Happy Birthday!

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"AWAK ada cedera dekat mana-mana tak? Kalau ada bagitahu."ucap Kris sambil memerhatikan Yume yang sedang memotong sayur di kaunter dapur. Gadis itu menggelengkan kepala saja mendengar kata-kata pemuda itu Dia berhenti melakukan aktiviti memotong sayur lalu bercekak pinggang di hadapan Kris.

 

"Bos ni...kan saya dah cakap saya tak apa-apa. Saya kan cekap dan pandai berlawan. Bos sendiri nampak macam mana saya berlawan dengan vampire dulu?"

 

"Dulu? Dulu tu zaman bila ya?"

 

"Bos lupa ke? Kan kita pertama kali jumpa masa saya tengah berlawan dengan vampire. Dan masa saya hampir-hampir kalah itulah bos selamatkan saya."cerita Yume lagi sambil mengambung kembali aktiviti memotong sayurnya. Selesai memotong sayur, dia memasukkan sayur tersebut ke dalam sebuah bekas bersama bahan masakan yang lain.

 

Kris tersengih. Mana mungkin dia boleh lupakan peristiwa bersejarah dalam fasa hidupnya itu. Sebenarnya dia bersyukur peristiwa itu terjadi. Kerana peristiwa itulah dia bertemu dan dapat mengenali Yume. Mungkin dia berasa begitu kerana perasaan sukanya terhadap Yume. Ya, dia sukakan Yume. Dia jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu. Sebab itulah ketika pertemuan pertama mereka, selepas dia membunuh vampire yang memburu Yume sehingga menjadi debu dia meminta Yume menjadi kekasihnya.

 

Gila? Ya, dia memang gila! Dia tahu Yume adalah seorang bomoh serta pemburu vampire yang handal dan punya segala jenis ilmu yang mampu membunuh dia tapi dia masih lagi sukakan gadis manis itu. Jangan kata dia, lelaki lain pun akan jatuh cinta pandang pertama dengannya. Yume memang cantik dan manis orangnya. Terutama sekali bila bibirnya mengukir senyuman. Tak hairanlah ramai pelanggan lelaki yang asyik memanggil dia mengambil pesanan mereka di kafe tempat dia bekerja. Siap ajak berbual lagi! Kris tahu pun sebab dia ternampak semua itu setiap kali dia ke sana untuk bertemu Hanbin.

 

"Tak lupalah. Mana saya boleh lupa peristiwa tu. Penting kot."

 

"Kenapa penting pula bos?"

 

"Sebab masa peristiwa tu berlaku saya buat sesuatu yang tak pernah saya buat selama saya hidup di dunia ini."

 

"Apa yang bos dah buat masa tu?"Tanya Yume pelik. Perkara pelik apa yang lelaki itu lakukan ketika pertemuan pertama mereka dulu? Seingat Yume lelaki itu cuma memperkenalkan dirinya sebagai seorang makhluk kacukan vampire-manusia.

 

"Melamar seseorang untuk jadi kekasih saya."Kris memandang tepat muka Yume yang duduk berhadapan dengannya. Lelaki itu bukan memandangnya dengan pandangan biasa tetapi pandangan serius yang membuatkan Yume tiba-tiba seram sejuk. Makin bertambah rasa seram sejuknya bila pandangan mata lelaki itu menusuk masuk ke dalam matanya lalu terus turun ke hati.

 

Ah, parah ni! Jantung sang gadis berdegup kencang, begitu juga dengan sang jejaka! Jangan cakap sang cupid...sedang melakukan kerjanya sekarang?

 

"Tahu tak kenapa saya lamar awak jadi kekasih saya masa tu?"

 

"Kenapa tiba-tiba saja bos cakap pasal hal ni..."

 

"Sebab saya tahu awak masih tertanya-tanya motif saya berbuat demikian. Jangan lupa, saya boleh baca fikiran awak."

 

Benar kata Kris. Memang dia tertanya-tanya mengapa lelaki itu melamar dia sebagai kekasihnya dulu. Tapi yang lagi menghairankan, mengapa keesokkan harinya lamaran itu boleh bertukar kepada satu perjanjian antara mereka berdua pula? Tak faham betul Yume dibuatnya!

 

"Itu dulu. Sekarang saya malas nak ambil tahu. Lagipun orang cakap barang yang lepas jangan dikenang, nanti meranalah hati."

 

"Ewah ewah ewah, bermadah pujangga pulak dia."

 

"Eh mesti. Zaman sekolah tinggi dulu saya selalu dapat A dalam subjek sastera."Sambil berucap dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.

 

"Tak tanya pun?"Balas Kris selamba sambil menyuap sesudu nasi berlaukkan sekeping daging goreng ke mulutnya. Eh, sedap pulak masakan dia hari ni.

 

"Biarlah saya nak bagitahu. Dengki!"

 

"Kot ya pun nak membebel janganlah semasa mulut penuh. Tengok, kan dah comot muka tu."Ucap lelaki itu sambil membuang butir nasi yang terlekat di tepi bibir Yume. Merona merah muka gadis itu dibuatnya apabila ibu jari tangan kanan pemuda itu mengusap pipi kirinya. Biar betul...takkan lah aku makan sampai nasi terlekat dekat pipi kut?

 

"Saya boleh jaga diri saya sendirilah, bos."Cepat-cepat Yume melarikan wajahnya. Kalau dibiarkan lelaki itu berbuat demikian, tak mustahil wajahnya akan berubah terus menjadi tomato yang masak ranum. Merah!

 

"Kalau awak pandai jaga diri takdelah saya bersihkan muka awak yang comot tu. By the way, kenapa awak masak banyak ni? Ada something special ke hari ni?"Tanya Kris dengan kedua keningnya dijongketkan dua kali ke arah Yume. Dia rasa dia tahu apa sebabnya tapi dia sengaja bertanya kerana mahukan kepastian.

 

"Memang hari ni ada something special...dan saya tak rasa bos tahu apa yang saya maksudkan ni."

 

Kris sudah tersenyum sendiri. Sudah tentulah aku tahu. Kau masak sup rumpai laut sebab hari ni hari jadi aku kan?

 

"Kalau bos nak tahu, hari ni hari lahir saya yang ke-22!"

KRIS mundar-mandir di dalam biliknya sambil berpeluk tubuh. Dia mahupun Yume sudahpun selesai makan selepas meraikan hari lahir mereka tadi. Kris terkejut sebenarnya kerana tidak menyangka dia berkongsi tarikh hari lahir dengan Yume. Dengan kuasa membaca fikiran manusia itu dia sepatutnya boleh tahu hari ini hari lahir Yume tapi entah bagaimana Yume pandai pula menyembunyikan perkara itu dari dibaca oleh lelaki vampire itu. Mungkin dia sudah pandai menghalang lelaki itu dari terus membaca fikirannya dengan jampi serapah yang ada dalam kitab atuknya. Mungkinlah.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha