Chapter 2: Propose

Le Demi Lune

Chapter 2: Propose

 

“Dam Seo apa awak fikirkan tadi sampai tutup mata bagai , awak fikir yang saya nak ciu…” kata-kata Tea hyung dipotong oleh Dam Seo apabila dia tiba-tiba bersuara

 “ mana taknya perbuatan awak tadi akan buatkan orang salah faham bukan saya sorang aja yang akan salah faham perempuan dekat luar sana pun akan fikir benda yang sama kalau lelaki tiba-tiba buat macam awak buat tadi itu.”

“ Ha, nampaknya awak mengakulah ni”. Dam Seo dah mula malu.

“ Dam Seo cepat bersiap masa untuk minum darah” kata Tae hyung tiba-tiba. Gadis pucat dihadapnya itu dah mula buat muka pelik dengan kata-kata Tae hyung.

 “ Masa untuk minum darah, apa yang awak cakapkan ni?.” kerut dahi gadis pucat dihadapanya itu.

 “ Awak lupa ke hari inikan awak ada temu janji dengan doktor Jin untuk masuk darah”.

Dam Seo cuba ingat semula perbualnya dengan doctor Jin semalam. “ Dam Seo menurut dari pemeriksaan tubuh awak mengalami kondisi yang lemah disebabkan berlaku kekurangan kadar darah dalam badan awak  jadi saya akan ambil sedikit sempel darah awak untuk pemeriksaan jadi awak boleh pulang berehat dan esok awak perlu datang semula untuk peroses kemasukan darah dan pastikan elakkan dari keluar bila cuaca panas” Dam Seo mengigat semula kata-kata doctor Park dalam kotak memorinya.

 

“ Oh,saya dah ingat , tapi yang awak cakap minum darah tu dah kenapa awak ingat saya ni vampire macam dalam film tu”.  Kata Dam Seo.

“ Saja nak bergurau salah ke?”. Tae hyung bergurau nakal sambil mencubit pipi pucat Dam Seo.

Tae Hyung menunggu diruang tamu sehigga Dam Seo siap mengenakan pakaian. Dam Seo keluar dari biliknya kelihatan gadis itu mengenakan jeket putih berserta hud dan seluar hitam panjang dengan beg tangan berwarna hitam.

“ Oppa jom” gadis itu mengajak. Sebelum Dam Seo keluar dari rumahnya Tae Hyung membukakan payung untuk Dam Seo bagi meneduhinya dari sinar mentari.

Mereka berdua berjalan diteduhi payung hitam  menuju  kearah kereta hilux hitam milik Tae hyung yang di letakkan betul-betul di hadapan rumah Dam Seo. Tae hyung membuka pintu kereta lalu membantu Dam Seo masuk kedalam kereta.

Dalam perjalanan ke hospital Tae hyung sempat curi-curi memandang wajah gadis pucat disebelahnya itu walaupun dia sepatutnya focus pada pemanduanya. Dam Seo yang perasan akan keadaan itu mula bersuara.

“ Oppa , awak ingat saya tak nampak apa awak buat tersengeh-sengeh curi-curi pandang saya .” Dam Seo dah mula membesut.

“ Saya bukan apa saya suka tengok muka awak yang pucat tu cantik dan lagi satu awak pakai lens ke hari ini mata awak nampak lain.” Kata Tae hyung yang mula sedar akan perubahan warna anak mata Dam Seo yang berubah coklat keperangan terang seolah-olah dia memakai kanta lenkap.

“iss, awak ini mana adalah guraun awak ini melebih-lebih” Dam seo menumbuk pelahan bahu Tae hyung yang sedang memandu itu.

“ Ahh, sakitlah” lelaki ni pulak mula buat riaksi melebih-lebih.

“ Banyaklah awak sakit saya tumbuk pelahan jelah” gadis itu sedikit marah.

“Ok saya saja je , saya ingat awak akan pujuk saya kalau saya buat macam tu tadi saya nak memanja-manja dengan awak.” Tae Hyung dah mula gurau manjanya.

“ iss, awak ini selalu aja gurau-gurau manja , dari awak sebuk bergurau  lebih baik awak focus pada pemanduan” arah Dam Seo sedikit marah.

“ Tapi Dam Seo tentang mata awak itu saya tak bergurau”. Jelas Tae hyung yang dia tak bergurau.

Dam Seo yang mahukan kepastian apa lagi dia terus mencari cermin d idalam beg tangan yang dibawanya lalu memeriksanya sendiri pada cermin itu.

“Macam mana betul tak apa saya cakap mata awak lain hari ini.” Lelaki itu nak kepastian.

“ Ye, awak betul saya salah puas”. Dam Seo mengalah.

Dalam sebuk berborak tanpa sedar mereka sudah sampai dekat Hospital. Tae hyung mencari tempat parking yang kosong  lalu meletakkan kereta hilux hitamnya di parking yang kosong dia baru temui.

Tae hyung keluar dari kereta sambil tanganya mencapai payung hitamnya. Taehung sudah sedia membuka payung hitamnya khas buat gadis pucat didalam keretanya itu. Dam Seo keluar dengan berhati-hati sambil membetulkan hud dikepalanya maklumlah takut terkena sinar mentari.

 

Mereka di arah oleh pembantu pegawai kesihatan yang berada di kauter pertanyaaan hospital itu untuk pergi ke  bilik DR. Jin . Mereka menuju kearah bilik yang diarahkan tadi sampai sahaja di hadapan bilik itu Tae hyung memulas daun pintu bilik tersebut kelihatan Dr. Jin berada didalam bilik tersebut setia menungu mereka.

“Anyeonghaseyo” ucap mereka berdua kepada Dr.Jin

DR. Jin yang kelihatan muda dan tinggi itu berdiri lalu membalas ucapan meraka. “ Anyoung, silakan duduk”. Pelawa Dr. Jin mesra. Mereka duduk dikerusi yang berada betul-betul dihadapan mereka.

“ Berkenaan sampel darah awak Dam seo ia tidak menunjukkan sebarang tindak balas negative  jadi bermakna tiada masaalah pada kesihatan awak .” jelas Dr. Jin

“ Tapi dokter kalau tiada apa masaalah dengan kesihatan saya kenapa pulak saya alami masaalah kekurangan darah ?” tanya Dam Seo.

“ Mengenai masaalah kekurangan darah itu saya tidak dapat mengenali puncanya ianya jarang berlaku seperti ini kepada pesakit saya.” Dr. Jin menjelaskan lagi.

“Dokter awak memang pasti yang ujian darah itu menunjukkan Dam Seo sihat?” Tae hyung minta kepastian.

“ Saya pasti saya sudah buat ujian ini berkali-kali dan hasilnya tetap sama .” Dr. Jin menjelaskan dengan yakin.

“ Jadi apa kita perlu buat sekarang ?” Dam seo menyoal.

“ Baiklah selapas ini awak akan menjalani peroses tranfusi darah dimana kami akan memasukkan darah melalui vena mengunakan alat tranfusi , Dam Seo mari ikut saya ke bilik rawatan sekarang”. Kata Dr. Jin sambil melemparkan senyumanya yang manis  lalu membawa Dam Seo ke bilik rawatan.

Dam seo terbaring di atas sebuah katil hospital manakala Dr. Jin sebuk memeriksa tiup-tiup yang di pasang pada tangan Dam seo. Setelah siap memeriksa Dr. Jin mengeluarkan beg yang berisi darah lalu dia gantung pada alat yang berda di sebah Dam seo selepas itu beg yang berisi cecair jenih pula digantung di sebelah beg yang berisi darah tadi.

Kini tiup pada alat Transfunsi yang terletak di sisi katil Dam Seo di sambung pada tiup yang di pasang di pergelangan tangan Dam Seo .  kini dapat di lihat darah dari beg yang tergantung itu mengalir melalui tiup memasuki badan Dam Seo .

Setiap lima minit Dr. Jin akan memantau keadaan Dam seo bagi memastikan prosudur transfursi darah itu berjalan lancar.

 

Dam Seo menjalani proses kemasukan  darah denngan mengikut prosudur yang lengkap di bawah pemantaun Dr. Jin segalanya berjalan lancar sehingalah segalanya selesai dan Dam seo dibenarkan pulang kerumah.

                                  ………………………………………………………………………..

 

Di dalam bilik yang agak gelap kelihatan seakan makma yang penuh dengan peralatan makmal tersergam indah kelibat seorang lelaki yang memakai kod makmal sebuk bermain-main dengan tabung uji serta sempel-sempel kajianya memeriksa melalui mikroskop sempel yang baru sahaja diletakkan dibawah kanta mikroskop itu.

“ Akhirnya kajian yang dah lama aku usahakan berjaya , tak sia-sia aku ambil tidakan dengan menyuntikkannya dengan  retrovirus nampaknya ianya dapat bertindak balas dengan baik degan virus RNA ini”. Kata lelaki itu teruja .

“hahahaha.. selepas ini dunia yang aku impikan bakal bermula .’’ Ketawa lelaki itu kuat. Lelaki itu mengambil telefon bimbitnya lalu mencari-cari nombor untuk dihubungi.

“ Bersiap sedia dengan rancangan kita serum itu telah berjaya dihasilkan jadi bersedia untuk ambil tindakan seterusnya awak tahu bukan apa yang patut dibuat”. Lelaki berkod makmal itu menamatkan panggilanya.

Tae hyung merancang untuk keluar menonton wayang bersama Dam Seo dalam masa yang sama dia merancang untuk melamar Dam Seo.

“Dam Seo apa kata kita keluar menonton wayang malam ini saya sudah beli tiket” ajak Tae Hyung .

“ Bagus jugak malam ini saya tak ada apa nak di buat pasti seronok kalau dapat keluar berjalan mana taknya saya terpaksa terperuk dekat rumah di siang hari.” Dam Seo bersetuju untuk keluar dengan Tae hyung.

Malam itu mereka berdua seronok menonton wayang selapas menonton wayang Tae Hyung merancang untuk melamar Dam Seo. Tae HYung memandu menuju tempat yang telah lama dia rancang .

“ Oppa, mana kita nak pergi ini ini bukan jalan pulang kerumah saya ?”. Tanya gadis pucat disebelahnya itu.

“ Awak tahu saya sekarang tengah cuba untuk culik awak jadi awak diam jangan banyak cakap ikut saja mana saya nak bawa awak” nada suara Tae hyung betukar serius seolah-olah dia benar-benar mahu menculik Dam Seo.

“ Oppa, awak sudah gila ke?” Dam Seo bersuara dengan lantang.

“ Ya aku sudah lama tunggu saat ni nak culik kau lepastu aku kurung kau dalam satu bilik denagan tangan dan kaki kau aku ikat.” Lelaki itu sudah mula tak waras.

“ Berhentikan kereta sekarang.” Arah Dam Seo dalam nada suara yang ketakutan.

Mendenagar kata-kata Dam Seo itu Tae hyung tiba berhentikan keretanya mengejut lalu keluar dari kereta menghampiri pintu kereta tempat duduk Dam seo lalu menarik Dam seo keluar .

Lengan Dam seo digengam Tae hyung lalu menarik Dam so mengikutinya . Tubuh Dam seo mengikut sahaja kemana Tae hyung cuba membawanya. Langkah mereka terhenti disebuah kawasan lapang yang dipenuhi rumput lalang .

Tae hyung melepaskan gengaman tanganya lalu bersuara “ memang selama ini saya tak tahan melihat wajah pucat awak dan lagi perangai dingin awak yang comel itu buat hati saya berdebar dan sebab itu saya tunggu saat ini untuk culik hati awak dan mencintai awak sepenuhnya, dibawah sinar bulan separa yang bersinar dilangit malam menjadi saksi sudikah awak menjadi isteri saya.” Lelaki dihadapanya itu melutut lalu mengeluarkan cincin yang disorok didalam kocek bajunya.

Dam seo terpaku tak berkata-kata . Tae hyung menyarungkan cincin pada jari manis Dam Seo sedangkan Gadis itu masih tepaku . Tae hyung bangun merapatkan diri dengan Dam Seo lalu memegang kedua belah tangan Dam seo.

“ Saya akan sentia mencintai awak seumur hidup saya.” Tae hung berkata berbisik.

“ Jadi tadi Cuma lakonan?” gadis itu tiba-tiba bersuara.

Tae hyung ketawa kecil “ awak sepatutnya tengok muka awak dalam kereta tadi sungguh melucukan, saya tak akan sesekali buat gadis yang saya cintai ini terluka .” kata Tae hyung.

“ Awak buat saya takut saja tadi” wanita itu membesut.

“Awak belum jawab jawapan bagi lamaran saya.” Lelaki itu masih menungu jawapan Dam Seo.

Dam Seo tersenyum  lalu bersuara “baik saya setuju .”  “Betul awak setuju dengan lamaran saya?” lelaki itu menanyakan lagi minta kepastian. Dam seo menganguk tersenyum.

“ Saya akan mencintai awak selamanya saya janji.” Tae hyung berjanji lalu mendekatkan bibir hangatnya kearah bibir pucat Dam Seo nafas mereka berdua mula tercungap gemuruh. Dibawah sinar bulan sabit indah di langit malam dengar sinar bintang bak belian mereka berdua bercumbu mesra.

Kereta hilux hitam Tea hyung berhenti dihadapan rumah  Dam Seo . Tae hyung membukakan pintu kereta untuk Dam Seo turun dari keretanya. Tae hyung menemani Dam seo sehingga dihapan pintu rumah Dam Seo tiba-tiba tubuhnya seolah-olah ditikam sesuatu.

Tae hyung tiba-tiba rebah ke tanah pandanganya kabur tetapi masih mampu melihat dia sempat melihat terdapat seorang lelaki yang dia tak dapat melihat wajahnya denagn jelas kerana pandanganya kabur. Lelaki itu menekup mulut dam seo dengan sesuatu lalu membawa Pergi Dam Seo .

“Dam….. Dam Seo jangan bawa pergi Dam Seo sa….ya.” Tae Hyung bersuara lemah cuba merangkak-rangkak  cuba mendapatkan Dam seo walau pun dia sedar yang dia tidak mungkin mampu mendapatkan Dam seo. Matanya mula kabur dan kabur sehinggalah dia tidak mampu melihat apa-apa lagi.

 

-to be continue,,,,,,

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 12: wahhhh best tapi jin dengan namjoon kenapaaaaaa kenapaaa hang kacau sugaaa akuu lol terlebih mental maap authornim xD
qwaszx121 #2
Chapter 11: What ? Suga jahat ke Author-nim?????
nmmnbg #3
Chapter 11: tempat ape yang suga cipta???huhhu.saya suka dengan cerita ni
nmmnbg #4
Chapter 9: cerita ni best sangat!!x sabar nak baca next chapter!! <3<3