Slowly Accepting Me?Is This For Real?
I've to Protect ... Her Or Them???Pagi itu berlalu seperti biasa.Nana dikejutkan oleh suara sumbang Kim Bum.Tapi kali ini,Nana sepertinya tidur mati.Langsung tak ada tanda tanda yang dia akan bangun.
"Nana,bangunlah.Dah nak pukul 07.00 lah.Nana!" Kim Bum sudah buntu.Setahunya,Nana bukan jenis yang tidur mati macam ni.Kalau ada pun,cuma Nana malas membuka mata.
Kim Bum langsung turun ke bawah dan memanggil Taehyung yang sedang bersarapan itu.
"Tae,tolong abang kejutkan Nana.Susahnya dia bangun hari ni.Entah pukul berapa dia tidur semalam."
"Erm..boleh je,Abang tapi,Nana kan tak benarkan TaeTae masuk bilik dia." Ujar Taehyung.
"Takpe,kalau dia marah,TaeTae marah lah dia balik." Balas Kim Bum pula bergurau.Taehyung tergelak kecil kemudian mengangguk.
Sesampainya di hadapan pintu,Taehyung menarik nafas dalam dalam kemudian memulas tombol pintu.Dia terkaku seketika.Ini pertama kali dia memijakkan kaki di dalam bilik Nana.
Dia memandang sekeliling.Bilik Nana tak ubah macam biliknya juga.Dinding yang dicat putih nampak bersih dan ditambah pula dengan perabot yang berwarna hitam.Taehyung menghalakan matanya ke arah satu sudut dimana lima buah gitar akustik pelbagai warna, sebuah keyboard, sebuah piano dan sebuah drum ditempatkan dan disusun rapi.
Kemudian dia berjalan ke arah figura yang sedang berbaring dia atas katil bercadar hitam dan putih itu.Dia memerhatikan wajah lena Nana.Nampak polos wajahnya.Perlahan lahan dia menggoncang bahu Nana.
"Adik,ba
Comments