Episod • 05 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

Untuk kesekian kali,Leah menguap ngantuk sambil mengira jumlah buku rakan sekelasnya yang perlu dihantar kepada gurunya. Dia mengeluh penat apabila matanya terasa asyik ingin melabuhkan tirainya. 

Ini semua sebab mamat skema tu. Kalaulah dia tak ada kat situ ,dah tentu aku boleh balik crpat!

   "22...23..2-- eh?"kiraan Leah terhenti . Dia mendengus geram. Tak perlu periksa lagi. 

Tahulah dia siapa yang tak hantar. Dia memandang kearah sekumpulan lelaki yang sedang rancak berbual sambil tertawa kuat. 

Gembira?. Gembiralah kau kan?. 

Dengan langkah yang tak rela,Leah menghampiri keenam-enam lelaki itu sebelum menepuk kuat tangannya diatas meja Chanyeol yang menjadi tempat perkumpulan lelaki -lelaki itu. 

   "Mana buku latihan Sejarah korang semua?. Hantar sekarang!"arah Leah dengan tegas. 

Chan Yeol dan Baek Hyun saling berpandangan . Jangan kata nak hantar buku sejarah,buat pun mereka tak pernah. 

Akhirnya dengan isyarat yang dihantarkan Baek HYun kepada rakan-rakannya,masing-masing menyerahkan buku mereka kepada Leah. Leah dengan pantas mengumpul buku-buku tersebut sebelum beredar pergi.  

Baek Hyun menahan tawanya dari meletus seraya berhigh-five dengan rakan-rakannya. 

 

Buku-buku kosong tersebut dicampak Cikgu Shin Hye keatas lantai dengan marah. Dia memandang Leah yang sudah terbeliak di hadapannya.

  "Kamu buat lawak ke sekarang ni,ketua kelas?. Hantar buku rakan-rakan kelas awak yang kosong?. Awak fikir ini kelakar!"tengking Cikgu Shin Hye membuatkan Leah menelan air liur. 

Leah memandang buku-buku yang muka suratnya kosong tanpa sebarang catatan nota. Tidak fasal-fasal dia yang kena bebel sekarang ini. 

Kyung soo yang sedang berbual dengan cikgu lain menoleh kearah Leah yang teruk dimarahi Cikgu Shin Hye . Ini tak lain atas kerja yang dibuat pelajar-pelajar bermasalahnya itu. 

Bebelan Cikgu Shin Hye yang bagai tiada noktah membuatkan Leah terasa telinganya macam nak bernanah. Dia hanya mampu menunduk memandang lantai. 

   "Cukuplah tu Shin Hye"celah satu suara menyelamatkan Leah . 

Kyung Soo mengutip buku-buku kosong yang terlantar diatas lantai itu sebelum menghulurkannya kepada Leah. "Beri semula kepada mereka dan suruh mereka siapkan"ujar Kyung Soo dengan lembut. 

Langsung tidak meninggikan suaranya walau sedikit. Tenang sahaja dia menghadap segalanya. 

  "Balik kelas"arah Kyung Soo dengan baiknya. 

Leah pantas meminta diri pergi. Alang-alang ada peluang,baik dia cabut. Shin Hye mendengus perlahan sebelum kembali menatap Kyung Soo yang dengan selambanya membiarkan Leah pergi. 

    "Haih,geram betul saya dengan mereka ni"rungut Cikgu Shin Hye sambil mengipas -ngipas wajahnya. 

Kyung Soo hanya tersenyum. "Kita tunggu sahaja hasilnya nanti"

 

=======

 

Buku-buku dimasukkan Joon Myeon kedalam begnya. Dia memandang rakan sekelasnya yang fokus dengan apa yang diajar guru. Keadaan di dalam kelas 2-1 sunyi sepi tanpa satu suara pun yang bercakap kecuali gurunya. 

Dia akhirnya bangun dari kerusinya. Begnya disandarkan pada bahu dan dengan selamba berjalan ke hadapan kelas. 

  "Saya pergi kelas 2-5 dulu. Kelas ini memang membosankan"ujar Joon Myeon kepada Cikgu Jong Suk yang sedang mengajar.

Terus terhenti penerangan cikgu itu sebaik dikritik begitu. Dia memandang Joon Myeon yang sudah berlalu keluar dari kelas sebelum kembali dengan penerangannya. 

=======

 

Belakang kepala Chan Yeol diketuk dengan kuat oleh Leah dengan buku-buku kosong tadi. Terus terloncat Chan Yeol akibat pukulan kuat itu keatas kepalanya yang berharga itu. 

  "Yah!!"melentingnya seraya terus bangun menghadap Leah yang sudah memandang tajam kearahnya. 

  "Sakit? Baguslah memang itu yang aku nak"tutur Leah sedikit meninggi.

Wajahnya serius memandang setiap wajah lelaki yang sering menimbulkan masalah untuknya. Dia sudah bersedia untuk membelasah lelaki -lelaki itu jika perlu. 

   "Yah! Perempuan bola! Berani betul kau!!"celah Baek Hyun dengan mata yang membulat,dia memandang kearah Leah. 

Leah mencampakkan buku-buku itu keatas meja mereka . "Tengoklah siapa yang cari masalah dulu. Kau ingat ni kelakar?"

   "Kami tak rasa kelakar tapi rasanya lawak"balas Baek Hyun cuba membuat lawak basinya yang nyata langsung tak menjadi. 

Leah menarik nafas panjang cuba menahan amarahnya. Penumbuknya sudah dikepal kemas. Bila -bila masa sahaja boleh dilepaskan. 

   "Korang rasa benda ni lawak?. Biar aku tunjuk apa itu lawak sebenarnya!."

Leah berlalu ke tempatnya lalu mengheret meja dan kerusinya kembali ke tempat Chan Yeol dan Baek Hyun tadi. 

   "Aku tak akan pindah selagi korang tak siapkan nota sejarah yang cikgu bagi minggu lepas"tekad Leah seraya berpeluk tubuh. 

   "Yah!. Jangan nak merepeklah!..blahlah!!" halau Chan Yeol seraya menolak badan Leah yang bagai patung batu itu. 

Baek Hyun memandang Leah dengan pandangan tidak percaya sebelum dia tersedar akan sesuatu. Peristiwa sewaktu gadis itu menyelamatkannya kembali terulang di kotak fikiran.

Dia menepuk kuat sebelum menolak Chan Yeol ke tepi. Dia berdiri di sisi Leah seraya tersenyum senget. 

   "Yah perempuan bola! . Kau suka aku kan?"

Krikkk..krikkk..

Keadaan di dalam kelas yang kecoh terus terasa sunyi serta merta akibat soalan tak berasas Baek Hyun itu. Jong Dae dan Minseok saling berpandangan sebelum masing-masing meletuskan tawa. 

   "Yah,Baek kau merepek apa sayang oii"tutur Jong Dae jelas merasakan rakannya itu sedang melawak. 

Baek Hyun mendengus perlahan. "Aku cakap betullah!. Semalam,dia minta autograf aku!"tegas Baek Hyun . 

Mempertahankan dirinya dengan bukti kukuh tersebut. "Autograf?"Sehun terus menghentikan tawanya. 

Dia memandang Leah yang sudah terkebil-kebil dengan pandangan tidak percaya. Seriously autograf Baek Hyun?. Kenapa bukan dia?. Tak logiknya!.

Baek Hyun mengangguk bersungguh-sungguh. Dia berpaling semula kearah Leah yang sudah buat muka pelik. 

Leah memandang Baek Hyun dengan mata yang terkebil-kebil. Apa yang mamat ni merepek sekarang?. Bila masa dia minta autograf ?. Dia yang perasan adalah!. 

   "Kalau kau suka sangat kat aku,aku tak ada pilihan lain"putus Baek Hyun macam sudah berserah dengan perasaan Leah yang dituju kepadanya. 

Dia perlahan -lahan mendekatkan wajahnya kepada gadis itu. Mulutnya dimuncungkan sudah bersedia untuk mencium Leah . 

Apa?. Apa ni?!. Tak mungkin,dia nak cium aku!!

Leah sudah gelabah di tempatnya . Otaknya ligat berfikir cara terbaik untuk melepaskan diri. 

Apabila bibir Baek Hyun hampir menyentuh miliknya,kaki Leah secara automatiknya menendang tempat sensitif Baek Hyun menyebabkan lelaki itu terus terjelepok jatuh keatas lantai sambil mengerang kesakitan. 

   "Arghhhh!!"jerit Baek Hyung sambil bergolek-golek kesakitan diatas lantai . 

Leah pantas meloncat turun dari kerusinya. "ert!!"jeritnya sebelum berlari keluar dari kelas. 

Meninggalkan rakan sekelasnya yang sudah terpingga-pingga dengan apa yang baru berlaku. Joon Myeon yang dari tadi memerhatikan tanpa sebarang bunyi hanya mampu memerhati dengan perasaan yang sungguh terkejut. 

 

========

Raungan Baek Hyun memenuhi seluruh ruang gym sekolah. Sehelai demi sehelai tisu dihulurkan Min Seok kepada lelaki yang baru dimalukan itu. 

Baek Hyun tidak henti-henti meraung kesedihan macam  seorang gadis. Dia mengesat lelehan cecair jernih dari lubang hidungnya yang tidak henti -henti. 

   "Hyung cukuplah!  Sakit telinga "rungut Sehun sambil menutup telinganya yang terasa berdesing akibat raungan bernada tinggi Baek hYun itu. 

   "Cukup ?. Yah!! Dia baru je tendang aset aku tahu!!..macam mana kalau aku mandul ! ...uwarghhh"sambung Baek Hyun dengan mata yang sudah memerah sepenuhnya. 

Jong Dae mengeluh lemah. "Yah ! dia tendang sahaja bukannya potong pun"tutur Jong Dae selamba lantas menerima balingan kotak tisu oleh Baek Hyun. 

   "Apa?. Tendang jer?. Jekkkk kau cakap!. Meh sini aku tendang kau punya!!"Baek Hyun bangun dari duduknya lantas mendekati Jong Dae  yang sudah cuak.

   "Yah!! Yah!! Kau buat apa !! "Jong Dae pantas bangun lalu mencapai penyapu sampah yang terletak di penjuru bilik. 

Sudah bersedia untuk mempertahankan asetnya dengan sepenuh raga. 

Joon Myeon diam membisu sejak tadi. Dia memandang minuman ginseng yang dibelinya sebelum tiba di kelas 2-5 tadi. 

   "Tapikan hyung,aku rasa ketua kelas kita tu agak menarik jugak kan ?"tutur Sehun tidak semena -mena memberi pendapatnya tentang gadis seperti Leah. 

Jong Dae dan Baek Hyun terus berhenti sesi kejar mengejar mereka. "Kau merepek apa maknae!!"bantah mereka berdua serentak. Macam ada telephaty diantara mereka untuk menyatakan benda yang sama. 

Sehun mengusap-ngusap dagunya yang runcing itu sambil tersenyum gatal. Seiras macam pak cik-pak cik mabuk bila nampak perempuan seksi. 

   "Patutke aku try?"soalnya membuatkan rakan-rakannya itu menghadiahkan wajah pelik mereka. 

   "  Tapi dia tak berduit"tutur Chan Yeol membuatkan semua pasang mata memandang kearahnya. 

   "Macam mana kau tahu?"

Chan Yeol sekadar tersenyum lebar macam orang bodoh. Namun senyumannya itu pantas dipadamkan Baek Hyun yang dengan selambanya menyiku kepalanya. 

   "Senyum..senyum.. Senyuman kau tu ada jawapan ke?!. Ah!! Duit tak duit... Kau kena goda dia Sehun!. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Berani dia bawak malu muka aku yang kacak ni!" Bebel Baek Hyun masih tidak puas hati lagi. 

Tidak fasal -fasal Sehun digunanya untuk membalas dendam. Jong Dae yang berjaya menyelamatkan asetnya dari serangan Baek Hyun yang terbantut itu mengambil tempat duduknya kembali sebelum tiba -tiba mengangguk laju. 

Apa yang dia anggukan pun entah apa. Tiba -tiba sahaja angguk macam burung belatuk.

 

========

Pintu loker Leah tertutup kuat apabila seseorang tiba -tiba menutupnya . Sehun muncul dengan senyuman menawannya . 

   "Balik?"soalnya dengan lembut . 

Leah memandang pelik kearah lelaki itu. Malas ingin melayan ,begnya disandarkan pada bahu sebelum dia mengangkat kaki pergi. 

Sehun yang pantang putus asa segera mengejar Leah yang sudah selangkah ke hadapan.  "Mari balik sama -sama. Bahaya perempuan jalan sengsorang"ujarnya konon prihatin. 

Kaki Leah berhenti melangkah. Dia menoleh kearah Sehun yang turut berhenti. Tangannya disilangkan lalu dirapatkan kedada. Keningnya terangkat memandang Sehun dihadapannya. 

   "Cepat. Apa yang kau nak?"soal Leah jelas malas ingin berurusan dengan Sehun. 

   "Aku nak kau"balas Sehun. 

 Leah terdiam seketika sebelum dia tiba -tiba memegang dadanya sambil membuat riak wajah seperti orang yang sedang sembelit seminggu. Dipukul-pukul dadanya sendiri seperti sakit yang amat sakit.

   "Omo..omo..urkkk..omo"bebel Leah sambil berterusam dengan gaya serangan jantungnya itu.

Aksinya membuatkan Sehun yang melihat cemas tak tentu fasal. Mata lelaki itu membundar memandang kearah Leah ,tidak tahu untuk buat apa. 

   "Yah!. Kau..kau kenapa ni?"

  "Omo...Oh..oh..Oh Suun baru je buat pick up line pada aku !. Omo!.... JIJIKNYA.."

Leah menghentikan lakonannya dengan wajah tempoyak basinya. Dia memandang Sehun dari atas ke bawah sebelum menggeleng sambil membuat bunyi cicak. 

   "Simpanlah pada orang lain tapi bukan aku.. Bye-bye"ujar Leah selamba . 

Langsung tidak terkesan dengan godaan si kasanova itu. Dia berjalan dengan gaya mak timahnya meninggalkan Sehun yang terasa baru dipanah beribu petir atas sindiran gadis itu tadi. 

    "Apa ?! Jijik!.. Wahh...aku tak percaya ni!!"

======= 

Beberapa keping duit dikeluarkan Leah daripada mesin Atm. Dia mengeluh lemah memikirkan kehidupannya akan datang dengan gaji yang sungguh kecilnya itu. 

Dengan kos hospital ibunya yang tinggi,yuran adiknya yang masih tertunggak sejak tahun lepas. Hidupnya memang dikelilingi hutang. 

Sedang Leah berjalan ,matanya terpandang kearah seorang wanita yang agak berumur sedang mengangkat barang -barang sendirian. Dengan dua tangan yang ada,wanita itu mengangkat 6 buah beg plastik yang agak besar saiznya. 

Terkocoh-kocoh dia membawanya seorang diri keluar daripada sebuah pasaraya kecil. Namun disebabkan berat yang tidak stabil itu,dia akhirnya terjelepok jatuh keatas lantai. 

   "Ahjumma!,okay ke ?"soal Leah prihatin sambil mengutip barang-barang yang sudah terkeluar daripada plastiknya. 

Puan Yeon tersenyum lembut memandang kearah gadis muda yang rela membantunya. "Terima kasih nak,mak cik tak apa -apa"tuturnya lembut. Dia bangun dengan bantuan gadis itu. 

   "Kejap saya panggil teksi"ujar Leah dan terus berlari mencari teksi untuk ditahan. 

Tidak sampai 5 minit,seorang pemandu teksi datang bersama Leah lalu membantu memasukkan barangan tersebut kedalam bonet kereta. Teksi itu terus bergerak menuju ke lokasi yang diutarakan Puan Yeon. 

========

Tudung saji dibuka dan semangkuk mi sup daging yang telah sejuk menjengah pandangan . Baek Hyun menghela lemah sebelum akhirnya mengambil makanan itu lalu membawanya ke ruang tamu. 

Barangkali sampai bila-bila dia akan makan makanan sejuk sahaja daripada ibunya. Dia duduk diatas sofa lalu dengan perut yang lapar menjamah makanan tersebut. 

Tv dibuka dan dia mula menonton rancangan yang entah apa-apa. Asalkan rumahnya tidak sunyi sudah cukup .

Selesai makan,dia kembali semula ke sofanya tadi lalu duduk merehatkan badan . Beg sekolahnya yang terbiar di sebelahnya dipandang lama sebelum dia mengeluarkan buku latihan sejarahnya yang kosong. 

Lama dia merenung buku itu macamlah buku itu boleh menimbulkan tulisannya dengan sendiri. Akhirnya,tangannya mencapai pen dan mula menari diatas buku tersebut. 

Membuat nota sejarahnya sendiri berpandukan buku teks sejarah yang jarang dibukanya itu. Laju tangannya menari diatas kertas putih itu bagai telah dikawal oleh suatu kuasa. 

Tulis dan tulis. Tulis punya tulis,pen Baek Hyun akhirnya berhenti. Dia terhenti seketika seraya memandang nota yang sudah banyak ditulisnya itu. 

Pennya itu dicampak terus ke tepi bagai dia telah memegang virus yang berbahaya. Matanya bulat memandang kearah apa yang baru dibuatnya. Dia baru sahaja membuat nota !. 

Tapi kenapa? Kenapa?.

Wajah Leah yang  begitu dekat dengannya ketika itu terus muncul di kotak fikirannya. Gadis itu taklah secantik gadis yang pernah dijumpainya . Sudahlah agak gelap,bibir kering ,mata macam panda . Langsung tak menarik!. 

Baek Hyun menampar kuat pipinya . "Sedar Baek ,sedar! " bisiknya sendiri. 

Matanya mengerling kearah kaca tv yang menyiarkan sebuah drama . Adengan bercium antara hero dan heroin tiba -tiba muncul membuatkan Baek Hyun terus menjerit histeria . 

Pantas dia menutup tvnya seraya menakup wajahnya . Keadaan sunyi sepi semula. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari wajah lalu menatap semula buku nota sejarahnya. 

 

=======

 

I'M comeBack.. Okay.. Thats all.. 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??