Episod • 04 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

Kerusi plastik itu patah dua apabila Baek Hyun membalingnya kuat mengena kearah belakang badan Hyun Sik . Terus terjatuh lelaki itu akibat hentakan kuat itu. Barangkali boleh buat patah belakang badannya. 

Tidak puas dengan itu,Baek Hyun menarik kolar baju lelaki itu lalu menyandarkan badannya ke dinding. Dia memandang bengang kearah lelaki itu. Matanya memerah menahan marah. 

   "Cakap! Siapa yang buat !"tengking  Baek Hyun tidak dapat menahan marahnya. 

Dia mengepalkan penumbuknya sebelum melepaskannya tepat ke wajah Hyun Sik itu berkali-kali. Darah mengalir keluar di penjuru bibir Hyun Sik . 

Baru Baek Hyun ingin menamatkan pukulannya dengan lagi satu penumbuk,badannya tiba-tiba ditendang dari tepi membuatkan dia tergolek jatuh ke lantai. Seung Cheol memandangnya dengan pandangan dingin sebelum mengarahkan rakan sekelasnya yang teruk dibelasah itu pergi .

   "Yah !Hyunsik!!"jerit Baek Hyun apabila lelaki itu sudah melarikan diri. 

Dia bangun lalu terus menyerang Seung Cheol secara mengkhinzir buta. Namun,tenaganya yang sudah berkurangan itu langsung tidak dapat menjatuhkan lelaki itu. Akibatnya ,dia yang jatuh dicampak oleh Seung Cheol. 

   "Blahlah!!urusan aku dengan dia!. Yang kau menyemak buat apa!"

Seung Cheol melonggarkan pergelangan tangannya . Dia langsung tidak banyak cakap . Penumbuk padu sudah disediakan dengan kemas. 

Pelajar-pelajar yang sedang berkumpul sambil bersorakan itu ditolak Leah ke tepi. Dia yang sedang sibuk menguruskan hal kelas dikejutkan dengan satu lagi pergaduhan. 

Tak puas dengan semalam,hari ini pun lagi sekali. Oh ,cukuplah. 

Penumbuk padu Seung Cheol itu hampir sahaja terkena tepat ke pipi kiri Leah namun nasib baik sempat dihentikan. Leah menutup matanya dengan rapat sambil berharap bahawa dia akan terus hidup. 

Matanya dibuka dengan perlahan sebelum wajah dingin Seung Cheol menyergah pandangannya. Dia yang sedang berdiri di hadapan  Baek Hyun sambil mendepakan tangan ala -ala gaya permainan anak ayam melindungi anaknya dari musang itu dengan segera membetulkan gayanya. Buat malu sahaja .

Dengan berani,dia menolak Seung Cheol menjauhi Baek Hyun. Dia mengerling sekilas kearah  Baek Hyun yang wajahnya  masih tidak dicemari dengan luka baru. Seung Chrol juga begitu. 

Jadi siapa yang kalah sekarang ni?.

Seung Cheol membetulkan pakaiannya. Dia memandang Baek Hyun dengan pandangan tajam sebelum beralih kearah Leah .

    "Kali ini aku lepaskan dia. Sekali lagi dia sentuh rakan aku,dengan kau sekali aku kerjakan"ugutnya sebelum beredar .

Leah menelan air liurnya. 

Baek Hyun yang hanya membuat muka  seposen memandang kearah Leah yang berdiri di hadapannya bagai seorang pelindung. 

   " Jangan masuk campur lagi "pesannya dengan dingin. 

Dia berpaling pergi sambil sempat melontarkan pandangan tajamnya yang langsung tidak mesra itu. Leah memandang Baek Hyun yang sudah selangkah dua di hadapannya dengan pandangan tidak percaya. 

Terasa bagai kepalanya sedang terbakar dan berasap sekarang akibat tindakan yang sungguh 'beradab'Baek Hyun  itu. Bukan nak terima kasih orang selamatkan wajahnya,tetapi ugut orang pulak! .

   "Aisshhh, baguslah,baguslah!. Lain kali biar lelaki itu pecahkan muka kau tu sampai  tinggal tengkorak je!!" Marah Leah tidak dapat menahan marahnya. 

Kaki  Baek Hyun berhenti melangkah. Dia terus berpaling semula memandang kearah Leah semula dengan kening kanan yang terangkat. Matanya tajam bak pedang memandang kearah gadis itu. 

Tekak Leah terus terasa kering apabila lelaki itu berpaling semula kearahnya. Mulutnya terus dikatup. 

Mulut oh mulut,kau buat lagi kenapa!!?.

   "Apa kau cakap tadi?"soal Baek Hyun sengaja ingin menakutkan gadis itu . 

Leah terus terkaku di tempatnya. Air liurnya ditelan dengan terpaksa. Mulutnya dikemam gugup. 

Melihatkan Baek Hyun yang bagai tidak akan berganjak selagi dia tidak menjawab membuatkan dia makin terasa di ambang kemusnahan. Habislah dia. 

   "Err..eh? ..saya cakap apa?. Eih,mana ada,saya tak cakap apa-apa pun. Aigoo~mesti awak salah dengar" Leah terus tertawa kekok sambil berpura-pura dia tidak tahu apa -apa. 

Baek Hyun memandang Leah dengan agak lama sebelum dia mengambil langkah mendekati gadis itu sambil mengulangi semula apa yang dikata gadis itu. 

Dia berhenti benar-benar di hadapan gadis itu yang sudah pucat lesi di hadapannya. "Jadi,kau nak hadiah sebab dah selamatkan aku?"soal Baek Hyun membuatkan gadis itu terpingga-pingga.

  "Eh?" Itu sahaja yang keluar daripada mulut Leah ketika itu memandangkan tekaknya terasa begitu kering saat itu. 

 Baek Hyun diam seketika sebelum dia mengeluarkan pen mini daripada kocek seluarnya. Dia memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. 

   "Mana yang aku patut sign?"soalnya dengan wajah selamba.

   "Sign?..untuk apa?"

 Baek Hyun makin mendekati gadis itu membuatkan Leah yang makin seram terundur ke belakang. Tangan gadis itu kemudian ditarik lalu dengan lajuBaek Hyun menurunkan tanda tangannya keatas tapak tangan kanan Leah yang putih kemerahan itu. 

Tercengang Leah dibuatnya apabila lelaki itu siap melukis emoji senyum di penghujung tandatangannya itu.

   "Done"tutur Baek Hyun puas hati.

Dia menyimpan kembali pen mininya itu sebelum kembali memandang Leah yang sudah terkedu dengan tindakannya.

   "Anyeong"ujarnya sambil mengenyit mata kearah Leah seperti sekarang dia sedang buat fanservice pula. 

Dia terus berjalan pergi dengan senyuman yang semakin melebar. Meninggalkan Leah yang masih keliru dengan apa yang berlaku.

 

=======

 

Sepanjang jalan di HongDae itu,Sehun tidak putus-putus melemparkanya senyuman menawannya pada setiap manusia yang berjantina perempuan. Tidak kiralah,budak ke mak cik ke,semua dia sapu. 

Sehun tiba di sebuah salon ,pintu dibuka dengan sungguh bergaya . Matanya terarah kearah seorang gadis yang baru siap mencuci rambutnya. 

   "Uh,Oppa!!" panggil gadis tadi dengan teruja sebelum berlari terkedek-kedek kearah Sehun yang menunggu di muka pintu. 

Sehun dipeluknya dengan manja bagai setahun tidak berjumpa. Sehun hanya tersenyum ,rambut gadis itu dibelai lembut. "So,nak pergi mana?".

   "Movie?"

Sehun terdiam sejenak sebelum gadis itu akhirnya mengeluarkan beberapa keping not duit dari beg galasnya. 

    "I belanja"ujar gadis itu dengan relanya. 

Senyuman lebar terus terukir pada wajah Sehun. Pantas dia meletakkan tangannya pada bahu gadis itu . 

   "Let's go!!"

 

=======

 

Apron disimpan semula kedalam loker pekerja. Leah menggeliat penat sebelum mencapai beg sandangnya.

Syif petang di sebuah kafe telah pun tamat. Sekarang,dia perlu bersiap untuk syif malamnya di pusat tuisyen pula. 

   "Bos, saya balik dulu"beritahu Leah kepada majikannya yang sedang mengira duit di kaunter. 

Dia yang baru ingin bergerak keluar daripada kafe itu terhenti apabila namanya dipanggil. Majikannya iaitu Shindong pantas menghampirinya sebelum menghulurkan sepucuk sampul surat bewarna putih kepadanya.

   "Gaji?. Awalnya bos.. "Ujar Leah hairan. 

Masih lama lagi sebelum tarikh dapat gaji. Dia memandang majikannya itu dengan mata yang membutang besar. 

   "Mulai esok,kamu jangan datang -datang lagi"tegas Shindong walaupun wajahnya nampak seperti dia rasa bersalah. 

Leah terdiam lama. Dia memandang sampul surat yabg berisi duit itu. 

 "Tapi kenapa?"soalnya naif. 

Bukan dia tidak faham tetapi dia masih keliru dengan apa yang berlaku. Kenapa dia tiba-tiba dipecat sedangkan selama dia bekerja di situ,sedikit kesalahan pun dia tidak lakukan. Well,selain berpenampilan serabai. 

Shindong berdehem kecil . "Ekonomi tak berapa bagus jadi saya terpaksa kurangkan pekerja. Maaflah"terang Shindong ringkas sebelum dia berlalu masuk kedalam pejabat kecilnya. 

Leah  yang tidak sempat memberi sebarang balasan hanya mampu terkaku di tempatnya. Dia memandang kearah rakan sekerjanya yang sedang sibuk melakukan tugas masing-masing. 

 Ramai lagi pekerja baru yang lain tapi kenapa dia. Sudah setahun setengah dia berkhidmat di kafe ini dan sedikit pun dia tak pernah komplain tentang apa -apa. Dia lakukan kerjanya dengan baik. 

Kenapa dia dan bukan orang lain. Kenapa bukan orang yang selalu bebel tentang gaji tak cukup?. Kenapa bukan orang yang selalu curi tulang?. Kenapa dia?.

Selama 10 minit lamanya,Leah berperang dengan pelbagai soalannya sendiri. Dia menarik nafas panjang sebelum mengesat air matanya yang mula mengalir. 

Dengan hati yang berat,kakinya diangkat keluar daripada kafe itu.  

 

Tanpa sedar ,sepasang mata sedang memerhatikan apa yang telah berlaku dari tadi. Setiap butir perbualan dapat didengarinya dengan jelas. 

Lattenya dihirup perlahan sambil matanya melirik kearah Leah yang sudah beredar pergi dari kawasan kafe.

=======

 

Jam menunjukkan tepat pukul 10.50 malam dan kelas masih berjalan bagai tiada tanda untuk berhenti. Di antara pelajar-pelajar yang lain,terselit Joon Myeon yang nampak keletihan. 

Bila-bila masa sahaja dia boleh tumbang . Matanya yang berupa panda itu ditahan supaya tidak tertutup. Tangannya dengan lemah mencatat segala isi penting yang diutarakan guru tuisyen di hadapan. 

   "Okay,kelas tamat"akhirnya setelah lonceng berbunyi menandakan kelas sudah tamat,gurunya terus menutup buku. 

Para pelajar dengan pantas mula beredar daripada bilik tersebut. Joon Myeon yang baru ingin bangun dari duduknya dikejutkan dengan nada dering telefon pintarnya. 

 'Hello'

 'Joon Myeon,ini mummy. Your class dah tamat?'

 'Urm,baru sahaja. Kenapa?'

 'Cepat balik,guru tuisyen yang mummy ceritakan hari itu sudah sampai'

 'What?. Mummy, tak akanlah ... Sudah larut malam dah pun...'

 'No excuse Joon. Apa mummy cakap pada kamu . Orang yang berjaya tak ada masa untuk rehat. Now,balik cepat'

Tuttt

Panggilan terus dimatikan ibu Joon Myeon sejurus memberi bebelan pendeknya. Keluhan berat dilepaskan Joon Myeon. 

Dia memandang sekeliling kelas yang sudah kosong. Gurunya juga sudah beredar pergi. Dia tidak mahu pulang. Dia tak nak perah otaknya lagi. 

Mungkin otaknya akan pecah suatu hari nanti. 

 

Peluh dikesat Leah sebaik selesai mengemas bahagian masuk pusat tuisyen itu. Dia duduk berehat diatas sofa yang tersedia sambil memandang pelajar-pelajar yang sudah tamat belajar. 

  "Lee Yah"panggil Bogum dengan tergesa -gesa. 

Dia pantas menghampiri gadis itu. "Leah,saya nak kena pulang cepat. Boleh kamu kemaskan sedikit kelas saya kemudian kuncikan.. Ini kuncikan,nanti lepas kunci. Beri pada Yoon A nuna ya. Terima kasih"

Tidak sempat Leah ingin mengangguk setuju,lelaki itu sudah bergegas keluar. Meninggalkan Leah dengan kunci kelasnya. Percaya benar dia kepada si tukang cuci ini. 

Kunci kelas yang berkeychainkan bunga kecil itu dipandang Leah sebelum dia menghela berat. Nasib baiklah Bogum itu kacak. Relalah juga dia buat kerja lelaki itu.

 

=======

 

Beberapa keping not duit itu dikira Sehun berkali -kali sebelum dia tersenyum manis. Dia memandang gadis yang menjadi kekasihnya untuk 'minggu' ini sebelum mencuit hujung hidung gadis itu dengan manja. 

   "Thanks honey. Oppa janji nanti oppa bayar"tutur Sehun lalu menyimpan duit tersebut kedalam koceknya. 

Gadis itu menggeleng pantas . "Tak perlulah. I ikhlas. You kata pentingkan nak guna duit itu. Guna jelah,tak perlu ganti"ujarnya sambil tersenyum . 

  "Really?. Okay then"balas Sehun berpura terkejut sedangkan dia sudah biasa dengan balasan sebegitu. 

Semua perempuan yang pernah digunanya berpura -pura baik kemudian lepas kena tinggal mulalah meroyan tak tentu fasal. Tuntut itulah,tuntut inilah..

 Ciuman ringan dihadiahkan Sehun ke pipi gadis itu . "Bye"ujarnya sebelum berpisah dengan gadis itu. 

Baru beberapa langkah dia berjalan ,langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat orang yang dikenalinya sedang mengheret seseorang masuk kedalam lorong yang gelap. 

Sehun menguap penat sebelum mengikut orang tersebut kedalam lorong gelap dengan selamba. 

=======

 

Pintu bilik yang merupakan kelas Bo Gum itu dibuka Leah perlahan-lahan. Keadaan gelap gelita membuatkan dia tidak dapat lihat dengan jelas. Suis dipetik dan keadaan kelas tersebut mula terang benderang. 

Leah memandang sekeliling kelas yang kerusinya bersepah tidak dimasukkan ke tempatnya. Baru sahaja dia ingin mengeluh,keluhannya terbantut apabila matanua terpandang akan sesusuk tubuh yang sedang melingkup diatas meja. 

 Dengan berhati-hati Leah menghampiri lelaki itu yang tampaknya sedang terlena . Dengan lembut,dia mencuit lengan lelaki itu yang menutup bahagian wajahnya. Berkali-kali Leah cuba mengejutkan insan tersebut namun dia langsung tidak bergerak.

   "Tidur ke mati mamat ni?"bebel Leah sendirian. 

Dia nak balik cepat boleh pulak malaun ni tambah kerja dia. "Awak oh awak... Kelas dah habis. Dah boleh balik! Tak nak balik ke?"pekik Leah dekat dengan telinga lelaki itu. 

Sengaja dia buat begitu supaya lelaki itu bangun. Namun sama sahaja,lelaki itu masih tidak berganjak sedikit pun. 

   "Tak nak. Aku tak nak balik"balas lelaki itu setelah seminit berlalu membuatkan Leah terundur ke belakang. 

  "Apa?. Tapi awak kena balik. Kelas dah tamat"balas Leah tak tahu apa -apa. 

Lelaki itu mendengus geram. "Aku kata aku tak nak balik kan!"balasnya dengan kuat seraya bangun dari baringan diatas meja. 

Matanya bertembung dengan Leah membuatkan masing -masing terkedu. 

  "Kau!"

 

=======

 

Gula -gula getah yang selesai dikunyah Sehun dilekatkan selamba diatas rambut lelaki yang menjadi belasahan rakannya itu. Dia kemudian berpaling kearah rakannya yang dengan selamba mengesat kesan darah pada tangan.

   "Macam mana dengan  dia ni?"soal Sehun seraya mengekor Yixing keluar daripada lorong gelap tadi. 

Yixing mengelap semula pisau kecil yang digunakannya untuk menoreh kod rahsia pada lengan lelaki tadi. "Nanti ada orang amik dia"balasnya selamba. 

Dia mengerling kearah Sehun yang berpakaian segak itu sebelum tersenyum senget. 

  "Berapa banyak kau dapat harini?"soalnya membuatkan Sehun mencebik.  

  "Tak banyak. Dalam 39 000 Won je. Aku rasa aku kena tangkap yang tua lah hyung. Baru masyuk.."tutur Sehun membuatkan Yixing tertawa besar.

Pelik dia dengan rakannya ini. Ibu bapa sudah kaya pun nak kikis duit orang. Lainlah dia . Well,dia kes lain.

   "Kau lapar?. Jom makan"ajak Yixing sambil mengusap perutnya yang terasa kosong. 

Sehun memandang Yixing dengan kening terangkat. "Hyung nak belanja ke?"soalnya membuatkan Yixing menepuk belakang kepalanya. 

  "Kaulah!. Dah jom!. Ajak Minseok dengan pak cik Seok sekali"tutur Yixing selamba sebelum berlalu pergi terlebih dahulu. 

Sehun memegang kepalanya yang sakit dipukul. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lantas menelefon rakannya. 

=======

 

Setin minuman ginseng sejuk dihulurkan Leah kepada Joon Myeon yang duduk diatas sofa di ruang masuk pusat tuisyen. Dia turut melabuhkan punggungnya diatas sofa sebelah dengan lelaki itu. 

Keadaan sunyi sepi memandangkan semua kelas sudah tamat dan hanya mereka berdua serta beberapa orang guru sahaja yang ada di bangunan tersebut. 

Joon Myeon memandang minuman ginseng yang kini berada di tangannya lama . 

  "Minumlah. Kau nampak macam zombie sekarang ni"ujar Leah selamba seraya menogak minuman ginsengnya. 

 Itulah minuman Leah setelah sekian lama. Sebab dia perlukan tenaga yang banyak untuk kerjanya yang tak henti-henti .

Joon Myeon akhirnya mengelap penutup tin tersebut dengan tisu basah yang sentiasa dibawanya sebelum membukanya. Dia kemudian menogaknya minum. 

Sebaik sahaja cecair pahit sejuk itu masuk kedalam tekaknya ,dia menghela lega. Rasa lebih baik berbanding sebelum ini. Dia tersenyum sedikit sebelum mengerling kearah Leah yang sedang membelek-belek cetakan yang tertera pada tin minuman tersebut . 

   "Kau pelajar sini ke?"soalnya ingin tahu. Selama bertahun dia bertuisyen di sini. Tidak pernaha pula dia tahu kewujudan gadis itu. 

Leah meletakkan tin kosong tersebut diatas meja kopi dihadapannya sebelum memandang lelaki itu. "Tak. Aku tukang cuci"balasnya dengan selamba.

Langsung tidak ada rasa malu untuk mendedahkan identitinya. Joo Myeon terbatuk kecil. 

  "Tu..tukang cuci?"soalnya tidak percaya.

Leah memandang Joon Myeon dengan mata yang semakin mengecil. Tahu benar dia yang lelaki itu sedang pandang rendah padanya. 

   "Ya. Jadi kenapa?. Aku tukang cuci. Cuci tandas,cuci kelas ,cuci tong sampah...itu kerja aku. Kenapa?. Kau geli?"tutut Leah sedikit geram . 

Teringat akan tindakan lelaki itu yang menyemburnya dengan penghapus kuman membuatkan dia makin terasa dihina. 

Joon Myeon diam tidak terkata. Dia menogak cecair terakhir minumannya sebelum menyandang semula begnya ke bahu. 

Dia bingkas bangun dan ingin meninggalkan Leah namun terhenti . Dia berpaling semula kearah Leah yang sedang bermain dengan penutup tong sampah. 

    " Hey " .Sebotol kecil pembasmi kuman yang sentiasa dimana sahaja dibaling kearah Leah . Joon Myeon terus mengangkat kakinya pergi. 

Leah memandang pembasmi kuman yang berada di tangannya kini.

    "Dia sindir aku ke apa ni..."

 

======= END OF EPISOD 04

    A/N .. Hey readers.. Are you reading or not?.. Omo ,maaflah kalau saya tebal muka atau apa tapi pleaze jgan jadi silent reader. Saya terfikir untk hiatuskam cerita ni namun nasiblah ada poster yg ceriakan balik mood saya yg tgh down ni..

Adakah cerita ni x menarik.. 😢

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??