Bad Vamps

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"BODOH! Aku suruh kau orang bunuh semua yang ada dalam tokong tu kan? Macam mana cucu dia boleh terlepas pulak?"ucap seorang lelaki bercermin mata hitam kepada dua orang lelaki lain, Dongwoo dan Hoya yang sedang berdiri di depannya dengan wajah tunduk memandang lantai.

 

"Cucu Akira tiada semasa kami ke tokong tu, Tuan Seunghyun. Sebab itu kami tak dapat bunuh dia. Lagipun, ada sihir berbentuk perisai yang menghalang kami bila kami cuba mengesan aura cucu Akira."ucap Hoya kepada bosnya itu.

 

"Sihir? Hmm...mungkin sihir tu Akira yang buatkan untuk cucunya."ucap Seunghyun sambil mengusap dagunya sendiri. Dia tahu Akira sangat mahir dalam mengaplikasikan pelbagai jenis sihir jadi tidak hairanlah kalau lelaki tua itu memasang sihir berbentuk perisai pada cucunya.

 

Dongwoo, rakan karib Hoya tiba-tiba mencelah, "Tak mungkin Akira yang pasang sihir tu pada cucunya sebab sihir perisai yang digunakan tu sama dengan sihir perisai yang sering digunakan kaum vampire suatu ketika dahulu dan sihir tersebut tidak menjadi jika manusia yang guna. Jadi saya syak ada vampire yang sedang melindungi cucu Akira dalam diam, tuan."

 

Seunghyun spontan mengerutkan dahi. Vampire mana pula yang rela hati ingin melindungi cucu sami tua itu? Adakah vampire itu bodoh? Dia tidak tahukah cucu Akira yang bernama Hwang Yume itu merupakan salah seorang pemburu vampire terhandal abad ini? Apa faedah vampire tersebut melindungi pemburu vampire itu?

 

"Kalau macam tu...aku nak kau orang cari vampire yang sedang lindungi Hwang Yume tu. Bila kau orang dah tahu siapa orangnya, segera maklumkan pada aku."

Yume menguap perlahan. Hari ini dia bekerja separuh hari saja memandangkan Hanbin, tuan kedai tempat dia bekerja perlu ke suatu tempat. Katanya ada gathering keluarga sebelah ibunya di Itaewon. Bukan main seronok lagi Kai bila tahu dia dan Yume hanya bekerja separuh hari saja hari ini. Itu bererti dia berpeluang untuk keluar dating dengan Taemin, kekasihnya! Opps...Lupa nak bagitahu pembaca yang Kai ni gay. Dan kenyataan itu Yume baru tahu hari ini. Tapi dia tidak pula cepat melatah. Dia merasakan perkara gay ini sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat. Namun begitu sempat juga mindanya membayangkan Kris, si vampire kacak itu jika dia seorang gay sama seperti Kai.

 

He's a vampire and also a gay? Uishh, minta dijauhkan perkara macam tu!

 

Sebaik sahaja bakeri milik Hanbin ditutup, Yume singgah ke sebuah kedai makan untuk makan tengahari. Pagi tadi dia belum sempat bersarapan kerana Kris tiba-tiba saja tergesa-gesa keluar. Tidak pula lelaki itu memaklumkan kepadanya ke mana dia mahu pergi, sebaliknya lelaki itu menasihatinya supaya menunggu dia di bakeri petang nanti. Namun Yume terlupa pula untuk menelefon lelaki itu untuk memaklumkan tentang hal dia bekerja separuh hari saja hari ini. Ah, biarlah. Bukan jadi apa pun kalau aku tak maklumkan dia pasal hal tu, fikir gadis itu sambil berjalan masuk ke dalam kedai makan tersebut.

 

Selesai memesan hidangan, gadis itu mengambil tempat di sebuah meja yang agak tersorok dari pandangan orang ramai lalu mengeluarkan smartphone-nya dari dalam poket skirtnya untuk menghantar mesej kepada Kris.

 

Saya kerja half day hari ni. Akan balik A.S.A.P

Oh really? Where r u now?

Having lunch.

With...?

Alone. Wanna join da club?

 

Sepi. Tiada balasan dari Kris walaupun sudah lima minit berlalu. Yume menghela nafas. Ah, mungkin dia masih sibuk uruskan halnya, fikir Yume sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan ketika itu dia terdengar perbualan dua orang lelaki yang duduk di belakangnya. Bukan niat dia mahu mencuri dengar tetapi suara kedua lelaki itu agak kuat sehinggakan dia boleh mendengar dengan jelas apa yang mereka bualkan.

 

 

"TUAN tu over-lah, kenapa dia beria-ria sangat nakkan cucu sami tua tu?"Hoya bersuara sambi menghirup jus oren yang dipesannya. Dongwoo di sebelahnya sekadar tersengih.

 

Tuan mereka, Choi Seunghyun atau lebih gemar dipanggil Seunghyun merupakan salah seorang pemimpin paling berkuasa dalam kaum vampire. Tugasnya adalah menjaga kebajikan kaum tersebut dan dia dianggap sebagai pemimpin yang disegani oleh kaum vampire. Luarannya dia nampak baik namun begitu tidak semua orang tahu akan hal jahat yang sedang dia rancang sekarang. Dia merancang untuk mencuri satu hidupan istimewa bergelar Pheonix yang dikatakan mampu menghidupkan semula hidupan yang sudah mati dan hidupan tersebut dikesan berada dalam tubuh Hwang Yume! Tujuan dia berbuat demikian adalah bagi menghidupkan Zenos, salah seorang pahlawan vampire yang mempunyai kuasa terkuat dalam sejarah kaum tersebut dan ya, dengan kuasa Zenoslah dia akan menakluki dunia yang dipenuhi manusia yang menjijikkan itu.

 

Tapi...bagaimana pula Yume, seorang manusia biasa yang bergelar pemburu vampire itu boleh mempunyai Pheonix dalam badannya?

 

Jawapannya mudah saja...semuanya gara-gara wasiat ibu Yume. Dia merupakan pemilik Pheonix sebelum ini dan dia sedar begitu banyak pihak mahukan hidupan ajaib tersebut. Nak dijadikan cerita, dia dan suaminya terlibat dalam satu pertempuran antara kaum vampire, werewolf, hunter(pemburu vampire) dan juga witch(ahli sihir) yang merupakan sekutu kepada hunter. Kemenangan berpihak kepada hunter dan witch namun begitu pasangan suami isteri itu tercedera teruk dalam pertempuran tersebut dan meninggal dunia. Walau bagaimanapun, sebelum keduanya menghembuskan nafasnya yang terakhir ibu Yume sempat mengurung pheonix-nya dalam tubuh Yume. Kenapa Yume? Kerana dia tahu anaknya itu sebenarnya mempunyai kuasa yang hebat dan dia akan dapat melindungi hidupan tersebut dari diambil oleh kaum vampire mahupun werewolf.

 

"Dalam badan budak Yume tu ada Pheonix, sebab itu tuan nak sangat dia. Kau tahu kan Pheonix tu apa?"soal Dongwoo sambil menyuap mi goreng ke mulutnya.

 

Hoya sekadar mengangkat keningnya ke arah shabatnya itu.

 

"Tahu. Tak silap aku sesiapa yang memiliki Pheonix akan mendapat kuasa yang tidak terhingga bukan?"

 

"Ya. Sebenarnya Pheonix ni punya banyak kuasa dan antara kuasanya yang paling kuat adalah kuasa menghidupkan kembali hidupan yang sudah mati. Dan aku pasti tuan nakkan Pheonix dalam badan budak Yuma tu untuk hidupkan sesuatu. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu menjadi pemilik Pheonix sebab Pheonix ni agak memilih. Jika badan yang sedang dia dampingi itu tak sesuai dengan dia, dia akan tinggalkan badan tu untuk cari pemilik baru."ujar Dongwoo yang mempunyai pengetahuan yang agak mendalam mengenai hal sejarah, mitos dan kuasa ini. Mungkin kerana sikap suka membaca yang diwarisi dari kedua ibu bapanya yang merupakan ulat buku ketika zaman sekolah dulu.

 

"Ye ke? Hmm...sekarang aku tertanya-tanya pulak adakah Pheonix akan kekal dalam badan tuan bila tuan berjaya rampas Pheonix tu dari Yume. Dibuatnya Pheonix tu rasa tuan bukan pendamping yang layak dan keluar dari badan tuan macam mana?"

 

"Then tuan akan mati sebab sesiapa yang memilik Pheonix bererti individu tersebut berkongsi nyawa dengan hidupan tersebut. Sebab itulah hanya orang yang betul-betul layak saja yang boleh memiliki Pheonix."

 

Hoya sekadar menganggukkan kepala tanda faham. Setelah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha