Love is Coming Chapter 7

Love is Coming

 

Ailee duduk lesu di atas bangku sambil ditemani oleh Ji Eun.SeungHo masih mundar-mandir di hadapan bilik rawatan.Tangannya digenggam erat,seolah-olah mengetahui dalang di sebalik kejadian ini.Matanya beralih pada Ailee yang masih trauma dengan kejadian itu.SeungHo melepaskan keluhan berat.KyuHyun benar-benar melampau!!!Penantian SeungHo berakhir apabila doktor yang merawat ByungHee keluar dari bilik rawatan.

"Macam mana dengan ByungHee,doktor?'soal SeungHo,bimbang.

"Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga Encik ByungHee?"soal doktor itu.SeungHo memandang ke arah Ailee yang masih duduk membatu di situ.Tangan Ailee masih berbekas dengan darah ByungHee.

"Ailee masih trauma,SeungHo.Lebih baik awak yang pergi,"kata Ji Eun.

"Saya sepupu ByungHee,"kata SeungHo,terpaksa berbohong.

"Baik.Mari kita berbincang di bilik saya,"kata doktor itu.

 

Ailee memandang wajah ByungHee yang pucat itu.Kepalanya dibalut.Wajahnya dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan.Air mata Ailee sudah kering.Dia mengusap lembut rambut ByungHee.Tangan lelaki itu digenggamnya.

"Miane..."ucapnya,perlahan.ByungHee masih kaku.

"Saranghae..."

"Ailee,saranghaeyo..."

Ailee menahan sebak apabila mengenangkan kembali kata-kata ByungHee sebelum ini.Jauh di sudut hatinya,dia mengakui bahawa lelaki itu benar-benar mencintainya,sedangkan belum pernah sekali pun Ailee mengucapkan ungkapan cinta terhadap ByungHee walaupun dialah yang dahulu yang mahu membatalkan kontrak perjanjian itu.Sebagai tanda,dia mahu menghabiskan seluruh hidupnya untuk lelaki itu.Namun kini,lelaki yang amat dicintainya itu sedang terbaring lesu,tanpa menunjukkan tanda-tanda akan sedar.

"Oppa...tolonglah buka mata.Ailee takut tengok Oppa macam ni..."bisik Ailee.Namun,ByungHee masih seperti tadi.Akhirnya,Ailee menangis juga.Benar-benar takut untuk kehilangan ByungHee saat-saat cintanya terhadap lelaki itu kian mendalam.

 

 

SeungHo duduk termenung sambil menongkat dagunya,memikirkan nasib malang yang menimpa ByungHee itu.Fikirannya runsing.Sebelum ini,ByungHee tidak pernah mengalami kejadian sebegini.Apatah lagi,sesuatu yang hampir meragut nyawanya.Surat putih yang berada di atas meja itu diperhatikannya,lesu.ByungHee dan dirinya diterima masuk ke sebuah kolej muzik di Seoul di bawah tajaan agensi JTC Entertainment.SeungHo menundukkan wajahnya.Sudah hampir seminggu,ByungHee terlantar di hospital,namun tiada langsung tanda-tanda bahawa dia akan sedar dari komanya.

"Runsing nampak..."SeungHo mendongak apabila mendengar suara seorang lelaki yang menyapanya.KyuHyun melabuhkan punggung di hadapan SeungHo tanpa meminta keizinan daripada lelaki itu."Risaukan ByungHee ye?"soal KyuHyun.SeungHo mengalihkan pandangannya dari KyuHyun.Hatinya sudah muak dengan sikap KyuHyun yang suka berpura-pura itu.

"Kau buat apa kat sini?Tak puas hati lagi lepas dah seksa ByungHee sampai macam ni?Kau nak tengok dia mati depan kau,baru kau puas.Macam tu?"soal SeungHo,geram.KyuHyun tersenyum.

"Kau tuduh aku ke?"soal KyuHyun pula.SeungHo memandang KyuHyun,tajam.

"Kau ingat aku main-main ke?Kau tahu tak permainan kau ni boleh mengheret diri kau sendiri ke penjara?Kalau apa-apa terjadi pada ByungHee,aku takkan lepaskan kau,"balas SeungHo,serius.KyuHyun melangkah mendekati ke arah SeungHo.

"Masalahnya,bukan aku yang buat ByungHee terlantar macam ni.It's not me!"kata KyuHyun,mulai berang.SeungHo tersenyum sinis.

"Kau ingat senang ke buat aku percaya dengan lakonan kau ni?Kau ingat aku tak tahu pasal ugutan kau untuk mengapa-apakan Ailee,kalau ByungHee enggan lepaskan dia seperti yang dijanjikan?Kau ingat aku tak tahu?"kata SeungHo.

"Ya.Kata kau tu betul.Tapi semua tu bukan bukti atas kejadian ni.Langgar lari ni,bukan gaya aku la,"kata KyuHyun.SeungHo tidak dapat menahan geram lalu menumbuk muka KyuHyun.

"Kau ni memang kejam!Kerana keinginan kau tak dipenuhi,kau menggadaikan nyawa orang lain,yang tak berhak diambil oleh kau!"jerkah SeungHo.KyuHyun bangun.Dia kemudiannya membalas tumbukan SeungHo.

"Kau melampau!"balas KyuHyun.Dia kemudiannya mengukir senyuman sinis.

"Aku rasa kau tak tahu yang ByungHee dah buat satu keputusan yang sangat bodoh..."sambungnya.SeungHo sekadar mendengar tanpa membalas apa-apa."Dia...sanggup menggantikan nyawanya...demi sebuah janji yang tidak dikotai..."kata KyuHyun.Mata SeungHo terbeliak.Terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.

"Apa kau cakap ni?"soal SeungHo.

"Maksudnya,dia merelakan diri dia mati demi Ailee,"jawab KyuHyun,selamba.SeungHo terduduk.KyuHyun ketawa kecil.

"Tapi,nampaknya dah ada orang lain yang tolong merealisasikan impian aku.Jadi,aku cuma nak ucapkan terima kasih kat orang tu.Kalau kau dah tahu siapa,tolong bagitahu aku ye,"kata KyuHyun lalu beredar.SeungHo menggenggam tangannya.Dia benar-benar marah ketika ini.Namun,dia masih belum menyedari bahawa perbualan mereka sudah didengari oleh seseorang.

"Tak guna!"bisik hatinya.Dia segera beredar dari situ sebelum kehadirannya di situ disedari oleh SeungHo dan KyuHyun.KyuHyun menoleh ke arah sudut apabila merasakan dirinya diperhatikan seseorang.Bibirnya mengukir sinis,sebelum beredar dari situ.

 

Ji Eun menarik tangan Ailee kasar tanpa mempedulikan rayuan Ailee yang mengaduh kesakitan itu.Ji Eun melepaskannya apabila tiba di tempat yang dituju.Dia memandang Ailee dengan pandangan yang tajam.Ailee mengusap tangannya yang sakit.

"Ji Eun,kenapa ni?"soal Ailee.Hatinya sedikit cemas apabila melihat pandangan Ji Eun yang jauh berlainan dari biasa terhadapnya.

"Aku nak kau pergi dari sini,"jawab Ji Eun,tegang.Ailee terkejut.

"Ji Eun...ken.."

"Tak faham lagi ke?Aku nak kau pergi dari sinilah!"ulang Ji Eun lagi.

"Tapi,ByungHee oppa tak sedar lagi.Saya kena jaga dia.Lagipun,saya tak penat.Awak janganlah risau,"kata Ailee,salah faham maksud sebenar Ji Eun.

"Kau jangan buat-buat tak fahamlah,Ailee!Aku nak kau pergi dari sini,maksudnya...aku tak nak tengok muka kau lagi!"jerkah Ji Eun.Riak wajah Ailee berubah.

"Ji Eun...apa awak cakap ni?Kenapa tiba-tiba awak nak halau saya?"soal Ailee,mulai sebak.

"Kau tak payah buat muka kesian lah,Ailee.Aku dah muak.Kau tak sedar lagi ke?ByungHee hampir mati...disebabkan kau!Disebabkan kau,ByungHee sanggup membayar nyawanya demi melindungi kau dari diganggu oleh KyuHyun,"balas Ji Eun.Ailee terkejut.Membayar nyawa?Perlahan-lahan,dia mendekati Ji Eun.

"Apa maksud awak?Apa maksud awak dengan 'membayar nyawa'?"soal Ailee,sambil memegang tangan Ji Eun.Ji Eun melepaskan tangan Ailee,kasar.

"Aku dengar perbualan SeungHo dengan KyuHyun.KyuHyun cakap,ByungHee sanggup berjanji untuk menggadaikan nyawa dia demi membatalkan kontrak kau yang bodoh tu!Sekarang kau tengok...apa dah jadi?Kau mesti gembira kan?"kata Ji Eun,sinis.Ailee menggeleng lemah.

"Tak.Awak bohong.KyuHyun oppa bukan macam tu orangnya.Dia takkan tergamak membunuh hanya kerana perkara kecil ni,"kata Ailee.

"Aku tak salahkan dia dalam hal ni.Tapi kau yang bersalah.Kalau bukan kerana kontrak kau yang mengarut tu,KyuHyun takkan bertindak kejam macam tu.Disebabkan kontrak kau tu jugaklah,seolah-olah memberi KyuHyun harapan dan yakin..yang kau akan kembali semula kepada dia.Tapi,bila kau nak batalkan perjanjian tu,ByungHee yang jadi mangsa.Kau kejam,Ailee!Kejam!!!"jerkah Ji Eun.Ailee terduduk.Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Ji Eun.

"Tinggalkan ByungHee,"sambung Ji Eun lagi.Ailee menggeleng.

"Tak.Saya akan jaga dia.Saya tak boleh tinggalkan dia.Saya cinta..."

"Aku pun cintakan dia,"potong Ji Eun.Ailee terkejut.

"Tapi...disebabkan kebodohan dia,dia menolak cinta aku...semata-mata untuk menunggu kau.Sedangkan masa tu,kau masih bencikan dia.Hahahaha...memang butalah mata dia tu.Sanggup menunggu sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya.Apatah lagi,cinta yang ditunggu itu,sesuatu yang bakal memusnahkan masa depan dia.Kau...pemusnah masa depan ByungHee,Ailee,"kata Ji Eun.Air mata Ailee mengalir laju.Kata-kata Ji Eun yang berbisa itu benar-benar melukakan hatinya.

"Kalau betul kau cintakan ByungHee,tinggalkan dia.Kalau kau nak dia selamat,tinggalkan dia,"kata Ji Eun lalu meninggalkan Ailee keseorangan disitu.

 

Ailee mendekati ByungHee yang masih terlantar lesu itu.Perlahan-lahan,dia mengusap rambut hitam ByungHee yang masih berbalut itu.

"Oppa...kenapa oppa sorokkan semua masalah ni dari Ailee?Kenapa oppa sanggup menggadaikan nyawa oppa demi Ailee?Kenapa oppa sanggup menjanjikan sesuatu yang membahayakan nyawa oppa sendiri?Kenapa mesti oppa yang menamatkan sesuatu yang Ailee mulakan?Ailee malu,oppa...Ailee malu,"kata Ailee,sebak.Dia mengesat air mata yang mulai mengalir itu.

"Miane...oppa...Tapi,apa yang Ji Eun cakap tu..betul.Ailee...tak boleh dekat dengan oppa.Selagi Ailee ada dekat dengan oppa,selagi tu oppa tak selamat.Sama macam oppa,Ailee juga nak oppa sentiasa selamat.Sebab tu,Ailee...rela mengundurkan diri.Oppa lupakanla Ailee.Ailee yakin,kehidupan oppa lebih tenang lepas ni,"kata Ailee.Perlahan-lahan,dia menanggalkan cincin yang tersarung pada jari manisnya.Kemudian,dia meletakkannya di atas meja.Dahi lelaki itu dikucupnya lembut."I'm sorry...but i love you,oppa..."bisik Ailee,lalu perlahan-lahan meninggalkan ByungHee tanpa menoleh ke belakang tanpa menyedari air mata ByungHee turut membasahi pipinya.

 

SeungHo memandu laju keretanya tanpa mempedulikan bunyi hon kereta-kereta lain yang kurang selesa dengan pemanduannya.Dia harus cepat supaya masih sempat mengejar Ailee yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang.Ailee harus dihalang dari meninggalkan ByungHee,sedangkan lelaki itu masih memerlukannya.

 

"Rasa-rasanya Ailee macam nak pergi jauh.Sebab saya nampak dia bawak beg besar keluar,tak lama lepas dia balik dari hospital tadi."Kata-kata jiran Ailee masih terngiang-ngiang di fikirannya.Apa yang membuatkan Ailee mahu meninggalkan ByungHee?

 

"Ailee!"jerit SeungHo apabila tiba di lapangan terbang itu."Ailee!"jeritnya lagi.SeungHo berlari-lari mencari Ailee,namun tidak ditemui.Dia harus mendapatkan Ailee.Pencariannya berakhir apabila matanya tertangkap pada seseorang yang amat dikenalinya.Lantas,dia mendekati ke arah wanita itu.

"Ailee!"jerit SeungHo.Ailee menoleh ke arahnya.

"SeungHo?"

"Apa awak buat ni?Awak nak pergi mana?"soal SeungHo,marah dengan tindakan Ailee yang tidak masuk akal itu.Ailee tersenyum tawar.

"Saya...nak pergi dari sini,"jawab Ailee,tenang.

"Untuk apa?ByungHee perlukan awak,awak tahu kan?"SeungHo terus cuba memujuk Ailee.

"Untuk membuktikan cinta saya terhadap dialah,saya nak pergi dari sini,"jawab Ailee.

"Apa maksud awak?"soal SeungHo,tidak memahami.

"Tak perlu tahu,SeungHo.Apa yang pasti...tindakan saya ni,adalah terbaik untuk dia.Awak...tolong tengokkan ByungHee oppa untuk saya,boleh?"pinta Ailee.Dia mulai beredar namun ditahan oleh SeungHo.

"ByungHee betul-betul perlukan awak.Pedulikan kata-kata orang lain.Apa saya nak jawab kalau dia dah sedar dan tanya pasal awak?"soal SeungHo.Ailee tersenyum.

"Katakan saja,yang saya...tak perlukan dia lagi dalam hidup saya.Saya...tak suka hidup bersama dengan orang yang lemah macam dia.Orang yang suka berlagak hebat..tapi tak boleh berdiri dengan sendiri.Saya...ben..."Ailee mengalirkan air mata.

"Saya bencikan orang macam tu,"kata Ailee.SeungHo terkejut.

"Awak tipu...Mesti ada sesuatu yang cuba awak sorokkan dari saya kan?"duga SeungHo.

"Saya serius.Tolong lepaskan tangan saya,SeungHo,"pinta Ailee.Perlahan-lahan,SeungHo melepaskan tangan Ailee.Ailee tersenyum ke arahnya.

"Gomawo.Seronok dapat berkenalan dengan awak,SeungHo,"kata Ailee lalu meninggalkan SeungHo,tanpa menoleh ke belakang lagi.Selamat tinggal semua...dan..selamat tinggal...ByungHee...

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333