Episod • 06 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

 

Barang-barang itu diletakkan Leah keatas meja di restoran . Leah memandang sekeliling restoran kecil itu dengan rasa kagum. Walaupun kecil,namun susunan perabot dan hiasan kecil membuatkannya tampak kemas dan selesa. 

Puan Yeon menghampiri Leah dengan secawan air masak sejuk. Dihidangkan air itu kepada anak gadis itu. Segaris senyuman lembut terukir pada wajahnya. 

  "Terima kasihlah sebab tolong mak cik ya"ujar Puan Yeon seraya mempelawa gadus itu duduk. 

  "Tak ada apalah mak cik. Hal kecil sahaja ni"minuman itu dihirup Leah laju. 

  "Tapi,mak cik jual apa ye?"soal Leah membuatkan Puan Yeon tersenyum lembut. 

   "Kamu tunggu sini,mak cik masakkan kamu sesuatu.."

=======

 

Chan Yeol berjalan tanpa hala tuju di sekitar bandar Seoul tu sambil memandang kearah sekelilingnya yang sesak dengan manusia. Seperti dia adalah putera negara itu,dua memerhatikan setiap tindakan manusia di sekelilingnya sambil mengkritik dalam hati. 

Itulah kerjanya setiap hari. Buang masa dan buang masa. Dia tiada aktiviti yang tetap. Sekejap ke sana ,sekejap ke sini. Sekejap buat itu,sekejap buat ini. Begitulah dia habiskan masa -masanya .

Kakinya yang sudah terlanjur ke hadapan berundur kembali apabila matanya sempat menangkap sehelai poster yang tertampal di kaca sebuah kedai serbaneka ala -ala macam 7 Eleven gitu. 

Matanya membulat apabila sebaris perkataan tercetak pada kertas iklan tersebut. JAWATAN KOSONG. 

Dengan selamba dia menanggalkan iklan tersebut lalu menyimpannya rapi kedalam poket seluar. Kakinya kemudian diatur masuk kedalam kedai serbaneka tersebut. 

=======

Hirupan sup daging dibuat Leah sehingga licin. Dia tersenyum lebar sambil menunjukkan tanda bagus kepada Puan Yeon. 

  "Uwah,,ini memang sedaplah mak cik!!  Macam sup daging restoran 5 bintang"puji Leah berbakul-bakul. 

Bab amik hati kasiklah pada Han Lee Yah. Memang dialah lagendanya. 

Puan Yeon tertawa kecil mendengar pujian Leah itu. "Ada -ada sahaja kamu ni. Biasa sahaja lah.. "Tutur Puan Yeon tersipu-sipu . 

   "Tapi,restoran mak cik buka pukul berapa?"

  "Ah~dalam pukul 5...sekarang ini,mak cik kena siapkan sup dan bahan lain je"beritahu Puan Yeon seperti dia sedang berbual dengan orang yang sudah lama dia kenalnya.

Dia terasa begitu selesa dengan anak gadis di hadapannya ini. Macam dia sedang berbual biasa dengan anaknya sendiri. 

  "Oh yeke, kalau macam tu . Apa kata saya tolong. Kurang sikit kerja mak cik nanti"

 

======

 

Jari jemari Joon Myeon menari lembut diatas setiap kekunci piano. Dia menekan setiap not dengan betul tanpa sebarang kesilapan. Dia tersenyum lembut menikmati dendangan muzik yang dibuatnya. 

Muzik tersebut ditamatkan dengan begitu baik . Dia tersenyum lembut apabila kelas pianonya yang berjalan selama 2 jam akhirnya tamat. 

Dengan penuh sopan,dia mengucapkan terima kasih kepada guru personal pianonya. 

   "Bagus hari ini, esok kita akan berlatih not lain pula. Cikgu pulang dulu"tutur gurunya sebelum berlalu pergi. 

Joon Myeon menghela penat di tempatnya. Dia menggeliat  malas . Ibunya , Puan Joo datang menghampiri dengan iPad ditangan. 

Dia tersenyum memandang anak bongsunya itu . Rambut anaknya yang sudah jatuh ke dahi itu disisir kembali ke belakang bagi kelihatan kemas. 

  "Kamu rehatlah dulu then bersiap untuk ke tuisyen. Ingat,malam ini jangan lari lagi. Guru tuisyen kamu akan datang lagi malam ni. Kita buat sampai pukul 2 pagi ya?"Pesan Puan Joo dengan lembut. 

Joon Myeon hanya tersenyum lemah. Dia mengerling kearah jam yang menunjukkan pukul 7 malam. Masih ada sejam sebelum kelas tuisyennya bermula. 

   "Mummy,Joon Myeon pergi tuisyen dahulu"

   "Tak terlalu awalke?"

   "Tuisyen bukak pukul  6.. Tak rasanya"balas Joon Myeon seraya berlari naik ke biliknya di tingkat atas. 

========

Sebatang penyapu dan pongkes dibawa keluar Leah dari stor . Dia berjalan menuju ke ruang masuk pusat tuisyen. Seperti biasa,bermula dari tempat tersebut memandangkan bahagian kelas-kelas telah ditugaskan oleh pencuci lain untuk hari ini. 

Sekembalinya ke ruang tersebut,Leah dikejutkan dengan seorang lelaki yang duduk dengan kaki bersilang diatas sofa. Lelaki itu sedang khusyuk membaca buku yang setebal kamus sehingga kehadirannya tidak disedari. 

Leah yang malas ingin mengambil kisah tentang lelaki bernama Joon Myeon itu  meneruskan tugasnya. Menyapu sampah macam lelaki itu tak wujud pun di situ. 

Mata Joon Myeon mencuri pandang kearah Leah yang sedang menyapu sampah di bawah meja kaunter. Gadis itu langsung tidak memperdulikan kehadirannya di situ. Sombong!.

Setelah beberapa minit,tiada seorang pun yang menegur,Joon Myeon akhirnya membaling segerompolan kertas kearah Leah membuatkan gadis itu terhenti.  Leah menjeling kearah Joon Myeon sekilas sebelum menyapu sampah tersebut. 

Terkedu Joon Myeon dengan tindakan gadis itu. "Perempuan ni bahlul ke apa! Ada mesejlah dalam tu!"bebel Joon Myeon perlahan. Tidak puas hati,kali ini dia membuat kapal terbang mula lalu melancarkan tepat kearah Leah. 

Sekali lagi Leah menyapu kertas itu dengan selamba membuatkan Joon Myeon akhirnya hilang sabar. Dia memandang sekeliling yang jelas masih belum ada orang sebelum mendekati gadis itu. 

Pongkes itu dipijak Joon Myeon untuk menghentikan tindakan menyapu gadis itu. Leah menjeling kearah Joon Myeon sebelum akhirnya dengan kasut -kasut Joon Myeon disapunya membuatkan lelaki itu menjerit geli. 

Yalah,kasut mahallah katakan. Mana boleh kena kotor. 

   "Yah!"marah Joon Myeon seraya memegang tangan Leah secara tidak sengaja. 

Masa terhenti seketika sebelum Joon Myeon akhirnya menarik semula tangannya. Pantas dia mengeluarkan penyembur kumannya lalu menyembur tangannya yang telah memegang Leah berkali-kali. 

Leah hanya memandang dengan pandangan tidak berminat. Ya,dia adalah kuman!.

  "Apa?"soal Leah pendek .

Akhirnya mengalah . Dia memandang Joon Myeon yang kini mengelap tangan dengan tisu basah pula.

Setelah selesai sesi pembersihan barulah lelaki itu menghadap Leah . Joon Myeon hilang kata. Dia tiada sebab pun kenapa dia berjumpa dengan gadis itu. 

Paling penting kenapa dia datang awal demi berjumpa dengan gadis itu sedangkan dia boleh habiskan setengah jam bermaknanya itu dengan tidur.

Tidak mahu terus nampak seperti orang bodoh,Joon Myeon mengeluarkan sesuatu daripada begnya lalu diserahkan kepada Leah. 

Minuman ginseng yang sama dengan yang diberikan Leah kepada Joon Myeon hari itu dipandang Leah dengan dahi yang berkerut. 

   "Aku tak suka berhutang!"ujar Joon Myeon memberi alasan. 

Leah yang masih tidak faham hanya menerima dengan rela hati. Alang -alang dah percuma,ambil sahajalah. 

   "Awak anggap yang haritu hutang ke?. Aigoo~saya tak berkira macam tulah"tutur Leah cuba menahan tawa sinisnya. 

Dia mengerling kearah jam di tangannya sebelum kearah Joon Myeon. "Tapi kenapa awak datang awal sangat..  Semua kelas start pukul 8 setahu saya"

Sekali lagi ,lidah Joon Myeon kelu . Dia tiada alasan untuk ini. Kakinya yang bawa dia ke sini. 

  "Jam rumah aku rosak jadi aku tersalah masa"tuturnya seraya memandang ke tempat lain. 

Leah berpeluk tubuh sambil memandang kearah jam di tangan lelaki itu. "Semua jam ...ohh"walaupun nampak sangat menipu tetapi Leah iakan sahaja . 

   "Jadi,terima kasih untuk ini"ujar Leah ingin berlalu pergi. Minuman ginseng itu disimpannya kedalam laci di kaunter. 

Dia perlu meneruskan kerjanya membersih di kawasan lain pula. Leah terus berlalu pergi meninggalkan Joon Myeon kesunyian sendirian di tempatnya. 

Joon Myeon memandang tangannya yang pertama kali menyentuh tangan seorang perempuan selain ibunya. 

 

 

========

6 butir peluru diisi Yixing kedalam pistolnya sebelum disimpan dibelakang poket  seluarnya. Jaket hitamnya disarungkan kedalam badan. 

Selesai itu dia keluar daripada biliknya lalu bertembung dengan ayah angkatnya yang sedang menghisap rokok di anjung tamu. Baru sahaja dia ingin mengendahkan lelaki itu,namanya dipanggil.

  "Lay,mari sini sekejap"tutur ayahnya membuatkan dia tiada pilihan selain mendekati ayahnya itu. 

Sepucuk surat dicampakkan Tuan Choi keatas meja kopi kecil di hadapannya. "Ambil itu,surat daripada dia"tutur Tuan Choi selamba. 

Dengan pantas ,Yixing mengambil surat itu lalu memeriksa alamat yang tertulis pada sampul surat tersebut. Dia kemudian tersenyum lebar apabila melihat alamat Thailand itu. 

   "Jalankan kerja kamu baik-baik hari ini. Jangan sampai tercedera"pesan Tuan Choi seraya mengerling kearah Yixing. 

   "Baik ayah"

 

======

Sehun menongkat dagu memandang kearah teman wanitanya yang sedang makan dengan cukup sopan. Dia tersenyum apabila mata mereka bertentangan. 

   "Nayeon-ah, kamu rasa oppa menarik tak?"soal Sehun membuatkan Nayeon tertawa kecil. 

   "Dah tentulah. Sekali tengok pun oppa nampak sangat menarik"puji Nayeon sambil tersenyum comel. 

   "Kan?. Oppa tahu tu. Semua perempuan kakau tengok oppa mesti akan jatuh cinta"tutur Sehun dengan sungguh perasan. 

Dia mencembungkan pipinya.  Tidak puas hati dengan balasan yang diterimanya oleh seorang gadis yang sangat tak menarik bernama Leah. 

   " Jijik?. Macam mana dia boleh cakap macam tu?. Aish,memang perempuan pelik!"rungut Sehun sendirian sambil mencucuk- cucuk stiknya. 

Nayeon menghirup jus orennya seraya memandang kearah Sehun . "Kenapa oppa?. Ada orang yang cakap oppa tak menarik ke?"soalnya macam tahu-tahu sahaja.

Sehun meletakkan garfunya seraya memandang tepat kearah Nayeon dengan mata yang bersinar-sinar. "Uhm,ada sorang perempuan gila ni"

  "Tak perlu pedulikan dia then. Yang penting ,oppa tetap menarik pada mata Nayeon"

  "Kan?. Nayeon memang bercita rasa tinggi"

=====

Sebuah buku nota menjengah pandangan Leah sebaik tiba ke mejanya.Nama Byun Baek Hyun tercatat pada kulit buku itu. Dengan teragak-agak,Leah menyelak buku tersebut dengan berhati-hati. 

Takut-takut lelaki itu membalas dendam kepadanya . Selak demi selak,mata Leah akhirnya membulat sebesarnya. Tulisan demi tulisan menjengah pandangan setiap kali muka surat baru diselak. 

Walaupun tidaklah sepadat mana tetapi bolehlah dibuat rujukan ringkas. "Dia buat.."bisik Leah perlahan . Dia mengerling ke tempat Baek Hyun yang masih kosong. 

Tanpa sedar,dia tersenyum sendirian.  

=========

Iklan yang sudah berlipat -lipat itu dikeluarkan Chan Yeol dari kocek seluarnya. Dia mengerutkan dahi memandang lama kearah iklan tersebut. 

Masih pelik dengan tindakannya ini. Semalam punyalah dia beria mencadangkan pekerja baharu kepada bos kedai serbaneka itu. 

Untuk apa Chan Yeol?. Untuk apa kau beria sangat?!. 

Joon Myeon datang duduk di sebelahnya menyebabkan dia dengan kelam kabutnya menyimpan semula iklan itu. Dia mengerling kearah minuman yang diminum rakannya itu. 

   "Ginseng? . Sejak bila kau minum benda macam ni?"soal Chan Yeol hairan.

Air yang sudah separuh masuk kedalam mulut terus tersembur keluar daripada mulut Joon Myeon. Terkejut dengan soalan rakannya itu. 

   "Sejak beberapa hari lepas"jawabnya seraya mengelap mulutnya . 

Chan Yeol tersenyum senget seraya menepuk-nepuk belakang badan rakannya itu. "Aigoo~nampaknya rakan aku ni dah tua"ejeknya dan hanya menerima pukulan daripada Joon Myeon. 

Tidak lama selepas itu,Sehun dan Baek Hyun datang menyertai mereka berdua. Sehun mencoleskan pelembab bibir pada mulutnya berlapis -lapis sehingga bersinar bak  sudu yang baru dibasuh dengan klorok.

Dia duduk di sebelah Joon Myeon dan sekali lagi menyoalkan tentang pertukaran citarasa lelaki itu. Dan sekali lagi Joon Myeon terpaksa mengeluarkan pukulan padunya kepada Sehun. 

   "So? Sehun macam mana dengan misi semalam kau tu?"soal Chan Yeol menyebabkan Sehun mendengus macam badak sembu dalam air. 

Dia mencebik sedepa seraya berpeluk tubuh. Mengingatkan perbualannya dengan gadis gila itu hanya buatkan dia berangin sahaja. 

   "Tak menjadilah tu"celah Minseok tiba -tiba. 

Dia dan Jong Dae yang masing-masing baru tiba turut datang menyertai.  

   "Siapa kata tak menjadi!  Aku cuma belum mulakannya!"bentak Sehun tak bersetuju dengan pendapat rakannya itu. 

Inilah Sehun lah. Kasanova terhebat di Korea Selatan. Beri sahajalah perempuan dari mana -mana peringkat umur,dia pasti dapat memikatnya dengan petikan jari sahaja. Termasuklah nyah-nyah dan pondan seluruh dunia yang berminat terhadap lelaki. 

Rakan -rakannya hanya tertawa menyindir . "Baiklah,baiklah ..kita beri dia masa ...tengok apa kasanova kita boleh buat"cabar Jong Dae . 

  "Omo, hyung are you ing challenging me?"soal Sehun tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan Jong Dae itu.

Jong Dae menaikkan kening kanannya memandang kearah Sehun seraya tersenyum senget. Riak wajahnya sudah cukup untuk menunjukkan yang dia serius tentangnya.

  "Okay,fine! .kita tengok siapa menang nanti.." 

=======

Tangan dikesat dengan tisu sekeringnya sebelum berjalan keluar daripada kelas. Leah terus menuju kembali ke kelasnya memandangkan sekejap lagi lonceng akan berbunyi menandakan pembelajaran sudah tiba. 

   "Lee Yah!"panggil satu suara menghentikan perjalanannya. 

Jong In berlari menghampiri Leah dengan senyuman lembut. Dia yang kebetulan melalui koridor itu segera menghampiri Leah. 

  "Nak pergi mana?"soal Jong In seperti orang bodoh yang tak reti tengok jam dah pukul berapa. 

   "Kelas. Awak tak ke kelas?"soal Leah kembali membuatkan Jong In menepuk dahi sendiri. 

   "Ah ,betul.. Oh ya,semalam saya ada dengar cerita.. Awak tendang Baek Hyun,betulkah?"

Mulut Leah terus terkatup rapat. Meter malunya mula mendidih naik. 

   "Aaa...tentang itu. Ia cuma teknik pertahankan diri.."tutur Leah dengan suara yang perlahan. 

Dia melarikan pandangannya daripada Jong In yang hanya tersenyum dari tadi. 

   "Tak perlu malu tentang tu. Mereka memang patut dibelasah sekali sekala. Aku memang kagum dengan kau"puji Jong In dengan jujurnya. 

Dia kemudian membongkok sedikit sebagai tanda untuk pergi sebelum terhenti. "Ah sebelum terlupa, tolong datang ke bilik persatuan pelajar petang ni ya"

Kai kemudian mengangkat kaki pergi tanpa menunggu anggukan faham dari gadis itu.

======== END OF EPISOD 06

 

 

 

​​​​​​​

======== END OF EPISOD 06 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??