Episod • 01 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

Seorang gadis melangkah laju masuk kedalam bangunan Hospital KyungNam. Dia terus menuju ke wad 301 di tingkat 3 yang menempatkan insan yang paling disayanginya di dunia. 

Sesampai di sana,tombol pintu terus dipulas buka. Seorang wanita sedang terbaring tidak bermaya diatas katil. Alat bantuan pernafasan terlekat pada wajahnya. Matanya tertutu rapat dan bibirnya pucat . 

Dia bagaikan tidak bernyawa namun degupan jantungnya masih boleh dikesan. Leah menghampiri wanita yang koma itu dengan perlahan . 

Segaris senyuman tipis terukir pada wajahnya yang berbasahkan peluh. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan wanita itu. 

Tangan sejuk wanita itu dipegangnya erat sebelum dikucup lama. "Ibu , Leah ada berita gembira " beritahunya sebelum mengeluarkan sepucuk surat daripada beg sandang hitamnya. 

Surat dikeluarkan daripada sampulnya sebelum diletakkan pada tangan ibunya yang tidak bermaya itu. "Leah berjaya masuk Sekolah Tinggi DaeGoon macam yang ibu mahu " terang Leah tentang isi kandungan sebenar surat itu. 

Keadaan sunyi sepi. Sudah tentulah dia tidak akan memerima sebarang balasan daripada wanita itu. Cuma dia hanya gembira untuk memberitahu tentang berita itu. 

Setelah setahun dia tidak ke sekolah. Kali ini, dia berpeluang

   " Ibu, Leah tak akan kecewakan ibu. Leah akan buat ibu bangga. Nanti bila ibu bangun, ibu dapat lihat Leah pakai seragam sekolah macam dulu-dulu "

Air mata menitis jatuh daripada tubir matanya kerana terlalu gembira. Dia memeluk erat badan ibunya yang terbaring lemah itu.

=====

Terbeliak mata Leah memandang keluasan kawasan sekolah tingginya. Dengan berhati-hati,dia berjalam masuk kedalam bangunan utama sekoalh tersebut.

Di tangannya,surat tawaran dipegang dengan kemas. Entah kenapa dia terasa kecil di situ.  Matanya meliar mencari anak panah yang akan bawanya ke pejabat sekolah. 

Sedang dia berjalan tanpa hala tuju,satu suara tiba-tiba menghentikannya. "Cik Ahn Lee Yah? " 

Seorang lelaki berpakaian kemeja putih dengan kemas berjalan menghampiri Leah yang sedang terpingga-pingga. " Cik Lee Yah bukan? "Soalnya dengan sungguh formal membuatkan Leah terasa sungguh tua. 

  "Ah,ya saya"balas Leah akhirnya. 

Dirinya yang bongkok sedikit dibetulkan. " Saya Do Kyung Soo, ketua pentadbiran Sekolah Tinggi DaeGoon ."perkenalnya dengan ayat yang sungguh teratur. 

   " Sila ikut saya "sambungnya lagi sebelum terus berpaling pergi.

Langkahnya laju meninggalkan Leah yang lembap . Sesampainya di bilik pejabatnya, gadis itu dipersilakan duduk. Dia mengeluarkan beberapa dokumen daripada almari bukunya lalu diletakkan diatas meja. 

Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusinya bertentangan Leah . " Pertama sekali , tahniah kerana telah berjaya melepasi peperiksaan kemasukkan Sekolah Tinggi DaeGoon dengan berjaya. Seperti yang Cik Leah sedia maklum,ini merupakan pengambilan pertama pelajar biasiswa untuk tahun ini... "Terang Kyung Soo sambil tangannya mengeluarkan beberapa helai kertas daripada fail hitam. 

   "Oleh kerana Cik Leah ada pelajar biasiswa yang memiliki markah tertinggi dalam ujian lepas. Pihak sekolah telah memutuskan untuk memberikan biasiswa yang istimewa untuk Cik Leah.."sambung Kyung Soo lagi. 

Melihatkan Leah yang masih diam membisu,dia meneruskan penerangannya. " Antara bantuan yang disalurkan.. Yuran pendaftaran secara percuma, pakaian seragam dan sukan secara percuma dan yuran tuisyen secara separuh harga.. Sepanjang Cik Leah belajar di sini.  Yuran untuk sebarang aktiviti luar sekolah juga akan ditanggung sepenuhnya,tetapi... Dengan syaratnya,"Kyung Soo berhenti penerangannya. 

Nafas baru diambil . " Cik Leah perlu kekalkan prestasi pembelajaran dengan gred A keatas untuk setiap subjek,tiada yang terkecuali "

​Mulut Leah terus ternganga luas sehingga ibu lipas yang besar pun boleh terbang masuk kedalam dengan senangnya. "Se..se se mua A?"tergagap Leah mengutarakan soalannya. 

Apa sekolah ini ingat otaknya macam Albert Einstein ke? ! Gila !

  "Atau.. Cik Leah mempunyai sebarang jawatan yang akan naikkan markah merit Cik Leah sehingga 250 markah "sambung Kyung Soo tidak memperdulikan kerisauan gadis itu. 

Mulut Leah terus tertutup rapat. Itu senang. Hanya dengan jawatan yang banyak ,dia dapat menguasai biasiswa itu. 

   "Maksudnya kalau saya ada jawatan , dapatkan gred A terkecuali ?. "Soal Leah sudah mula teruja. 

Namun keterujaannya berhenti apabila Kyung Soo memberikan gelengan laju. "Bukan semua tetapi sebahagian. Cik Leah masih perlu dapatkan sebahagian subjek A.."

Leah terdiam. Pertaruhan yanh bagus dan menyeramkan . Jika dia gagal mendapatkan gred tinggi itu,dia akan hilang biasiswa gila itu. Keputusannya dia tetap perlukan biasiswa itu. 

Yuran percuma,segalanya percuma!. Orang gila sahaja akan menolak benda sekali seumur hidup ni!. 

Setelah lama berfikir. Berperang dengan fikiran sendiri. Leah akhirnya mengangguk laju. "Deal"balasnya bagai sedang membuat pertaruhan. 

Kyung Soo berkerut seribu mendengar kata putus gadis itu. Malas ingin ambil peduli dengan gadis yang sudah sedia aneh di hadapannya,dia menyerahkan dokumen peribadi gadis itu untuk disahkan. 

   "Kelas Cik Leah adalah 2-5 memandangkan Cik langsung tidak mempunyai sijil Sekolah Menengah Rendah,saya tidak dapat memasukkan Cik ke kelas atas..Maaf untuk itu"

No problem bro. Hal itu pun nak minta maaf buat apa. Skemanya lahai abang comel ni. Sempat lagi Leah berbisik dengan dirinya sendiri.

Seusai itu,dia terus memanggil kerani pejabat untuk menguruskan hal berkaitan pelajar baharu di hadapannya itu. Leah terus dihantar keluar setelah segala urusan selesai.

=====

 

Keadaan di dalam kelas 2-7 bising bak pasar ikan . Leah menjengokkan kepalanya di balik pintu kelas yang terbuka luas. Semua pelajar di dalam kelas itu sibuk membuat kerja masing -masing sehingga kehadirannya langsung tidak diperduli.

Kapal terbang berterbangan dengan bebas di udara,meja berselerak dan tidak tersusun,gerompolan kertas bertaburan diatas lantai yang berdebu dan papan putih yang kelihatan kelabu. Sekarang barulah Leah tahu mengapa Kyung Soo memohon maaf kepadanya. 

Keadaan kelas ini langsung tidak nampak seperti kelas. Ini nampak seperti stor . Mengumpulkan kembali tenaga positif yang sudah berterbangan,kaki Leah melangkah masuk kedalam kelasnya dengan penuh semangat. 

   "Hell--"

 

KEDEBUNGGG

Tidak sempat Leah ingin menyapa mesra,sebiji bola sepak tiba-tiba melayang tepat kearah kepalanya dan terus terkena tepat ke wajahnya. Mata Leah terkebil-kebil untuk suatu ketika sebelum penglihatannya mula menjadi gelap gelita.

 

   "Dia dah mati ke?" "Mungkin dia dah masuk ke alam lain?" "Agaknya dia koma?" "Nak panggil NingNongNingNong tak?"

Suara -suara garau lelaki kedengaran jelas bagi Leah. Terganggu dengan suara-suara sumbang itu,Leah akhirnya membuka matanya perlahan -lahan. 

Sebaik sahaja matanya sepenuhnya terbuka,wajah -wajah lelaki yang sungguh kacak menjengah pandangannya membuatkan matanya terus segar bugar. 

   "Dia dah bangunlah !"jerit salah seorang lelaki di situ. 

Mulutnya seakan terjongket keatas bak joker si musuh abadi Badman. Dia bersorak teruja seperti baru melihat kemenangan pasukan bola kegemarannya.  

   "Hello,roger awak dengar saya ?. Di sini adalah planet yang bernama Bumi. Adakah anda dapat dengar dengan jelas?"sambungnya semula dengan perkataan yang pelik. 

Leah tidak menjawab . Dia berterusan memandang lelaki joker di hadapannya merapu. Entah kenapa,mulutnya tidak dapat mengeluarkan sebarang balasan.

   "Jong Dae!, dia tak jawab!. Agaknya dia dah mati ke?"soal satu suara lunak dari belakang lelaki joker bernama Jong Dae itu. 

Lelaki berwajah comel dengan mata bundar itu bersembunyi di belakang Jong Dae sambil kepalanya disembunyikan pada bahu rakannya itu. Jong Dae menolak kepala rakannya itu daripada terus menyondol belakang badannya. 

   "Min Seok, it's okay.. Buat masa ini,kau cuma berdoa yang dia akan kembali ke dunia nyata. Ajal dan maut semua terletak pada Tuhan yang maha berkuasa. Sabar ya" Jong Dae berterusan dengan aktiviti merapunya sambil menepuk-nepuk bahu rakannya. 

Seperti dia adalah seorang doktor yang sedang memujuk penjaga pesakit. Wajahnya sudah menunjukkan segalanya yang dia sedang berlakon. 

Min Seok terundur ke belakang. Dia memandang Leah yang masih terbaring diatas meja yang dicantumkan sebelum terjelepok jatuh keatas lantai. 

   "Tidak !!"jeritnya seakan -akan sedang melakonkan adengan sedih. 

Tangannya menggigil memegang kaki Jong Dae sambil berterusan menjerit perkataan tidak. Apa yang tidak pun tidak tahu.

   "Apa yang korang mer--"tidak sempat seorang lagi lelaki menyampuk ,kata -katanya terus terhenti apabil melihat rakannya yang lain tiba-tiba menyimbah sebaldi air sejuk tepat ke wajah Leah . 

Splasssh.

Segar . Leah terus bangun dari baringnya dan terbatuk kecil. Dia memandang sekelilingnya yang mula sunyi sepi. Masing-masing terdiam dengan tindakan salah seorang rakan mereka itu. 

   "Cha.. Chan Yeol,kau ..kau memang TERBAIKLAH bro"puji lelaki yang terhenti katanya tadi.

Dia terus menepuk kuat sambil menyuruh yang lain turut melakukan yang sama . Chan Yeol yang masih memegang baldi kosong di tangannya hanya tersenyum bangga sambil melemparkan ciuman ke udara. 

  Min Seok terus bangun daripada duduk femininya sambil menyertai rakannya yang lain memberi penghargaan kepada Chan Yeol. 

   "By the way, kau ni siapa?"soal lelaki yang memulakan majlis penghargaan itu sambil berpaling semula kearah Leah yang masih terkedu diatas meja. 

Tertera pada tag nama lelaki itu nama Baek Hyun . Dia mendekati Leah sebelum memandang gadis itu daripada atas ke bawah. Kasihan baju seragam baharu gadis itu basah lencun akibat perbuatan kawan baiknya itu. 

   "Sa..saya..pel..pelajar baharu, Ahn Lee Yah "perkenal Leah cuba menyembunyikan rasa malunya.

Tiba-tiba bahu Leah diletakkan beban oleh seseoranh daripada tepi. Tangan seorang lelaki dengan selamba diletak pada bahunya yang basah itu. 

Toleh sahaja,wajah sempurna seorang lelaki menyapa pandangannya. Leah terundur jauh daripada lelaki itu akibat terkejut yang amat sangat. 

Lelaki itu tersenyum menggoda sebelum menarik semula tangannya . Rambutnya yang menutup dahi disisir seksi ke belakang. Menonjolkan lagi kekacakkan yang terbina pada wajahnya . 

   "Welcome "tuturnya lembut. Suaranya yang besar dan garau kedengaran begitu seksi saat dia membetulkan tali lehernya. 

Tidak sempat dia ingin menyeksikan lagi perkenalannya , Cikgu Shin Hye masuk membantutkan segalanya. Semua pelajar terus lari ke tempat masing-masing. 

Meninggalkan Leah terpingga seorang diri di tengah kelas. Belum sempat dia ingin mengaktifkan radar pencariannya,tangannya tiba -tiba ditarik seseorang. 

Leah didudukkan di tempat kosong bersebelahan dengan tempat kosong yang lain. Maknanya Leah tiada rakan semeja. Sadis. 

Sedar yang dia langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada pencari tempat misteri itu,Leah terus berpaling kearah seorang lelaki yang sudah berlalu pergi ke tempatnya semula. 

Dahi Leah berkerut seribu apabila topeng muka menutup separuh bahagian bawah wajahnya . Lelaki itu duduk dan melentokkan kepalanya diatas meja sebelum zzz..tidur. Senangnya lah hidup ya?.

 

5 minit,10 minit,15 minit,20 minit dan akhirnya Leah mendengus geram. Dari permulaan kelas dia langsung tidak dapar mendengar sebarang penjelasan gurunya itu. 

Suara -suara sumbang lelaki -lelaki kecoh tadi menyekat pendengarannya. Leah memandang sekeliling kelasnya. Keningnya terjongket apabila rakan -rakan sekelasnya buat selamba sahaja sedangkan ada suara bising bervolume tinggi yang mengganggu mereka. 

Gurunya juga buat selamba sahaja. Dia berterusan membazirkan air liurnya memberi penerangan sedangkan pelajarnya tidak dapat mendengar. Suaranya yang lembut dan lunak itu tenggelam timbul di balik suara -suara garau lelaki -lelaki kecoh itu. 

Bibir bawah digigit Leah cuba menahan sabar. Kata -kata Kyung Soo terngiang pada fikirannya. Jika dia tidak dapat gred yang tinggi ,dia terpaksa bayar segala yuran sekolah termasuk baju yang dipakainya sekarang. 

Dan sekarang,dia berdepan kesukaran untuk belajar. Boleh bayangkan tidak gred apa yang akan dia dapat jika satu pelajaran pun dia tak dapat tangkap. 

Tidak berfikir terlebih dahulu adalah sikap kegemaran Leah . Dia tiba -tiba menghentak kuat tangannya diatas meja sambil bangun daripada kerusinya . Membuatkan pelajaran terus terhenti begitu juga suara-suara sumbang tersebut berhenti sama. 

   "Yes, Lee Yah? " tanya Cikgu Shin Hye menghentikan penerangannya. 

   "Er..eer.. Mereka !"jari telunjuk Leah dengan beraninya menunjuk kearah lelaki -lelaki kecoh tadi .

Baekhyun dan sekutunya b erpandangan sesama lain sebelum sedar gadis itu menunjuk kearah mereka. 

   "Tolong diam!"marah Leah membuatkan semua pelajar yang ada di dalam kelas termasuk cikgunya sekali terkedu. 

Suara tinggi Leah membuatkan Baek Hyun dan sekutunya juga tergamam . Mereka baru dimarahi oleh gadis yang pengsan kerana sebiji bola. Keajaiban apakah ini. 

Jong Dae  tertawa besar . Dia memandang kearah Leah dari atas ke bawah . 

Dia bangun dan menghampiri Leah yang hanya jarak semeja daripadanya. "Tiada siapa yang berhak arahkan kitaorang apa yang kitaorang nak atau tak nak buat. Kau siapa nak --"kata -katanya terhenti seketika. 

Dia berdehem kecil menukarkan nada suara yang tadinya menyeramkan kepada normal. 

   "Well tapi sebab kau baharu. It's okay. Nanti belajar ya?.. Buat masa sekarang ni.." Jong Dae berundur ke belakang sebelum mengheret Mins Seok keluar bersamanya. 

Meninggalkan kelas yang masih sunyi sepi. Baek Hyun dan yang lain memandang Leah lama sebelum turut mengikut jejak Jong Dae tadi . 

Leah hanya mampu memerhati. Senangnya ponteng. Hoi ! Agak-agaklah nak jadi jahat pun !. 

Lelaki yang membantu Leah tadi perlahan -lahan bangun dari tidur separanya. Dia mengerling kearah Leah yang sedang memerhati rakannya itu keluar. Dia turut mengambil keputusan mengikut jejak rakannya itu. 

Meninggalkan kelas dengan selamba. Seusai pemergian lelaki-lelaki itu,Cikgu Shin Hye terus memandang Leah yang masoh tercegat di tempatnya. 

  "Kita perlukan seorang ketua kelas sekarang?"umum Cikgu Shin Hye tiba -tiba . 

 

 Tiada angin ,tiada ribut. Dia tiba -tiba membuka kembali jawatan yang tidak diinginkan sesiapa itu. Leah memandang tepat kearah gurunya itu dengan mata yang membutang besar. 

Ketua kelas?. Jawatan juga tu?.

Dia memandang rakan sekelasnya yang hanya mendiamkan diri. Tiada seorang pun yang sukarela ingin jawatan itu membuatkan Leah dengan yakinnya mengangkat jawatan. 

Muka tebal adalah langkah utama jika nak teruskan hidup. 

  "Saya cikgu! Saya tawarkan diri saya jadi ketua kelas!" 

 

========= END OF EPISOD 01

 

 

Character :

 Cikgu Park Shin Hye (29 tahun )

-Guru bagi matapelajaran Sej Korea. Dia bukan guru kelas bagi 2-5 . 

 

Places :

Kelas 2-5

-Kelas tercorot bagi tingkatan tersebut. Diduduki oleh pelajar-pelajar yang tidak mahu fikirkan masa depan. Walaupun kelas mereka luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan namun disebabkan telah diguna oleh makhluk-makhluk seperti ini,kelas mereka lebih kepada sarang tikus. Tidak pernah ada ketua kelas memandangkan masing-masing ambil hal sendiri. Guru kelas bagi kelas ini juga telah dipecat sejak awal tahun (anda akan ketahui lebih lanjut tentang kelas ini nanti)

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??