Living Together

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi-pagi lagi Yume sudah bangun dari tidur dan bersiap-siap ke tempat kerja. Namun sebelum dia pergi kerja, dia singgah dulu ke rumah Kris untuk menghantar makanan. Dia sedar walaupun dia sekarang sedang berduka, dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba abdi pemuda vampire itu. Anehnya, walaupun Kris mengatakan dia adalah hamba abdinya tetapi layanan lelaki itu terhadapnya tidak seperti layanan tuan terhadap hamba abdi. Layanannya lebih kepada seorang kawan terhadap kawannya yang sedang dalam kesusahan. Masih terbayang wajah lelaki itu ketika dia datang ke rumahnya tempoh hari semata-mata untuk memberikan dia makanan serta kerana risaukan dirinya..

 

"Kris memang pelik. Sekejap dia layan aku macam hamba, sekejap dia layan aku macam manusia yang kurang kasih sayang.."luah Yume sambil berjalan di tepi sebatang sungai untuk ke rumah Kris. Ditilik sebentar jam di tangannya. Baru pukul enam setengah pagi tetapi hari sudahpun beransur cerah. Agaknya tuan aku tu masih tidurkah?

 

Sepuluh minit kemudian, Yume sampai di rumah Kris. Dia berdiri di depan pintu rumah lelaki itu lalu mengetuknya beberapa kali, cuba menghantar isyarat kepada pemilik rumah agar membukakan pintu untuknya. Rasanya apa yang dia lakukan membuahkan hasil apabila pintu rumah tersebut terbuka. Tetapi yang anehnya bukan si pemilik rumah yang membuka pintu, sebalik tersembul muka seseorang yang sangat asing baginya. Seorang gadis berambut cokelat hazel dan berwajah cantik yang kini sedang berdiri di depannya sambil memegang sehelai tuala basah.

 

"Cik cari siapa?"tanya gadis itu dengan senyuman. Yume terpinga-pinga sebentar. Adakah dia tersalah rumah?

 

"Err..saya cari Encik Kris Li. Dia tinggal disini kan?"

 

Gadis itu tersenyum lagi sebelum membalas,"Oh, Kris! Dia ada di dalam. Awak ni siapa ya?"

 

"Saya Yume, ham-"belum sempat Yume menghabiskan ayatnya, Kris tiba-tiba muncul dan berdiri di sebelah gadis itu dengan rambut penuh serabai serta hanya berseluar.. Serius, apa yang sedang dilihat Yume sekarang membuatkan kepalanya memikirkan hal-hal pelik. Hal-hal yang menjangkaui batas fikirannya. Hal yang menyebabkan dia tiba-tiba terfikirkan mengenai kondom. Huh? Kondom...?

 

Wait! Jadi dia dengan perempuan ni.. Oh God,dia baru lepas buat hubungan seks dengan girlfriend dia ke? Huisshh, tak naklah aku kacau daun.. Baik aku bagi bekal dekat dia cepat-cepat lepas tu blah dari sini!,fikir Yume sambil membuang pandang ke arah lain. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memandang ke arah lelaki itu sekarang. Dia nampak hot and y bila tidak berbaju.

 

"Yume?"ucap Kris dengan gaya menggaru kepalanya tatkala terpandangkan wajah hamba abdinya yang kini sedang berdiri di depannya. Sangkanya siapalah yang datang mengetuk pintu rumahnya tadi, rupanya Yume.

 

"Kris, saya minta diri dululah ya. Saya dah lewat untuk ke tempat kerja. Dan..nah. Saya ada masakkan something untuk awak. Bye!"cepat-cepat si bomoh itu menyerahkan bekal makanan yang dibawanya kepada Kris sebelum melangkah pergi dengan lajunya. Terpinga-pinga Kris dibuatnya. Sambil memegang bekal pemberian Yume, dia memerhatikan kelibat gadis itu yang semakin menghilang ditelan kabus pagi. Apa kena perempuan tu? Pergi macam tu saja tanpa pandang muka tuan sendiri?, bisik hati kecilnya.

 

Gadis berambut cokelat hazel yang sedang berdiri disebelah Kris sudah tersengih-sengih. Spontan dia menyiku pemuda disebelahnya, membuatkan pemuda itu terpinga-pinga.

 

"Kamu ni Kris, tak bagitahu akak sepatah pun yang kamu dah ada girlfriend."

 

"Girlfriend? Sis, she's not my girlfriend-lah. Dia cuma kawan saya je."balas vampire itu dengan wajah selambanya sambil membuka penutup bekal pemberian Yume. Bersinar-sinar seketika matanya bila melihat beberapa gulung kimbap yang tersusun kemas di dalam bekal tersebut. Terus dia mengambil segulung kimbap dan memakannya dengan penuh nikmat. Yume ni macam tahu-tahu saja aku sedang mengidam nak makan kimbap.

 

Victoria memerhatikan saja kelakuan adiknya dengan gelengan. Kebulur betul adiknya ini sedangkan baru semalam dia memasakkan adik lelakinya itu pasta dalam jumlah yang banyak. Tapi sejujurnya dia belum pernah lagi melihat adiknya itu menikmati sesuatu makanan dengan penuh nikmat seperti mana apa yang sedang dia nikmati sekarang iaitu kimbap pemberian gadis tadi.

 

Ah..nampaknya adiknya sudah banyak berubah selama mereka tidak bertemu muka ini. Kali terakhir dia bertemu adiknya ketika adiknya itu mahu berpindah keluar dari komuniti vampire mereka enam tahun dulu. Tidak lama kemudian dia mengikut jejak langkah adiknya, berpindah ke luar negara atas alasan yang sama dengan Kris... berdarah campuran vampire-manusia sama seperti adiknya membuatkan dia turut dilayan buruk oleh vampire-vampire yang lain.

 

Victoria sangka dia tidak akan berjumpa adik lelakinya itu lagi memandangkan Kris tidak pernah menghubunginya. Namun suatu hari dia membuat keputusan untuk pulang sebentar ke Korea setelah teringat akan pesanan ibu bapanya.. Pesanan bahawa dia tidak boleh meninggalkan Kris sehinggalah adiknya itu berumur dua puluh lima tahun. Ini kerana apabila Kris mencapai umur tersebut, sesuatu yang dahsyat akan berlaku dan hanya Victoria saja yang boleh menanganinya. Perkara dahsyat apa, tidak pula Victoria tahu kerana ibu bapanya langsung tidak mahu memberitahunya. Sebaliknya kedua mereka mengajar anak perempuan mereka itu beberapa sihir yang bertujuan untuk mengawal Kris nanti.

 

Dan sudah tentulah semua ini merupakan sesuatu yang tidak pernah Kris ketahui. Jika adikny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha