Episod • 02 •

Our Monitor Class { Classroom Battle }

 

Berita tentang pengambilan ketua kelas 2-5 tersebar luas keseluruh pelusuk sekolah. Malah,tukang kebun dan mak cik kantin turut sama mengambil tahu. Masing-masing terkejut dengan berita tersebut. 

Pintu loker ditutup Leah rapat sebelum dia berpaling semula ke arah kelasnya . Kakinya yang baru ingin melangkah kedepan terhenti apabila seorang lelaki yang sangat kacak tiba-tiba muncul bak ahli magik. 

  "Hello"sapanya ramah langsung tidak memperdulikan reaksi terkejut gadis di hadapannya itu. 

Tergamam Leah apabila lelaki asing itu tiba -tiba menegurnya. Dia hanya mengangguk kecil bagi menerima sapaan lelaki itu. 

   '' Oh ,jangan takut. Saya Jong In ,ketua pelajar bagi semua pelajar termasuk awak" perkenalnya dengan bangga. 

Hidungnya kempas kempis memberitahu jawatan yang dijawatnya. "Ok"balas Leah dengan dahi berkerut.

Jadi ,apa halnya?. Perluke dia melutut dan memuji tentang jawatan yang dipegang dia?.

 Apabila Leah langsung tidak menunjukkan sebarang kekaguman,Jong In meneruskan tujuan sebenarnya berdiri di situ. Dia berdehem kecil sebelum mengeluarkan sehelai kertas kontrak bewarna kuning lalu diserahkan kepada gadis itu. 

   "Itu adalah perjanjian untuk tugas awak sebagai ketua kelas.."terang Jong In dengan sopan. 

Tulisan yang tercetak pada kertas kuning itu dibaca Leah laju sebelum matanya membutang memandang Jong In.

  "Apa maksud syarat -syarat ni?. Kesemua kesalahan pelajar kelas perlu ditanggung oleh ketua kelas?. Ini tak masuk akal langsung!"bentak Leah kuat . 

Jong In tersentak sedikit dengan nada kuat gadis itu. Dia membetulkan kolar seragamnya . 

  "Ya.. Calm down girl. Syarat itu memang sudah menjadi tradisi sejak sekolah ini dibina lagi jadi please,no complain"balas   Jong In  selamba. 

Kukunya ditiup -tiup gaya diva sambil kaki kirinya bergoyang -goyang. Nampak sangat dia tiada minat mendengar rungutan tak berlesen gadis itu. 

Leah terdiam. Tradisi kepala hotak dia!  Ini namanya tidak adil tahu!. Tidak adil. Kenapa kesalahan orang lain dia perlu tanggung. 

   "Well,kalau awak tak nak ikut syarat ini,awak boleh sahaja letak jawapan dan it's done. Kelas awak tak akan ada ketua dan semua orang hidup gembira selamanya"tutur Jong In  seperti sedang bercerita cerita dongeng tidak lakunya. 

Kertas itu dipandang Leah untuk suatu masa yang lama. 

 

=====

Lonceng sekolah berdering kuat menandakan masa persekolahan akhirnya tamat dan kerisauan Leah turut sama sampai ke penghujung. Beg pantas dikemas Leah sebelum disandang pada bahunya. 

Dia mengeliat sedikit sebelum memandang rakan sekelasnya yang sudah bersedia untuk pulang ke rumah. 

  "Jumpa esok semua!"tutur Leah teruja seorang diri dan hanya menerima dengusan mereka seperti lembu yang sedang mengeram. 

Leah berdehem kecil cuba menyembunyikan rasa kekoknya. Nampaknya semuanya tidaklah semesra yang disangka. 

 

Dengan penuh ceria,Leah berjalan keluar daripada bangunan kelasnya. Tiada apa yang perlu dirisaukannya. Rakan sekelasnya semua budak -budak baik. 

Walaupun sewaktu di kelas tadi ,hampir separuh kelas langsung tidak menumpukan perhatian tetapi tiada yang buat kecoh. Jadi,baguslah tu.

Sebuah beg sekolah tiba -tiba melayang di udara dan tepat tersangkut pada leher Leah . Kaki Leah terus terhenti mengejut . Matanya membutang besar sebesar mata ikan emas . 

Nampaknya dia sudah terlupa akan seseorang. Bukan seseorang tetapi sekumpulan. 

Tali leher dibuka Chan Yeol sebelum dia menjerut leher Wen Han yang sudah terbaring diatas lantai membuatkan lelaki itu meronta sesak nafas. 

Bukan sahaja Chanyeol yang bertindak kejam,Baek Hyun dan Sehun juga tidak mahu kalah. Dengan kuatnya,Sehun menendang Yibo yang kemudiannya ditangkap Baek Hyun.

Ditumbuknya wajah kacak Yibo bertubi -tubi sebelum dicampak Baek Hyun keatas lantai. Darah ditumpahkan Yibo dari mulutnya mengerikan lagi keadaan. 

Keadaan menjadi sungguh tidak terkawal. Kedua -dua kumpulan masing-masing sama melawan . Darah bertumpahan diatas lantai dan tiada seorang pun yang ingin mengalah. 

Jong Dae berbatuk darah . Dia memegang dadanya yang terasa senak ditendang  Seung Joon tadi. Dia menjerut kuat dan meluru lari kearah Seung Joon dengan penumbuk yang sudah bersedia. 

Baru sahaja dia ingin melepaskannya ,Seung Joon terlebih dahulu sudah terjatuh keatas lanyai akibat tumbukan orang lain. 

   "Yah Yixing!. Aku punyalah!"marah Jong Dae sempat lagi berebut mangsa dengan rakannya yang tiba -tiba potong line. 

Sudahlah datang lambat ,lepastu  ambil mangsa orang lain. 

Leah memandang kearah Yixing yang dengan senang menghabiskannya kesemuanya. Tidak sampai berapa minit,'mangsa' rakan -rakannya sudah terlantar lemah diatas lantai. 

Dialah lelaki pencari kerusi itu.

Hebat. Itu sahaja yang terlintas di fikiran Leah saat itu. Yixing dengan lajunya membereskan sampah rakan -rakannya seperti dia adalah pahlawan terkenal yang telah merentas masa .

Selesai pergaduhan sahaja,keadaan terus jadi riuh rendah. Penonton-penonton yang tidak berlesen terus memberikan tepukan kuat sambil menjerit pujian -pujian tinggi kepada pemenang. Bagai ini adalah pergaduhan yang patut dibanggakan. 

Leah tidak mampu kata apa -apa. Dia hanya mampu memandang keenam -enam lelaki di hadapannya yang sedang meraikan kemenangan dengan senyuman menakutkan. Mata Leah terhenti kearah seorang lelaki yang langsung tidak turut serta dalam pergaduhan tetapi sibuk menumpang kemenangan sama. 

Lelaki itu siapa?.

Wajahnya sesempurna Sehun dan pakaiannya kemas tidak seperti yang lain. Blazernya masih terbutang kemas dan tali lehernya langsung tidak ronyok atau longgar. 

Jika diingat semula,lelaki itu hanya menyaksikan sambil berpeluk tubuh. Seperti dia adalah pengadil dalam pergaduhan haram ini. Di kelas juga,wajahnya langsung tiada. 

Tag nama yang terlekat diatas blazernya dipandang Leah. Kim Joon Myeon. 

Belum sempat Leah ingin terus bermain teka -teki dalam otaknya,suara seorang lelaki tiba -tiba bergema dari kejauhan menyentakkan semua pelajar. 

  "Exo!! Uniq!!"

Leah berpaling ke belakang sebelum melihat Kyung Soo dan Jong In  serta beberapa pelajar lelaki lain sedang berjalan dengan laju kearah tempat pergaduhan. 

Maka,teruslah pelajar memberikan laluan untuk tetamu tidak diundang itu sebelum maisng -masing tercengang dengan apa yang dilihat. 

Hanya Uniq yang sedang terlantar lemah diatas lantai sedangkan Exo sudah hilang daripada pandangan. Leah tergamam dengan apa yang berlaku. 

Cepat benor mereka lari. Atlet kah?.

 Jong In mendengus geram sebelum memandang kearah Leah yang kebetulan boleh berada di situ. Lengan Kyung Soo dicuitnya sebelum menunjuk kearah Leah. 

   "Leah!!"

Terkejut Leah dibuatnya sehingga dia terlompat sedikit. Dia memandang Kyung Soo yang kelihatan bengang dengan apa yang berlaku. 

   "Datang jumpa saya esok !"pesannya tegas sebelum berlalu pergi setelah mengarahkan  Jong In dan yang lain membawa Uniq ke hospital. 

Air liur ditelan oleh tekak yang terasa kering. Leah menghela berat sebelum dia teringat akan beg ringan yang masoh tersangkut pada lehernya. 

Sekarang apa?.

======

 

Beg yang tidak dikenali tuannya diletakkan Leah diatas meja makan sebelum dia bergerak meyediakan makanan untuk adiknya yang sudah kelaparan . Nasi goreng kimchi dan sayur lobak seringkas yang boleh dilakukannya dihidangkan diatas meja makan . 

Pinggan diletakkan diatas meja berhadapan dengan adiknya yang sudah menunggu dengan teruja. Dia berlalu ke dapur untuk mengambil penyepit makanan dan kembali sahaja,adiknya Roo Jin sedang sibuk menyelongkar beg asing itu.

   "Roo Jin, jangan!" Marah Leah terus merampas semula beg tersebut .

Roo Jin memandang kakaknya dengan wajah pelik. "Kenapa beg Jong Dae hyung boleh ada pada nuna? "Soalnya hairan.

Dia kenal benar dengan beg itu memandangkan abang rakannya itu sentiasa datang menjemput rakannya setiap kali balik. Dia dan Jong Dae juga sangat rapat sehingga dia merasakan lelaki itu seperti abang kandungnya.

Leah terdiam. Penyepit makanan diletak diatas meja dan dia mengambil tempat di hadapan adiknya itu. "Jong Dae?. Macam mana adik boleh tahu ni dia punya?"

Beg bewarna  biru pekat serta bercorak joker itu dipandang Jisung sebelum mengangguk dengan penuh pasti. "Ini Daeul hyung punya,abang kawan Roo Jin. Lagipun.."bekas pensel dikeluarkan lalu keychain bernama Chen ditunjukkan kepada Leah. 

   "Chen adalah nama panggilan Jong Dae hyung"terang Roo Jin dengan sungguh yakin. 

Leah diam tidak membangkang. Nampaknya adiknya ini lebih mengenali rakan sekelasnya itu daripadanya. 

   "Marilah kita hantarkan.."ajak Roo Jin membuatkan Leah tersedak. 

 

=====

Serbuk pes cili itu dimasukkan Jong Dae kedalam air yang sedang mereneh diatas dapur gas itu. Dengan gembira,dia memasukkan bahan lain sambil mulutnya sibuk menyayikan lagu kegemarannya. 

Apron dengan corak hello kitty bewarna merah jambu terang itu terpasang pada badannya dengan kemas. Jika dilihat ,hampir semua bahan di dapur itu bewarna merah jambu. Begitu juga dengan senduk yang dipakainya untuk mengacau masakan. 

Lonceng rumahnya tiba-tiba berdering kuat membuatkan dia terhenti seketika. Api gas diperlahankan sebelim dia bergegas ke muka pintu bagi membukanya. 

Buka sahaja pintu rumahnya,seorang gadis sudah terjenggul di depan rumahnya. Mata Jong Dae terus terbuka luas sebaik menyedari bahawa gadis itu adalah Leah,pelajar baharu kelasnya. 

Leah memandang Jong Dae yang nampak comel dengan apron hello kitty. Dengan pantas,Jong Dae segera menanggalkan apronnya lalu melemparnya ke atas lantai. Dia berdehem kecil sebelum menukar reaksi wajahnya kepada dingin . 

   "Apa kau nak?"soalnya acuh tak acuh. 

Belum sempat Leah ingin membuka mulut,Roo Jin terlebih dahulu mencelah. "Hyung, Roo Jin pun datanglah"sergah Roo Jin yang dari tado mendiamkan diri. 

Pandangan Jong Dae terus teralih kearah Roo Jin yang berdiri di sisi Leah itu. Segaris senyuman terus tercorak pada wajahnya.  

   "Eh, Roo Jin ! . Marilah masuk,Hyung ada buat makanan kegemaran Roo Jin tau"pelawa Jong Dae dengan lembut. 

Dia segera membawa Roo Jin masuk kedalam rumahnya. Meninggalkan Leah termanggu -manggu di depan pintu seorang diri. 

 

Hoi,aku tak dijemput ke?

Baru sahaja Leah ingin membetontak geram,lengannya tiba -tiba ditarik oleh seorang budak lelaki yang barangkali sebaya dengan adiknya itu. "Marilah masuk sekali"ajak budak itu dengan baiknya. 

Wajahnya sungguh comel dan..seiras dengan Jong Dae.

Tunggu,ini adik malaun tu!.

 

Bau makanan yang agak pelik menusuk masuk kedalam lubang hidung Leah yang sedang menunggu seorang diri di dalam ruang tamu. Adiknya sudah melarikan diri masuk kedalam bilik Daeul,adik Jong Dae tadi. 

Tidak senang dengan bau tersebut,Leah perlahan -lahan bergerak kearah dapur. Dia menjengokkan kepalanya memandang kearah Jong Dae yang sedang memasukkan gula-gula kapas kedalam periuk yang sedang memasak tteoboki.

Tteobokki!!

Gula-gula kapas itu terus dirampas Leah daripada tangan lelaki itu. Jong Dae memandang tidak percaya kearah gangguan yang baru dilakukan oleh gadis itu kepada masakannya. 

   "Yah!"jerit mereka berdua serentak.

  "Kau buat apa hah!?"sambung mereka berdua lagi dalam masa yang sama. 

Jong Dae mendengus geram sebelum ingin merampas semua haknya namun dengam pantas Leah menyumbat gula kapas tersebut masuk terus kedalam mulutnya. Gula tersebut terus mencair di dalam mulutnya tidak meninggalkan sebaranb baki. 

    "Kau!..kau makan gula aku... APA MASALAH KAU NI ?!"Tengking Jong Dae membuatkan Leah terkedu seketika. 

Tetapi memang sudah mengalir dalam darah Leah adalah jenis yang tidak mudah gentar. Gadis itu dengan berani melawan semula. 

   "Masalah?.. Sangat banyak!. Kau gila ke ,siapa yang masukkan kedalam tteobokki dan lepastu kau nak bagi budak -budak tu makan?. Kau nak suruh mereka keracunan makanan ke lepastu masuk hospital. Bil hospital siapa nak bayar ?. Kau ke ?. Kau?. Aku jugak kan?. Kalau kau nak sakit perut,janganlah heret orang lain sekali!. Makanlah kau sendiri!" Balas Leah panjang lebar sempat lagi dia memasukkan elemen bebelnya yang tiada tandingan. 

Kali ini Jong Dae pula terkedu . Tidak sangka gadis di hadapannya ini berani melawannya. Tahukah dia ini siapa ?. Dia Jong Daelah..Jong Dae tahu?!. 

   "Ka..kau--"

   "Kenapa kecoh sangat ni?"celah Daeul menghentikan kekecohan yang bakal disambung Jong Dae tadi.

 

======

 

Restoran kecil milik seorang ibu tunggal sesak dengan pelanggan yang kebanyakkannya adalah pekerja -pekerja pejabat yang baru pulang dari kerja. Seorang wanita dengan rambut yang disipul kemas dengan cekap menguruskan restoran miliknya.

Tiada pekerja langsung yang diupahnya. Dialah tuan ,dialah kuli. Tangannya laju menyediakan hidangan yang dipesan pelanggan. 

   "Ahjumma! Tiga mangkuk sup daging!"pesan seorang pelanggan lalu disahut wanita itu dengan pantas atau namanya Puan Yeon.

Dia meletakkan mangkuk diatas dulang makanan sebelum menceduk sup daging yang masih mereneh panas. Sup yang merecik pada tangannya langsung tidak dirasa keperitannya. 

Ke sana dan ke sini,dia langsung tidak sempat mengeluh. Tanpa sedar,sepasang mata memerhati dalam diam dari tadi. 

Baek Hyun berdiri kaku di muka pintu belakang restoran ibu kandungnya itu tanpa sebarang bunyi. Sekembali ibunya kedapur,mata mereka berdua terus bertembung. 

Puan Yeon memandang wajah anaknya yang penuh dengan luka itu dengan pandangan kosong. Tidak perlu terkejut lagi. Ini sudah menjadi perkara biasa buatnya. 

   "Omma"panggil Baek Hyun dengan perlahan namun hanya diendahkan Puan Yeon yang lebih sibuk memotong daging rebusannya. 

Baek Hyun menghampiri perlahan ibunya sebelum memegang pisau yang dipegang ibunya. 

   "Biar saya tolong"ujarnya lalu memandang tepat kearah ibunya itu. 

Puan Yeon pantas melepaskan pisau itu dari pegangannya . Tanpa sebarang kata,dia pergi melakukan kerja lain. 

Wajahnya tegang sahaja tidak seperti yang ditunjukkan kepada para pelanggannya. Mesra dan lembut. 

Daging rebusan itu dipotong Baek Hyun perlahan . Dia mengerling kearah ibunya yang langsung tidak mahu melayannya. Bagai dia hanyalah bayang lutsinar di situ. 

Dia menarik nafas panjang sebelum berhenti memotong daging. "Omma, saya bergaduh hari ini"beritahunya . 

Puan Yeon hanya mendiamkan diri. Langsung tidak kisah dengan pengakuan anaknya itu. Tidak seperti ibu yang lain yang mungkin akan risau dan marah. 

Ibunya hanya buat selamba . 

   " Saya ditumbuk banyak kali, omma"beritahu Baek Hyun apabila ibunya langsung tidak ambil kisah.

Keadaan kekal sunyi. Puan Yeon tetap tidak memberi reaksi. Pisau diletakkan Baek Hyun di tepi landas sebelum berpaling kearah ibunya yang sedang memasak sayuran yang dipesan pelanggan. 

   "Omma, tak kisah sedikit pun ke?"soal Baek Hyun lagi . 

Matanya memandang tepat kearah ibunya yang berdiri membelakanginya. Puan Yeon akhirnya mematikan api masakannya. Dia menoleh kearah Baek Hyun. 

   "Kenapa aku patut risau pada kau?. Kau yang cari fasal jadi tanggunglah sendiri"balas Puan Yeon tanpa perasaan. 

Macamlah si Baek Hyun ini bukan anaknya. Baek Hyun terdiam lama . Kata -kata ibunya seperti biasa menusuk kedalam hatinya. Sungguh memeritkan apabila mendengar kata sebegitu dari ibu sendiri. 

Puan Yeon meletakkan hidangan yang dipesan pelanggan diatas dulang. Bersedia untuk menghantarnya. 

    "Omma tahu kenapa saya buat sebegini?. Kenapa saya cari masalah. Omma nak tahu"

Kaki Puan Yeon berhenti melangkah . 

   "Sebab omma . Untuk dapat perhatian daripada omma. Supaya omma marah saya,pukul saya dan sapu ubat untuk saya. Tapi,saya rasa itu c--"

   "Malangnya ,kau tak akan dapat perhatian itu"potong Puan Yeon sebelum berlalu pergi. 

Meninggalkan Baek Hyun yang terkedu . Matanya mula berair penuh . Dia memandang ibunya yang dengan gembira menghidangkan makanan kepada orang asing. 

Baek Hyun mengemam mulutnya sebelum terus berlari pergi.

 

 

Mata Jong Dae dan Leah saling berperang antara satu sama lain. Akibat tteobokki,mereka kini mengisytiharkan perang mereka. Masing -masing masih belum menyentuh makanan yang sudah terhidang diatas meja makan. 

Daeul dan Roo Jin saling berpandangan sebelum menghela berat.  "Saya makan dulu"tutur Jisung sudah bersedia untuk makan. 

Baru penyepitnya ingin menyepit tteobokki hasil Jong Dae tadi,Leah pantas menghalang. "Jangan"tegas Leah membuatkan Jisung terdiam. 

Jong Dae bangun dari kerusinya dengan sungguh bengang . Dia bercekak pinggang memandang perempuan yang sudah melukakan perasaan makanannya itu. 

   "Yah! . Biarlah Roo Jin nak makan! . Apa kena mengena dengan kau pulak?"

Leah turut bangun lalu menghentakkan penyepit makanannua diatas meja dengan kuat. Matanya mencerlung kearah Jong Dae. 

   "Aku nuna Roo Jin. Apa yang dia makan atau minum adalah tanggungjawab aku. Makanan ini jelas sekali..No No No"balas Leah seperti mak cik pasar yang tidak mahu bertolak ansur dengan pembelinya. 

    "Wah,panasnya..sekarang ini aku betul -betul rasa nak masak kau jadi tteobokki sekarang"

    "Samalah. Aku macam cincang kau jadi kepingan sosej..nyamm"

Mereka masing-masing ugut sama mengugut sehingga tidak sedar yang ada tetamu lain yang datang . Tangan mereka berdua pantas mencapai penyepit makanan sebelum masing-masing menyerang antara satu sama lain. 

Maka terjadilah perlawanan penyepit makanan. Leah pukul penyepit makanan Jongdae dan Jong Dae juga melakukan yang sama. 

   "Siapa dia ?"satu suara tiba -tiba menghentikan perlawanan yang berlaku. 

Leah dan Jong Dae saling berpaling kearah suara tersebut. Penyepit makanan yang dipegang Jong Dae terus terjatuh. Dia panras bangun lalu menarik adiknya bersembunyi di belakang badannya.

Sementara Leah pula masih kekal di posisinya. Dia memandang lelaki segak yang berada di hadaannya dengan mata yang membulat besar. Dia kenal lelaki di hadapannya ini. 

   "Appa dah balik?. Sudah makan?"soal Jong Dae dengan perlahan. 

Dia nampak gementar di hadapan ayahnya sendiri. Leah tersedak air liur sendiri sebaik mendengar  panggilan yang digunakan oleh Jong Dae untuk lelaki terhormat di hadapannya ini. 

Appa?!. Lelaki hadapan dia ni appa dia!. Ketua polis negara ini ayah makhluk pelik ini! .

Tuan Beom memandang kearah anak gadis di hadapannya sebelum tersenyum lembut. "Kamu siapa?"soalnya dengan peramah seperti yang selalu ditonjolkan dalam kaca tv. 

Tanpa sempat Leah memperkenalkan dirinya,Jong Dae terlebih dahulu memotong. "Bukan sesiapa. Dia hanya datang untuk serahkan barang.."tutur Jong Dae sebelum menarik Leah bangin dari kerusi. 

   "Balik..cepat balik"bisik Jong Dae seraya menolak Roo Jin dan Leah sehingga ke muka pintu. 

Leah pula dengan keadaan yang keliru hanya diheret keluar. Sempat dia menjeling kearah lelaki yang menjadi idamannya sewaktu masih kecil lagi. Tidak sangka pula ,dapat bertemu depan mata. Kacak !.

   "Roo Jin,jumpa nanti"tutur Jong Dae sebelum menutup pintu dengan segera. 

Leah mendengus geram. Lepaslah peluangnya untuk berkenalan dengan ketua polis negara yabg disanjungi ramai itu. Potong line betul mamat Joker ni!. 

 

Kerusi ditarik Jong Dae  lalu mempersilakan ayahnya duduk. Dengan pantas,dia menghidangkan makanan untuk ayahnya. 

Adiknya Daeul sudah disuruh masuk kedalam bilik dengan segera. Dia menuang air untuk ayahnya dengan berhati-hati. 

   "Appa dapat call dari sekolah hari ini. Kamu timbulkan masalah lagi?"soal Tuan Beom seraya menghirup minumannya. 

Jong Dae terdiam. Dia menunduk memandang lantai.

   "Suka hati kamulah . Tapi jangan ingat appa akan cover kamu setiap kali"pesan Tuan Beom sebel memulakan suapannya. 

Jong Dae sekadar mengangguk perlahan. Dia memandang ayahnya . 

 

 

======END OF EPISODE 02

 

CHARACTER

PUAN YEON

-Ibu kandung Baek Hyun. Memiliki sebuah restoran kecil berdekatan dengan kawasan perumahannya. Seorang yang bekerja kuat. 

 

TUAN BEOM

-Ayah kepada Jong Dae dan Daeul. Merupakan ketua polis negara yang amat disegani ramai. Digemari ramai termasuk sekali dengan Leah. 

 

DAEUL (anggap jelah dia 9 tahun XD )

-Merupakan adik kepada Jong Dae. Rakan karib kepada Roo Jin . Dia amat suka kepada Leah sebelum jumpa dengan Leah pun memandangkan Roo Jin kerap bercerita tentang Leah kepadanya. 

 

Author's note.. 

Assalammualaikum readers,

Setakat ini,macam mana cerita ni? Okay ke ?. Well for permulaannya memang akan membosankan memandangkan kita baru nak kenalkan watak -watak. 

Each episode saya akan kenalkan kehidupan watak -watak... 

Yg benar,

Authornim...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
Can someone find me a poster shop ... Pretty please..

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 15: Setelah bertahun-tahun tak on aff,terjumpa cerita ni.. tapi why authornim T*T cerita ni best kot.. Why hiatus bertahun-tahun TT
BalRina_
#2
Chapter 15: Wahhhh penuh feeling bila baca chap ni! Update lagi!!
lovely_syrena
#3
Chapter 13: fanfic ni best lah, tak de yang tak menarik..ditambah pula dgn bias2 saya.. Teruskan update lagi!! Saya suka!! Fighting!!^^
Kwon_Ai_Ara #4
Chapter 12: Update soooooon :)
jimiekhyun
#5
Adakah Kai dan DO itu bodyguard mereka "O.O
PinkBlossom_97
#6
Chapter 9: OMG PARK BOGUM!!! ^o^

I'm anticipating tau authornim~ ;)
PinkBlossom_97
#7
Wait whuut? Why exclude Kai and D.O??