Prolog

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

Matahari masih belum terbit lagi di Korea Selatan namun seorang gadis dengan baju sejuk tebal lusuhnya sudah keluar dengan basikal buruknya dari rumah kecilnya. Dengan kaki yang masih kesejukan,dia mengayuh pedal basikalnya menuju ke tempat kerjanya. 

Sampai sahaja di hadapan sebuah kedai yang baru ingin membuka,gadis itu segera menghentikan basikalnya. Dia tersenyum apabila bertembung dengan majikannya itu. 

  "Oh kamu sudah sampai,Lee Yah"sapa seorang lelaki yang agak berumur. 

Dia segera mengeluarkan sekaton kotak susu lalu diletakkan di dalam bakul basikal Leah itu,pekerja separuh masanya itu. Leah hanya tersenyum seraya menolong pak cik itu mengikat surat-surat khabar itu pada tempat duduk belakang basikalnya itu. 

Seusai itu dia terus mengayuh basikalnya di sekitar kawasan perumahannya yang luas itu. Menghantar susu dan suratkhabar seperti yang dipesan penduduk-penduduk di situ. 

Tepat pukul 7 pagi,dia selesai menghabiskan tugasnya. Tidak sempat berehat,dia terus kembali ke rumahnya . Sampai sahaja,adiknya sudah menunggu di hadapan rumah sambil berpeluk tubuh kerana kesejukkan. 

   "Maaf,nuna lambatke?"tutur Leah sambil mengambil beg sekolah adiknya itu lalu diletak kedalam bakul basikal.

Adiknya itu, Roo Jin hanya menggeleng sebelum duduk membonceng di belakang kakaknya. "Go go!!"jeritnya dengan suara serak . 

Leah hanya tertawa sebelum memulakan perjalanannya menuju ke Sekolah Rendah Jyo Gyeon yang mengambil masa 10 minit dari rumahnya . 

 

=====

Lonceng Sekolah Tinggi Dae Goon berfungsi dengan baik seperti biasa. Menjerit menandakan pembelajaran akan bermula . Seperti biasa,ada sahaja pelajar-pelajar yang lewat daripada masa yang ditetapkan. 

Sekumpulan lelaki masuk dengan selamba kedalam perkarangan sekolah. Melepasi para pengawas yang bertugas di pagar utama sekolah.  

Salah seorang daripada mereka mengunyah gula-gula getahnya sehingga hilang manisnya sebelum dikeluarkan lalu dilekatkan diatas rambut seorang pengawas perempuan yang sudah terkaku .   "My present"bisiknya selamba sebelum menyertai rakan -rakannya yang sudah selangkah dihadapan. 

Pengawas tadi hanya mampu memandang tanpa sebarang tindakan. 

 

======

 

Secawan kopi pahit dihirup Leah bagi menghilang ngantuknya. Dia bersandar penat diatas kaunter sambil mengira sisa masa kerjanya yang tinggal.  

  "Kamu buat kerja ke apa tu!"pekik satu suara nyaring dari jauh menyentakkan lamunan Leah. 

   "Maaf bos"sahut Leah segera sebelum meletakkan kopinya ke tepi lalu membuat apa yang patut. 

Apabila majikannya sudah beredar,dia akhirnya mampu menghela lemah. 

=======

Sehelai kertas putih yang bercetak penuh dengan tulisan diletakkan di atas meja berhadapan dengan seorang lelaki berumur 40-an . Lelaki itu membetulkan duduknya sebelum menghadap secretarynya .

Kertas itu dipandang sebelum meronyokkannya lalu dibuang selamba keatas lantai. " Hal apa lagi yang dia buat kali ini? " soalnya cuba menahan sabar. 

Tali leher dilonggarkan dan dia bersandar penat pada kerusi pejabatnya itu. Secretarynya berdehem kecil sebelum mengeluarkan beberapa keping gambar daripada sut hitamnya. 

   "Minggu ini sudah ada 4 buah kedai minta pampasan dan seorang ibu tunggal saman "lapor secretary itu dengan terperinci.

   " Dia tidak buat kerja sorang -sorang bukan?" 

   "Ya Tuan Park. Dengan rakan - rakannya seperti biasa "balas secretary tersebut laju. 

Tuan Park menghela berat. "Uruskannya Kyung Soo.. Jika mereka nak juga pampasan,lakukan seperti biasa. Saya akan hubungi ayah Jong Dae untuk bincangkan hal ini... Dan tentang ibu tunggal itu,kamu tahu apa yang perlu dilakukan.."

Seusai memberi arahan,dia bingkas bangun daripada kerusinya . Tali lehernya dibetulkan kembali sebelum mencapai beg bimbit hitamnya. 

   " Saya ada urusan di luar.. Kalau ada masalah ,hubungi saya"pesan Tuan Park. 

   "Baik tuan.."balas Kyung Soo pantas. 

Pintu bilik pejabat dibukakan sebelum Tuan Park melangkah keluar. Keluar sahaja Tuan Park,Kyung Soo terus menjalankan tugasnya. 

Telefon pintarnya dikeluarkan lalu nombor seseorang dihubunginya. 

   " Jalan Yoongpyong ,nombor rumah 76.. Ibu tunggal dengan 2 orang anak. Selesaikannya seperti biasa " arah Kyung Soo dengan suara yang amat menakutkan. 

Selesai memberi arahan,panggilan terus dimatikannya. Dia berdehem kecil sebelum turut keluar daripada pejabat majikannya itu.

======

Malam sudah menjelma ,jam sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam namun Leah masih pulang ke rumahnya. Dia mengemop lantai dengan baki tenaga yang dia ada. 

Agaknya kalau 10 tahun akan datang,dia sudah boleh ada otot bak Jong Kook . Tangannya berhenti mengemop sebaik tiba di sebuah bilik. Dia mengintai melalui kaca pintu bilik itu. 

Kelihatan pelajar-pelajar sebayanya sedang tekun belajar di dalamnya. Leah memandang cemburu kearah mereka semua yang berpeluang untuk belajar. 

Sedangkan dia di sini,sedang menjadi pencuci di sebuah akademik terkemuka. "Lee Yah"panggil satu suara . 

Seorang lelaki dengan pakaian yang sungguh segak berjalan menghampiri Leah . Tertera pada tag nama hitamnya, Bo Gum. 

   "Ya , Encik Bo Gum?"soal Leah dengan sopan kepada guru tuisyen itu. 

Lelaki itu tersenyum manis seperti biasa.

   " Saya ada berita gembira untuk kamu"umum Bo Gum dengan teruja. 

Leah terdiam sebelum Bogum menghulurkannya sepucuk surat kepadanya. Dia terus terundur kebelakang. 

Pipinya mula memerah dan tangannya mula berpeluh sejuk. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Dia memandang Bogum dengan mata yang membundar. 

  "Maaf encik,tapi saya tak boleh terima ini"tuturnya sambil tersenyum sipu. 

Bogum diam sebelum dia tertawa kecil. 

   "Tapi kenapa pula?"soalnya sengaja ingin bermain. 

   "Sebab saya ada adik yang perlu dijaga dan ibu yang masih koma. Saya tidak ada masa untuk cinta cintun ini encik. Maaf"cerita Leah tiba-tiba. 

Tidak fasal-fasal dia mula bercerita kisah hidupnya yang malang itu. Bogum diam sejenak sebelum tersenyum lucu. 

   "Ini bukan surat cintalah Lee Yah,ini surat kemasukkan"beritahu Bogum dengan sejelasnya. 

   "Eah?" Leah tersedak air liurnya sendiri. 

   "Ya,kamu lupa ke kamu ada ambil ujian kemasukkan pelajar baharu ke Sekolah Tinggi Dae Goon bulan lepas dan guess what,kamu dah berjaya tempah nama!"

   "Ehhhh!!??"

 

====== End Of Prolog

 

Character {Side} :

Roo Jin ( 9 tahun )

- Adik angkat kepada Leah . Dijaga Leah sepenuhnya sejak ibu kandungnya koma sejak kemalangan tahun lepas. 

 

Bo Gum ( 23 tahun )

- Guru tuisyen muda di sebuah pusat tuisyen terkemuka. Dia masih belajar di kolej. 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??