B A B 2

Renjana

---

Pada zaman ini, jika seseorang anak gadis sudah berumur melebihi 18 tahun dan belum berkahwin, dia dianggap pembawa malang kepada si keluarga. Itulah yang sering diucapkan golongan tua kepada generasi muda.

Meilin, anak sulung keluarga Zhang; telahpun menjangkau usia remaja. Entah mana silapnya, gadis berusia 21 tahun berkenaan tidak pernah dilamar oleh mana-mana keluarga untuk dijadikan sebagai menantu.

"Ma, saya sudah penat mendengar orang berkata tentang Mei. Saya tidak mahu keluarga Zhang mendapat malu." Zhang Yixing memujuk kepada ibunya. "Benarkanlah saya jodohkan dia dengan keluarga Lu itu, ma."

Yang tua enggan mengalah. "Kamu sudah kehilangan akal? Tak kesiankah kamu pada Mei? Dia satu-satunya anak perempuan kamu. Setidaknya, jodohkanlah dia dengan keluarga yang lebih baik! Mei itukan masih muda!"

Dengan tenang, cawan berisi teh suam dihirup sebelum diletakkan semula di atas piring. Ruang tamu kembali sunyi.

"Ma, saya sayangkan Mei... Fei sudah berpesan kepada saya, ma. Segala yang saya lakukan adalah untuk kebaikan Mei juga."

Riak Yixing melembut, terkenangkan mendiang isteri. Wanita yang banyak berkorban untuk dirinya. Malang menimpa, nyawa Fei diambil sesudah dia melahirkan Mei dan Minghao; adik kembar tak seiras Mei. Hanya seketika saja dia dapat melihat wajah polos bayinya. Wajah dan sikap Mei ada iras ibunya, sedikit sebanyak menjadi penawar rindu untuk Yixing. Isi rumah kian terasa sunyi tanpa kehadiran wanita bernama Fei itu.

"Tapi saya risaukan masa hadapan Mei, ma. Saya tak mahu dia tidak berkahwin. Nanti bala akan menimpa keluarga kita!"

Wanita itu menggeleng, enggan mempercayai kepercayaan karut yang sudah sebati dalam keluarga Zhang demi Mei.

"Memang benar keluarga Lu itu keluarga bangsawan dan baik. Tapi kamu tidak lihatkah belang sebenar mereka? Mereka hanya ingin mempergunakan anak kamu untuk kepentingan mereka!"

Yixing hanya mengeluh berat. Dia menanggalkan kaca mata dan mengurut sisi kepala. Tidak mahu lagi berdebat dengan ibunya, dia beredar ke ruangan bilik pejabat di tingkat atas. Mengasingkan diri. Duduk termenung Yixing berseorangan di situ sambil memerhati sayu gambar keluarga.

"Fei, kenapa awak tinggalkan saya...? Dengan siapa lagi saya nak mengadu sekarang... Saya buntu." Keluhan terhela. Yixing memejamkan mata dan belakang tersandar pada kerusi. Terasa beban berat terpikul di bahu. Dia tidak tahu adakah tindakan yang diambil ini betul atau tidak. Semua orang seakan menentang keputusannya.

Ketukan lemah di pintu mencelikkan mata Yixing kembali.

"Ba?" Kepala Minghao; anak lelaki bongsu keluarga Zhang terjenguk. Dia menutup pintu bilik dan mendekati ayahnya. Sebentar tadi, Minghao terdengar perbalahan mulut di bawah. Dia berdiri menghadap Yixing. "Ba nampak risau."

"Baba memang tengah risau. Risau tentang Mei."

"Kenapa Mei perlu berkahwin juga? Sedangkan bakal suaminya sudah meninggal."

Pilu. Itulah Yixing rasakan mendengar peluru kata itu. "Kamu tahukan, manusia berpegang pada janji. Baba terikat dengan janji itu. Mereka lebih berpengaruh daripada kita."

Minghao mengangguk setuju. Namun, dia masih menanti jawapan sebenar.

"Dan kamu tahukan; adat lama kita menyatakan jika seseorang pemuda itu meninggal sebelum dia berkahwin; keluarga si mati harus menjalankan upacara perkahwinan untuk si mati agar rohnya aman."

"Jadi baba sanggup jadikan Mei sebagai 'korbannya'? Baba mahu Mei bersuamikan lelaki yang sudah mati? Hanya untuk keamanan rohnya? Bagaimana pula dengan Mei? Tidakkah dia juga akan hidup bersendirian untuk seumur hidupnya walaupun berstatus isteri orang?" Sengaja Minghao ingin menduga.

Yixing senyum galau. Kadang kala, buah fikiran Minghao melangkaui usia mudanya. "Perkahwinan ini tidak akan menjadi masalah jika Lu Han masih hidup."

"Apa punca dia meninggal, ba?" Minghao makin ingin tahu. Wajah si ayah tetap ditatap walaupun ayahnya memandang arah lain.

"Keluarga Lu tidak ada beritahu. Mungkin mereka enggan merumitkan keadaan."

Minghao tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas yang diterima. Tapi dia tidak boleh salahkan sesiapa. Ayah sudah banyak makan garam daripadanya. Mungkin dia perlu usahakan sendiri.

"Baiklah, ba. Minghao minta diri dulu. Baba buatlah keputusan yang sebaiknya. Jangan ambil risiko yang baba tak mampu tanggung."

Yixing mengetuk perlahan pintu kayu kepunyaan bilik anaknya. Sayup pintaan 'Masuk' kedengaran. Yixing terus memulas tombol dan menapak menghampiri Mei yang duduk di meja kerja.

"Mei, baba ada benda ingin beritahu."

"Beritahulah." Lembut Mei mengiakan sambil mengalihkan pandangan daripada peralatan menjahit di tangan ke ayahnya yang berdiri di muka pintu bilik.

"Tak lama lagi kamu akan berkahwin dengan anak lelaki dari keluarga Lu. Namanya Lu Han."

Mei tidak melatah, tetap tenang mendengar petah ayahnya. Dia sudah mengagak perkahwinannya pasti akan diatur jua. Mungkin salah dirinya juga; kerana tiada lelaki yang mahu mengahwininya.

Mei akhirnya mengganguk, memberi respon. Nampak riak Yixing kembali lega. Begitu mudah anaknya memberi persetujuan. Tidak seperti ibunya yang masih lagi menentang. Yixing cuba menyakinkan diri bahawa ini semua demi kebaikan Mei juga.

"Berapa umurnya, ba?"

"23 tahun, Mei. Selamanya."

Mei masih tidak mengerti maksud 'selamanya' itu. Yixing hanya beredar keluar tanpa menyambung bicara, meninggalkan persoalan kepada Mei.

Nampak ayahnya pergi, Minghao yang sedang berlegar di luar, menyelinap masuk. "Baba beritahu pasal apa sebentar tadi?"

Nyaris Mei menjerit terkejut. Namun, dia sudah maklum akan perangai Minghao yang licik itu. Sekejap bayangnya ada sekejap hilang. Tidak hairan mengapa tidak ramai mengenali Minghao sebagai Zhang Minghao; anak bangsawan Zhang Yixing.

"Baba beritahu tentang perkahwinan aku." Baju yang ingin dijahit diletakkan semula ke atas riba.

"Dan?"

"Aku bersetuju."

Minghao mengerut dahi. "Kenapa mudah sangat kau bersetuju? Kau kenalkah dengan bakal suami kau?"

Kening Mei pula mengerut, memandang wajah Minghao seakan menyoal persetujuannya. "Kenapa? Salahkah kalau aku bersetuju? Lagipun aku percayakan baba. Baba pasti jodohkan aku dengan lelaki baik."

"Manusia memang hidup bergantungkan harapan kan? Jika bukan kerana harapan, mungkin jiwa manusia akan mati begitu saja."

"Maksud kau?"

Bahu diangkat, tangan diseluk ke dalam kocek seluar. "Entahlah. Itu ayat yang aku baca di dalam buku tadi." Sinis kata Minghao seperti sudah malas melayan Mei. Perlahan-lahan dia mengundurkan diri. "Pergi dulu, Mei."

"Kenapa dengan semua orang ni? Ada masalahkah?"

Mei menggeleng. Dia perasan sindiran Minghao tadi tapi dia butakan. Enggan meracuni fikirannya dengan perkara karut.

Mei masih berharapkan sesuatu yang baik akan berlaku kelak. Siapa tahu, mungkin Mei akan menemui cinta yang hilang selama ini?
.
.
"Puan, bagaimana bilik Tuan Muda Lu Han? Tidakkah bilik itu juga perlu dihias?" tanya si pembantu dengan adab yang mengekori Puan Lu meninjau sekeliling. Persiapan untuk majlis pernikahan yang bakal berlangsung sudah hampir siap. Walaupun tidak akan semeriah majlis biasa.

"Tak perlu! Biarkan bilik itu seperti sedia kala. Perkahwinan ini tak bermakna." Dingin diselit tegas jawapan Puan Lu mendiamkan si pembantu.

"Baiklah, puan."

Rumah agam kediaman Lu tersergam tak jauh di hadapan Minghao. Dia tidak boleh benarkan rasa ingin tahu ini membunuh dirinya. Minghao berdegil mahukan kepastian berkaitan punca kematian Lu Han. Dan untuk mendapatkannya, Minghao lebih gemar menggunakan cara halus. Bibirnya tersenyum kecil; target sudah dikenalpasti.

Dia perlahan-lahan mengekori si pembantu yang menuju ke pagar belakang kediaman Lu. Kemudian, dia berselindung di sebalik pokok besar yang ada di sekitar. Minghao melihat dua orang pembantu perempuan muncul daripada dalam rumah.

"Aih, jika hendak ditunggunya si Xiumin itu, entah bila." rungut si gadis sambil memunggah kotak lalu diletak ke atas tanah.

"Semenjak Tuan Muda tiada, Xiumin juga selalu menghilang. Mungkin selalu berada di kubur Tuan Muda. Mereka kan bersahabat baik." Lancar saja lidah pembantu yang rambut bertocang ekor kuda menyambung cerita.

"Apa punca Tuan Muda Lu Han meninggal?" Soalan itu ditanya dengan berhati-hati, halus umpama menarik rambut di dalam tepung.

"Dia ingin menyelamatkan seorang gadis daripada diragut kehormatannya oleh seorang askar. Nasib Tuan Muda, askar itu melepaskan tembakan mengenai badannya. Niatnya murni tapi berakhir dengan tragedi."

"Kasihan pada Tuan Muda. Iyalah, tak lama lagi kan majlis perkahwinannya akan berlangsung."

"Xianri! Yuan! Sudah-sudahlah berbual kosong di situ! Masuk!" tempelak seorang lagi pembantu dipanggil Jia; jauh dari dapur, membuatkan mereka menyegerakan kerja mereka di situ.

Jia terus menyusun barangan ke atas rak. Kemudian, dia berpaling. "Kamu juga jangan senang-senang bercerita tentang kematian Tuan Muda, faham? Kita tak tahu siapa yang kemungkinan sedang mendengar percakapan kita."

Xianri dan Yuan mengerling sesama sendiri sebelum mengangguk. Haraplah Jia tidak mendengar perbualan mereka tadi.

Beransur-ansur Minghao berjalan meninggalkan kediaman Lu. Dia juga tidak pasti mahu ke mana. Kakinya hanya terus mengorak langkah. "Orang seperti itu yang memudahkan kerja aku." Terbit rasa bangga di hati bersama senyuman nipis.

Didongak kepala merenung langit petang muram. Perihal kakaknya bermain kembali. Minghao mengeluh kecil.

"Dia memang lelaki baik, Mei. Terlalu baik hingga meragut nyawa sendiri... dan kau yang menjadi mangsa keadaan."

"Cik muda, mengapa termenung saja? Ada apa-apa masalahkah? Luahkanlah jika ada." Si pembantu yang menyikat rambut hitam lurus Mei bertanya dengan lembut.

Mei mengukir senyuman lemah pada pantulan si pembantu di cermin. "Tiada apa-apa. Cuma, saya rasa... risau?"

"Mengapa, cik muda? Adakah ia tentang perkahwinan cik muda itu?"

"Iya... Perasaan saya bercampur baur sekarang. Takut, gementar, gembira... Saya pun tidak tahu mengapa saya berasa seperti ini. Apatah lagi, saya tak kenal siapa bakal suami saya. Hanya namanya saja saya tahu; Lu Han." Tanpa sedar, bibir Mei menguntum senyuman usai nama itu terhela.

"Adakah cik muda sudah tidak sabar untuk bertemu dengan si Lu Han itu? Saya dengar, orangnya kacak dan baik." Usikan si pembantu membuatkan pipi Mei terasa bahang. "Atau cik muda sudah jatuh cinta padanya?"

Gelengan malu Mei membuatkan si pembantu ketawa kecil. "Bagaimana jika dia tidak menyukai saya lepas kami berkahwin?"

"Itu mustahil, cik muda. Cik muda ini kan cantik orangnya. Hati pun baik, tidak kurang satu pun bagi saya."

"Itu bagi kamu. Bagi dia? Siapa tahu bukan? Jika apa yang kamu katakan itu benar, sudah tentu saya sudah menjadi isteri orang sekarang ini." Senyuman Mei mengendur.

Si pembantu hanya menggeleng-geleng. "Bagaimana jika cik muda sudah ditakdirkan untuk mengahwini si dia?"

Mei hanya memandang si pembantu. Ada benar juga katanya. Senyuman tawar kembali di bibir merah jambunya. "Kalaulah aku dapat menjadi cintanya..."

"Jadi usah layankan perasaan bimbang itu ya, cik muda. Saya tidak mahu lihat cik muda bermuram saja di hari perkahwinan cik muda itu nanti. Saya harapkan cik muda akan bahagia selalu dengan bakal suami cik muda." Si pembantu muda itu tersenyum girang, walaupun mencanang harapan pada perkara yang tidak pasti.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
tak lama lagi, tajuk cerita ni akan ditukar.

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Eii geramnya dgn Puan Lu tu! Ish tak paham la dia tu, dlm kes ni tak sesiapa pun yg salah apatah lgi Mei, knapa dia benci sgt dekat Mei smpai snggup buat mcm ni? Padahal Mei dh korbankan hidup dia semata mata utk kahwin dengan 'Lu Han'. Kesian Meilin. Semoga di kehidupan akan dtg, dia akan temui happy ending, walaupun bukan bersama Lu Han.
nursyamimivip
#2
Chapter 2: MEI LUHAN DAH MATII KAYY nak je jerit dekat dia cemni aduh. Orang dulu2 banyak percaya benda karut hm. Macam mana tah nanti majlis perkahwinan tu o.o thanks for the update!
nursyamimivip
#3
Chapter 1: Bm mantap nyaaa kalau bm saya kelauuuut xD so far so good, curious apa akan jadi nanti. This is like my first malay story that id read this year. After long time tho hahaha sbb kebanyakan malay story tak memenuhi citarasa saya ni xD but finally an interesting and supernatural malay fanfic w perfect grammar and anything i wanted is here! Keep up the work! Cant wait for the next chapter. New reader btw :)
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Saya rasa lebih baik pendekkan, sebab cerita ni best... Tapi memang ramai authors dan readers yang deactivated acc TT
starlightkim_
#5
Chapter 11: Saya rasa better pendekkan cerita because cerita ni best sangat
lugege_
#6
Chapter 11: Saya tunggu lama gile cite ni T_T tapi saya rasa better awak pendekkan cite ni. Apa pun hwaiting :)
Seasony
#7
Chapter 11: Saya suka fanfic ni awaaak TT mungkin awak boleh pendekkan cerita macam awak cakap tu. asalkan cerita ni habis. Saya pun nak tahu kesudahan dia >< fighting author-nim!
Heart_love
#8
Chapter 10: Update soon authornim.makin menarik
Jelly_Warrior
#9
Chapter 10: My God...rasa ingin tahu makin menebal dalam diri ini * gigit bantal* Nice update author ;-) Good luck utk chapter2 seterusnya^^
starlightkim_
#10
Chapter 10: Cerita ni semakin menarik authornim..i love it yeah!!!