News Spread Part 1 !!
I've to Protect ... Her Or Them???"Cepat lah sikit! Kita dah lambat lah." Jerit Nana sambil bercekak pinggang ketika dia sampai di depan pintu pagar sekolah.Hari ini,Taehyung dan Nana terpaksa berjalan berdua kerana Jin dan ahli Bts yang lain sudah pergi dahulu.
"Tunggulah kejap,adik.Abang penat lah." Balas Taehyung dengan nafas yang tercungap-cungap.
Nana menjulingkan matanya ke atas.'Apalah dia ni.Tak ada stamina langsung.' Desis hati Nana.Dia langsung berjalan ke arah Taehyung yang sedang duduk di atas batu yang terletak di tepi pagar sekolah.
Kecil matanya memandang abangnya manakala Taehyung pula sudah menundukkan kepalanya.Dia menyangka Nana akan memarahinya tapi sebaliknya pulak yang berlaku.
"Jomlah,dah pukul 07.50 lah.Kelas kita kan start pukul 08.00.Dah-dah.Jom,Karang kena denda ngan Cikgu Kim Jongkook tu,tak ke naya." Ujarnya sambil menarik tangan Taehyung.
Taehyung terkejut juga tapi segera di kawalnya.Dia hanya mengikut langkah Nana menuju ke kelas mereka.Ketika itu,Sujeong yang kebetulan lalu di hadapan mereka menoleh.Matanya dihalakan ke arah pergelangan tangan Taehyung yang masih digenggam kemas oleh Nana.
Nana segera melepaskan tangan Taehyung.Sujeong sudah memandang Nana semacam kemudian berlalu ke kelas.Nana menoleh ke arah Taehyung.
"Tak ada siapapun kat dalam sekolah ni yang tahu aku ni anak Daddy so,kau jangan nak memandai-mandai bagitau awek kau,si Sujeong tu yang aku ni adik kau,faham!" Tegas suara Nana kemudian masuk ke dalam kelasnya.
'Aik,mana dia tau yang Sujeong tu,awek aku?' Taehyung bertanya pada dirinya sendiri.
Di kelas,Nana menerima jelingan maut daripada ahli-ahli Lovelyz tapi Nana hanya membuat muka toyanya.Kai dan Sehun pula sudah memandangnya dengan muka risau.
Waktu reh
Comments