soalnya sendiri sambil melabuhkan punggung di atas katil ByungHee.Ailee mengetuk perlahan kepalanya,seolah-olah menyalahkan dirinya yang cuai.Namun,perbuatannya terganggu apabila terdengar sesuatu dari bilik air yang terdapat di dalam bilik ByungHee itu.Ailee melangkah perlahan ke arah bilik air itu.

"ByungHee..?"

 

 

ByungHee membuka pintu bilik airnya sambil mengelap rambut hitamnya yang masih basah itu.Langkahnya terhenti apabila mendapati Ailee sedang berdiri di hadapannya.Muka Ailee merah padam apabila melihat ByungHee sekadar bertuala di pinggang sekaligus menampakkan separuh daripada tubuhnya.ByungHee tersenyum sambil menyarungkan tuala kecil yang digunakannya untuk mengeringkan rambutnya itu ke atas kepala Ailee.

"Jangan pandang lama-lama,"usik ByungHee sambil berjalan menuju ke arah almarinya.Ailee segera menarik tuala kecil yang berada di atas kepalanya itu.

"M..m..mana ada.Tak nampak pun...dan..me..memang tak nak tengok pun,"balas Ailee,malu.Kemudian dia menoleh ke belakang.Pantas sahaja dia menutup wajahnya apabila melihat ByungHee yang masih bertuala itu sedang menyarungkan seluar putih paras lutut.

"Ish,tak malunya awak ni,"kata Ailee.ByungHee cuba menjatuhkan tangan wanita itu namun ditahan oleh Ailee."Saya tak nak tengoklah,"balas Ailee yang masih menutup wajahnya.

"Saya dah siaplah,Ailee,"kata ByungHee,hampir ketawa apabila melihat kelakuan Ailee yang lucu itu.Perlahan-lahan,Ailee membuka matanya.ByungHee tersenyum sambil mencubit lembut hidung Ailee.

"Siapa yang tak malu sebenarnya ni?"usik ByungHee.Ailee menggosok-gosok hidungnya.

"T..tak adala...Lain kali tukarla kat bilik air ke...tak pun,bagilah signal.Ni tak,senyap-senyap je,"balas Ailee.ByungHee tersenyum.

"Awak masuk bilik saya pun tak bagi signal.Tak adillah macam tu,"kata ByungHee lagi.Ailee mencebik.ByungHee sekadar memerhati.Ailee kaget dengan pandangan ByungHee yang sedikit berlainan dari biasa itu.

"Kenapa?"soal Ailee,sedikit tidak selesa dengan pandangan ByungHee.Namun ByungHee masih membisu.Ailee menundukkan wajahnya.Kalau diikutkan mahu sahaja dia melangkah keluar dari bilik itu.Perlahan-lahan ,ByungHee memegang tangannya.Ailee tergamam.Dia turut mengangkat wajahnya memandang ByungHee.Mulutnya terkunci apabila ByungHee mencium dahinya.Ailee terkejut dengan tindakan ByungHee yang tidak disangkanya itu.

"Ni...sebagai hadiah terima kasih dari saya..."kata ByungHee,lembut.Ailee memandang ke arah ByungHee.

"Untuk...untuk apa?"soal Ailee,tidak mengerti.ByungHee menguntum senyuman manis sambil meletakkan tangan Ailee pada dahinya.

"Awak...demam awak dah kebah...?Awak dah sihat..!"kata Ailee,hampir menjerit kerana terlalu gembira.ByungHee tersenyum."Awak dah ok...Eloklah..."ulangnya lagi.

"Semuanya sebab awak.Awak dah bersusah payah jaga saya dari pagi tadi...Kalau awak tak ada,mungkin saya masih demam lagi,"kata ByungHee.Gadis itu tersenyum malu.

"Tak adalah.Awak tu yang kuat,"balas Ailee,merendah diri.Malu menerima pujian lelaki itu.

"Terima kasih,Ailee..."ucap ByungHee.Ailee tersenyum.Kemudian,ByungHee menarik lembut tangan Ailee,menuju ke arah katilnya.Dia membiarkan Ailee melabuhkan punggung di atas katilnya.ByungHee mengambil gitar yang terletak kemas di atas lantai biliknya itu.Kemudian,dia turut melabuhkan punggung di sisi Ailee.

"Saya ada karang satu lagu tau.Awak nak dengar tak?"soal ByungHee sambil menoleh ke arah Ailee.

"Awak ada buat satu lagu?"soal Ailee,tidak percaya.ByungHee angguk.ByungHee mula memainkan lagunya.

 

 

Ailee kaku apabila mendengar nyanyian ByungHee yang sungguh indah itu.Liriknya sangat menyentuh naluri wanitanya.Lagu itu seolah-olah menceritakan perasaan yang terpendam jauh ByungHee terhadap seseorang yang amat dicintainya.

"Syahdunya lagu awak..."kata Ailee.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

"Awak suka?"soal ByungHee.Ailee angguk perlahan.

"Saya tak sangka...cinta awak terhadap...Ji Eun...sangat mendalam.Lagu ni dah cukup buat saya faham tentang perasaan awak,"luah Ailee.ByungHee menoleh ke arah Ailee,terkejut mendengar kata-kata gadis itu.Ailee sekadar menundukkan wajahnya.Dia sendiri sukar mengakui kebenaran kata-katanya itu.

"Kenapa awak cakap macam tu?"soal ByungHee.Ailee menggeleng.Dia berpura-pura tersenyum ke arah ByungHee.

"Awak ni...kalau dah suka sangat dekat Ji Eun,jangan simpan lama-lama.Cakap je yang awak cintakan dia.Dia tu cantik tau.Nanti kalau melepas,awak juga yang rugi,"kata Ailee.ByungHee tersenyum nipis.

"Ailee,saya dengan Ji Eun...kawan je..."kata ByungHee.

"Ala,malu nak mengaku konon.Tak apa,kalau awak nak saya tolong,just let me know.Okay?"soal Ailee.ByungHee sekadar membisu.Ailee kemudiannya berdiri sambil mula melangkah keluar dari bilik ByungHee.

"Saya nak mandi dulu.Nanti pukul 8,kita makan kat bawah okey?Jangan lambat tau,"kata Ailee,sebelum menutup pintu bilik lelaki itu.ByungHee tidak membalas.Ailee sekadar membiarkannya.

 

Ailee bersandar pada pintu biliknya.Hatinya sebak.

"Kenapa aku cakap macam tu?Bukan ke hati aku sakit kalau...ByungHee memang betul cintakan Ji Eun?"soalnya sendiri.Dia memegang dahinya.Masih terasa panas kerana kucupan lembut ByungHee sebentar tadi.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.

"Aku tipu kau,ByungHee...aku tak nak kau bersama dengan Ji Eun...."Air matanya mengalir laju.

"Aku harap sangat...lagu tu adalah untuk aku,ByungHee..."sambungnya lagi.Ailee terus menangis.Ketika ini,tiada lagi bayangan KyuHyun yang menghiasi hatinya.Tiada lagi cinta KyuHyun yang menjadi dambaannya.Tiada lagi kasih KyuHyun yang menemani hatinya.Tetapi...hanyalah perhatian dan cinta dari seorang lelaki bernama ByungHee.Seorang lelaki yang pernah amat dibencinya suatu ketika dahulu.

 

****************

 

 

 

ByungHee sibuk berlatih di studio sambil ditemani oleh Ji Eun.Ji Eun turut menyanyikan lagu yang sedang dimainkan oleh ByungHee.Ketika itu,hanya mereka berdua sahaja yang berada di studio itu.

"Em..saya rasa..lirik lagu ni tak berapa sesuaila dekat bahagian korus ni,"kata Ji Eun,tiba-tiba.ByungHee menoleh ke arah Ji Eun.Dia kemudiannya merujuk semula ke arah lirik lagu itu.Dia memainkan semula bahagian lagu itu sambil bernyanyi berulang-ulang kali.

"Saya rasa ok je...Kenapa tak ok pula?"soal ByungHee.Ji Eun mengambil tempat di hadapan ByungHee,sambil duduk menghadapnya.

"Sebenarnya bukan lirik lagu ni,tapi awak...awak yang tak ok...kenapa ni?Awak nampak lain hari ni,"kata Ji Eun,prihatin. ByungHee ketawa kecil.

"Okey je...mungkin saya nervous kot.Pertandingan tu kan dah nak dekat,"kata ByungHee.

"Tapi sebelum ni,awak tak pernah pun nervous sampai macam ni.Maksud saya,awak macam kat tempat lain.Cara awak main tadi...seolah-olah,tak ada feel seperti sebelum ni,"kata Ji Eun lagi.ByungHee menundukkan wajahnya."Sebab...Ailee ke?"duga Ji Eun.ByungHee tersenyum.

"Awak ni,takkanla saya nak nervous pun tak boleh?"soal ByungHee,sekaligus bergurau.Dia menepuk perlahan bahu wanita itu.

"Jomlah,kita sambung balik ok,"kata ByungHee.Ji Eun tidak mahu memaksa walaupun hatinya begitu meronta-ronta untuk mengetahui apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu.Dia sekadar menurut.Tapi dia tidak akan mengalah untuk mengorek sesuatu yang dipendam oleh lelaki itu.Namun,latihan mereka terganggu apabila pintu bilik studio itu dibuka dari luar.Kelihatan wajah SeungHo muncul pada pandangan ByungHee dan Ji Eun.

"Em,sorry ganggu..."kata SeungHo.

"Eh,tak apa.Jomla berlatih sekali,SeungHo,"ajak Ji Eun.SeungHo sekadar tersenyum.

"Em...actually aku datang ni sebab ada hal nak cakap dengan kau,ByungHee,"balas SeungHo.ByungHee bangun dari tempat duduknya.

"Ada apa,SeungHo?"soal ByungHee.

"Ada orang nak jumpa kau,"kata SeungHo.Ji Eun memandang ke arah ByungHee,seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Dekat mana?"soalnya lagi.

 

ByungHee melangkah perlahan ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya itu.

"Aku ingat kau tak nak datang tadi,"kata lelaki itu.ByungHee sekadar membisu.

"Aku rasa...kau mesti dapat agak apa yang aku nak cakapkan kat kau hari ni,kan?"soalnya pula.

"Apa dia?"soal ByungHee,tenang.KyuHyun tersenyum sinis.

"Aku tak nak ingat kan kau,ByungHee.Sebab aku yakin,kau mesti  ingat mengenai semua yang telah kau setujui dalam perjanjian tu.Tapi,nampaknya aku silap,"kata KyuHyun.

"Perjanjian apa yang kau maksudkan ni?"soal ByungHee,tidak senang hati.KyuHyun menoleh ke arahnya.

"Tempoh perjanjian tu hampir tamat.Aku harap kau dah bersedia..."kata KyuHyun.ByungHee memandang KyuHyun dengan pandangan yang tajam.KyuHyun kemudiannya melangkah ke arah ByungHee.Dia mendekatkan wajahnya ke telinga ByungHee.

"Untuk melepaskan Ailee..."bisiknya sambil tersenyum sinis.Mata ByungHee terbeliak luas.Dia seolah-olah baru dikejutkan dari tidur apabila mendengar kata-kata KyuHyun itu.Ya,sungguh dia terlupa mengenai perjanjian itu!KyuHyun menjauhkan mukanya dari ByungHee.

"Em...nampaknya kau betul-betul dah terlupa,"kata KyuHyun sambil tersenyum sinis. ByungHee sekadar membalas pandangan KyuHyun tanpa berkata-kata walau sepatah pun,seolah-olah mengakui kebenaran kata-kata KyuHyun itu."Aku nak kau tahu ByungHee...Aku bukannya seorang yang mudah mengalah...lagi-lagi kalau melibatkan Ailee.She's mine.Kau dah rampas dia dari aku.Aku cintakan dia...dan dia pun cintakan aku.Kau...hanya seorang yang mengganggu hubungan kami,"kata KyuHyun."Dan...kalau aku tak dapat Ailee...kau juga tak patut dapat,"sambungnya lagi,sambil mengukir senyuman sinis.ByungHee terkejut mendengar kata-kata KyuHyun itu.

"Apa maksud kau?"soal ByungHee,mulai sangsi.KyuHyun ketawa kecil.Dia kemudiannya mengelar lehernya dengan menggunakan jari telunjuknya,sebagai membalas soalan KyuHyun itu.Jawapan KyuHyun itu sudah cukup membuatkan jantung ByungHee berdegup pantas."Aku takkan benarkan kau untuk apa-apakan Ailee!"jerit ByungHee,marah.Namun KyuHyun tetap dengan senyuman sinisnya.

"Memang aku takkan apa-apakan dia,sebab aku cintakan dia.Tapi,semua tu terletak di tangan kau.Nasib Ailee seratus peratus terletak di tangan kau.Hidup matinya terletak di tangan kau,ByungHee..."kata KyuHyun,diikuti dengan tawanya.ByungHee menggenggam tangannya lalu menumbuk muka KyuHyun.Oleh sebab tidak menjangkakan tindakan ByungHee yang drastik itu,KyuHyun terjatuh.Dia mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.

"Kau dah buat aku hilang rasa hormat terhadap kau,KyuHyun.Aku tak sangka kau sanggup nak apa-apakan Ailee sebab hal ni.Kalau betul kau sayangkan dia,kau takkan sanggup bertindak bodoh samapi macam tu!"ByungHee melepaskan amarahnya.KyuHyun bangun lalu menarik kolar baju ByungHee.

"Kalau kau tak pernah wujud kat dunia ni,masalah ni takkan timbul.Kau tak faham ke?Ailee...hanya untuk aku.Bukan kau.Jadi,aku hanya nak buat benda ni mudah.Lepaskan dia...seperti yang telah dijanjikan.Senang kan?"soal KyuHyun.ByungHee melepaskan genggaman KyuHyun.

"Aku tak akan lepaskan Ailee untuk orang macam kau,KyuHyun.Ailee bukan untuk kau.Kau tak layak untuk dia,"balas ByungHee.

"Aku serius dengan kata-kata aku,Jung Byung Hee.Nasib Ailee...terletak di tangan kau,"kata KyuHyun sambil menepuk bahu kanan ByungHee.ByungHee bengang apabila KyuHyun mulai melangkah jauh darinya.Dia menggenggam tangannya.

"Nasib Ailee terletak di tangan kau,ByungHee."Kata-kata KyuHyun itu masih terngiang-ngiang dalam pemikirannya.ByungHee menggeleng,cuba melenyapkan bisikan itu.

 

****************

 

 

Ailee membuka pintu bilik ByungHee perlahan-lahan dengan harapan agar lelaki itu tidak menyedari kehadirannya.ByungHee pula sedang termenung,tidak langsung menyedari kelibat Ailee yang sedang menghampirinya.Dia kusyuk membaca semula surat perjanjian yang dibuat oleh Ailee di awal perkahwinan mereka dahulu.KyuHyun benar.Tempoh yang dijanjikan hampir tamat.Perlahan-lahan,ByungHee melepaskan keluhan berat.

"ByungHee!!!"sergah Ailee sambil memeluk ByungHee dari belakang.Lelaki itu terkejut manakala Ailee pula ketawa.Dia kemudiannya melabuhkan tempat di sisi ByungHee.Dengan pantas,ByungHee menyembunyikan surat perjanjian itu di bawah bantalnya tanpa disedari oleh Ailee.

"Wah,gembira nampak hari ni,"kata ByungHee,cuba berlagak biasa.

"Em...memang gembira,"balas Ailee sambil memaut lengan ByungHee.ByungHee semakin hairan dengan gelagat Ailee itu.Kelakuan Ailee kelihatan semakin manja dengannya sejak belakangan ini.

"Ha...ni mesti ada apa-apa ni.Ceritalah..."kata ByungHee sambil membetulkan posisinya menghadap Ailee.Ailee segera menutup kedua-dua mata ByungHee dengan kain merah.

"Ailee,kenapa ni?"soal ByungHee.Senyuman nakal Ailee masih tak lekang di bibirnya.Perlahan-lahan,dikucupnya pipi lelaki itu.ByungHee terdiam,terkejut dengan tindakan Ailee yang...tidak pernah dibuatnya dahulu.

"Awak ni bisingla,ByungHee.Jom,saya nak bawa awak ke satu tempat ni,"kata Ailee sambil menarik tangan ByungHee.ByungHee yang masih terkejut itu hanya menurut.Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh Ailee itu.

 

Ailee membuka kembali ikatan kain yang menutupi kedua-dua mata ByungHee itu.ByungHee membuka matanya.

"Surprise!!!"jerit Ailee apabila ByungHee sudah membuka kedua-dua matanya.ByungHee tergamam apabila melihat sesuatu yang sudah tersedia di hadapan matanya ketika itu.Dia melangkah perlahan memasuki bilik yang dilengkapi dengan pelbagai alatan muzik yang amat diidam-idamkannya dahulu.Dia menyentuh gitar,keyboard,mikrofon dan segala-gala yang ada di dalam bilik itu.Ailee sekadar memerhati.Dia yakin,ByungHee pasti suka dengan kejutannya.ByungHee menoleh ke arah Ailee.

"Awak suka tak?"soal Ailee.

"Tapi...kenapa?"soal ByungHee kembali.Lagaknya masih terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh Ailee itu.Ailee melangkah mendekati ke arah ByungHee.Matanya bertentangan dengan pandangan ByungHee terhadapnya.Dipegangnya tangan lelaki itu.

"Kali pertama,saya dengar nyanyian awak hari tu,hati saya tersentuh.Saya terpesona dengan kemerduan suara awak.Jadi,saya nak awak sentiasa menyanyikan lagu untuk saya.Untuk sekarang,esok...dan selamanya,"kata Ailee,serius.Matanya kelihatan bergenang.ByungHee terpana saat mendengar luahan hati Ailee yang cukup ikhlas itu.

"Ailee..."Ailee segera memeluk tubuh ByungHee sebelum lelaki itu memulakan bicara.Pelukannya erat sekali seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

"Hari tu,saya tipu awak,ByungHee.Sebenarnya...saya tak suka kalau awak bersama dengan Ji Eun.Saya takut kalau awak betul-betul cintakan Ji Eun.Saya..."Ailee tidak dapat meneruskan kata-katanya.Air matanya kian laju mengalir.Dipandangnya wajah ByungHee itu.

"Saya...saya takut kehilangan awak,ByungHee,"sambung Ailee,sebak.Mata ByungHee terbeliak saat mendengar pengakuan Ailee itu.

"Saya nampak...surat perjanjian yang awak baca tadi,ByungHee,"akui Ailee.ByungHee mengalihkan wajahnya dari Ailee.Enggan menunjukkan matanya yang kian bergenang itu.

"Kita tak patut macam ni,Ailee,"kata ByungHee,sambil melepaskan tangannya yang dipegang oleh Ailee itu dengan lembut.

"Kalau diikutkan,tempoh perjanjian tu hampir tamat.Selepas ni,awak boleh teruskan hidup awak seperti dulu,"kata ByungHee,tenang.Ailee menggeleng laju.

"Saya nak teruskan perkahwinan ni.Saya nak kita batalkan perjanjian tu,"balas Ailee.

"Tapi ada orang lain yang sedang menunggu awak,Ailee,"

"Tapi saya tunggu awak,ByungHee!"ByungHee terkejut saat mendengar kata-kata Ailee itu.Dia memandang tepat ke arah anak mata Ailee.

"Sa...sa..."Pantas sahaja bibir Ailee dikucup oleh ByungHee sebelum sempat dihabiskan kata-katanya.Wajah Ailee itu ditatapnya.

"Saya tak nak dengar,"balas ByungHee,lalu beredar dari bilik itu.Ailee jatuh terjelepok.Air matanya mengalir laju.Dia memegang dadanya.Seolah-olah menahan rasa sebak di dadanya.Kucupan ByungHee itu benar-benar membuatkan jantungnya berdegup pantas.Tiba-tiba,dia terdengar bunyi enjin motosikal yang sedang dihidupkan dari bawah.Ailee segera melangkah keluar dari bilik itu.

"ByungHee!!!"jerit Ailee apabila melihat ByungHee sudah bersedia untuk pergi dari situ.Pantas sahaja ByungHee memecut motosikalnya.Ailee terus menjerit.Dia cuba mengejar ByungHee.Namun,cubaannya gagal.Bayangan ByungHee sudah hilang dari pandangan matanya.

"ByungHee!!!"Tidak lama selepas itu,pandangannya menjadi gelap...

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333