CURANG?

HELL MARRIAGE

Sejak hari perkahwinan jimin dan yoongi berlangsung taehyung semakin banyak mendiamkan diri, dia juga kurang makan dan bergaul dengan rakan lain, taehyung banyak menjauhkan diri daripada orang lain. Dia bukanlah taehyung yang dulu, Jungkook sebagai rakan karib taehyung amat membimbangkan kondisi taehyung jadi dia membuat keputusan untuk membawa taehyung keluar menghilangkan tekanan. jungkook tahu akan perasaan taehyung terhadap Jimin, selain daripada Jimin taehyung juga banyak menceritakan rahsianya kepada Jungkook. Apa tidaknya, jimin dan taehyung sudah berkawan rapat sejak masih disekolah rendah, pada saat mula pertemuan mereka taehyung sudah mula menyimpan perasaan terhadap Jimin, dia juga sudah berulang kali cuba menyatakan perasaannya kepada Jimin namun dengan sikap kenaifan jimin dia langsung tidak perasankan cara layanan dan perhatian yang taehyung beri padanya berlainan dengan rakan-rakan yang lain.

Jungkook mencadangkan taehyung untuk mengikutnya kekelab malam untuk berhibur, Taehyung menolak utk beberapa kali namun akhirnya tetap bersetuju apabila jungkook bersungguh-sungguh memujuknya. Dan ya pada malam itu mereka dikelab malam, lampu spotlight berkelipan di seluruh kelab, taehyung dan Jungkook duduk dicab tempat memesan air Dan kemudian memesan sebotol wine bersama 2 gelas kosong. 

"Taehyung, kalau nampak sesape yang menarik perhatian kau, on jela. Biar aku belanja." tawar Jungkook. Taehyung mengganguk sambil memberi isyarat 'ok' dgn jarinya dan kemudian memerhatikan keadaan sekelilingnya.

Kelihatan remaja-remaja sedang menari liar di lantai tarian, ada yang sedang minum sehingga mabuk, dan separuh dari mereka sedang berciuman dan bersentuhan di khalayak ramai tanpa rasa segan dan malu. Tiba-tiba mata taehyung menangkap seseorang yang seakan dikenalinya sedang berciuman panas disofa tempat khas untuk pelanggan Vip, taehyung mengecilkan anak matanya dan memerhatikan dengan lebih teliti, dan tepat sekali. Itu yoongi yang sedang berciuman buas bersama salah seorang penari tiang disitu.

yoongi memeluk tubuh gadis itu rapat ke tubuhnya sebelum meninggalkan kissmark dilehernya, gadis itu berdesah menikmati perbuatan yoongi, mereka saling membalas ciuman. Taehyung tersenyum senget sebelum bangun dari duduknya. Jungkook yang perasan akan pergerakan taehyung terus bertanya.

"Nak pegi mana?" soal Jungkook dengan nada melawan kelantangan audio dikelab malam itu.

"Ada hal sikit. Kau tunggu sini." Jawab taehyung dan kemudian berjalan pergi dengan segelas wine tequilla dan senyuman senget terpampang jelas diwajahnya. Taehyung mendekati kawasan Vip itu dan kemudian berdehem sambil menghirup wine dari gelasnya. kehadiran taehyung telah menarik perhatian Yoongi, dia melepaskan pelukan dari tubuh gadis itu dan kemudian menoleh ke arah tempat taehyung berdiri.

"Haihh, kesian Jiminnie 'aku' kena paksa kahwin dengan lelaki tak guna mcm kau ni. Dahla tak guna, curang pulak tu." kata taehyung bernada sindiran. Yoongi membetulkan sweaternya dan kemudian Menjawab.

"Heh, bukan salah aku. Dia taknak bagi apa yang aku nak. So salah dia, lagipun aku curang or nah, dia tetap aku punya, at least aku tak de ar gila bayang, MCM KAU." balas yoongi.

Taehyung mengetap giginya sambil menghembus nafas dalam cuba untuk menahan amarah.

"oh ye? Tak sabar nak bagi tahu Jimin pasal ni. Dan lepas tu dia akan bencikan kau. And aku ada peluang untuk jadikan dia milik aku." Kata Taehyung cuba kelihatan tidak terancam dengan jawapan yoongi.

"Hey budak. kau taknampak ni tempat apa? Tempat pelanggan vip, so kau kne sedar kat mana tempat kau. Tolong berambus dari sini sebelum aku panggil bodyguard kelab ni untuk halau kau." ancam yoongi, taehyung tertawa kecil dan kemudian mengeluarkan satu kad kecil dari dompetnya Lalu diletakkan ke atas meja berhadapan dengan yoongi.

"Aku sedar Yoongi. Sebab tu aku datang sini untuk jumpa kau." kata taehyung sebelum beredar meninggalkan Tempat itu, yoongi mencapai kad tersebut kemudian membacanya.

"BUSINESS KIM BUILDING"

Yang sebenarnya Taehyung juga adalah salah satu keluarga yang kaya di korea. Dia adalah anak daripada pemilik syarikat Business kim building, oleh kerana itulah dia tidak takut untuk bersaing dengan yoongi demi mendapat jimin.

Yoongi merenyukkan kad itu dan kemudian membalingnya, hal ini akan membuat Taehyung  lebih senang untuk merampas jimin darinya. Dia tidak mencintai jimin(atau ya) hanya dia belum puas untuk menyiksa hidup Jimin. Tanpa menunggu lama, Yoongi keluar dari kelab itu, dia sudah tidak ada mood untuk berhibur.

 

 

Jimin terjaga pada jam 7 pagi, dia memeriksa disisinya, yoongi memang tidak pulang pada malam itu. Jimin bercadang untuk pergi ke kolej oleh kerana sudah seminggu dia tidak menghadiri kolej, pasti prof akan marah padanya, lagipula dia tidak mahu ketinggalan terlalu banyak pelajaran. Jadi dengan agak malas jimin bangun dari katil dan mencapai tuala kemudian menuju ke bilik mandi untuk bersiap-siap. Selesai mengemaskan diri, jimin mengambil begnya dan mula turun ke bawah, oleh kerana yoongi tidak ada pada hari itu, jimin tidak menyediakan apa-apa sarapan, kerana jimin masih blh bertahan walaupun tidak bersarapan, namun semasa dia berjalan menuruni tangga, Jimin agak terkejut apabila melihat yoongi sedang duduk termenung disofa seakan memikirkan sesuatu.

Tanpa berniat untuk menegur yoongi, Jimin terus menuju ke pintu untuk terus keluar namun suara yoongi menghentikan niatnya.

"Kau nak pergi mana?" soal yoongi Yang baru sahaja menoleh memandangnya.

Dengan teragak-agak jimin membuka mulut "kolej" jawabnya singkat. Yoongi bangun dan mendekati jimin, matanya masih tajam memandang jimin.

"Igt pesan aku. Jangan berani jumpa taehyung." ancam Yoongi, Jimin hanya mengangguk perlahan sebelum menunduk hormat dan terus keluar dari apartment itu.

Jimin menghirup udara pagi yang segar, sudah beberapa hari dia terkurung diapartment dan prtama kali menjejakkan kaki keluar membuatkan hati jimin gembira. dia berjalan menuju ke sebuah cafe untuk membeli secawan hot americano. Selesai membuat pembelian Jimin berjalan ke arah stesen bas dan duduk disitu menghirup minumannya sementara menunggu bas datang. Tiba sahaja bas dia menaiki bas itu dan menuju ke kolej, Jimin turun diperhentian berhampiran dengan kolej dan kemudian berjalan masuk kedalam dewan kuliah. Beberapa kenalan yang mengenalinya menegur Jimin dan saling membalas persalaman, semuanya baik-baik sahaja sehingga jimin terlihat Taehyung sedang berbual dengan jungkook di koridor dewan kuliah. Dengan pantas jimin menyorok disebalik dinding koridor itu, dengan brhati-hati Jimin melintasi kumpulan rakan taehyung dan mengikuti arah lain.

Dengan tergesa- gesa jimin berlari ke arah dewan belajar Dan masuk ke dalam kemudian duduk dimejanya. Pembelajaran dijalankan seperti biasa. Jimin menumpukan seluruh perhatiannya ke sesi pelajaran yang sedang dijalankan sehingga tibanya waktu makan tengahari.

Pada kebiasannya, Jimin atau taehyung akan menunggu satu sama lain terlebih dahulu sebelum pergi ke kafe untuk makan bersama, namunkini jimin hanya berseorangan, tidak dinafikan dia merasa agak sunyi namun apakan daya, bukan dia yang mahu ini terjadi. Dia dipaksa berkahwin dan diugut untuk tidak mendekati rakan karibnya sejak kecil. dia tidak mampu berbuat apa-apa selain dari menuruti sahaja arahan yoongi, kerana jimin sangat lemah, taehyung mula bertemu dengan jimin juga kerana pada mulanya jimin sering dibuli sehingga taehyung menjdi hero cilik yang membantu Jimin setiap kali dibuli sehingga akhirnya menjadi kawan rapat.

Jimin mengambil hidangan dan kemudian duduk disalah satu meja. Baru sahaja dia ingin menjamah hidangan, tiba-tiba sahaja dia tersedar kehadiran seseorang yang jimin paling tidak ingin bertemu. Taehyung.

"Kau datang.." ucap taehyung tersenyum bahagia, jimin membalas senyuman taehyung namun lantas bangun dan meninggalkan meja makan itu. Taehyung yang pelik dengan perubahan sikap jimin terus mengikuti jimin. Jimin cuba berjalan sepantas mungkin Untuk meninggalkan taehyung, malangnya disalah satu koridor taehyung menyentap pergelangan tangan Jimin dan memaksanya berhenti.

"Kenapa dengan kau? Kenapa kau lari dari aku?" Soal taehyung keliru. 

"Aku tak lari. Aku ada hal nak jumpa prof." Jawab Jimin sambil cuba melepaskan pegangan taehyung.

"jangan tipu." kata taehyung kedengaran amat serius. dengan paksaan taehyung menarik jimin mengikitunya.

"kenapa ni tae? Kau nak bawak aku pergi mana?" tanya jimin bingung, taehyung tidak menjawab dan terus menarik jimin.

Sehingga dibelakang kwsn kolej jimin menarik tgnnya sehingga terlepas dari pegangan taehyung.

"Kenapa dengan kau ni hah?" Marah Jimin.

"yoongi curang dengan kau." Ujar taehyung tiba-tiba. 

"A-ape?" Jawapan taehyung membuatkan Jimin tersentak.

"Yoongi curang dgn kau Jimin. Aku nampak dia dekat kelab semalam tengah bercium dengan perempuan lain" jelas taehyung dengan lebih panjang. Jimin mengeluh entah mengapa hatinya sakit apabila mendengarkan kata-kata taehyung. Namun dia cuba membuang perasaan itu dan terus berkata.

"Jadi? Itu hal dia. Bukan masalah aku." Jawab Jimin dan cuba untuk berlalu pergi, namun sekali lagi taehyung menarik tangan jimin dan memusingkan tubuhnya lalu dengan tidak semena-mena Jimin merasakan bibir taehyung sedang bersatu dengan bibirnya. Mata Jimin membulat terkejut dengan perbuatan taehyung.

"Mmhhhhh" Jimin menolak dada taehyung dengan tangan kecilnya namun taehyung tetap berdegil, dia memperdalamkan lagi ciuman dan terus menikmati bibir mungil Jimin. sehingga akhirnya jimin kehabisan oksigen dia menolak taehyung sekuat tenaga dan memberi satu tamparan diwajah taehyung. Taehyung terdiam tidak terkata agak terkejut setelah Jimin menamparnya.

"Jim-"

"kita putus kawan." Kata Jimin sebelum taehyung sempat menghabiskan ayatnya. Jimin juga sebenarnya tidak percaya dengan apa yang telah terlontar keluar dari mulutnya. Namun itulah yang terbaik, jimin tau dia tidak mengenang budi taehyung yang banyak membantunya, tetapi ancaman yoongi untuk membunuh ibu bapa Jimin lebih merungsingkan Jimin. Jadi itulah pilihan yang terbaik fikir Jimin sebelum tahu perkara yang lebih teruk bakal mendatang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjang2minboong2 #1
Chapter 10: SO CUUUUTEEEEE
Farah30
#2
Chapter 9: Waa comel kalau jimin malu . Suga ni sweet betullah
Frisur #3
Chapter 8: Update soon
TeeyaNeox
#4
Chapter 8: Tae...tolong kawal diri anda...sedar-sedarlah bahawa jimin milik yoongi... Apa kata ko cuba ushar jungkook sne
Farah30
#5
Chapter 8: Nasib tae sedar klo x naya la dia .