Hurt
I've to Protect ... Her Or Them???
Please Subscribe to read the full chapter
"Daddy buat apa kat tempat June?"
Sesampai sahaja mereka di kediaman Kim, Nana langsung mengajukan soalan kepada Daddynya. En.Kim memalingkan muka, dan tidak menjawab pertanyaan anak gadisnya itu. Menyedari Daddynya tidak akan membuka mulut, Nana menghembuskan nafas kasar.
"Apa yang Daddy dah buat ni? Kenapa Daddy tergamak nak buat macam tu kat keluarga June? Kenapa, Daddy?"
Suara Nana semakin meninggi, seolah melepaskan amarah yang selama ini tersimpan kemas didalam kotak besi. En. Kim mengerutkan dahi. Serta merta, dia menjadi marah. Seokjin, Kimbum, Taehyung, Namjoon dan Mommy mereka sudah berkejaran ke ruang tamu dimana suara nyaring Nana kedengaran.
"Kenapa Nana tanya? Nana sedar tak yang sekarang ni Nana tu dah dibutakan oleh keluarga miskin tu?!" Suara En. Kim bergema didalam banglo besar kepunyaan mereka. "Diaorang tu rapat dengan kamu hanya disebabkan harta, tau tak?!" Sambung En. Kim lagi.
Kini, Nana dan Daddynya sudah berhadapan. Walaupun muka bengis Daddynya semakin memerah akibat marah yang teramat, Nana masih memberanikan dirinya membalas pandangan lelaki itu. Namjoon segara menenangkan Puan Kim yang sudah menangis teresak esak. "Daddy jangan nak bongkak sangat dengan harta kekayaan Daddy tu. Apa Daddy ingat sebab Daddy tu kaya, Daddy boleh sesuka hati je hina Junhwe dengan keluarga dia?"
PANG!!
Senyap. Suara kasar dan kuat yang berlaga sesama mereka tadi berhenti. Esakan Puan Kim juga sudah berhenti. Ruang tamu itu menjadi sunyi sepi. Nana memegang pipi kirinya manakala matanya pula terfokus ke arah tangan yang terhenti seusai menamparnya. Nana memandang tangan yang menamparnya tadi. Senyuman sinis terlakar diwajahnya. Tangan yang selalu mendukungnya sewaktu dia masih kecil dulu, tangan yang selalu memimpinnya ketika mereka berjalan ke sekolah tadika Nana dulu, ta
Please Subscribe to read the full chapter
Comments