Episod • 03 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }
 

Semua pelajar terus memberi laluan apabila Exo sudah mula memunculkan diri. Seperti tiada apa yang berlaku semalam,ketujuh -tujuh lelaki itu dengan selamba datang ke sekolah seperti biasa. 

Wajah masing -masing sudah terlukis dengan luka dan lebam kecuali Yixing dan Joon Myeon. Kekacakkan mereka berdua masih tidak dicacatkan lagi. 

Sehun menyapu bb cream pada kesan lukanya berkali -kali. Sehingga sudah tebal berapa inci agaknya kalau diukur. Chanyeol di sebelahnya pantas merampas bb cream berjenama terkenal itu. 

  "Ah,hyung"rungut Sehun . 

  "Kau perempuan ke?.. Bb cream kemende ni"sindir Chanyeol sambil membaca tulisan yang tertulis pada botol kecil bewarna merah jambu itu. 

   "Aish..suka hatilah. Kau tahu tak berapa ramai awek aku hilang semalam sebab luka -luka ni.." Bebel Sehun seraya merampas semula alat kecantikannya itu. 

Wajah adalah segalanya buat Oh Se Hun. Chan Yeol hanya membuat muka geli siamang dia.

    "PARK CHANYEOL, BYUN BAEK HYUN ,OH SEHUN ,KIM JONGDAE ,KIM MIN SEOK ,ZHANG YIXING ..SILA KE BILIK DISIPLIN SEKARANG"

Speaker sekolah di setiap sudut sekolah tiba -tiba bergema. Membuat pengumuman yang gempar. 

  "Ah~sebab inilah aku menentang kekerasan"sekali lagi Sehun meluahkan rungutannya sebelum dia diheret Chanyeol untuk pergi ke bilik disiplin. 

=====

 

Kaki Leah yang hanya beralaskan stoking itu menguis -nguis karpet lembut yang dipijaknya. Tidak selesa kerana berhadapan dengan 3 orang lelaki yang sedang asyik merenungnya bagai dia adalah daging yang sungguh segar.

Di hadapannya kini berdiri Kyung Soo ,Jong In dan seorang guru disiplin ,Cikgu Song Joong Ki. Tidak sangka cikgu sekacak ini boleh jadi guru disiplin . Sekarang Leah tertanya -tanya kenapa tiada seorang pun yang bergosip pasal guru kacak ini. 

    "Kami tiba~~~"celah satu suara berdayu-dayu seperti dayang yang memanggil puterinya.

Kepala Baek Hyun terjonggol di celahan pintu yang separa dibuka. Dia tersenyum lebar apabila bertembung mata dengan guru disiplin kesayangannya. 

Dengan pantas ,dia membuka luas pintu itu lalu masuk kedalam diikuti rakannya lain. "Seongsaengnim~~~"panggil Baek Hyun sambil ingin menerjah kearah guru disiplin kesayangannya itu sebelum pantas dielak Cikgu Joong Ki yang masih kekal dengan wajah seriusnya. .

Baek Hyun mencebik kecewa sebelum berlalu kembali kearah rakan-rakannya yang sedang berbaris tegak. Baru sahaja dia ingin fokus,matanya terarah kearah seorang gadis yang berdiri di sebelah Yixing. 

   "Eh,perempuan bola"tegurnya membuatkan rakan -rakannya baru menyedari kehadiran gadis itu. Kasihan.

Masing -masing terus menoleh kearah Leah yang sudah terkedu . Jong Dae yang berdiri di sebelah Yixing terus menolak rakannya itu untuk mendapatkan penglihatan yang jelas terhadap Leah. 

Serentak itu dia terus menghantar pandangan tajam kearah gadis itu. "Sudah. Kamu semua tidak tahu ke?. Dia ketua kelas kamu"celah Kyung Soo membuatkan keenam -enam lelaki itu menjerit serentak. 

    "Apa?. Sejak bila?. Macam mana?" Soal mereka bertubi-tubi tanpa henti. Habis riuh bilik tersebut dengan suara mereka yang kuat itu. 

    "Semalam"jawab  Jong In bagi pihak Kyung Soo dan Leah. 

Dia berdiri dengan skemaanya di sisi Cikgu Joong Ki. Tali lehernya dibetulkan apabila lelaki -lelaki itu berpaling kearahnya. 

Kyung Soo berdehem kecil. Mengembalikan suasana serius mereka yang sudah entah kemana. "Balik kepada cerita semalam.. Apa penjelasan kamu semua untuk itu?"soal Kyung Soo .

Keningnya terangkat kearah keenam -enam pelajar lelaki tersebut sebelum berhenti kearah Leah yang hanya menunduk diam. "Ketua kelas?. Penjelasan?"soalnya. 

Melontar semula soalan itu kepada Leah yang tiada kena mengena. "Uh...saya?"Leah seperti orang bodoh menunjuk kearah dirinya semula. 

   "Ya cik Lee Yah.."balas Cikgu Joong Ki tanpa dolak daliknya lagi. 

Leah terkedu sebelum mengerling kearah malaun-malaun di sebelahnya yang hanya buat muka selamba macamlah itu bukan kesalahan mereka. Tangan Yixing dicuitnya berkali -kali membuatkan lelaki itu memandangnya. 

   "Jawablah...jawablah kat cikgu"bisik Leah terdesak sambil terus mencuit tangan lelaki itu. 

   "Lee Yah apa yang kamu bisikkan itu?"soal Joong Ki membuatkan Leah terus terdiam.

Yixing tersenyum senget sebelum membuka mulutnya. "Dia suruh saya jawab "adunya membuatkan semua mata tertumpu kearah Leah. 

Apa?.

   "Lee Yah,soalan itu kepada awak kenapa orang lain yang perlu jawab" marah Cikgu Joong Ki sambil berpeluk tubuh. 

Sebab ini bukan salah sayalah! .

   "Saya tidak tahu mengapa mereka bergaduh"jawab Leah akhirnya . 

Bibirnya dikemam berharap agar wajah sedihnya dapat membantu. Cikgu Joong Ki menghela berat sebelum mengambil rotan panjang dan tebalnya diatas meja. 

   " Sediakan tangan kamu, Leah seorang.."arah Cikgu disiplin itu membuatkan Leah terus mendongakkan kepalanya. 

Kejutan apakah ini. Mengaa dia seorang. Logikkah ini.

   "Ta...Tapi  kenapa saya seorang. Faham saya perlu bertanggungjawab atas kesalahan malaun -malaun ni tapi kenapa saya seorang?. Mereka yang buatnya bukan saya?"bentak Leah tidak puas hati. 

Dia memandang rakan -rakan sekelasnya itu dengan mata yang membulat. Ini tidak adil dan dia tak setuju akan itu. Bak kata orang ,marilah kita mati bersama. 

 Jong In berdehem kecil sebelum mengeluarkan semula kertas syarat yang sudah dipersutujui oleh Leah hari itu. Diserahkannya kertas itu kepada Leah. 

   "Saya rasa awak tak baca dengan betul.. Tertulis yang awak hanya akan terima hukuman seorang diri tanpa melibatkan si pesalah"

Leah menggigit bibir bawahnya lama sebelum akhirnya berserah. Tangannya akhirnya dihulurkan kepada Cikgu Joong Ki tanpa rela. 

Sempat dia menjeling kearah lelaki -lelaki tak guna yang sekadar memerhati dirinya didenda kerana mereka. 

======

 

Sekembali sahaja ke kelas,kaki Leah terhenti serta merta apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang duduk membaca di sebelah tempatnya. Empunya badan itu fokus membaca sehingga tidak sedar akan sepasang mata yang sedang memandangnya. 

Kaca mata yang meleret jatuh dibetulkan semula. Joon Myeon membaca setiap baris buku tersebut dengan laju. Sedikit pun dia tidak terganggu dengan bunyi bising di sekelilingnya. 

Kaki Leah membeku tidak bergerak. Dia berterusan memandang Joon Myeon yang tampak sungguh smart membaca buku . Rambut hitam lelaki itu yang tersisir kemas kebelakang nampak bersinar bagai lelaki itu telah merendam rambutnya ke minyak rambut wak doyok. 

Jari jemarinya yang lurus pula menyentuh setiap helai muka surat dengan sungguh lembut. Dia tampak seperti seorang putera yang salah masuk kawasan. 

Joon Myeon memberhentikan bacaannya apabila dia akhirnya menyedari kehadiran seseorang tidak jauh daripadanya. Kepalanya terus berpaling kearah Leah yang masih terkaku di tempatnya. 

Sebaik mata mereka bertembung,Leah terus terasa angin yang sungguh nyaman mengelilingi antaranya dan Joon Myeon. Terasa bagai ada kelopak-kelopak bunga sakura yang jatuh di sekeliling lelaki itu serta merta. 

Leah tidak dapat menahan naluri perempuannya. Dia tersenyum lebar seperti kera dapat bunga. Matanya bersinar -sinar memandang Joon Myeon yang kelihatan sungguh kacak itu. 

  "Hyung!"celah satu suara mematikan lamunan Leah. 

Sehun dengan teruja menerjah kearah Joon Myeon . Dia terus memeluk manja lelaki itu bagai sudah beratus tahun tidak berjumpa. 

Joon Myeon itu hanya membiarkan sahaja. Terukir senyuman tipis pada wajahnya yang kacak membuatkan Leah yang melihat terasa seperti sedang mencair . 

Dia meletakkan bukunya ke tepi apabila melihat rakan -rakanya yang baru tiba setelah dipanggil ke bilik disiplin awal pagi lagi.  

Mereka bersapa antara satu sama lain seperti sudah lama tidak berjumpa sedangkan mereka datang ke sekolah bersama -sama. Minseok yang sedar akan sepasang mata yang asyik memerhati terus berpaling kearah Leah sebelum dia dengan pantas bersembunyi di belakang Jong Dae. 

Pinggang rakannya itu dicucuk -cucuk seraya membisikkan sesuatu. "Ketua kampung weyh,ketua kampung"Jong Dae terus berpaling kearah Leah .

Beg yang terletak diatas meja disebelah tempat Joon Myeon dikerling . "Oh.."tuturnya sendirian. 

   "By the way guys!. Kita lupa someone! "Umun Jong Dae bak pengacara majlis .

Rakan-rakannya terus berhenti berbual. Masing menumpu kearah Jong Dae . "Joon Myeon sudah ada seatmate"sambung Jong Dae membuatkan Joon Myeon tersedak. 

   "Apa?. Siapa?."soalnya dengan mata yang membesar. 

Mulut Jong Dae terus memuncung kearah Leah yang sedang terpaku di tempatnya dari tadi. Gadis itu berdiri bagai pokok apabila semua pasang mata memandang kearahnya. 

   "Our Class Monitor"

 

======

Sepanjang kelas berjalan,Leah tidak lepas daripada mengerling kearah Joon Myeon yang sedang sibuk mencatat nota penting. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain,lelaki ini sungguh berbeza.

Sedang rakannya berlayar kealam mimpi,dia tekun belajar seperti pelajar contoh. Seketika,Leah dilamun dengan imaginasinya sendiri. Sudahlah kacak,pandai pula itu. Macam buy 1 free 1 gitu. 

Leah tiba-tiba meletuskan ketawa gatalnya apabila dia membayangkan Joon Myeon tiba-tiba melamarnya menjadi kekasih dan ketika itu lelaki itu ada pengerusi syarikat terbesar di Seoul. Wuhahaha.  

Tawa histeria Leah membuatkan semua rakan sekelasnya termasuk Cikgu Shin Hye memandang pelik kearahnya. Joon Myeon yang turut terkejut memandang kearah Leah dengan kening yang terangkat sebelah. 

   "Ma..maaf..teruskan ,teruskan "tutur Leah cuba menahan malu yang semakin menebal.

Dia pantas menaikkan buku menutup wajahnya yang kian memerah. Yixing yang tidurnya senang terganggu terus terbangun. Dia mengerling kearah Leah yang sudah menutup wajah dengan buku. 

Dia kemudian berpaling kearah Joon Myeon yang hanya buat muka geli dengan perangai Leah. Yixing tersenyum kecil sebelum kembali terbang kealam mimpinya. 

=====

Lonceng berbunyi menandakan masa rehat sudahpun tiba. Leah menyimpan barang -barangnya kedalam laci meja sebelum mengerling kearah Joon Myeon yang juga sedang mengemas. 

Lelaki itu kemudian bangun namun terhenti apabila tangan Leah tiba-tiba menghulur kearahnya. Dia memandang kearah tangan Leah yang terarah kepadanya seperti ingin berjabat tangan. 

   "Saya Han Lee Yah. Awak?"soal Leah ingin mencuba nasib. 

Manalah tahu Joon Myeon ini berbeza dengan malaun-malaun tu. Joon Myeon terhenti lama sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan sebotol penyembur kuman kecil lalu menyembur ke sekeliling Leah dan juga tangan gadis itu. 

    "Aku tak berminat untuk kenal kau..get lost"ujarnya dengan sungguh berlagak sebelum berlalu pergi. 

Krekk..krakkk...

Begitulah bunyi hati Leah sekarang. Dia memandang tangannya yang dibiar sepi tanpa sambutan. 

Apa?. Tak berminat?. Wah! Daebakk . Dia ingat dia siapa !? Raja?!!!. Macamlah aku nak kenal sangat ngan kau!!. Aishhh!!

Leah mengepal tumbukannya sebelum dimasukkan kedalam mulutnya bagi menahan geram yang semakin menyelubunginya. Dia mendengus geram. 

=======

 

Keadaan di dalam kafeteria tunggang langgang dengan pelbagai suara sumbang. Leah berjalan masuk kedalam kaferia yang sesak itu dengan radar yang sudah diaktifkan. Dengan pantas dia mengambil dulang makanan lalu mengikut pelajar yang sudah berbaris di kaunter makanan. 

Bau enak makanan yang sudah terhidang membuatkan nafsu makannya semakin menjadi-jadi. Kalaulah dia sekecil tinkerbell sudah lama dia terjun dalam makanan -makanan itu. 

Apabila sudah tiba gilirannya,tangannya yang baru ingin mencapai senduk lauk tiba-tiba ditepis oleh suatu tangan yang tidak dikenali. Sekumpulan gadis bercekak pinggang sebelum menolak Leah ke tepi membuatkan gadis itu hampir tergolek jatuh .

   "Berundur!  Berundur !  . Putera-putera sudah tiba!!"pekik salah seorang gadis tadi dengan nyaring. 

Pakaiannya yang ketat menonjolkan tubuhnya yang langsing itu. Dia mengarahkan konco-konconya menghalau pelajar yang sedang lama beratur pergi dengan selambanya. 

Leah yang baru ingin memberontak terhenti apabila sorakan kuat gadis mengejutkannya. Pintu kafeteria terbuka secara automatik dan Exo masuk dengan bergayanya. 

Mereka bertujuh berjalan menghampiri kaunter makanan. Dulang tak perlu diambil kerana gadis -gadis tadi sudah sedia memegangkannya untuk mereka . Yang hanya perlu mereka lakukan hanyalah menunjuk makanan yang diinginkan dan gadis-gadis itu akan ambilkan untuk mereka .

Itu dan ini. Itu dan ini. Itu sahaja.

Leah yang masih tidak berganjak memandang dengan pandangan WHATDA-F.Adakah perempuan ni semua dayang-dayang istana?. Like seriously. 

Bahu Leah tiba-tiba dipegang seseorang daripada belakang . Jong iN tersenyum senget.

   "Tak payah buat muka susu basi sangat kat sini. Ini semua dah jadi perkara normal kat sini . Jomlah ,aku belanja kau roti"ajak Jong In dengan baiknya sebelum berlalu kembali semula ke mejanya. 

Leah yang tiada pilihan hanya mengekor Jong In. 

 

========

Roti berinti coklat itu digigit Leah dengan gelojohnya. Gelagatnya diperhatikan oleh beberapa orang pelajar yang masih belum dikenalinya. Masing -masing memandangnya macamlah dia itu adalah makhluk asing.

   "Kau ketua kelas 2-5?"soal satu suara menghentikan selera Leah.

Dia membetulkan blazernya sambil tepat memandang kearah Leah. Rotinya tidak dibuka bungkusannya. Dia hanya membiarkan ia sepi diatas meja. Leah memandang wajah-wajah di hadapannya sebelum sedar akan sesuatu.

Lelaki ,lelaki dan lelaki. Kesemua di hadapannya adalah lelaki!.

  "Ya ..dialah orangnya"balas Jong In sambil menguap malas. 

 Lelaki yang bertanya tadi mengangguk faham. Dia berdehem kecil sebelum cermin matanya yang sudah  meleret ke bawah dibetulkan. Tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada. Dengan gaya duduknya sekarang,nampak sangat dia sudah bersedia untuk berlagak .

   "Baguslah akhirnya dah ada orang untuk terima hukuman dorang. Apa pun,Aku Kim Nam Joon ,ketua kelas bagi 2-2 "perkenalnya dengan sungguh bangga. 

Keningnya terangkat memandang kearah Leah bagai sedang mengkritik keadaan gadis itu sekarang. Rakannya yang duduk mendiamkan diri di sebelah akhirnya bersuara. 

   "Jadi aku dengar kau pelajar biasiswa, bukan?. Apa pekerjaan ibu bapa kau?"soal rakan NamJoon tadi, Joo Heon  dengan sungguh berminat. 

Semua mata terus tertumpu kearah Leah sebaik soalan tersebut diutarakan. Jong In memandang rakan-rakannya sebelum berdehem kecil. 

   "Guuys,we discuss about it already right?..stop it. By the way,Leah,kenalkan ..mereka semua ini adalah ketua-ketua kelas lain.."

Leah tersenyum kekok. Dia mengira setiap lelaki disitu. 1,2, dan 3 . Hanya ada 3orang ketua kelas bermakna satu lagi ketua kelas tidak berada di situ . Oh,Jong In terkecuali memandangkan dia bapak kepada segala ketua .

Belum sempat Leah ingin bertanya tentang tersebut,Jong In terlebih dahulu dapat membaca. "Well,kita kekurangan seorang.. Ketua kelas 2-1. Jangan pelik sangat.. Masa rehat kita semua memang berlainan dengan pelajar kelas tu.."

   "Nak tahu kenapa?"celah Joo Heon tiba-tiba. Sudah bersedia dengan gossipnya. 

   "Sebab..,Exo tak ngam dengan Infinite"sambungnya lagi dalam nada berbisik. Macamlah dia sedang memberitahu sesuatu yang amat sulit. 

Mata Leah mengerling kearah lelaki-lelaki kelasnya yang sedang menjamah makanan dengan sungguh gelojoh. Sungguh gelojoh. 

Kepala Joo heon diketuk Seung Cheol,ketua kelas 2- 3. Dia memandang Leah sebelum tersenyum senget. 

   "Kau tak perlu nak amik care sangat fasal ni..yang penting,jaga budak kelas kau dengan baik dan jangan menyusahkan orang lain"tuturnya kasar sebelum dengan pantas bangun lalu beredar pergi. 

Nam Joon dan Jooheon berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua turut beredar pergi. Tidak berminat untuk berlama di situ. 

Jong In hanya membiarkan rakan-rakan sejawatnya itu beredar pergi. Dia tahu mereka sebenarnya memang tidak setuju dengan perlantikan ketua berjantina perempuan. Bagi mereka,ia hanya menyusahkan tetapi apa salahnya mencuba ,bukan?.

   "Kau tak perlu risau fasal dorang..Mereka memang macam tu. Berangin sedikit"pujuk Jong In cuba menenangkan Leah . 

Leah memandang Jong In sebelum tersenyum . Dia kemudian mengalihkan pandangannya kearah Exo yang masih gelojoh menjamah makanan macam dunia ini mereka yang punya. 

Nampaknya,tugas aku taklah semudah mana...

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??