Date *Bet*
I've to Protect ... Her Or Them???BEBERAPA JAM SEBELUMNYA..
"Wei,aku laparlah tapi aku tak tau nak makan apa."
Nana mengusap-usap perutnya yang berkeroncong minta diisi itu.Chorong memalingkan mukanya menghadap Nana.
"Apa lagi,makan sandwich lah.Makanan yang kau selalu makan tiap-tiap hari."
"Betul jugak,kan?" Ujar Nana dengan kepala yang terangguk-angguk.
"Apalah cik Nana ni." Tao memandang Nana pelik.
"Tao.Kita kat sekolah ni." Suho,selaku ketua Exo,menegur Tao yang sedang menyedut air cokenya.
"Opps,sorry.Nana."
Nana hanya memandang Tao yang menyengih macam kerang busuk.Nana menaikkan sebelah keningnya bersama-sama dengan ibu jarinya.Spontan.
"Hayoung,jom beli sandwich."
"Jom."
Nana dan Hayoung beriringan membeli sandwich kegemaran Nana.Sebaik kelibat mereka berdua sudah jauh,Chanyeol terus bercakap separuh berbisik.
"Wei,Luhan.Kau rasalah kan,si Junior tu serius tak dengan Nana?"
Luhan,Exo dan geng Apink yang lain terus memandang Chanyeol.
"Kalau dari sudut pandangan aku,memang ya." Balas Luhan,perlahan.
"Tapi,macam mana kalau kau salah.Macam mana kalau diaorang berpakat nak sakitkan hati Nana,mainkan perasaan Nana?"
Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Chen,darah Luhan terus menggelegak.Dengan muka yang merah padam,dia mengepalkan penumbuk.
"Kalau dia berani,buatlah."
"Takkan korang tak percayakan si Nana tu,kot?"
Suara tenang Suho menarik perhatian mereka semua.Serentak,semua pandangan terhala ke arahnya.Dengan muka tenang,dia menyambung.
"Dia tu,jenis yang berhati batu,berhati kering.Takdenya dia jatuh hati macam tu je."
"Hello brothers and sisters.Cerita pasal apa tu?"
"Takde." Jawab Xiumin laju.Nana terus melabuhkan punggung diatas kerusi di antara Sehun dan Tao.
"Nana."
"Hmmm.."
"Awak dengan si Jr tu serius ke?"
Baekhyun bertanya perlahan.Nana yang masih mengunyah sandwich tunanya memandang kawan-kawannya sekilas kemudian menyambung kunyahan.
"Kenapa?" Ringkas sahaja soalannya bersama suara yang mendatar.
Mereka tidak menjawab sebaliknya hanya mempamerkan riak risau.Sebaik Nana menghabiskan sandwichnya,dia mengangkat muka dan memandang muka mereka satu persatu.Keluhan kecil terlepas dari bibir merah tipisnya.
"Give and take,my brothers and sisters.Kalau dia betul-betul sayangkan Nana,Nana akan cuba yang terbaik untuk balas perasaan dia.Tapi,kalau dia terfikir untuk mainkan Nana,takpe.Dia tak kenal lagi Nana siapa."
"Kalau macam tu,jom bertaruh."
Semua mata tertumpu kepada Chanyeol yang tersenyum jahat.Eunji menyengetkan kepala.
"Taruh apa?"
"Memandangkan geng Got7 ada buat pertaruhan,so,aku rasa tak salah kalau kita pun buat benda yang sama.So,aku in."
Dengan muka tak bersalah,Nana mengangkat tangannya.
"Apa pertaruhannya?" Tanya Bomi yang sudah tersengih-sengih.
"Buat diaorang suka kat kau.Aku tak kisah berapa orang asalkan,lebih dari dua orang.Kalau kau berjaya,Suho akan luahkan perasaan dia pada orang yang dia suka.Amacam,ada bran?"
Suho yang sedang menyedut air teh limau aisnya itu terus tersedak.Chanyeol hanya menyengih melihatkan reaksi ketua mereka.
"Amboi,beria pulak dia." Ujar Kris sambil menepuk-nepuk belakang Suho.
"Kena
Comments