[FINAL] Love is Coming Chapter 12

Love is Coming

 

Keadaan ByungHee kian pulih.Hari ini,dia sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital.Ailee membantu mengemaskan barang-barang ByungHee sebelum pulang.

"Aku gembira kau dah pulih semula,"kata SeungHo.ByungHee tersenyum lebar.

"Semua ni sebab sokongan dan bantuan kau,SeungHo.Kalau kau tak ada,mungkin...aku pun tak dapat jumpa dengan Ailee lagi,"kata ByungHee,sambil memandang ke arah Ailee.Ailee tersenyum ke arahnya.SeungHo turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan yang akhirnya dapat juga dikecapi oleh ByungHee dan Ailee itu.

"Oh ya...macam mana dengan yang lain?"soal ByungHee,merujuk kepada ahli-ahli MBLAQ yang lain.

"Don't worry.Semuanya dah beres.Aku dah jelaskan segala-galanya.Mereka pun tak sabar nak kau balik semula ke rumah.Lagipun,mereka nak kenal kau dengan lebih rapat sebagai ByungHee...sebelum kau berpindah dari rumah tu,"kata SeungHo.Kening ByungHee terangkat sebelah.

"Pindah?Apa maksud kau?"Soal ByungHee,tidak dapat menangkap maksud kata-kata SeungHo itu.

"Yelah.Ailee dah balik ke sini.Kau pun dah sihat semula.Jadi,aku rasa...kau mungkin nak tinggal bersama dengan Ailee macam dulu,"kata SeungHo.ByungHee dan Ailee tertawa kecil.

"Kenapa gelak?Aku cakap salah ke?"Soal SeungHo.

"Aku takkan pindah keluar dari rumah tu,SeungHo.Aku dan Ailee pun dah bincang pasal hal ni,"kata ByungHee.

"Apa yang ByungHee oppa cakap tu memang betul.Saya pun tak kisah kalau ByungHee oppa duduk sekali dengan awak semua.ByungHee oppa...bukan lagi milik saya seorang.Tapi,dia juga adalah milik semua peminat MBLAQ.Lagipun,saya dah janji dengan oppa,yang saya akan sentiasa sokong cita-cita oppa.Sekarang ni,oppa dah kecapi cita-cita dia.Jadi,apa salahnya kalau saya sokong?"Kata Ailee.ByungHee tersenyum mendengar kata-kata Ailee itu.

"Lagipun...takkan nak buat skandal baru pula kot?Dulu kan dah buat skandal dengan Ji Eun.Ni nak buat skandal dengan Ailee pula,"kata Ailee,sambil menjeling ke arah ByungHee.ByungHee sekadar tersengih.

"Hah...cakap pasal Ji Eun,dia kat mana,SeungHo?Aku tak nampak dia pun sejak aku masuk hospital ni,"kata ByungHee,yang baru menyedari ketiadaan Ji Eun itu.Kedengaran SeungHo melepaskan keluhan berat.Ailee sekadar membisu.

"Kenapa ni,SeungHo?'Soal ByungHee.

"Dia dah menyerah diri kepada pihak polis atas jenayah yang dia dah lakukan,ByungHee,"kata SeungHo.

"Apa?Apa maksud kau ni?"Soal ByungHee,tidak mengerti.Ailee memegang tangan lelaki itu.

"Ji Eunlah yang bertanggungjawab atas semua ni,ByungHee.Dialah yang menyebabkan kemalangan 4 tahun yang lalu.Dan...dia jugalah yang cuba melanggar kau dengan Ailee waktu kau dalam perjalanan ke Daegu minggu lepas."ByungHee tidak percaya dengan kata-kata SeungHo itu.

"Tapi...kenapa dia buat macam tu,SeungHo?"Soal ByungHee,masih tidak percaya.

"Mungkin sebab...dia sangat menyanyangi kau,ByungHee,"jawab SeungHo.ByungHee meraup wajahnya.

"Aku betul-betul tak percaya.Ji Eun...kawan yang sangat baik.Dia takkan tergamak untuk buat perkara macam ni,"kata ByungHee.

"Memang susah nak percaya yang semua ni perbuatan dia."

Semua yang berada di situ menoleh ke arah suara lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul itu.ByungHee dan Ailee terkejut dengan kehadiran KyuHyun di situ.Tetapi tidak bagi SeungHo.Dia sememangnya sudah pun mengetahui mengenai kehadiran KyuHyun di situ.Perlahan-lahan,KyuHyun mendekati ke arah mereka.

"Dah lama kita tak jumpa kan,"kata KyuHyun,berbasa-basi.

"KyuHyun oppa?"Ailee masih lagi terkejut dengan kehadiran KyuHyun di situ.KyuHyun tersenyum ke arahnya.

"Macam mana dengan keadaan kau,ByungHee?Kau masih ingat aku tak?"Soal KyuHyun.ByungHee tidak segera menjawab.

"Aku tahu...kau tak mungkin mahu berjumpa dengan aku,ByungHee.Tapi...aku nak kau tahu yang...aku bukan lagi seperti KyuHyun empat tahun yang lalu.Aku bukan lagi KyuHyun yang cuba merosakkan hubungan kau dengan Ailee seperti dulu,"kata KyuHyun.

"Apa yang SeungHo cakapkan tadi...memang betul.Aku langsung tak terlibat dengan kemalangan 4 tahun lepas,walaupun kau tahu yang aku memang berniat untuk hapuskan kau,ByungHee.Tapi...terpulanglah untuk kau dan Ailee untuk mempercayai kata-kata aku ni.Aku datang ni...cuma nak membetulkan balik keadaan,"kata KyuHyun.

"Aku...aku minta maaf,ByungHee."KyuHyun menghulurkan tangannya,sebagai tanda meminta maaf daripada ByungHee.Perlahan-lahan,ByungHee menyambut huluran tangan lelaki itu.ByungHee kemudiannya mengukir senyuman manis kepada KyuHyun.

"Aku pun minta maaf,KyuHyun,"balas ByungHee.Ailee tersenyum.KyuHyun kemudiannya menoleh ke arah Ailee.

"Oppa pun nak minta maaf dengan Ailee.Oppa dah banyak buat salah dengan Ailee,"kata KyuHyun,turut menghulurkan tangannya kepada Ailee.Tanpa ragu-ragu,Ailee menyambut huluran tangan KyuHyun.

"Ailee pun nak minta maaf dengan oppa," kata Ailee.KyuHyun kemudiannya menoleh ke arah ByungHee.

"Pastikan kau jaga Ailee baik-baik.Kalau tak,kau tahu apa akibatnya,"kata KyuHyun.ByungHee sekadar tersenyum sebelum angguk.

"Arasso.Kau tak cakap pun,aku tahu,"balas ByungHee.KyuHyun sekadar ketawa.

 

**********************

 

Ailee menemani ByungHee mencipta lagu baru di dalam studio rakaman,walaupun malam kian lewat.Ketika itu,hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam studio itu.

"Ailee tak penat ke?Dah lewat ni.Kalau Ailee nak tidur,pergila tidur kat atas sofa tu dulu,"kata ByungHee.Ailee menggeleng.

"Tak penatlah,oppa.Ailee lagi suka tengok oppa buat kerja.Tak bosan,"kata Ailee.ByungHee tersenyum ke arahnya.

"Ailee...memang tak bosan ke bila bersama dengan oppa?"Soal ByungHee.Ailee menggeleng.

"Tak.Ailee memang seronok bila bersama dengan oppa.Sampai bila-bila pun,Ailee akan selalu berada disisi oppa,"kata Ailee.

"Em...Ailee lagi suka bersama dengan oppa ke...atau dengan G.O?"Soal ByungHee,sengaja menguji.

"Kenapa oppa tanya?Ailee tak tahulah nak  jawab macam mana,"kata Ailee,tidak puas hati.

"Ala...jawab jela.Apa yang susahnya...ByungHee dengan G.O kan orang yang sama,"kata ByungHee.Ailee berfikir sejenak.ByungHee menunggu jawapan daripadanya.

"Ailee...suka dekat dua-dua,"kata Ailee.

'Yeke?Sebab?'Soal ByungHee,ingin tahu.Ailee kemudiannya menyilangkan kedua-dua tangannya pada kedua-dua bahu ByungHee.

"Sebab...ByungHee oppa dengan G.O oppa...dua-dua sayang dekat Ailee.Cuma...G.O tu...ego sikit,"kata Ailee.ByungHee tertawa mendengar jawapan Ailee itu.

"Ego sangat ke?Mesti Ailee annoying sangat dengan oppa kan?'Soal ByungHee lagi.

"Tahu tak apa,"kata Ailee sambil mencuit hidung ByungHee.

"Oppa..."ByungHee memandang ke arahnya.

"Gomawo,"ucap Ailee.

"Gomawo?Em...untuk apa ye?"Soal ByungHee.

"Sebab oppa terima Ailee dalam hidup oppa.Oppa tetap bersabar dengan Ailee..walaupun dulu Ailee sangat benci dekat oppa,"kata Ailee.

"Dan...terima kasih sebab oppa masih menerima Ailee walaupun Ailee dah sia-siakan oppa selama 4 tahun yang lepas.Miane,oppa,"kata Ailee.ByungHee menarik Ailee dalam pelukannya.Rambut Ailee itu diusapnya lembut.

"Ailee adalah satu-satunya cinta hati oppa.Oppa tak boleh hidup kalau Ailee tak ada disisi oppa.Oppa berjanji...oppa takkan sia-siakan Ailee sampai bila-bila.Sebab oppa sayang sangat dengan Ailee,"luah ByungHee.Ailee tersenyum mendengar kata-kata indah ByungHee itu.Dia kemudiannya melepaskan pelukan lelaki itu.

"Em...oppa.."ByungHee memandang ke arah Ailee sebelum bibirnya dikucup lembut oleh wanita itu.ByungHee kaku untuk seketika.

"Ailee pun...sayang sangat dengan oppa.Ailee cintakan oppa,"ucap Ailee.ByungHee tersenyum lebar tatkala mendengar kata-kata Ailee itu.Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya pada bibir Ailee,sebelum mengucup bibir wanita itu.

 

"Hah!!!!Buat apa tu?!!!"ByungHee dan Ailee terkejut apabila melihat SeungHo,Lee Joon,Cheondung dan Mir sedang memerhatikan mereka.Wajah mereka berubah merah.

'I can't stop G.O.O.D love...G.O.O.D love...G.O.O.D love' ByungHee dan Ailee tertawa kecil apabila mendengar nyanyian G.O.O.D love dari mereka itu.

"Yah!Apa korang buat kat sini?"Soal ByungHee,masih lagi malu.

"Saja...nak tengok perkembangan terbaru pasal lagu baru kita.Tapi...lain pula yang jadinya,"kata Lee Joon,sengaja mengusik ByungHee.Mereka yang lain sekadar ketawa.ByungHee turut ketawa sambil berdiri.Dia mula melangkah mendekati ke arah Lee Joon,sambil menanggalkan cincin di jarinya.Lee Joon juga masih lagi dengan tawanya sambil berundur beberapa langkah.

"Hyung...nak buat apa,Hyung?"Soal Joon,masih lagi dengan tawanya yang bersisa itu.

"Nak bagi hadiahlah,"balas ByungHee,turut ketawa.

"Cepat tangkap dia,Hyung!"Mir bersorak gembira apabila melihat ByungHee cuba mengejar Lee Joon untuk menghadiahkannya 'dakkbam'.Ailee turut ketawa melihat gelagat dua orang lelaki itu.Dalam hatinya,dia berasa sungguh bahagia.Kini,tiada lagi sesuatu yang akan menghalang hubungan cintanya dengan ByungHee.Dia akan cuba mempertahankan cintanya untuk selama-lamanya.

"ByungHee oppa!"ByungHee menoleh ke arahnya sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.

"Saranghae!!!"

 

<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3

 

~The End~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333