Vampire Boy

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Yume melangkah lemah ke biliknya. Dia memecat jaket yang dipakainya lalu disangkutkan pada penyangkut di dinding. Kemudian dia merebahkan badan ke katil.

 

"Apa gila ke mamat tu tiba-tiba nak aku jadi makwe dia? Aku tahulah aku ni lawa tapi dia tak fikir ke musibah yang akan dia dapat kalau aku jadi kekasih dia?"bebel bomoh muda itu sambil merenung siling biliknya. Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki tua dengan semangkuk jambu batu yang telah dipotong kecil.

 

"Hai cucu atok ni tengah fikir pasal siapa? Dari tadi asyik membebel je."

 

"Eh atuk! Hissh,suka sangat masuk bilik Yume tak ketuk pintu."marah gadis itu perlahan sambil mengurut dada. Si atuk sudah ketawa mengekek sambil duduk di katil cucunya.

 

Akira Sasaki atau nama manjanya Atuk merupakan datuk Yume. Dia sajalah waris yang Yume ada. Atuk dulu merupakan pemburu vampire handalan dan juga bomoh tetapi sudah bersara kerana telah lanjut usia. Ibu bapa Yume juga merupakan pemburu vampire tapi telah terbunuh dalam satu kemalangan semasa dia masih kecil. Sejak itu Atuk menjaga Yume sehingga sekarang.

 

"Alah kamu tu selalu juga tak ketuk pintu masa masuk bilik atuk tapi atuk tak marah pun? Ni haa atuk bawakan jambu batu. Jomlah join atuk makan. Sedap tau!"

 

Bersinar-sinar mata Yume tatkala terpandangkan semangkuk jambu batu yang berada di tangan atuknya. Pantas saja tangan gadis itu menyambar satu potong jambu batu itu lalu memakannya.

 

"Maygad sedapnya buah jambu ni atuk!"beria-ria gadis itu memuji buah jambu yang dikunyahnya. Atuk Akira sudah tersengih. Bangga bila jambu batu yang ditanamnya dipuji sedap.

 

"Atuk yang tanam,mestilah sedap."Atuk Akira turut sama mengunyah jambu batunya.

 

Yume memandang atuknya."Eh atuk ni,Yume tengok bukan main seronok je atuk kunyah buah jambu ni. Kang tertanggal pulak gigi palsu atuk nanti kang haa,"

 

"Jangan risau.. Atuk pakai polident so dijamin tak tertanggal gigi palsu atuk nanti."

 

Polident? Pffffrrrttt.. Yume sudah tergelak. Kemudian baru dia teringat akan sesuatu. Muka atuknya disebelah direnung penuh minat.

 

"Atuk,Yume nak tanya ni.. Ada ke makhluk kacukan manusia dan vampire?"

 

"Hmm.. Ada cuma jarang sangat makhluk unik macam tu wujud. Kenapa kamu tanya pasal tu?"

 

"Sebab tadi saya terjumpa seorang lelaki kacukan vampire dan manusia, atuk. Dan dia tolong saya dari dibunuh vampire."balas Yume selamba sambil mengunyah jambu batunya.

 

Atuk Akira sudah ternganga. Tidak semena-menanya jambu batu ditangannya terjatuh masuk ke mangkuknya kembali.

 

"Betul ke kamu ada terjumpa makhluk kacukan vampire dan manusia? Oh Yume,kenapa kamu tak bunuh je dia? Kamu tahu tak makhluk macam tu kuasanya lagi kuat dan berbahaya kepada manusia dari vampire biasa? Silap hari bulan dia akan huru-harakan bandar ni dengan kuasa dia tu!"

 

Yume sudah menyeringai. Memang dia sudah dapat agak atuknya akan cakap begitu. Atuknya memang obses dengan aktiviti membunuh vampire ini. Kalau boleh semua vampire dia nak bunuh sebab dia anggap semua vampire jahat. Tapi bagi Yume pula, dia percaya setiap manusia mahupun vampire punya kebaikan hatinya yang tersendiri. Mungkin sebab itu dia tidak membunuh Kris tadi.

 

"Atuk..macam mana Yume nak bunuh dia kalau dia dah bahayakan nyawa dia untuk selamatkan Yume? Lagipun dia nampak baik je."

 

"Yume, rupa paras boleh tipu pandangan mata tau. Mungkin betul dia nampak baik tapi kita tak tahu kat belakang perangai dia macam mana."Atuk Akira masih cuba meyakinkan cucunya bahawa makhluk kacukan vampire dan manusia itu berbahaya tapi Yume tidak percaya.

 

"Atuk ni..sebab kita tak tahu macam mana perangai dialah kita tak boleh anggap dia jahat dan bunuh dia. Lagipun takkanlah cucu atuk yang lawa ni nak bunuh kekasih dia sendiri. Bukan kejam bunyinya tu?"

 

Atuk Akira membeliakkan mata. Cucu aku..bercinta dengan makhluk kacukan vampire dan manusia? Aduhai...

Keesokan harinya Yume keluar ke bandar. Tujuannya hanya satu ; untuk bertemu Kris si anak kacukan vampire dan manusia itulah. Dan dia pergi buk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha