CHAPTER 3

HELL MARRIAGE

Jimin terjaga dari tidurnya oleh kerana sinaran matahari yang menembusi jendela bilik, dia menoleh ke sisinya dan terlihat yoongi masih nyenyak tidur sambil tgnnya memeluk pinggang Jimin, Dengan perlahan Jimin mengalihkan tangan yoongi, lalu dengan berhati-hati dia turun dari katil, setiap pergerakan menghasilkan rasa sakit dibahagian belakangnya dan itu membuatkan Jimin berdesih perlahan, apabila berjaya turun dari katil tanpa membangunkan Yoongi, Jimin terus menuju ke bilik mandi, dia membersihkan dirinya, hampir sejam dia didalam bilik mandi akhirnya dia keluar dan bersiap, selesai bersiap-siap Jimin turun ke bawah.

Peti sejuk dibuka, dia memerhatikan apa yang ada untuk dibuatkan sarapan pagi, akhirnya memutuskan untuk memasakkan yoongi omelette bersama sosej goreng. Jimin menyiapkan segala perkakasan yg perlu digunakan dan mula memasak. Dengan skill yang ada dia mengoreng dan mengulung telur tersebut, ditambah dgn beberapa perencah istimewa, kemudian mula menggoreng sosej. Jimin menghidangkan masakkan di atas meja, kemudian tersenyum kecil. Tidak sia-sia dia belajar memasak dengan eommanya sejak dari zaman sekolah. Sedang Jimin membancuh air, tiba-tiba kedengaran deringan telefonnya berbunyi. Jimin meletakkan gula yang sedang dipegang dan kemudian mengambil telefon bimbitnya di kocek seluar.

Jimin memeriksa nama pemanggil dan tertera nama "TAE >//<" di skrin telefon bimbitnya, jimin menggigit bibir bawahn lalu dia memerhati keadaan sekeliling, apabila mendapati tiada bayang yoongi, dia terus menjawab panggilan tersebut.

"hello tae?" panggil Jimin.

"jiminiee.. aku rindukan kau.. blh kita jumpa?" Tanya taehyung dgn nada suara yang tidak bermaya.

"Tae, tak blh. n-nanti bila ade masa aku akan call kau ok?" Jawab Jimin gugup.

"aku nak jumpa kau, bagi tahu aku alamat apartment kau" ujar taehyung.

"Tae tlg jangan mcmni. Aku pun rindukan kau, nanti bila ada masa aku jumpa kau ok? Tlg faham situasi aku, yoongi tak benarkan aku jumpa kau buat masa ni." jawab Jimin cuba memujuk taehyung.

"Ok.. janji kau akan call?" soal taehyung lagi yang akan bersetuju.

"ye tae. Bye." Jimin mematikan panggilan sebelum taehyung sempat membalas dan kemudian mengeluh lega.

"Siapa tu?" Jimin tersentak apabila mendengar suara yoongi bertanya, nada suaranya kedengaran seakan sdg menahan kemarahan. Dengan teragak-agak dia menoleh berhadapan dgn yoongi yang sudah siap sedia bersut hitam untuk kepejabat. Jimin menjawab dengan gugup

"E-eomma.." 

Yoongi memerhatikan wajah jimin yang sedang menunduk, kemudian berkata

"Bagi handphone kau." arahnya. oleh kerana takut jimin menyerahkan telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya Jimin apabila Yoongi menghempas telefonnya ke lantai sehingga hancur berkecai.

"H-HYUNG! APA YANG HYUNG-" 

perkataan Jimin terputus apabila satu tamparan mendarat dipipinya. Jimin jatuh kelantai sambil memegang pipinya yang ditampar Yoongi, airmata mula keluar dari kelopak matanya. yoongi yang masih belum berpuas hati terus mencengkam baju jimin dan memaksanya untuk bangun, dia menolak tubuh Jimin dengan kuat ke dinding.

"Kau jangan cuba nak menipu aku. aku dah bagi tahu jangan ada apa-apa hubungan dengan taehyung lagi, apa yg degil sangat kau ni? Ini kali terakhir park Jimin, kalau aku dapat tau lagi lepasni, aku bunuh kau." marah Yoongi, dia melepaskan genggaman dibaju jimin dengan kasar dan kemudian membetulkan sutnya, lantas terus mencapai kunci kereta dan keluar berlalu pergi ke pejabat tanpa menjamah sarapan yang jimin telah siapkan.

Dalam keadaan menangis, jimin mengutip serpihan telefon bimbitnya dan membuang ke dalam tong sampah. Sarapan tadi turut dibuang Jimin tanpa disentuh sedikitpun.

Dia menuju keruang tamu dan duduk disofa, airmata masih tidak henti-henti mengalir. Rasa perih dipipi juga masih tidak hilang, Jimin berbaring disofa sambil menangis, dia rindukan kedua ibubapanya dan juga taehyung, dia rindu akan hidupnya yang dulu, mengapa ini semua harus terjadi pada dirinya, fikir Jimin. Dia memeluk sikunya kedada. Lama-kelamaan Jimin membaringkan tubuhnya diatas sofa Dan kemudian terlelap.

 

 

 

Apabila Jimin terjaga, dia mendapati Jam tepat pada pukul 7.00 yang menandakan Yoongi akan pulang tidak lama lagi.

"Oh tuhan!" Jimin bergegas bangun dari sofa dan terus kedapur untuk menyiapkan makan malam. Dia memasak sepantas mungkin dan bersyukur sempat menyiapkan masakan sebelum yoongi pulang.

Jimin mengerling ke arah jam yang kini menunjukkan 7.45 malam. Dia duduk dimeja sambil menunggu kepulangan Yoongi, namun apabila kali terakhir Jimin mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan 12.30 malam yoongi bayangan Yoongi masih belum kelihatan. Jimin mengeluh, lalu bangun dari kerusinya, selera makannya hilang, dengan kesal Jimin mengangkat hidangan tadi dan hanya membersihkan pinggan-pinggan itu. Pada malam itu Jimin masuk tidur dengan beralaskan roti dan airkosong, manakala tidurnya pula hanya ditemankan dengan airmata.

 

 

 

 

3 Hari Yoongi masih belum pulang, dia membawa kunci rumah bersamanya yang membuatkan Jimin terkurung, jimin hanya mampu menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan sesekali membaca majalah Yang terdapat di ruang tamu Yoongi. Masuk hari yang keempat, jimin hanya termenung diruang tamu, dia tersedar kunci rumah dibuka namun langsung tidak mengalihkan pandangannya dari termenung ke arah lantai seakan lantai itu menarik dimatanya.

Yoongi masuk kedalam rumah, dia mengerling ke arah Jimin yang sedang duduk disofa sambil membelakangkannya, dia berdehem untuk menarik perhatian jimin, namun jimin langsung tidak bergerak dari posisi asal, yoongi mengetap giginya cuba untuk bersabar dan terus naik ke bilik Untuk mandi dan menyalin pakaian.

Selesai menyalin pakaian, Yoongi turun semula kebawah dan duduk disebelah Jimin diatas sofa.

"mcm mana? Seronok terkurung 3 hari?" Soal yoongi bernada perlian yang disusuli tawaan kecil, bagi yoongi mengurung Jimin adalah satu hukuman baginya kerana telah melanggar apa yang dilarang yoongi. Jimin hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan yoongi.

Yoongi merenung ke arah Jimin sebelum perlahan-lahan mendekatinya. Tangannya melingkar ke pinggang jimin dan bibirnya didekatkan dengan telinga Jimin

"jiminniee.." kata yoongi secara berbisik,jimin langsung tidak memberi respon ataupun memandang yoongi sedikitpun, dia hanya mengabaikan yoongi, membuatkan bibir yoongi menghasilkan sekuntum senyuman penuh makna, dia menolak tubuh Jimin berbaring disofa dan menindihnya, kemudian dia memerhatikan wajah jimin yang masih enggan memandangnya.

"marah ke?" Soalnya perlahan, jika anda yang mendengar suara yoongi pada saat itu mungkin anda sudah cair kerana dia kedengaran amat seksi berbisik perlahan dengan suara garaunya, namun tidak bagi jimin. Jimin masih mendiamkan diri.

yoongi memegang dagu Jimin dan memaksanya untuk memandang Yoongi, apabila jimin memandang yoongi, kelihatan airmatanya bergenang,  yoongi mendekatkan jarak wajah mereka, apabila dia cuba untuk mendapatkan bibir Jimin, Jimin menolak yoongi turun dari tubuhnya dan kemudian duduk semula.

"j-jangan" kata jimin lemah.

"Heh. kenapa? Taehyung tak benarkan?" soal Yoongi sambil merenung tajam ke arah jimin.

"Saya dan taehyung hanya kawan, kami kawan sejak kecil, dan langsung takde hubungan lebih dari tu." jawab jimin memberanikan diri.

Baiklah, yoongi sudah mencapai tahap kesabarannya. Dia bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan jimin yang masih duduk disofa.

"Kawan sampai bersayang-sayang? Kau igt aku pekak ke waktu kat majlis perkahwinan kita tu? HAH!?" marah yoongi meninggikan suaranya yang membuatkan Jimin tersentak terkejut.

Yoongi mencengkam rambut Jimin dan mendekatkan wajah mereka, jimin merintih kesakitan seakan ingin tercabut kulit kepalanya apabila yoongi mencengkam rambut Jimin.

"H-hyungg.. sa-sakit." Rintih Jimin.

"Dengar sini tak guna, aku nak kau putuskan hubungan kau dengan taehyung, aku tak kira sama ada kau bercinta atau berkawan sekalipun. Kalau tak, dengan orang tua kau pun aku bunuh!" ancam yoongi lalu menghempas jimin ke atas sofa.

dia naik ke atas dan turun semula dengan sweater hitamnya lalu berkata

"Aku nak keluar. takpayah tunggu aku balik Sbb aku takkan balik malam ni" Kemudian dia terus keluar dari apartment dan menghempas pintu utama apartment mereka meninggalkan Jimin yang menangis disofa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

k lol, i think i should put this fic on rate la hahahaha. k ape ape jela. enjoy reading~ and thanks yg dh subscribe :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjang2minboong2 #1
Chapter 10: SO CUUUUTEEEEE
Farah30
#2
Chapter 9: Waa comel kalau jimin malu . Suga ni sweet betullah
Frisur #3
Chapter 8: Update soon
TeeyaNeox
#4
Chapter 8: Tae...tolong kawal diri anda...sedar-sedarlah bahawa jimin milik yoongi... Apa kata ko cuba ushar jungkook sne
Farah30
#5
Chapter 8: Nasib tae sedar klo x naya la dia .