Don't Go!

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"Atuk! Yume dah balik ni."jerit gadis itu sambil membuka pintu rumahnya. Err tokong pun dipanggil rumah juga ke? Ah,apa-apa sajalah.

 

Yume bersiul riang sambil membuka stoking yang dipakainya. Entah kenapa hatinya gembira pula bila teringat akan kejadian di tren tadi. Masih terasa kehangatan tangan Kris yang mengenggam tangannya tadi. Tapi bukankah badan vampire ni sejuk macam mayat? Ah, mungkin sebab dia kacukan vampire-manusia jadi sebab itu badannya hangat kut? Ah..abaikan sajalah Yume. Bukan penting pun. Hakhak

 

Selesai membuka stoking, Yume melangkah masuk ke ruang dalam tokong. Dia berasa pelik pula bila Atuk Akira tidak menjawab panggilannya tadi. Ke mana pula atuk ni pergi? Dia keluar pergi beli barang agaknya,fikir gadis itu sambil berjalan menuju ke biliknya.

 

Tiba kedengaran suara orang mengerang kesakitan dari arah dapur. Yume pun apa lagi, terus dia memecut ke dapur tokong. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat Atuk Akira terbaring di tengah-tengah dapur dengan darah mencurah-curah keluar dari perutnya akibat ditikam. Terus Yume mendekati dan memangku tubuh atuknya itu.

 

"Atuk! Apa dah jadi ni? Kenapa atuk boleh tercedera sampai macam ni sekali?"rintih Yume sambil mengelap darah atuknya dengan tuala yang ada berhampiran. Berjurai-jurai air mata jatuh dari tubir matanya.

 

Atuk Akira yang berada dalam keadaan cedera parah masih sempat mengusap air mata di pipi Yume sebelum membalas,"Yume janganlah menangis. Atuk cuma diserang sekumpulan vampire saja..."

 

"Vampire mana yang serang atuk ni? Bagitahu Yume macam-mana rupa mereka atuk, biar Yume bunuh mereka semua!"

 

"Atuk tak tahu Yume..mereka serang atuk dalam gelap jadi atuk tak nampak bagaimana rupa mereka.."jawab Atuk Akira penuh seksa. Dan semakin lama semakin banyak pula darah yang mengalir keluar. Terus Yume menelefon ambulans.

 

"Uggh.. Atuk bertahanlah ya! Yume dah telefon ambulans. Nanti kita pergi hospital sama-sama,"

 

"Dah tak sempat Yume.. Masa atuk dah nak tiba. Luka atuk ni tak dapat dirawat dan vampire tadi suntik badan atuk dengan sesuatu yang akan buatkan atuk mati.."

 

Yume menggelengkan kepala sambil menangis. "Tak mungkin... Atuk tak akan mati! Tak akan! Atuk kena terus hidup, kalau tak siapa yang akan jaga Yume nanti?"

 

Seketika kemudian,kedengaran pintu utama tokong dibuka agak kuat. Yume berpaling ke arah pintu tersebut dan dia terkejut melihat satu susuk tubuh yang sangat dia kenali berdiri di depannya sekarang.

 

"Kris..? Macam mana awak.."

 

"Saya terbaca fikiran awak tadi, sebab itu saya bergegas datang. Apa yang terjadi ni?"soal lelaki sambil mendekati Yume yang sedang memangku seorang lelaki tua berlumuran darah. Pelik betul, darah lelaki tua itu langsung tidak membuatkan dia teringin untuk meminumnya.

 

"Ka-kamu ni ke makhluk kacukan vampire-manusia yang Yume cakapkan tu...?"dalam cedera itu sempat lagi Atuk Akira bertanya. Mendengar dari perbualan cucunya dengan lelaki berambut perang itu tadi membuatkan dia tertanya-tanya..manusia biasa tiada keupayaan untuk membaca fikiran manusia lain, jadi sudah tentulah lelaki ini bukan manusia.

 

"Atuk, atuk tak patut bercakap sekarang dengan keadaan cedera parah macam ni!"

 

Atuk Akira tersenyum. "Biarlah atuk bercakap sekejap Yume.. Masa atuk pun dah tak lama dah ni,"

 

Kris memandang Yume seketika. Kemudian dia memandang atuk gadis itu lalu menganggukkan kepala tanda ya.

 

"Atuk tak pernah percayakan vampire tapi atuk rasa kamu berbeza dengan vampire yang lain bila cucu atuk ni bersungguh-sungguh tegaskan pada atuk yang kamu ni baik. Dan betulkah kamu ni kekasih Yume?"

 

Kris sudah mengerutkan dahi. Dia ada cakap dekat atuk dia yang aku ni kekasih dia ke? Dijeling Yume yang berada disebelahnya.

 

Yume yang perasan akan riak hairan di muka Kris terus menghantar mesej telepati(XD) melalui fikirannya. Yelah, Kris kan boleh baca fikiran manusia. Lol

 

`Jawab saja ya. Saya janji akan kelaskan hal sebenar pada awak nanti!´

 

"Ya atuk. Kami sekarang pasangan kekasih. Atuk jangan risau..saya tak minum darah manusia,"

 

"Baguslah kalau macam tu.. Atuk tanya ni sebab atuk nak kamu tolong jaga cucu atuk yang seorang ni bila atuk dah tak ada nanti. Sayangi dan bahagiakan dia!"

 

"Atuk!"

 

"Tolong atuk ya Kris..?"sambung Atuk Akira sambil mengenggam kuat tangan kanan pemuda itu dengan seukir senyuman di bibir. Dan perlahan-lahan matanya tertutup rapat..

 

Yume sudah tidak keruan. Digoncangnya tubuh atuknya yang sudah tidak bernyawa itu. Kris hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. Dia clueless, speachless sebenarnya bila mendengar kata-kata datuk hamba abdinya tadi.

 

"Atuk..? Atuk,bangunlah! Jangan tinggalkan Yume! Atuk! K-Kris! Awak kan ada kuasa? Gunakanlah kuasa awak untuk hentikan pendarahan ni!"

 

Kris menghela nafasnya perlahan-lahan. "Maaf Yume, tapi atuk awak dah tak ada..."

Kris membuang pandang ke arah Yume yang sedang termenung. Sudah sejam lamanya dia berkeadaan demikian selepas mayat atuknya selamat dibakar tadi. Dan sudah sejam jugalah dia tidak berhenti menangis. Terusik juga hati kecil Kris melihat keadaan gadis itu.

 

"Sudahlah Yume, jangan menangis lagi... Tengok mata awak ni, dah bengkak."ujar lelaki itu yang sudah melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Perlahan-lahan tangannya menyeka air mata Yume yang jatuh ke pipinya.

 

Yume tidak pula marah bila lelaki itu berbuat demikian. Dia membiarkan saja Kris menyeka air matanya. Dia tiada mood untuk memarah lelaki itu sekarang. Dia terlalu sedih sekarang. Dia kurang percaya denga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha