Ignored ..
I've to Protect ... Her Or Them???
"Sayang,apa khabar denganmu,
Disini ku merindukan kamu." - Junior
Termangu.Reaksi pertama yang Nana berikan selepas membuka peti simpanan mesej di telefon pintarnya.Youngjae yang berdiri disebelahnya mencuri pandang ke arah telefon kepunyaan Nana dan pantas berdecit,lalu meninggalkan gadis itu bersendirian disitu.
"Dah kenapa?" - Haneul
Laju tangannya menaip tanpa menghiraukan Junhong yang terkebil kebil apabila kolar bajunya ditarik oleh Youngjae sebagai isyarat supaya dia segera meninggalkan Nana disitu.
"Berharap cintamu takkan berubah,
Kerna disini ku tetap untukmu." - Junior
Sekali lagi,Nana termangu.Kenapa dengan Jr?Dia merasa pelik dengan tingkah laku terlebih pelik lelaki itu.Malas melayan kerenah tiba tiba lelaki itu,Nana hanya membiarkan mesej itu tidak berbalas.
"Saayyaaaanng !!"
Bip.Bunyi yang menandakan ada mesej masuk.Nana segera membuka peti simpanan mesejnya dan satu senyuman terlakar di wajahnya.
'Haha..bestlah pulak.'
Desis hatinya sekali lagi membiarkan mesej Jr tidak berbalas.
"😢" - Junior
"😭 "- Junior
"😤" - Junior
Disudut lain pula,Jr memasamkan mukanya apabila Nana tidak mengendahkan dia.Jackson tersengih jahat sambil tangan kanannya menyiku Yugyeom yang sedang fokus menghabiskan nasinya.
"Gyeom,kau tak rasa bibimbap hari ni pelik sikit ke?Masam semacam je."
"Ada jugak.Tapi aku rasa bukan sebab bibimbap ni.Tapi orang yang duduk depan kita."
Bambam yang mula memahami apa yang Jackson dan Yugyeom cakapkan,terus tergelak.Jb dan Mark juga ikut gelak tapi segera terhenti apabila Youngjae melabuhkan punggung disebelah Bambam.
"Kenapa?"
Namun,bukan Youngjae penyebab mereka menjadi senyap dengan tiba tiba.Tetapi,kelibat Nana , Jungkook dengan Junhoe yang sedang bergelak ketawa.
"Patutlah dia tak balas mesej aku,rupa rupanya
Comments