Daddy & ...Mommy ??
I've to Protect ... Her Or Them???BTS berkumpul di kelas 2-01 pagi itu sementara menunggu guru pertama datang.BTS dan IKON berkumpul,dan membuat satu kumpulan yang sangat besar.Mereka berbual,bergelak ketawa dan membuat bising.
Memandangkan Apink belum datang ke sekolah lagi,jadi tinggallah Nana keseorangan di tempat duduknya.Dengan muka bosannya,Nana memandang keluar tingkap dan memerhatikan beberapa pelajar lelaki sedang bermain bola sepak.
Sedang Nana asyik memerhatikan mereka,dia terdengar kerusi kosong disebelahnya ditarik kebelakang sebelum terdengar seseorang melabuhkan punggungnya.Nana hanya meneruskan aktivitinya tanpa mempedulikan orang yang duduk disebelahnya.
"Nana tengok apa tu?"
Suara garau Taehyung perlahan menerobos ke telinga Nana.
"Tak ada apa.Aku cuma bosan."
Taehyung mengukirkan senyum mendengar jawapan adiknya itu.Junhoe yang mencuri dengar perbualan Nana dan Taehyung hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kalau bosan,jomlah join kami semua."
Nana memalingkan mukanya menghadap Taehyung.Dia memandang abang tirinya lama sebelum mengangguk.Nana ikut berkumpul bersama BTS dan IKON dan berdiri disebelah Jungkook dan Junhoe.
Sebaik melihat kelibat Nana,Junhoe terus meletakkan tangannya di atas bahu gadis itu bersama muka yang serius.
"Kenapa awak berkau-aku dengan Taehyung?Dia kan abang awak.Tak baik tau."
Perlahan suara Junhoe menegur kesalahan Nana.Begitu perlahan sehinggakan hanya mereka berdua sahaja yang dengar.Nana pula hanya menundukkan mukanya.
Dia selalu begitu,sekeras-keras kepala dan hatinya,sedegil-degilnya,dia masih mendengar kata Junhoe.Baginya,Junhoe bukan sahaja kawan baiknya malahan,dia adalah malaikat pelindung dan juga abangnya.
"Jangan buat lagi,tau.Jangan biarkan dendam menguasai hati dan emosi.Nanti,memakan diri sendiri.Ni papa dan mama yang pesan kat kita.”
Sebaik mendengar Junhoe menyebut pesan mama dan papanya,rindu Nana terus membuak-buak.Dia masih ingat dan akan terus ingat sampai bila-bila jasa dan kebaikan keluarga Junhoe terhadapnya.
Perlahan-lahan,Nana mengangguk.Senyuman terukir dibibirnya tatkala dia bertentangan mata dengan Junhoe.B.I,Bobby dan Yoongi yang perasan interaksi antara mereka berdua terus berbuat bising dan mengusik mereka.
"Oh,so sweat!Tengoklah diaorang berdua ni.Nak tunjuk lovey-dovey pun depan orang single.Pleaselah,kitaorang tak jealous pun."
Suara lantang Bobby menarik perhatian seluruh kelas terhadapnya dan kumpulan besar mereka.Mukanya jelas menunjukkan yang dia menyampah.
"Ala Nana ni.Kalau ya pun nak tunjuk sweet,janganlah depan Bobby yang tak laku ni."
Seluruh geng mereka tergelak selepas mendengar apa yang B.I a.k.a Hanbin katakan termasuklah Junhoe dan Nana sendiri.
"Nana,kamu nak pergi mana tu?" Suara Kim Bum lembut menerobos ke telinga Nana.Dengan selamba,Nana menjawab pertanyaan abang sulungnya yang baru turun dari tingkat atas dan duduk di atas sofa berhadapan Namjoon.
"Nana nak keluar kejap.Nak jumpa kawan."
"Tunggulah kejap.Kan Daddy balik dari Jepun hari ni.Nana tak rindu dengan Daddy ke?Taknak spend time dengan Daddy?"
Nana tidak menjawab sebaliknya dia mengambil tempat disebelah Namjoon dan duduk di atas sofa itu.Sambil menyandarkan badannya,dia menaip mesej sebelum menghantarnya kepada Jr.
"Awak,sorry.Saya datang lambat sikit.Something came up.I'm really sorry." - Haneul
"Sokay..Takpe,saya boleh tunggu.Take your time,sayang." - Jinyoung
"Thanks,awak.Saya janji I won't take long." - Haneul
Namjoon yang duduk disebelah Nana merasa sangat kekok.Dia ingin memulakan perbualan tapi dia tidak tahu bagaimana.Sedang dia cuba memerah otak mencari jalan untuk memulakan perbicaraan,Nana sudah membuka mulut.
"Abang Joon tak pergi mana-mana ke,hari ni?"
Namjoon dan Kimbum terkejut dengan perubahan panggilan Nana terhadap Namjoon.Bohong kalau mereka
Comments